Jumaat, 13 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pengawal keselamatan bukan kerjaya pilihan

Posted:

Pengawal keselamatan bukan kerjaya pilihan

Pengawal keselamatan bukan kerjaya pilihan

SUASANA pada waktu pagi di sekitar asrama pekerja berhampiran Lebuh Raya Damansara-Puchong, Petaling Jaya itu tampak tenang. Sesekali kelihatan beberapa buah motosikal berlegar-legar di kawasan tersebut sambil diselangi kehadiran beberapa individu pejalan kaki dari tempat letak kereta bersebelahan asrama tersebut.

Ramli Ahmad, 58, asyik memerhatikan kehadiran mereka dari satu sudut pondoknya yang terletak di tepi pintu masuk kawasan asrama tersebut.

Kadang-kadang dia disapa oleh orang yang lalu-lalang di situ dan dia membalasnya dengan senyuman sambil mengangkat tangan jika individu tersebut dikenalinya.

Begitulah, rutin harian Ramli sebagai seorang pengawal keselamatan di kawasan tersebut sejak lebih setahun lalu.

Dia yang segak berbaju putih, berseluar biru gelap dan berkasut hitam itu ditemani cota yang sering dibawanya ke mana-mana sahaja tanpa rasa jemu dan lelah.

Kehadirannya kadangkala melahirkan rasa gerun dan curiga kepada setiap individu yang memandangnya.

Anak kelahiran Bagan Serai, Perak itu memutuskan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur setelah mendapatan pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih lumayan berbanding di tempat asalnya.

"Saya memilih kerjaya ini kerana tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi selain sanggup berhijrah ke ibu kota ekoran tawaran gaji yang lebih.

"Selepas lebih sebulan bekerja, saya telah mengenali ramai orang di sini sekali gus kami menjadi lebih mesra.

TAWARAN gaji lebih lumayan menarik minat Ramli ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.


"Situasi ini menjadikan suasana tempat kerja saya menjadi lebih selesa dan menyeronokkan," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Hasil titik peluh itu, Ramli memperoleh pendapatan sekitar RM1,500 sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM800 akan diserahkan kepada isterinya yang tinggal di Perak.

Selain itu, dia membayar wang ansuran rumah di Perak sebanyak RM250 dan bakinya untuk kegunaan harian seperti membeli makanan.

"Sebenarnya gaji yang saya dapat sebagai pengawal keselamatan ini, cukup-cukup makan sahaja, bolehlah untuk menampung kami sekeluarga.

"Gaji soal nombor dua bagi saya, yang penting saya dapat menjaga keselamatan harta benda dan nyawa orang di sini," katanya.

Perihal kerja

Bercerita mengenai perihal kerja, dia yang tinggal di asrama akan bangun seawal pukul 5.30 pagi sekiranya bekerja syif pagi. Jarak asrama ke tempat kerjanya kira-kira 10 kilometer.

Majikannya turut menyediakan kemudahan pengangkutan pergi dan balik ke tempat kerja.

Katanya, pekerjaan sebagai pengawal keselamatan memerlukan disiplin tinggi dan kesabaran kerana perlu berada dalam keadaan setempat secara berseorangan dalam tempoh lama iaitu sehingga 12 jam.

Ia merupakan punca utama golongan muda tempatan kurang berminat menceburi kerjaya sebagai pengawal keselamatan sekali gus menyaksikan pekerjaan tersebut disambar pekerja asing.

Bagaimanapun, situasi tersebut berbeza bagi Mohd. Hafiz, 24, yang merupakan seorang graduan dari sebuah universiti tempatan.

Dia terpaksa memilih kerjaya sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah selepas gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya.

"Selepas lebih setahun keluar universiti, saya memohon dan telah dipanggil menghadiri beberapa temuduga oleh syarikat yang menawarkan jawatan bersesuaian dengan kelulusan saya.

"Namun, tiada sebarang panggilan kerja yang saya diterima, maka daripada menganggur lebih baik saya bekerja, walaupun sebagai pengawal keselamatan," katanya yang masih bujang.

Menurut Hafiz, bapanya juga merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah sejak lebih 10 tahun lalu dan ia merupakan salah satu faktor dia memilih kerjaya tersebut.


KES seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya, Selangor yang merompak dan membunuh mangsa menggemparkan masyarakat tempatan baru-baru ini.


Tanggungjawab

Selain dapat membantu ekonomi keluarga, Hafiz juga berpeluang merasai cabaran bergelar seorang pengawal keselamatan seperti yang pernah dirasai bapanya.

"Kerjaya ini sangat mulia dan turut mempunyai cabaran yang tersendiri. Apabila melalui sendiri barulah saya tahu bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah berat dan memerlukan kesabaran.

"Sebelum ini, saya menganggap kerjaya sebagai pengawal keselamatan hanya duduk dan tengok sahaja, rupa-rupanya banyak cabaran yang perlu dihadapi," jelasnya.

Menurutnya lagi, dia terpaksa membuang sifat malu selain terdapat sesetengah pihak yang memandang sinis pekerjaannya itu.

"Masyarakat sekeliling pasti ramai yang menganggap saya tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi," katanya dengan nada perlahan.

Hafiz turut mengingatkan masyarakat supaya tidak memandang rendah kerjaya pengawal keselamatan sepertinya.

Selain itu, katanya, masyarakat harus menerima setiap arahan yang diberikan oleh setiap pengawal keselamatan kerana mereka hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pihak syarikat.

"Kadang-kadang orang awam tidak mahu mengikut arahan kami. Mereka anggap kami tidak layak memberi arahan kerana mereka lebih berpelajaran dan mempunyai kerjaya yang lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, pelajar Kolej Politeknik Mara, Mohd. Izzat Amir, 22, mengakui kerjaya sebagai pengawal keselamatan bukan kerjaya pilihannya.

Ini kerana, katanya, selain tawaran gaji yang kurang lumayan, kerjaya tersebut juga tidak glamor.

"Pengawal keselamatan juga berdepan risiko kehilangan nyawa terutama yang bekerja di sektor yang membabitkan wang atau benda berharga.

"Sehubungan itu, walaupun saya ditawarkan gaji yang tinggi, saya tidak akan menerimanya," katanya.

Tambahnya, rata-rata pengawal keselamatan bekerja dalam tempoh panjang dan sukar mengambil cuti terutama pada hujung minggu.

"Saya dapati, pengawal keselamatan juga terpaksa bekerja pada hari raya atau cuti umum. Mereka sukar untuk mendapat cuti yang panjang dan jika hendak bercuti mesti ada pengganti.

"Mereka juga terpaksa bersekang mata sekiranya bekerja pada waktu malam," katanya.

Kes jenayah

Sementara itu, kebelakangan ini, kerjaya sebagai pengawal keselamatan mendapat perhatian luar biasa daripada masyarakat di negara ini.

Ia berikutan, berlaku beberapa kes jenayah membabitkan pengawal keselamatan termasuk merompak bank, kedai emas dan kilang.

HAFIZ komited menjalankan tugasan sebagai pengawal keselamatan.


Kes-kes tersebut melahirkan rasa kurang senang masyarakat terhadap kerjaya tersebut, walaupun hanya segelintir pengawal keselamatan yang bersikap sedemikian.

Ia turut diakui Haryati Abdullah, 45, seorang kakitangan di sebuah syarikat swasta.

Dia berkata, isu-isu jenayah yang membabitkan pengawal keselamatan kebelakangan ini menyebabkan imej mereka terjejas teruk di mata masyarakat.

"Pihak majikan perlu mengambil pengawal keselamatan yang berkelayakan dan bukan tangkap muat sahaja kerana pelbagai perkara buruk boleh berlaku sekiranya tersalah pilih.

"Selain itu, majikan juga perlu mengutamakan warga tempatan berbanding warga asing atas faktor keselamatan. Ini kerana, terdapat kes warga asing yang menipu mengenai diri mereka semata-mata untuk bekerja di negara ini. Tindakan mereka amat membahayakan orang ramai terutama di sektor perbankan.

"Bagi menarik minat warga tempatan bekerja sebagai pengawal keselamatan, majikan perlu menawarkan gaji atau elaun yang setimpal dengan risiko yang mereka hadapi," katanya.

Cerita mural di seluruh dunia

Posted:

Cerita mural di seluruh dunia

Cerita mural di seluruh dunia


MURAL aktivis remaja Pakistan, Malala Yousafzai dilakarkan pada dinding di seksyen Bushwick, New York, Amerika Syarikat.


SEJARAH seni mural bermula sejak zaman Paleolitik dengan penemuan sebuah lukisan di gua Chauvet di selatan Perancis. Mural tersebut dipercayai dilukis sekitar 30,000 tahun sebelum Masehi.

Mural merupakan satu karya seni yang menggunakan cat sebagai bahan utama dengan menjadikan dinding, siling dan permukaan yang kekal sebagai mediumnya.

Seni ini menjadi medium untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dalam fikiran ke dalam bentuk seni.

Di seluruh dunia, terdapat pelbagai mural yang dilukis pada dinding-dinding yang mengandungi seribu makna tersirat.

Antaranya, sebuah mural anti-Israel di Gaza City yang memaparkan imej sebuah kereta kebal Israel dibom bagi menggambarkan perjuangan komuniti di Gaza.

Berbeza pula dengan cerita mural di dinding sebuah rumah swasta di Singapura yang dilukis oleh Ernest Zacharevic.

Mural anak seni dari Republik Lithuania, di bahagian utara Eropah itu telah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana imej lego yang dilukisnya memegang pisau.

Namun, di Singapura, dia lebih gemar melukis mural dengan tema yang lebih santai.

Sementara itu, di Sekolah Tinggi Coachella Valley, California, mural yang melukis maskot orang Arab yang ingin mencapai sesuatu yang bertujuan untuk mempromosikan sukan turut menimbulkan kemarahan komuniti Arab-Amerika.

Imej itu menggambarkan orang Arab sebagai individu yang berhidung besar, berjanggut dan kepala yang bertutup.

ARTIS India, Ranjit Dahiya melukis mural pemain kriket terkenal India iaitu Sachin Tendulkar.


Mangsa korban

Mural di Ireland utara pula memaparkan imej separa tentera yang siap memegang senjata bagi menggambarkan situasi pembunuhan yang berlaku sebelum perjanjian Good Friday iaitu antara Ireland Utara bersama Republik Ireland dan Republik Ireland bersama Britain.

Di Jalan Mohamed Mahmoud, Mesir, kelihatan mural seorang pemuda yang terkorban dalam pemberontakan di Dataran Tahrir di Kaherah.

Ia dibuat bagi memperingati mangsa-mangsa yang terkorban dalam pertempuran sengit di kawasan tersebut dua tahun lalu antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan semasa proses revolusi.

Mural juga dilukis bagi memberi penghargaan terhadap kejayaan seseorang ahli sukan.

Di India misalnya, seorang pelukis Ranjit Dahiya sibuk menyiapkan mural Sachin Tendulkar, seorang pemain kriket India yang akan bersara setelah lebih 24 tahun terlibat dalam sukan tersebut.

Di Cuba, kelihatan imej seorang lelaki di hadapan mural wira revolusi negaranya iaitu Che Guevara yang sangat popular di seluruh dunia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


44 anak-anak Peka sertai majlis berkhatan

Posted:

44 anak-anak Peka sertai majlis berkhatan

44 anak-anak Peka sertai majlis berkhatan


AUSAMAH DARWISH (kanan) menyiram air ke arah anak-anak ahli Peka pada majlis berkhatan beramai-ramai di pekarangan Wisma Rozali, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


KHATAN. Seramai 44 kanak-kanak menyertai majlis berkhatan anjuran Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) di Wisma Rozali, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Naib Presiden 1 Peka, Ausamah Darwish Mohd. Daud berkata, program berkhatan anak-anak Peka dengan kerjasama Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. itu merupakan acara tahunan sejak lima tahun lalu melibatkan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Pada majlis tersebut, semua kanak-kanak itu diarak secara beramai-ramai ke khemah majlis dengan iringan paluan kompang selain dimandikan bagi mengurangkan rasa takut.

Perlawanan persahabatan Hari Perkhidmatan Awam 2013

Posted:

Perlawanan persahabatan Hari Perkhidmatan Awam 2013

Perlawanan persahabatan Hari Perkhidmatan Awam 2013


PEMAIN Pasukan Bola Sepak Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Sarawak bergambar meraikan kemenangan di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak baru-baru ini.


PERSAHABATAN. Pasukan Bola Sepak Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Sarawak mengalahkan skuad Setiausaha Persekutuan negeri dengan jaringan 6-3 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Md. Yahaya Basimin berkata, perlawanan persahabatan sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2013 itu bertujuan menanam semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pihak.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

KRT Kampung Raja Dagang agih bubur asyura

Posted:

KRT Kampung Raja Dagang agih bubur asyura

KRT Kampung Raja Dagang agih bubur asyura


SEBAHAGIAN ahli KRT bersama bungkusan bubur asyura untuk diagihkan kepada penduduk di Kampung Raja Dagang, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.


AGIH. Sebanyak 3,000 bungkusan bubur asyura diagihkan kepada penduduk setempat selepas Program Asyura Komuniti (PAK) berjaya dianjurkan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Raja Dagang, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.

Dalam program itu, sebanyak tiga kawah bubur asyura dikacau oleh anggota KRT berkenaan.

Pengerusi KRT Kampung Raja Dagang, Suzuki Ripin berkata, PAK adalah acara tradisi yang dianjurkan setiap tahun dan diagihkan sendiri anggota KRT dari rumah ke rumah penduduk.

Selain PAK, beberapa aktiviti lain seperti ziarah penduduk yang sakit, gotong-royong dan majlis agama turut dilaksanakan bagi memasti fungsi KRT sebagai penghubung anggota masyarakat tercapai," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Nooraida desak kes Adi Putra dibuka semula

Posted:

Nooraida desak kes Adi Putra dibuka semula

Nooraida desak kes Adi Putra dibuka semula

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

NOORAIDA dan suami menunjukkan laporan polis yang mereka failkan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Suami Nooraida Abdul Mutalib iaitu wanita yang dikaitkan mempunyai skandal gangguan gambar lucah dengan pelakon Mohamed Hadi Putera Halim atau Adi Putra menegaskan bahawa beliau telah membuat aduan ke Bahagian Tatatertib Bukit Aman semalam kerana tidak berpuas hati dengan penyiasatan kes tersebut.

Amiruddin Osman, 56, berkata, aduan tersebut dibuat bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pegawai terbabit yang telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

"Pagi tadi (semalam), saya bersama isteri, Nooraida Abdul Mutalib dan peguam telah pergi ke Bukit Aman untuk membuat aduan terhadap pegawai penyiasat berkenaan.

"Saya berpendapat ada sikap berat sebelah dan tidak profesional ketika dia menyiasat kes ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Seorang mati, seorang hanyut berkelah di pantai

Posted:

Seorang mati, seorang hanyut berkelah di pantai

Seorang mati, seorang hanyut berkelah di pantai


KIRI: SYUKRIE, HANIF, HEZRIE


DUNGUN - Kegembiraan 13 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin berkelah di Pantai Teluk Bidara dekat sini semalam berakhir dengan seorang daripada mereka mati lemas manakala seorang lagi masih hilang.

Mangsa yang mati lemas ialah Ahmad Shukrie Eiman Romainor, Muhammad Hanif Jainuri pula masih hilang manakala Mohd. Farhan Beig Shamsuri sempat diselamatkan. Ketiga-tiga remaja itu berusia 18 tahun.

Ahmad Shukrie berasal dari Taman Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur; Muhammad Hanif berasal dari Senggarang, Johor manakala Farhan dari Johor Bahru.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Puak Syiah ditakuti jadi militan

Posted:

Puak Syiah ditakuti jadi militan

Puak Syiah ditakuti jadi militan

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

SHAH ALAM - Polis sentiasa memantau kegiatan dan penyebaran ajaran Syiah di negara ini daripada terus menular dan membentuk satu kumpulan yang lebih besar kerana dikhuatiri bertukar menjadi gerakan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam di setiap negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya fahaman Syiah tidak terus menular sehingga mencapai tahap kritikal di negara ini.

Menurut beliau, jika kegiatan tersebut dibiar terus berkembang, pihaknya khuatir akan mencetuskan konflik di negara ini seperti yang berlaku di beberapa buah negara Arab termasuk di Iraq dan Pakistan di mana puak Syiah dan Sunni saling bermusuhan serta berbunuhan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Dua varian untuk pasaran Malaysia

Posted:

Dua varian untuk pasaran Malaysia

Dua varian untuk pasaran Malaysia

Oleh SHAWKATH AZDE

APABILA ditanya mengenai kenderaan super mewah Itali, dua jenama pasti muncul dalam fikiran. Ferrari dan Lamborghini. Bukan suatu perkara aneh kerana produk itu pantas ditangkap mata tatkala menjalar di jalan raya. Kelibat jentera eksotik itu mudah dikenali gara-gara deruman ekzos dan persembahan warna badan kenderaan yang terang.

Malah lebuh raya Malaysia pada setiap hujung minggu pasti menjadi lokasi laluan kereta-kereta berkenaan dari Selatan menuju Utara atau sebaliknya.

Ada yang mendakwa, itu antara profail sebilangan besar pemilik jentera lambang kuda dan lembu jantan. Seolah-olah mereka mahu menarik perhatian para pemandu lain dan memberitahu mengenai kewujudan jentera berkuasa tinggi itu.

Profail itu nyata berbeza jika dibandingkan dengan satu lagi jenama dari Itali. Pemiliknya kurang gemar meraih perhatian dan lebih suka bergerak secara solo. Itulah Maserati. Jenama lambang trisula itu bukannya baharu di Malaysia. Edaran secara rasmi sudah bermula pada 2009 oleh Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia).

Naza Italia ialah pengedar rasmi jenama Ferrari dan Maserati di Malaysia. Sebenarnya, Ferrari dan Maserati memiliki hubung kait rapat di Itali. Maka tidak hairanlah Kumpulan Naza menempatkan dua produk sekelas itu di bawah Naza Italia.

Ferrari pernah memiliki Maserati pada tahun 1997 dan kini, dua-dua entiti itu ialah syarikat adik-beradik di bawah payung Fiat S.p.A. Ada juga beberapa laporan mengatakan Ferrari membekalkan enjin bagi kegunaan Maserati.

Portfolio produk Maserati di Malaysia baru-baru ini diluaskan dengan ketibaan dua varian baharu iaitu Quattroporte S dan Quattroporte GTS. Jika sebelum ini, produk yang dijual lebih tertumpu kepada segmen sport touring.


RUANG kelegaan kaki penumpang belakang telah ditingkatkan untuk keselesaan para penumpang.


Quattroporte bermaksud empat pintu dalam bahasa Itali. Itu tidak bermakna warisan DNA perlumbaan Maserati digugurkan sepenuhnya dalam produk sedan tetapi diberi sentuhan baharu iaitu kemewahan.

Model yang tampil menemui peminat tempatan ialah generasi keenam dan pernah dipertontonkan sewaktu Pameran Motor Antarabangsa Amerika Utara awal Januari lalu sebelum menembusi beberapa pasaran di peringkat global.

Ketua Bahagian Rekaan Maserati, Lorenzo Ramaciotti berkata, Quattroporte mendokong inspirasi reka bentuk prinsipal asal termasuk bentuk menawan, garis badan dinamik dan seni bina Itali.

Katanya, saiz kereta kali ini lebih besar berbanding model terdahulu pada masa sama mengimbangi elemen sport dan mewah. Beberapa ciri utama daripada generasi sebelumnya telah dikekalkan. Antaranya, gril radiator, tiga buah ruang kemasukan udara serta bentuk segi tiga pada tiang C.

Wajah hadapan didominasi oleh hud panjang dan gril lebar yang menempatkan enjin berkuasa tinggi. Garis tubuh pada bahagian hud dan sisi kenderaan menonjolkan imej maskulin. Perumah set lampu utama jenis Bi-xenon dengan padanan lampu DRL LED dipanjangkan ke bahagian sisi hadapan.

Imej belakang mengetengahkan paparan lebar yang disokong dengan beberapa garis tubuh secara melintang. Penyeri utama adalah set lampu belakang jenis LED berbentuk memanjang. Ia tampak kemas dan menawan.

Aspek keseimbangan berat jentera berjaya dikekalkan pada nisbah 50:50 hasil kepintaran pasukan jurutera Maserati yang memberi pengenaan set suspensi bersesuaian selain mengubah kedudukan tangki minyak. Perkara itu juga membantu meningkatkan kapasiti ruang simpanan sehingga 530 liter jika menurunkan kerusi barisan belakang.

Buka pintu kereta Quattroporte, ruang kabin memaparkan kombinasi binaan eksklusif dan sport ekoran penggunaan beberapa jenis material seperti alcantara, kulit berkualiti tinggi dan lapisan kayu khususnya pada bahagian papan pemuka.

Lebih selesa

Untuk aspek keselesaan, ruang kelegaan sudah ditingkatkan sebanyak 117 milimeter berbanding model sebelumnya. Konfigurasi tempat duduk pula melibatkan empat atau lima kerusi bergantung pada varian Quattroporte.

Bahagian konsol yang juga melibatkan pengenaan material kayu menjadi rumah kepada sebuah skrin sesentuh multimedia yang dikenali sebagai Maserati Touch Control. Skrin itu menawarkan beberapa ciri kemudahan termasuk sistem navigasi, paparan kamera undur, radio, pemain cakera padat dan video digital, sambungan bluetooth dan USB AUX.


ENJIN Maserati Quattroporte dengan padanan transmisi lapan kelajuan membantu menyempurkan saluran kuasa output dan tork yang diperlukan para pemilik jentera itu.


Sedan mewah Quattroporte S didatangkan dengan enjin V6 bersesaran 3.0 liter yang berupaya menjana kuasa sebanyak 410hp pada 5,500rpm. Tork tertinggi boleh dikecapi ialah 550Nm pada paras 1,750 hingga 5,000rpm. Kelajuan maksimum direkodkan adalah 285 kilometer sejam (km/j).

Berbekalkan enjin V8 3.8 liter, Maserati Quattroporte GTS pula mampu meledakkan kuasa maksimum 530hp pada 6,500rpm dan tork setinggi 650Nm antara 2,000 hingga 4,000rpm. Kelajuan maksimumnya ialah 307km/j. Varian itu ialah kereta Quattroporte paling pantas pernah dicipta oleh Maserati.

Siri Quattroporte menggunakan sistem transmisi automatik lapan kelajuan yang dihubungkan pada sistem pacuan roda belakang. Kotak gear itu menawarkan penukaran gear lebih pantas sekali gus membantu penjimatan bahan api sehingga enam peratus (berbanding model sebelum ini). Mod pemanduan ditawarkan melibatkan automatik, automatik Sport, manual, manual Sport dan ICE (Increased Control and Efficiency).

Harga pengenalan Maserati Quattroporte GTS bermula serendah RM1,138,800 manakala Quattroporte S ditawarkan sebanyak RM898,800 seunit. Itu belum termasuk harga insurans dan cukai jalan.

Aktiviti mengembangkan portfolio perniagaan Naza Italia tidak terhenti di situ. Dengar khabar, awal tahun hadapan entiti perniagaan itu akan memperkenalkan model Gibli dan Maserati Grand Turismo. Sama-sama kita nantikannya.

Proton kenalkan Persona SV

Posted:

Proton kenalkan Persona SV

Proton kenalkan Persona SV


LUKMAN (tiga dari kiri) bersama barisan pengurusan atasan DRB-Hicom dan Proton pada majlis pelancaran Persona SV di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


PENGELUAR kenderaan nasional, Proton Holdings Bhd. melancarkan Proton Persona SV sebagai tambahan pilihan dalam rangkaian Super Value (SV) selepas memperkenalkan model Saga SV.

Proton Persona SV yang dilancarkan oleh Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil itu diadakan serentak dengan pengenalan karnival Proton Bola! Bola! Bola! Mega Test Drive di Stadium Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Hadir bersama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Komersial Proton, Hisham Othman.

Persona SV memperoleh tenaga daripada enjin 1.6 liter Campro IAFM dengan dua pilihan transmisi (automatik dan manual). Enjin empat silinder itu mampu menjana kuasa output 110 hp pada 6,500rpm dan tork setinggi 148Nm pada 4,000rpm.

Model sedan itu dipasang rim aloi berukuran 15 inci dan set audio 1-DIN dengan pemain cakera padat. Tambahan lain ialah stereng kuasa, cermin sisi bersama lampu isyarat membelok LED, dua beg udara, prapenegang tali pinggang keledar, sistem brek antikunci, sistem agihan brek elektronik dan brek cakera pada roda belakang.

Mohd. Khamil dalam satu kenyataan berkata, Proton Persona SV memberi nilai untuk wang kepada para pembeli tempatan dengan peningkatan kualiti produk, gaya dan lebih mampu milik.

"Kami menerima sambutan memberangsangkan sejak memperkenalkan model Proton Saga SV dan berharap Persona SV mendapat sokongan sama daripada pasaran tempatan dengan tawaran harga yang cukup menarik," jelasnya.

Model Proton Persona SV yang didatangkan dalam tujuh pilihan warna iaitu putih, tembaga, hitam, perak, merah, hijau dan biru kini dibuka untuk tempahan. Jaminan diberikan ialah selama dua tahun atau jarak perbatuan 50,000 kilometer (mana-mana tiba dulu).

Persona SV MT (transmisi manual) dijual pada harga atas jalan termasuk insurans bermula serendah RM44,938 manakala varian automatik dijual pada tag harga permulaan RM47,938 seunit.

Penampilan baharu model Hibrid Premium

Posted:

Penampilan baharu model Hibrid Premium

Penampilan baharu model Hibrid Premium

Oleh MUHAMMAD MD. TAJUDIN


CT 200H dianggap model pengganti bagi individuyang mahu berhijrah dalam kelas mewah mampu milik.


TOYOTA Motor Corporation memperkenalkan jenama Lexus pada tahun 1989 bagi membuktikan pengeluar automotif Jepun itu juga mampu bersaing dengan kereta premium Eropah. Namun idea menghasilkan Lexus sebenarnya dicetuskan pada 1983 oleh bekas Pengerusi Toyota, Eiji Toyoda yang mahu jenamanya terus kehadapan.

Walaupun Lexus tergolong dalam jenama premium tetapi harga produknya masih kompetitif berbanding jenama Eropah.

Lexus memancing kepercayaan pengguna dengan mempertaruhkan model hatchback hibrid CT 200h yang didakwa sebagai termurah dalam kelasnya.

Model yang mula ditawarkan di pasaran tempatan pada tahun 2011 itu dikatakan antara model yang mendapat sambutan.

Tidak CT 200h mendapat menerima respons menggalakkan memandangkan harga asasnya bermula daripada RM168,000.

Di pasaran Eropah, Lexus CT 200h bakal ditawarkan dengan model wajah baharu (facelift) bermula Mac tahun hadapan. Model itu telah menerima pelbagai perubahan dari dalam hingga luar kereta.

Selari dengan signatur baharu Lexus, CT 200h menerima gril baharu yang digelar sebagai spindle grille. Set gril baharu itu menjadikan muka depan CT 200h nampak lebih rendah dan lebar.


TONA kabin yang kontras terutama penggunaan warna merah menjadikan suasana tampak sporty.


Rekaan spindle grille itu sebenarnya agak kontroversi seolah-olah tiada keharmonian antara bahagian badan lain. Hakikatnya bentuk spindle grille itu telah lama digunakan pada bampar depan kereta Lexus cuma ia tidak dijadikan bahan publisiti.

Rekaan itu diserlahkan semula dengan usaha penjenamaan identiti reka bentuk dengan padanan warna krom berjaya menggoda minat orang ramai. Selain daripada gril baharu, Lexus turut menyemak semula pilihan warna termasuk menjadikan lapisan anti calar sebagai kemasan wajib.

Pada bahagian dalaman pula, Lexus telah menggunakan stereng baharu dengan diameter 370mm yang sama seperti Lexus IS baharu.

Skrin multimedia pula direka semula supaya lebih nipis dan generasi kedua alat kawalan sesentuh antara pemuka yang diubah supaya lebih mesra agar senang digunakan pemandu.

Bagi menambah keselesaan, Lexus Media Display dan Lexus Premium Navigation System turut ditala semula dengan operasi bebas tangan serta pengecaman suara yang lebih.

Satu perkara yang menarik ialah penggunaan serat buluh, opal tumbuhan dan arang semasa proses suntikan acuan untuk menghasilkan pembesar suara ternipis bagi mengeluarkan kualiti bunyian yang lebih baik.

Perubahan CT 200h tidak terhad pada penampilan luaran sahaja malah turut melibatkan nadi kuasa. Emisi enjin hibrid berjaya dikurang dengan jumlah CO2 turun 5kg/m kepada 82g/km untuk model S grade dengan roda bersaiz 15 inci.

Untuk model dengan roda bersaiz 16 inci pula kadar emisi CO2 turun sebanyak 6g/km kepada 88g/km.

Perubahan CT 200h lebih komprehensif apabila Lexus turut menyemak semula keselesaan pemanduan. Model baharu itu lebih rigid manakala suspensinya ditala semula.

Ciri-ciri aerodinamik ditambah baik dan begitu juga kadar NVH (Noise, vibration, harness) supaya kereta lebih selesa dipandu dan suasana kabin yang lebih senyap.

Ketegaran badan kereta diperkemaskan lagi dengan penambahan kimpalan titik (spot weld) dan penggunaan teknologi lekatan struktur yang ekstensif.


WALAUPUN menggunakan teknologi hibrid, prestasi CT 200h tetap mengagumkan.


Badan yang lebih kukuh membolehkan suspensi ditala semula dengan kadar kekenyalan spring dioptimumkan, injap penyerap hentak baharu turut digunakan dan diameter palang anti oleng belakang telah ditukar untuk memperbaiki keselesaan pemanduan tanpa menjejaskan tahap pengendalian kereta.

Lexus turut menala semula sistem kawalan transmisi supaya bergerak selari dengan putaran enjin untuk menyamai pergerakan transmisi automatik konvensional.

Selain daripada itu, Lexus Hybrid Drive sememangnya bergerak dengan senyap dan untuk model baharu ini, Lexus telah melakukan tidak kurang dari 94 tindakan bagi mengurangkan tahap NVH antaranya yang pertama untuk model Lexus ialah rekaan salur masuk yang senyap dan efisyen.

Tidak ketinggalan Lexus turut menambah baik model istimewa iaitu CT 200h F Sport supaya tampil lebih garang dan mempunyai perbezaan signifikan dengan varian CT 200h lain.

Spindle grill yang digunakan mempunyai corak jaring sama seperti model IS F Sport manakala spoiler belakang mempunyai potongan yang menambah tahap mendapan (downforce).

Model F Sport terus dibezakan dengan penggunaan rim 17 inci 10 jejari dan lebih unggul apabila ditawarkan dengan warna istimewa iaitu F-Sport White. Pada bahagian dalaman pula, model F-Sport dipasangkan pedal aluminium, plak bingkai pintu dan stereng balutan kulit dengan perincian tebukan (perforated).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tesco bersihkan pantai Port Dickson

Posted:

Tesco bersihkan pantai Port Dickson

Tesco bersihkan pantai Port Dickson

TESCO menjadikan aktiviti membersih pantai Saujana di Port Dickson sebagai satu tanggungjawab sosial.


SEBAGAI salah sebuah peruncit terkemuka di dunia, Tesco Malaysia (Tesco) menjadikan aktiviti membersih pantai di Port Dickson sebagai satu tanggungjawab dalam melindungi alam sekitar.

Lebih 500 individu terlibat dalam aktiviti anjuran bersama Tesco dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang diadakan di pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Perhubungan Korporat & Hal Ehwal Tesco, Azlam Shah Alias, pihaknya memandang serius isu alam sekitar dan komited untuk memberi sumbangan dalam menanganinya.

"Kami komited untuk memenuhi sasaran pada tahun 2020 iaitu mengurangkan sebanyak 50 peratus pembebasan gas karbon dioksida (CO2) dalam operasi dan produk kami.

"Tesco juga bekerjasama dengan para pelanggan melalui kempen Hijau Bumi Kita selain mempunyai matlamat menanam sebanyak 500,000 batang pokok dalam tempoh tiga tahun di negara ini," kata Azlam.

Melabur

Dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan CO2 dalam operasinya, Tesco baru-baru ini telah melabur dalam kempen Kurangkan CO2.

Menurut Azlam, antara langkah yang diambil bagi menjayakan kempen tersebut ialah memastikan penggunaan jentera berat mesra alam dan memasang lampu jimat tenaga di seluruh Tesco di Malaysia yang membabitkan kos sebanyak RM43.3 juta.


SEBAHAGIAN peserta sedang membersih pantai di Port Dickson.


Tambahnya lagi, pada tahun 2008 Tesco telah memperkenalkan skim mata kad Kelab Hijau bagi menggalakkan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar. Menerusi skim itu, para pelanggan yang membawa beg dari rumah untuk mengisi barang-barang yang dibeli di Tesco akan diberikan mata ganjaran.

"Kami menerima sokongan yang baik daripada para pelanggan. Setakat ini, lebih 10 juta mata kad Kelab Hijau telah diterima oleh 100,000 ahli kami sekali gus membantu mengurangkan penggunaan lebih 118 juta beg plastik," jelasnya.

Dalam pada itu, aktiviti pembersihan pantai sejauh 5.5 kilometer itu turut dihadiri Yang Dipertua MPPD, Ab. Khalid Mat.

Turut hadir, rakan-rakan perniagaan Tesco dan pelbagai organisasi termasuklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Bomba, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Port Dickson, Politeknik KPM, Jabatan Alam Sekitar, SWM Environment Sdn. Bhd., Angkatan Tentera Malaysia dan masyarakat setempat.

Azlam juga turut menyampaikan pokok kepada Ab. Khalid sebagai tanda simbolik komitmen Tesco untuk menanam 5,000 batang pokok di sekitar Port Dickson bagi menghijaukan lagi kawasan tersebut.

Pihak Tesco percaya penglibatan lebih ramai orang dalam aktiviti penjagaan alam sekitar akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dan hijau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hazwan tampil dengan hatrik

Posted:

Hazwan tampil dengan hatrik

Hazwan tampil dengan hatrik

HAZWAN (tiga dari kanan) tampil cemerlang untuk membantu Harimau Muda membelasah Laos 4-1 pada aksi kedua acara bola sepak Sukan SEA 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar semalam.


NAY PYI TAW - Penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri meledakkan hatrik untuk membantu Harimau Muda membelasah Loas 4-1 dalam acara bola sepak Sukan SEA 2013 di Stadium Zeyyer Thiri semalam.

Ahmad Hazwan, 22, yang tidak diturunkan ketika Harimau Muda mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brunei pada aksi pertama Kumpulan A, Selasa lalu membalas kepercayaan yang diberikan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Kemenangan itu meletakkan skuad negara di landasan tepat untuk mara ke separuh akhir, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Indonesia dua tahun lalu.

"Para pemain beraksi lebih baik pada babak kedua. Bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah kami berjaya mengutip tiga mata penuh.

"Selepas menjaringkan gol pertama, pemain-pemain sedikit leka dan gol penyamaan hasil jaringan sendiri menyebabkan pemain negara berada dalam situasi sedikit tertekan.

"Namun, keadaan kembali baik dan mengikut perancangan pada babak kedua.

"Sistem penggiliran pemain memberikan kesan yang positif dan ini adalah satu perlawanan yang baik," kata Kim Swee.

Kim Swee berkata, Ahmad Hazwan memiliki kelebihan tersendiri terutamanya tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang di depan mata.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, semua pemain perlu bersedia untuk beraksi kerana kami mempunyai banyak perlawanan. Kami mahu menurunkan pemain yang masih segar. Dia (Ahmad Hazwan) beraksi cemerlang pada perlawanan ini dan saya perlu memikirkan semula sistem penggiliran ini," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Kim Swee mengotakan janjinya untuk melakukan sedikit perubahan taktikal dengan menyenaraikan lima muka baharu termasuk Ahmad Hazwan berbanding pada aksi menentang Brunei lalu.

Ahmad Hazwan meletakkan Harimau Muda di depan seawal minit keenam menerusi satu rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Laos, Seng Athit Somvang.

Bagaimanapun, kelekaan anak-anak buah Kim Swee dihukum dengan gol penyamaan Laos.

Pemain pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), K. Reuben tertanduk masuk bola ke gawang sendiri hasil sepakan percuma Laos yang diambil Sauk Aphone Vongchiengkham pada minit ke-40.

Aksi pada babak kedua lebih rancak terutamanya selepas Kim Swee membawa masuk arkitek muda PKNS FC, Muhammad Nazmi Faiz Mansor bagi menggantikan S. Shanmugam.

Ahmad Hazwan kembali meletakkan Harimau Muda di depan pada minit ke-59 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-87, manakala satu lagi gol diperoleh menerusi jaringan sendiri pemain Laos, Ketsada Souksavanh pada minit ke-79.

Harimau Muda yang menewaskan Brunei 2-0 pada aksi pembukaan Selasa lalu akan bertemu Singapura esok sebelum menghadapi perlawanan terakhir kumpulan menentang Vietnam (17 Disember).

Sepak takraw mengecewakan

Posted:

Sepak takraw mengecewakan

Sepak takraw mengecewakan


PRESTASI pemain sepak takraw negara pada Sukan SEA 2013 tidak mencapai tahap yang diinginkan.


NAY PTI TAW, Myanmar - Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Jamaluddin Hassan tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya selepas Malaysia mencatat keputusan yang memalukan pada Sukan SEA 2013.

Selepas skuad wanita dibelasah 0-3 dalam ketiga-tiga perlawanan menentang Thailand, Myanmar dan Indonesia, semalam giliran skuad lelaki pula merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut dalam acara berpasukan.

Skuad lelaki yang tewas 0-3 kepada Thailand dan 1-2 dalam dua perlawanan pertama sebelum ini tumpas 1-2 kepada Indonesia pada perlawanan terakhir di Stadium Tertutup Wunna Theikdi B semalam.

Kekalahan itu merupakan yang terburuk dalam sejarah, sekali gus meleburkan impian Malaysia untuk menamatkan kemarau pingat emas dalam acara berpasukan sejak 22 tahun lalu.

"Saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini. Saya kena terima dan akur dengan kelemahan yang ada pada skuad negara. Ini sahaja yang termampu saya lakukan.

"Saya rasa cukup setakat ini. Saya tidak cakap saya akan meletak jawatan tetapi terpulanglah kepada pihak pengurusan.

"Saya tidak menyalahkan para pemain tetapi kami telah melakukan segala-galanya. Ini sahaja pemain yang kami ada. Saya tidak mempunyai banyak pilihan," kata Jamaluddin yang kembali membimbing skuad negara pada 2011.

Jamaluddin berkata, beliau menyahut cabaran untuk memikul tanggungjawab yang besar bagi membentuk skuad yang mantap meskipun menyedari barisan pemain sedia ada masih muda dan kurang berpengalaman.

Bagaimanapun, Jamaluddin tidak menafikan bahawa kekalahan skuad negara berpunca daripada persembahan di bawah tahap sebenar yang dipamerkan para pemain ketika berada dalam gelanggang.

"Apa yang saya nampak, pemain-pemain negara tidak beraksi dengan baik ketika berada dalam gelanggang. Kami sudah bagi segala ilmu dan kini terpulanglah kepada mereka untuk melakukannya," katanya.

Pada aksi terakhir acara berpasukan lelaki semalam, regu pertama negara yang diketuai Mohd. Syareenqamar Salehan, Mohd. Hanafiah Dolah dan Noor Azman Abdul Hamid tewas 21-10, 21-17 dan 8-21.

Regu kedua yang menampilkan Fahran Adam, Norshahruddin Md. Ghani dan Sahidan Md. Ali pula tumpas 23-21 dan 21-12.

Meskipun regu ketiga yang dibarisi Mohd. Muqlis Borhan, Mohd. Kamal Alfiza Shafie dan Izurin Refin bangkit untuk menewaskan Indonesia 21-17, 21-8, ia sudah terlambat dan tidak memberikan sebarang makna.

Meskipun skuad lelaki dan wanita negara sekadar menduduki tempat tercorot, mereka tetap membawa pulang pingat gangsa bersama dengan pasukan yang menduduki tempat ketiga.

Dalam acara berpasukan lelaki, pingat emas dimenangi Thailand dikuti Indonesia (perak), Myanmar dan Malaysia (gangsa), manakala pingat emas bagi acara berpasukan wanita menjadi milik Thailand, Myanmar (perak), Indonesia dan Malaysia (gangsa).

Skuad negara akan meneruskan cabaran dalam acara regu lelaki dan wanita hari ini.

Satu emas dalam jangkauan

Posted:

Satu emas dalam jangkauan

Satu emas dalam jangkauan

GANDINGAN Woon Khe Wei (depan) dan Vivian Hoo Kah Mun menjadi wakil tunggal negara untuk memburu pingat emas dalam acara badminton.


NAY PYI TAW - Skuad muda badminton Sukan SEA menghampiri sasaran satu emas yang

dicari-cari selepas beregu wanita muncul satu-satunya wakil tunggal negara yang berjaya mara ke final hari ini.

Gandingan Woon Khe Wei-Vivian Hoo menghidupkan kembali peluang yang tersasar selepas kegagalan perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran apabila memenangi aksi separuh akhir, semalam.

Pasangan negara itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan beregu Singapura, Yao Li-Shinta Mulia dalam perlawanan tiga set 23-21, 17-21, 21-18.

Pada aksi final nanti, Khe Wei-Vivian akan menentang beregu Indonesia, Krishinda Nitya-Polli Greysia yang menewaskan dengan mudah beregu Thailand, Sapsiree Taerattanachai-Puttita Supajrakul 21-7, 21-11.

Jika berdasarkan ranking semasa, tugas Khe Wei-Vivian dijangka sukar kerana pasangan Indonesia itu berada pada kedudukan lebih baik.

Namun bagi pengurus pasukan, Mahizan Mustafa, pemainnya akan turun dengan keazaman tinggi untuk mencuba sebaik mungkin pada aksi final itu nanti.

"Mereka berjaya bangkit ketika aksi separuh akhir hari ini (semalam). Saya berharap mereka mampu melakukan kebangkitan sama pada final esok (hari ini),"

katanya yang turut berpuas hati dengan kesungguhan dua beregu lelaki walaupun tersekat di separuh akhir semalam.

"Mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan hanya kalah tipis sahaja. Cuma nasib tidak berpihak kepada mereka," tambahnya.

Dua beregu lelaki yang terkandas di separuh akhir adalah Goh V Shem-Teo Kok Siang dan Ow Yao Han-Lim Khim Wah. Kedua-dua mereka kalah kepada beregu Indonesia.

V Shem-Kok Siang kalah kepada Berry Angriawan-Suwardi Karanda 17-21, 18-21 manakala Yao Han-Khim Wah tumpas di tangan S. Rian Agung-Pratama Angga dengan 16-21, 15-21.

Harapan untuk menyaksikan beregu campuran turut mara ke final turut tidak kesampaian apabila gandingan Lai Pei Jing-Tan Aik Quan juga tewas di separuh akhir semalam.

Pasangan negara itu ternyata bukan lawan buat beregu Thailand, Maneepon Jongjit-Taerattanachai apabila terpaksa tunduk dengan 15-21, 17-21 dalam masa 41 minit.

Kekalahan itu membolehkan beregu lelaki dan beregu campuran menyumbang dua gangsa setakat ini.

Pada Sukan SEA dua tahun lalu di Indonesia, badminton hanya membawa pulang satu perak dan dua gangsa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Enam bank tawar kemudahan bantu ringankan beban mangsa banjir

Posted:

Enam bank tawar kemudahan bantu ringankan beban mangsa banjir

Enam bank tawar kemudahan bantu ringankan beban mangsa banjir

13/12/2013 10:35pm

KUALA LUMPUR - Enam institusi perbankan yang mempunyai cawangan di kawasan terlibat banjir bersetuju melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban kewangan serta harta benda pelanggannya.

Menurut kenyataan Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) hari ini, bank berkenaan ialah Agrobank, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, EXIM Bank dan SME Bank.

ADFIM yang menyelia enam bank itu berkata, antara inisiatif jangka pendek yang dikenal pasti ialah menangguhkan sementara bayaran pinjaman, menstruktur semula pinjaman, membantu pelanggan mempercepat proses tuntutan insurans dan melanjutkan tempoh urus niaga di kawasan yang tidak terjejas banjir.

Bagaimanapun, pelanggan dinasihat pergi terus ke cawangan bank berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut kemudahan yang disediakan anggota ADFIM di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.

Pelanggan juga boleh menghubungi khidmat pelanggan Agrobank di talian 1 300 88 2976; Bank Rakyat 1 300 88 12265; Bank Pembangunan Malaysia 03-2611 3888; Bank Simpanan Malaysia 1 300 88 1900; EXIM Bank 03-2601 2000; dan SME Bank 1 300 88 3131. - Bernama

Banjir: Hasil rondaan polis tiada laporan pecah rumah di Pahang

Posted:

Banjir: Hasil rondaan polis tiada laporan pecah rumah di Pahang

Banjir: Hasil rondaan polis tiada laporan pecah rumah di Pahang

13/12/2013 10:34pm

KUANTAN - Hasil rondaan polis di kawasan perumahan dan penempatan yang dilanda banjir di seluruh negeri, tiada sebarang kes pecah rumah dan kehilangan harta benda dilaporkan, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani.

Beliau berkata, anggota polis melakukan rondaan dengan menggunakan bot untuk memastikan rumah yang ditinggalkan kosong tidak dipecah masuk.

Sharifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan daripada dermawan kepada 286 keluarga anggota polis yang menjadi mangsa banjir di seluruh Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan memberikan bantuan kepada anggotanya yang menjadi mangsa banjir namun tidak menyatakan bentuk bantuan itu.

Katanya persediaan awal juga telah dibuat dengan keanggotaan yang mencukupi bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir. - Bernama

Lima kematian akibat denggi minggu lepas

Posted:

Lima kematian akibat denggi minggu lepas

Lima kematian akibat denggi minggu lepas

13/12/2013 10:33pm

KUALA LUMPUR - Tiga kematian akibat denggi dilaporkan di Sabah dan dua di Selangor minggu lepas menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 79 orang tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, kematian itu melibatkan tiga wanita dan dua lelaki berusia antara 16 dan 61 tahun dalam tempoh 1 hingga 7 Disember lepas.

"Empat kes melibatkan pelajar sekolah/kolej dan semuanya mendapatkan rawatan setelah mengalami tanda-tanda demam denggi. Ada antara pesakit yang mempunyai sejarah penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.

"Kesemua kediaman kes bukan kawasan berwabak tinggi, namun pemeriksaan pembiakan nyamuk Aedes mendapati kadar pembiakan di kawasan kediaman berada pada tahap 1.1 peratus sehingga 8.3 peratus, melebihi kadar sensitif iaitu 1 peratus.

"Hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan telah menjumpai pembiakan Aedes di sekitar kawasan tempat tinggal pesakit seperti dalam bekas plastik, tayar, baldi dan bekas polistrin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lokman Hakim berkata, jumlah kumulatif kematian tahun ini sehingga minggu lepas bertambah jika dibandingkan dengan 34 kematian seluruh negara untuk tempoh masa sama tahun lepas.

Selain itu, katanya sebanyak 1,677 kes demam denggi dilaporkan minggu lepas dengan lapan negeri menunjukkan peningkatan.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatat peningkatan sebanyak 100 peratus dengan tiga kes, Sabah 76.9 peratus (10 kes), Perlis 75 peratus (tiga kes), Kedah 61.5 peratus (lapan kes), Terengganu 26.3 peratus (lima kes), Sarawak 11.5 peratus (tiga kes), Selangor 8.9 peratus (88 kes) dan Johor 0.6 peratus (satu kes). - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Empat lagi warga India didakwa kerana merusuh

Posted:

Empat lagi warga India didakwa kerana merusuh

Empat lagi warga India didakwa kerana merusuh

Pemandangan dari udara menunjukkan dua kereta polis terbalik dalam rusuhan di Singapura, Ahad lalu.- Reuters


SINGAPURA - Empat lagi warga India didakwa semalam kerana merusuh di daerah Lit- tle India di pulau ini pada hujung minggu lalu.

Polis berkata, empat suspek tersebut yang berusia antara 24 hingga 45 tahun merupakan tangkapan terbaharu berhubung rusuhan tersebut.

Sellamuthu Elangovan, 45, Ammasi Venkatesan, 27, dan Selarasu Dhanapal, 25, dituduh membaling serpihan konkrit ke arah anggota polis dalam kekacauan di lokasi berkenaan.

Lelaki keempat, Arumugam Karthik pula berdepan dakwaan menyertai perhimpunan haram. Dia turut didakwa kerana menyerang bas persendi- rian yang melanggar warga India, Sakthivel Kumaravelu, 33, di sebuah persimpangan di lokasi kejadian.

Sakthivel mati dalam kemalangan itu pada malam Ahad lalu.

Semasa kejadian, bas berkenaan tiba untuk membawa pekerja rantau Asia Selatan berkenaan untuk pulang ke asrama mereka.

Arumugam, 24, juga didakwa bertindak menterbalikkan dan membakar sebuah kereta polis semasa kekacauan itu.

Kes melibatkan keempat- empat tertuduh akan didengar pada 19 Disember ini.

Dalam pada itu, polis menyatakan, siasatan terhadap warga India lain yang terlibat dalam rusuhan itu masih diteruskan.

Setakat kelmarin, sebanyak 27 rakyat India telah didakwa di mahkamah kerana merusuh.

Polis juga selesai menyoal siasat kira-kira 3,700 pekerja asing dari 10 buah asrama berhubung insiden tersebut.

Daripada bilangan itu, seramai 176 telah diambil ketera- ngan di Jabatan Siasatan Jena- yah termasuk mereka yang ditahan.

Menurut polis, kira-kira 400 imigran Asia Selatan terlibat dalam rusuhan tersebut yang menyebabkan 39 anggota polis dan petugas pertahanan awam cedera manakala 25 buah kenderaan termasuk 16 kereta polis rosak atau dibakar perusuh. - Agensi

Tentera enggan temui ketua penunjuk perasaan

Posted:

Tentera enggan temui ketua penunjuk perasaan

Tentera enggan temui ketua penunjuk perasaan


SEKUMPULAN penunjuk perasaan antikerajaan mencabut kawat berduri sebelum memasuki pekarangan pejabat Yingluck di Rumah Kerajaan di Bangkok untuk seketika semalam.


BANGKOK - Panglima Angkatan Tentera Thailand menolak permintaan ketua penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban untuk mengadakan pertemuan semalam.

Pertemuan tersebut diminta oleh Suthep yang ingin memujuk pihak tentera dan polis menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

"Ketua angkatan tentera tidak akan menemui Suthep hari ini (semalam)," kata timbalan jurucakap tentera, Werachon Sukondhapatipak.

Kenyataan tersebut membayangkan bahawa ketua tentera darat laut dan udara juga mengambil pendi- rian serupa.

Pihak tentera telah dan cuba merampas kuasa sebanyak 18 kali dalam tempoh 80 tahun termasuk menggulingkan abang Yingluck, Thaksin Shinawatra pada tahun 2006.

Namun kali ini, pihak tentera menyatakan yang ia tidak mahu terlibat dalam krisis politik dalaman Thailand walaupun bersetuju untuk menjadi pendamai.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada Ketua Polis Thailand akan menemui Suthep tetapi kemungkinan itu tipis memandangkan polis selama ini memihak kepada Thaksin.

Krisis politik Thailand berlanjutan selepas Suthep yang mengetuai kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan bertindak menolak keputusan Yingluck untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2 Februari depan.

Beliau sebaliknya mahu Thailand ditadbir oleh Majlis Rakyat yang di- lantik dan bukan menerusi proses pilihan raya.

Pada Isnin lalu, seramai 160,000 penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya sekitar Rumah Kerajaan di sini tetapi bilangan mereka merosot kepada hanya bebe- rapa ribu orang semalam.- Reuters

Tikus panggang digemari di Vietnam

Posted:

Tikus panggang digemari di Vietnam

Tikus panggang digemari di Vietnam

TIKUS dicucuk dengan dengan batang kayu sebelum dipanggang.


HANOI - Sebuah restoran di ibu kota Vietnam di sini menawarkan hidangan istimewa tikus panggang yang dicucuk pada kayu seperti kebab.

Daging haiwan perosak itu dianggap makanan istimewa di selatan Vietnam dengan semakin ramai penduduk Vietnam menggemarinya.

Menurut seorang pemburu tikus, haiwan itu banyak terdapat di sekitar Delta Merah dan di tebing Sungai Mekong terutamanya ketika musim menuai padi.

"Makanan istimewa ini dimakan oleh petani ketika musim menuai," katanya.

Menurut pemburu tikus tersebut, petani-petani akan menangkap tikus untuk dijual ke pasar.

Harga pasaran daging tikus di negara berkenaan adalah antara AS$4 (RM12.90) hingga AS$5 (RM16.20) sekilogram. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved