Ahad, 9 Mac 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Vietnam, Malaysia gembleng usaha menyelamat MH370

Posted:

Vietnam, Malaysia gembleng usaha menyelamat MH370

Vietnam, Malaysia gembleng usaha menyelamat MH370

SEORANG jurucakap syarikat penerbangan Malaysia Airlines (kanan) bercakap kepada wartawan pada satu sidang media di sebuah hotel di Beijing semalam.


HANOI - Malaysia dan Vietnam melancarkan operasi mencari sebuah pesawat milik Penerbangan Malaysia yang terputus hubungan dengan menara kawalan, ketika kebimbangan meningkat berhubung nasib 239 penumpang dan krunya.

Pihak berkuasa Vietnam berkata, hubungan dengan pesawat MH370 terputus dekat ruang udara negara itu tetapi pesawat tersebut masih belum dapat dikesan lebih 19 jam selepas ia hilang.

Menurut Penerbangan Malaysia, ketika kejadian, penerbangan tersebut tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan atau terdapat petanda ia sedang mengalami masalah.

"Pesawat berkenaan terputus hubungan dekat ruang udara wilayah Ca Mau ketika ia bersedia untuk menghubungi menara kawalan Bandar Raya Ho Chi Minh," kata satu kenyataan yang disiarkan di laman web pemerintah Vietnam.

Wilayah berkenaan adalah yang paling selatan di Vietnam.

"Pihak berkuasa telah melancarkan usaha menyelamat untuk mencari pesawat hilang itu di samping bekerjasama dengan para pegawai dari Malaysia dan China," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Filipina memberitahu, pihaknya menghantar tiga kapal peronda tentera laut dan sebuah pesawat peninjau bagi membantu gerakan mencari dan menyelamat.

Penerbangan MH370 melibatkan laluan menyeberangi Laut China Selatan dan melintasi rantau Indo-china sebelum memasuki ruang udara selatan China.

"Berita kehilangan pesawat ini membuatkan kita semua amat bimbang," kata Menteri Luar China, Wang Ji di ibu negara berkenaan, Beijing.

"Kami semua sedang melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan lebih banyak maklumat," tambahnya. - AFP

Operasi mencari temui tompokan minyak

Posted:

Operasi mencari temui tompokan minyak

Operasi mencari temui tompokan minyak

HANOI — Pihak berkuasa Vietnam semalam menyatakan beberapa kapal terbang penyelamat yang mencari pesawat hilang milik Penerbangan Malaysia menemui dua tumpahan minyak di laut dan menghantar beberapa buah bot ke lokasi tersebut.

"Dua kapal terbang kami melihat dua tompokan minyak sepanjang antara 15 hingga 20 kilometer dalam keadaan selari pada selang jarak kira-kira 500 meter," kata Timbalan Ketua Staf Tentera Darat Vietnam, Vo Van Tuan.

Penemuan dua tumpahan minyak itu merupakan petanda pertama bahawa pesawat Boeing 777 tersebut mungkin terhempas ke dalam laut di antara selatan Vietnam dan utara Malaysia.

"Kami tidak pasti punca tumpahan-tumpahan minyak tersebut, justeru kami menghantar dua kapal Vietnam ke kawasan tersebut," kata Tuan.

Kehilangan pesawat itu diselubungi misteri sejak ia hilang daripada radar tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing dengan membawa 227 penumpang serta 12 kru.

Setakat ini, satu usaha menyelamat antarabangsa melibatkan Malaysia, Vietnam, Filipina dan China dilancarkan bagi mencari pesawat tersebut.– AFP

Boeing 777 pesawat paling selamat

Posted:

Boeing 777 pesawat paling selamat

Boeing 777 pesawat paling selamat


BEBERAPA staf MAS memeriksa sebuah Boeing 777-200 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas ia melakukan penerbangan tanpa henti dari Seattle ke Kuala Lumpur pada 2 April 1997.


LONDON - Pakar-pakar penerbangan melahirkan perasaan terkejut mengenai kehilangan pesawat penumpang Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia, lapor akhbar The Guardian semalam.

Ia ekoran pesawat berkenaan memiliki rekod keselamatan yang hampir sempurna.

Perunding keselamatan aviasi yang juga anggota Jawatankuasa Penasihat Keselamatan Penerbangan Awam India, Mohan Ranganathan berkata, "amat, amat" jarang untuk sesebuah pesawat hilang hubungan komunikasi sepenuhnya tanpa sebarang tanda masalah.

"Boeing 777 adalah sebuah pesawat yang amat selamat, saya terkejut," katanya.

Menurut Mohan, pesawat itu terbang setinggi 10,700 meter dengan data dalam penerbangan menunjukkan ia kehilangan altitud dengan cepat dan berubah haluan.

Seorang lagi pakar penerbangan, Neil Hansford yang merupakan pengerusi firma perundingan Strategic Aviation Solutions berkata: "Boeing 777 memiliki rekod keselamatan antara yang terbaik dalam sejarah."

"Lebih 1,000 pesawat itu telah dibina manakala cuma 60 insiden telah direkodkan dengan kebanyakannya adalah kemalangan kecil," kata Hansford.

Menurutnya, kebarangkalian sebuah pesawat mengalami kegagalan kesemua enjin dalam satu masa adalah amat kecil.

"Jika sebuah enjin pesawat itu rosak semasa di udara, ia tidak akan terhempas," tambah Hansford.

Jelasnya, beliau turut menerima maklumat terdapat pihak yang mendakwa jet komersial itu telah disabotaj atau dibom tetapi menyifatkan spekulasi tersebut sebagai terlalu awal.

"Bagaimana sesiapa boleh tahu tentang perkara ini dengan sebegitu cepat?" ujarnya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved