Ahad, 9 Mac 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Maritim Malaysia hantar empat kapal laut ke Kedah mengambil kira pesawat berpatah balik

Posted:

Maritim Malaysia hantar empat kapal laut ke Kedah mengambil kira pesawat berpatah balik

Maritim Malaysia hantar empat kapal laut ke Kedah mengambil kira pesawat berpatah balik

09/03/2014 9:59pm

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menghantar empat kapal lautnya ke Pulau Perak kira-kira 60 batu nautika dari Langkawi, Kedah bagi usaha mengesan pesawat MH370 yang dikatakan telah berpatah balik ke arah Selat Melaka.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Amdan Kurish dalam sidang akhbar malam tadi memberitahu kapal-kapal tersebut telah pun diarah ke situ dan kini sudah berada di situ.

"Apa jua kemungkinan mengenai kejadian, kita akan ambil kira dan periksa.

"Oleh kerana itu, kita juga telah arahkan empat buah kapal laut kita ke Pulau Perak, 60 batu nautika dari Langkawi untuk melakukan usaha pencarian di situ," katanya di sini malam tadi.

Sementara itu, berhubung penemuan tompokan minyak kekuningan pagi tadi, Mohd. Amdan berkata ia telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya dan keputusannya dijangka diketahui tengah hari esok. - KOSMO!

Masih tiada petunjuk kehilangan pesawat MH370

Posted:

Masih tiada petunjuk kehilangan pesawat MH370

Masih tiada petunjuk kehilangan pesawat MH370

09/03/2014 9:56pm

SEPANG - Kehilangan pesawat MAS MH370 masih kekal misteri apabila pihak berkuasa belum lagi menemui sebarang petunjuk di mana ia berada biarpun kejadian tersebut telah lebih 48 jam berlaku.

Beberapa persoalan mengenai kejadian tersebut juga masih tidak dapat dijelaskan ekoran siasatan mengenai kehilangan pesawat yang membawa sebanyak 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu masih berjalan.

Pihak berkuasa memberitahu, mereka tidak menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan terdapat perbualan radio dibuat oleh juruterbang mengatakan pesawat menghadapi masalah sebelum kehilangannya.

Berhubung persoalan mengenai beg milik lima penumpang yang tidak menaiki pesawat, pihak berkuasa memberitahu, ia telah diturunkan sebelum pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mendapati pemiliknya tidak berada di dalam pesawat selepas mendaftar masuk.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kerana fokus pihak berkuasa sekarang ialah untuk mencari pesawat yang hilang itu. - KOSMO!

Amerika Syarikat hantar dua kapal, pesawat bantu operasi mencari dan menyelamat

Posted:

Amerika Syarikat hantar dua kapal, pesawat bantu operasi mencari dan menyelamat

Amerika Syarikat hantar dua kapal, pesawat bantu operasi mencari dan menyelamat

09/03/2014 9:46pm

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat menghantar dua kapal tentera lautnya untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal Sabtu.

Kedutaan Amerika dalam satu kenyataan hari ini berkata, susulan permintaan daripada kerajaan Malaysia, tentera laut Amerika menghantar USS Pinckney (DDG 91) dan USNS John Ericsson untuk membantu operasi SAR.

"Kami telah menghantar DDG 91, kapal pemusnah peluru pandu kelas Arleigh Burkecke ke lokasi dan tiba tengah hari ini.

"DDG 91 membawa dua buah helikopter MH-60R yang boleh digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat," menurut kenyataan itu.

Tambah kedutaan, USNS John Ericsson, kapal pembekal minyak yang dikendalikan Markas Tentera Laut, telah belayar dari Singapura pagi tadi untuk membantu operasi SAR.

Sebagai tambahan, pesawat P-3C Orion tentera laut Amerika yang dilengkapi kemudahan peralatan mencari jarak jauh, radar dan komunikasi telah berlepas dari Pangkalan Udara Kadena di Okinawa, Jepun pagi tadi dan telah memulakan pencarian, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, satu pasukan dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat kini dalam perjalanan ke rantau itu untuk menawarkan bantuan.

"Kerajaan Amerika akan terus memantau dengan rapi perkembangan dan sedang membantu Kerajaan Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Kami merakamkan simpati dan berdoa bagi keselamatan orang tersayang yang berada dalam pesawat MAS berkenaan," kata kenyataan itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved