Jumaat, 13 Disember 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Empat lagi warga India didakwa kerana merusuh

Posted:

Empat lagi warga India didakwa kerana merusuh

Empat lagi warga India didakwa kerana merusuh

Pemandangan dari udara menunjukkan dua kereta polis terbalik dalam rusuhan di Singapura, Ahad lalu.- Reuters


SINGAPURA - Empat lagi warga India didakwa semalam kerana merusuh di daerah Lit- tle India di pulau ini pada hujung minggu lalu.

Polis berkata, empat suspek tersebut yang berusia antara 24 hingga 45 tahun merupakan tangkapan terbaharu berhubung rusuhan tersebut.

Sellamuthu Elangovan, 45, Ammasi Venkatesan, 27, dan Selarasu Dhanapal, 25, dituduh membaling serpihan konkrit ke arah anggota polis dalam kekacauan di lokasi berkenaan.

Lelaki keempat, Arumugam Karthik pula berdepan dakwaan menyertai perhimpunan haram. Dia turut didakwa kerana menyerang bas persendi- rian yang melanggar warga India, Sakthivel Kumaravelu, 33, di sebuah persimpangan di lokasi kejadian.

Sakthivel mati dalam kemalangan itu pada malam Ahad lalu.

Semasa kejadian, bas berkenaan tiba untuk membawa pekerja rantau Asia Selatan berkenaan untuk pulang ke asrama mereka.

Arumugam, 24, juga didakwa bertindak menterbalikkan dan membakar sebuah kereta polis semasa kekacauan itu.

Kes melibatkan keempat- empat tertuduh akan didengar pada 19 Disember ini.

Dalam pada itu, polis menyatakan, siasatan terhadap warga India lain yang terlibat dalam rusuhan itu masih diteruskan.

Setakat kelmarin, sebanyak 27 rakyat India telah didakwa di mahkamah kerana merusuh.

Polis juga selesai menyoal siasat kira-kira 3,700 pekerja asing dari 10 buah asrama berhubung insiden tersebut.

Daripada bilangan itu, seramai 176 telah diambil ketera- ngan di Jabatan Siasatan Jena- yah termasuk mereka yang ditahan.

Menurut polis, kira-kira 400 imigran Asia Selatan terlibat dalam rusuhan tersebut yang menyebabkan 39 anggota polis dan petugas pertahanan awam cedera manakala 25 buah kenderaan termasuk 16 kereta polis rosak atau dibakar perusuh. - Agensi

Tentera enggan temui ketua penunjuk perasaan

Posted:

Tentera enggan temui ketua penunjuk perasaan

Tentera enggan temui ketua penunjuk perasaan


SEKUMPULAN penunjuk perasaan antikerajaan mencabut kawat berduri sebelum memasuki pekarangan pejabat Yingluck di Rumah Kerajaan di Bangkok untuk seketika semalam.


BANGKOK - Panglima Angkatan Tentera Thailand menolak permintaan ketua penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban untuk mengadakan pertemuan semalam.

Pertemuan tersebut diminta oleh Suthep yang ingin memujuk pihak tentera dan polis menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

"Ketua angkatan tentera tidak akan menemui Suthep hari ini (semalam)," kata timbalan jurucakap tentera, Werachon Sukondhapatipak.

Kenyataan tersebut membayangkan bahawa ketua tentera darat laut dan udara juga mengambil pendi- rian serupa.

Pihak tentera telah dan cuba merampas kuasa sebanyak 18 kali dalam tempoh 80 tahun termasuk menggulingkan abang Yingluck, Thaksin Shinawatra pada tahun 2006.

Namun kali ini, pihak tentera menyatakan yang ia tidak mahu terlibat dalam krisis politik dalaman Thailand walaupun bersetuju untuk menjadi pendamai.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada Ketua Polis Thailand akan menemui Suthep tetapi kemungkinan itu tipis memandangkan polis selama ini memihak kepada Thaksin.

Krisis politik Thailand berlanjutan selepas Suthep yang mengetuai kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan bertindak menolak keputusan Yingluck untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2 Februari depan.

Beliau sebaliknya mahu Thailand ditadbir oleh Majlis Rakyat yang di- lantik dan bukan menerusi proses pilihan raya.

Pada Isnin lalu, seramai 160,000 penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya sekitar Rumah Kerajaan di sini tetapi bilangan mereka merosot kepada hanya bebe- rapa ribu orang semalam.- Reuters

Tikus panggang digemari di Vietnam

Posted:

Tikus panggang digemari di Vietnam

Tikus panggang digemari di Vietnam

TIKUS dicucuk dengan dengan batang kayu sebelum dipanggang.


HANOI - Sebuah restoran di ibu kota Vietnam di sini menawarkan hidangan istimewa tikus panggang yang dicucuk pada kayu seperti kebab.

Daging haiwan perosak itu dianggap makanan istimewa di selatan Vietnam dengan semakin ramai penduduk Vietnam menggemarinya.

Menurut seorang pemburu tikus, haiwan itu banyak terdapat di sekitar Delta Merah dan di tebing Sungai Mekong terutamanya ketika musim menuai padi.

"Makanan istimewa ini dimakan oleh petani ketika musim menuai," katanya.

Menurut pemburu tikus tersebut, petani-petani akan menangkap tikus untuk dijual ke pasar.

Harga pasaran daging tikus di negara berkenaan adalah antara AS$4 (RM12.90) hingga AS$5 (RM16.20) sekilogram. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved