Ahad, 9 Mac 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Skuad takraw kempunan lagi

Posted:

Skuad takraw kempunan lagi

Skuad takraw kempunan lagi

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

SKUAD takraw lelaki negara hanya berpuas hati muncul naib juara pada Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf musim kedua semalam.


SKUAD sepak takraw Malaysia sekali lagi dikecewakan Thailand apabila tewas pada aksi final peringkat akhir Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) musim kedua di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Walaupun memberi saingan sengit pada set pertama, namun skuad bimbingan ketua jurulatih, Jamaluddin Hassan itu terpaksa akur dengan dominasi Thailand dengan keputusan 12-15, 10-15, 7-15.

Malaysia yang membariskan pemain muda, Shahir Rosdi selaku tekong, Muqlis Borhan (apit kiri) dan Hanafiah Dolah (apit kanan) ternyata masih belum cukup matang untuk menggugat trio negara Gajah Putih tersebut.

Jamaluddin berkata, serangan yang tidak bervariasi telah menyebabkan Thailand yang dibimbing Komkrit Khamchan itu mudah menguasai perlawanan dalam tempoh 61 minit.

"Kurang kreativiti kerana pada awal perlawanan hantaran tinggi daripada Muqlis mudah dibaca Suphachai Maneenat (apit kanan).

"Kalau dilihat pada aksi tadi, rejaman dari sisi gelanggang dan hantaran pendek sahaja yang membantu kami meraih mata.

"Dari segi servis pula, tiga mata pertama yang tidak menjadi telah menyebabkan Shahir hilang keya- kinan, sebab itu saya tukar kepada Izurin Refin pada set kedua," ujar Jamaluddin lagi.

Pelbagai pertukaran dilakukan dan aksi yang tidak menjadi yang ditampil Izurin turut mengubah rancangan regu negara yang kembali membawa masuk Shahir pada set ketiga.

Bagaimanapun Jamaluddin mengakui, beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian anak-anak buahnya yang berjaya tampil konsisten untuk mara ke final bagi kesemua aksi Siri Super.

"Saya puas hati kerana walaupun kami menggunakan pemain- pemain baharu tetapi mereka mara ke final bermula di India, Thailand, Sabah dan di sini.

"Jika dilihat bagi semua siri tersebut, saya rasa aksi di Sabah ada- lah yang terbaik kerana kami dapat mencuri dua set (2-3) daripada Thailand," ujar Jamaluddin.

Amaran keras Sathianathan

Posted:

Amaran keras Sathianathan

Amaran keras Sathianathan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


Sathianathan


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) tidak menolak kemungkinan untuk mencari pemain-pemain import lebih berkualiti bagi jendela perpindahan pemain yang akan dibuka bermula 23 Mac ini.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan mengakui, beliau kini terdesak untuk memperkuatkan skuad kendalianya sejurus kekalahan besar 1-4 kepada Pahang pada aksi Liga Super kelmarin.

Jelas Sathianathan, beliau mengakui cukup kecewa dengan persembahan pemain-pemain import – Bruno Martelotto, Juan Arostegui dan Marlon Alex James – yang dilihat gagal memberikan sumbangan kepada The Gladiators.

Tanpa berselindung, bekas pengendali Kelantan itu memberikan amaran keras kepada trio import tersebut supaya bekerja lebih keras untuk mempamerkan prestasi sebenar.

Jika tidak, Sathianathan mengakui beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi ATM bagi mencari pemain-pemain import yang lebih berkualiti pada jendela perpindahan pemain bulan ini.

"Saya cukup kecewa dengan persembahan mereka (pemain import). Saya mahu berikan tugasan tamba- han kepada mereka dan menuntut mereka mengembalikan rentak sebe- nar permainan.

"Jika mereka masih gagal berbuat demikian, saya terpaksa mencari pemain-pemain lain. Saya tahu keputu- san ini turut bergantung kepada pihak pengurusan tetapi demi kebaikan pasukan, saya akan berbuat demikian jika perlu.

"Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan untuk meminta kebenaran daripada mereka. Jika mereka masih bergelut dengan prestasi sebenar, kami terpaksa mencari jalan lain (membeli pemain-pemain import baharu)," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Dalam aksi kelmarin, benteng pertahanan The Gladiators mudah diratah oleh jentera serangan skuad Tok Gajah apabila pasukan bimbingan Zainal Abidin Hasan mudah memperoleh dua gol dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan.

Bermula dengan jaringan Matias Conti (ke-14), Dickson Nwakaeme menambah derita buat ATM dengan meledak gol kedua (ke-18) sebelum Mohd. Faizol Hussien menjadikan kedudukan lebih selesa buat Pahang pada minit ke-35.

Nwakaeme sekali lagi meledak gol kedua peribadi (ke-52) dan ATM sekadar berjaya memperoleh satu gol sagu hati hasil daripada Juan Manuel Arostegui pada minit ke-68.

Mengulas lanjut kekalahan tersebut, Sathianathan turut mengakui benteng pertahanan The Gladiators tidak begitu berdisiplin dan menggesa anak-anak buahnya mengekalkan fokus.

Jelasnya lagi, beliau tidak rela menyaksikan kesilapan mudah itu berulang menjelang pertemuan menentang Selangor, Sabtu ini.

"Kami harus banyak perbaiki corak permainan kami terutama di bahagian pertahanan.

"Sebenarnya, malam tadi (kelmarin) semangat perjuangan Pahang dan ATM menjadi pemisah untuk perlawanan ini. Apa yang pasti, pemain-pemain Pahang begitu bersemangat untuk mendapatkan keputu- san positif," katanya.

Thunderbolt terlalu handal

Posted:

Thunderbolt terlalu handal

Thunderbolt terlalu handal

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


BARISAN pemain dan pegawai pasukan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail merakamkan kejayaan mereka bersama trofi dan replika cek bernilai RM25,000 selepas muncul juara Piala Milo di Bukit Jalil semalam.


TERLALU sukar ditandingi. Itulah gambaran tepat terhadap kehebatan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolt) selepas menewaskan musuh tradisi, Universiti Kuala Lumpur (UniKL Young Guns) 2-0 pada aksi final Piala MILO di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Kemenangan itu menyaksikan SSTMI-Thunderbolt dinobatkan selaku juara keseluruhan Piala MILO, sekali gus mengekalkan kejuaraan tersebut buat kali keempat berturut-turut sejak 2011.

Pada aksi final semalam, dua pakar flick SSTMI- Thunderbolt, Muhamad Aminudin Mohd. Zain dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan berjaya meledak gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit kesembilan dan 57 perlawanan.

Jurulatih SSTMI-Thunderbolt, Wan Mohd. Roslan Wan Abd Rahman menganggap kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan serupa, namun dibezakan dengan kehandalan dari segi pukulan sudut penalti sepertimana berjaya dimanfaatkan anak- anak buahnya pada aksi tersebut.

"Semua pemain memberikan komitmen yang sangat tinggi pada perlawanan hari ini (semalam). Bagi saya, perlawanan final Piala MILO ini adalah perlawanan terbaik sepanjang saingan musim ini.

"Seperti saya katakan sebelum ini, kami mempunyai kelebihan menerusi pukulan sudut penalti berbanding pihak lawan (UniKL Young Guns) yang gagal menyempurnakan peluang mereka.

"Jadi, kami ambil kesempatan daripada peluang itu kerana kamu boleh lihat, perla- wanan ini seimbang tetapi kami berjaya memperoleh dua gol menerusi pukulan sudut penalti.

"Bagaimanapun, para pemain ada sedi- kit tekanan sehinggakan lupa tanggungjawab dan tugasan di atas padang. Namun, kami berjaya bangkit dan saya berpuas hati dengan kejuaraan keempat berturut- turut ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Sebagai rekod, SSTMI-Thunderbolt membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000 selepas merangkul Piala MILO (RM25,000) dan juara Divisyen Satu Liga Hoki Remaja Kebangsaan (RM15,000) musim ini.

Penjaga gol SSTMI-Thunderbolt, Syari- fudin Mohd. Zainpula muncul sebagai pemain terbaik perlawanan itu dan kapten, Amin memahat nama selaku penjaring terbanyak apabila berjaya meledakkan 18 gol sepanjang kejohanan ini berlangsung selama tiga bulan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved