Rabu, 21 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Saluran TV khusus untuk karya Tamil

Posted:

Saluran TV khusus untuk karya Tamil

Saluran TV khusus untuk karya Tamil


FILEM Tamil dari India mempunyai peminat yang ramai di Malaysia.


PEMBIKIN kandungan hiburan Tamil di Malaysia berhadapan dengan dilema mendapatkan slot tayangan di saluran televisyen tempatan dan pawagam.

Jurucakap Majlis Kandungan Kreatif India Malaysia (MICCC), Shanjey Kumar Perumal, 33, berkata, beberapa isu menjadi agenda organisasi itu sejak ditubuhkan dua tahun lalu.

MICCC ditubuhkan untuk mencari ruang supaya drama Tamil dapat ditayangkan di saluran televisyen.

"Ramai orang fikir syarikat televisyen berbayar Astro yang memiliki 10 saluran untuk penonton Tamil sudah memadai. Tetapi mereka tidak sedar, tidak ada satu pun daripada saluran itu dikhususkan sepenuhnya untuk menayangkan cerita Tamil dari Malaysia," tegas Shanjey.

Keadaan itu katanya, menyebabkan penonton di Malaysia lebih arif tentang perkara yang berlaku di Tamil Nadu, India berbanding di negara sendiri.

"Suri rumah yang sudah ketagih dengan saluran dari India lebih mengenali ahli politik dan berita semasa India berbanding tempatan," kata lelaki yang pernah memenangi pertandingan filem pendek BMW Shorties pada tahun 2009 itu.

MICCC juga berharap Radio Televisyen Malaysia (RTM) dapat menyediakan saluran digital Tamil sepenuhnya untuk memberi keutamaan kepada produk tempatan.

Lebih membimbangkan Shanjey ialah apabila ramai pembikin filem dari India menghasilkan filem di Malaysia. Pada masa yang sama, mereka mendapat semua dana yang sepatutnya disalurkan kepada pembikin rakyat Malaysia.

Penerbit dan pengarah filem Tamil Malaysia juga berdepan dengan cabaran untuk menayangkan filem di pawagam.

Pengarah dan penerbit filem Tamil, Subash Mannan Abdullah berkata, peluang untuk filem ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang (SKM) merupakan satu tawaran yang dinanti-nantikan oleh setiap pengarah.

"Jika bukan SKM, pawagam enggan menayangkan filem yang tiada pulangan. Sebelum ini, jika ditayangkan sekalipun, kami terpaksa menempah slot dengan bayaran RM2,000 setiap tayangan," kata Subash.

Filem Vajram oleh Subash ialah filem Tamil pertama yang mendapat status SKM. Katanya, selain ditayangkan di pawagam tanpa bayaran tempahan, penerbit juga akan mendapat insentif daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebanyak RM140,000.

Selepas filem itu, beberapa filem lain turut diberi hak SKM seperti Adutta Kattam, Ops Kosa Dappa, Kaliyuga, Oli dan Dhusrajanam yang bakal ditayangkan September ini.


M.SUBASH kesal dengan kerenah pemilik pawagan yang tidak menyokong filem tempatan.


Jumlah kutipan

Pengarah dan penerbit, S. Tanabalan yang lebih dikenali sebagai S. T Bala pula berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang filem Tamil diletakkan di bawah SKM.

"Memandangkan penyelia pawagam tempatan terutama yang dimiliki kaum India kurang memberi sokongan, SKM telah memberi harapan baharu kepada kami selaku penerbit.

"Filem kami wajib ditayangkan selama dua minggu dan itu satu peluang keemasan untuk kami menemui penonton," kata Bala yang baru sahaja menayangkan filem Kaliyugha.

Beliau turut mengakui, kutipan filem Tamil tempatan masih di peringkat yang mendukacitakan, namun tidak adil untuk menyalahkan penonton.

"Apabila mereka memberi sokongan, kita harus memastikan filem yang dihasilkan berkualiti. Apabila mereka kecewa dengan sesebuah filem, filem seterusnya sukar mendapat kepercayaan penonton," ujar Bala.

Dalam pada itu, Pengarah Media Digital Interaktif RTM, Mohammad Lukman Kamari, ketika dihubungi berkata, semua saluran digital yang baharu masih dalam perancangan dan buat masa ini tiada keputusan untuk memberi nama kepada saluran yang terlibat mahupun kandungannya.

"Ia mungkin beroperasi tahun hadapan tetapi setakat ini belum ada sebarang perkembangan," katanya. - NIZHA PERIASWAMY

Pertaruh nyawa demi misai

Posted:

Pertaruh nyawa demi misai

Pertaruh nyawa demi misai


MALIK bercita-cita untuk memecahkan rekod misai terpanjang di dunia yang kini dipegang oleh seorang lelaki dari India.


SETIAP hari, Malik Amir Mohammad Khan Afridi, 48, pasti memperuntukkan masa selama 30 minit untuk membasuh, menyikat, meletakkan minyak dan memintal misai sepanjang 76 sentimeter yang mencecah dahinya itu kepada dua bahagian.

Disebabkan misai yang unik itu, ahli perniagaan Pakistan itu pernah diculik, diugut bunuh dan dipindah secara paksa supaya hidup berjauhan daripada keluarganya.

"Masyarakat amat menghormati saya. Misai ini merupakan identiti saya," ujarnya ketika ditanya mengenai persediaan untuk menghadapi risiko yang berkaitan dengan misai kesayangannya itu.

"Saya gembira. Apabila sesuatu perkara itu menjadi kebiasaan, tiada sesiapa pun yang memberi perhatian. Saya suka menjadi perhatian orang ramai," jelas datuk kepada beberapa orang cucu yang kini menetap di barat laut bandar Peshawar.

Sejak beberapa abad lalu, misai yang dijaga rapi menjadi lambang kepada kelelakian dan kekuasaan di India.

Di Pakistan, pejuang Islam cuba menguatkuasakan undang-undang supaya misai perlu dipotong atau dicukur.

Daripada seorang yang terkenal, Malik bertukar menjadi banduan di Lashkar-e-Islam yang menjadi sekutu kepada Taliban dalam kalangan puak Khyber di sempadan Afghanistan.

Kumpulan tersebut meminta wang perlindungan sebanyak RM1,638 sebulan. Apabila dia enggan membayar wang tersebut, empat orang bersenjata menyerang rumahnya empat tahun lalu.

Menurutnya, dia dipenjarakan selama sebulan di dalam gua dan hanya dilepaskan setelah memotong misainya itu.


HIDUP Malik sentiasa dibayangi oleh puak ekstremis yang mahukan misainya dipotong.


"Saya takut sekiranya dibunuh oleh mereka. Jadi, Saya terpaksa mengorbankan misai kesayangan dengan memotongnya," ujarnya.

Dia telah melarikan diri ke rumah saudaranya di Peshawar sebagai langkah keselamatan. Selepas itu, dia menyimpan semula misainya dan kembali menerima ugutan untuk menyembelihnya menerusi panggilan telefon pada tahun lalu.

Melarikan diri

Ekoran ugutan itu, dia melarikan diri sekali lagi ke sebuah bandar Punjabi, Faisalabad dan hanya kembali ke Peshawar sekali atau dua kali sebulan untuk melawat keluarganya.

"Saya masih takut. Sepanjang bulan Ramadan lalu, saya berada di Peshawar bersama keluarga. Tetapi hanya menghabiskan masa di rumah dan memberitahu orang ramai bahawa saya berada di Faisalabad jika mereka mahu berjumpa," ujarnya.

Misai yang panjang itu sedikit pun tidak mengganggunya mengambil wuduk untuk menunaikan solat setiap hari. Dia akan menyelitkan misai itu di belakang telinganya.

Kos sebanyak RM492 sebulan diperuntukkan bagi menjaga dan mengekalkan misai itu. Jumlah tersebut merupakan pendapatan bulanan yang diterima oleh seorang guru di Pakistan. Walaupun dia mendapat peruntukan sebanyak RM164 daripada pihak berkuasa di kawasan tersebut bagi menjaga misainya, dia tetap memilih untuk melarikan diri.

Pihak pentadbiran Khyber akan membayar wang berjumlah RM32 hingga RM197 sebulan kepada lelaki bermisai yang berjaya menarik perhatian sebagai simbolik penghargaan kepada keberanian dan sifat kelelakian mereka.

Malik menggunakan pengering rambut, sabun buku, syampu, minyak Jerman dari Dubai yang telah dibuang label kandungannya, cermin dan sebotol minyak kelapa buatan sendiri sebagai kelengkapan untuk merapi misainya.


PERNIAGAAN kain fabrik di Pakistan merupakan punca pendapatan utama Malik bagi menyara isteri dan 10 anaknya.


Merapi misai

Dia melumurkan minyak Jerman kemudian memintal-mintal dan mengeringkan misainya itu di hadapan cermin sebelum keluar ke pusat beli-belah. Kemunculannya di kawasan tumpuan itu ternyata menarik perhatian khalayak ramai.

Dalam pada itu, isteri Malik dan 10 orang anaknya kurang bersetuju dengan tindakan Malik menyimpan misai yang panjang.

"Keluarga menyuruh saya memotong misai kerana mereka mahu saya terus bersama mereka. Saya boleh meninggalkan Pakistan tetapi tidak akan sekali-kali memotong misai saya," ujar Malik.

Sekiranya dia mempunyai visa, impiannya untuk mencari perlindungan politik atau mewakili negara pada peringkat antarabangsa pasti tercapai.

Bagi mencapai cita-citanya itu, dia perlu memecahkan rekod misai sepanjang 4.29 meter sekali gus merupakan misai terpanjang di dunia yang dipegang oleh lelaki dari India. -AFP

Bajet rendah sekat kreativiti pengarah

Posted:

Bajet rendah sekat kreativiti pengarah

Bajet rendah sekat kreativiti pengarah

PENGARAH filem berketurunan India, BH Rajhans bukan satu nama asing di negara ini. Beliau merupakan pembikin filem Melayu pertama pada tahun 1933 bertajuk Laila Majnum.

Selepas itu, industri perfileman Melayu terus berkembang hasil kreativiti beberapa pengarah berketurunan India lain seperti L. Krishnan, B. N. Rao, Phani Majumdar sehinggalah kepada Pansha Nalliah dan terbaharu, M. Subash Mannan.

Bagaimanapun, industri perfileman Tamil tempatan masih kabur dalam mengatur jenamanya.

Saravanan Sivan, 43, seorang wartawan hiburan akhbar Tamil berkata, pengalaman dan pengamatannya terhadap industri perfileman Tamil tempatan mendedahkan pelbagai perkara yang kurang disenangi.

"Walaupun saya masih baru dalam bidang kewartawanan hiburan tetapi saya didedahkan dengan selok-belok industri filem Tamil tempatan," katanya yang kini bertugas di akhbar Nam Naadu.

Menurutnya, masalah utama industri perfileman Tamil Malaysia bermula daripada pengarah filem.

"Mereka syok sendiri dan menghasilkan filem mengikut cita rasa dan idea sendiri. Tiada perbincangan, tiada pandangan orang luar dan tidak menerima respons serta kritikan, termasuk rakan pengarah yang lain," katanya.

Walaupun kenyataan itu keras, Saravanan mahu pandangan itu diterima dengan hati terbuka. Ekoran sikap tersebut, hasil kerja pengarah Tamil tempatan kurang berkualiti dan tidak diterima oleh penonton.

Sejak bergelar wartawan hiburan, Saravanan sering dipanggil untuk menonton dan membuat ulasan tentang filem-filem Tamil tempatan dan dari negara India.

Berbekalkan pendedahan tersebut, Saravanan amat memahami perjalanan seni filem Tamil di negara ini.


MAJLIS pelancaran audio Vetti Pasanga yang dihadiri oleh Senator Datuk Maglin Dennis D' Cruz (kanan sekali) di Finas, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kekangan kewangan

Bagaimanapun, dia tidak menafikan kewujudan pengarah atau kru yang benar-benar berkaliber dalam dunia perfileman Tamil Malaysia.

Meskipun begitu katanya, pengarah atau pembikin filem tersebut berdepan masalah kewangan.

Walaupun berdepan dengan kemampuan kewangan yang terhad, pembikin-pembikin filem tersebut tidak berputus asa dan mula mengorak langkah dengan menghasilkan filem-filem baharu yang lebih segar dan menarik.

"Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat usaha yang konsisten dalam menghasilkan banyak filem," kata penerbit dan pengarah filem Tamil tempatan, Vimala Perumal, 31.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran audio filem terbitan dan arahan beliau, Vetti Passangge yang bakal ditayangkan di pawagam pada September ini. Filem terbaharu ini antara buah tangan Vimala selaku penerbit dan pengarah termasuk filem-filem lain seperti Vilayadhu Pasangge, Chemman Chalai dan Salangai.

Vimala memberitahu, industri filem tempatan Tamil berdepan dengan pelbagai cabaran baik di peringkat pembikinan mahupun sokongan penonton.

"Saya percaya hampir semua pengarah pernah berdepan dengan masalah mendapatkan penganjur atau dana," kata Vimala yang juga seorang pensyarah di Universiti Multimedia di Cyberjaya.

Vimala mengakui, jumlah penonton yang kecil merupakan punca utama pihak penganjur enggan bekerjasama.

Jika ada pun pihak yang sanggup, pengkarya terpaksa berkompromi dengan permintaan penerbit. Lazimnya, penerbit yang melaburkan wang mempunyai alasan tertentu menerbitkan filem tersebut.

Secara tidak langsung, isu tersebut mengganggu kreativiti pengarah dan kru.

Namun, wanita ini tidak pernah berkompromi dengan isu tersebut kerana filemnya diterbitkan oleh syarikat produksinya, Veedu Production.

Bebas berkarya

Syarikat itu dimiliki bersama suaminya, Denes Kumar iaitu seorang pelakon dan pengacara tempatan terkenal.

Kru teknikal, khususnya pengarah fotografi produksi itu, Shanmugam Karuppannan turut diberi kebebasan berkarya.


PUBLISITI sangat penting dalam memastikan sesebuah filem itu sampai kepada penonton. – Gambar hiasan


Shanmugam atau lebih mesra dipanggil Shan ialah bekas pelajar Akademi Filem Malaysia. Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik kamera dan berpengalaman mengendalikan pelbagai jenis kamera. Shan bersetuju bahawa kekangan kewangan merupakan halangan untuk industri filem Tamil tempatan berkembang.

Menurut Shan, populariti filem Tamil tempatan serta sikap penonton yang gemar membandingkan kualiti filem Tamil tempatan dengan filem Tamil dari India memburukkan lagi keadaan.

"Daripada 10 filem Tamil tempatan, lebih daripada separuh tidak diketahui kewujudannya oleh orang ramai manakala yang selebihnya berhadapan masalah kekurangan penonton. Penonton merasakan lebih berbaloi menonton filem Tamil dari India kerana bajetnya besar, menampilkan hero dan heroin terkenal serta lokasi luar negara," katanya.

Selepas filem Tamil pertama Shan, Sweet Dreams dikeluarkan dalam bentuk cakera padat, beliau berhenti mengarah filem kerana kekangan kewangan.

Namun, kekangan itu sedikit pun tidak melunturkan semangat golongan muda untuk menghasilkan filem pendek.

Sementara itu, dua orang pelakon yang ditemui Kosmo!, Jasmine Michael dan pelakon baharu, Bala Ganapathi William atau Bala meluahkan rasa kecewa masing-masing.

"Filem Tamil tempatan berdepan dengan kurangnya sokongan pemasaran, pengiklanan dan promosi daripada syarikat produksi.

"Ia merupakan satu kelemahan sekali gus menyebabkan sesebuah filem tidak popular atau tidak sampai kepada penonton," kata Bala.

Tambahnya: "Kebanyakan syarikat produksi tidak mengatur bajet yang sesuai untuk pemasaran.


PERAKAS salah seorang pengarah baharu yang sedang menempa nama dalam pembikinan filem Tamil di Malaysia.


Publisiti

"Paparan dalam laman sosial, papan iklan serta iklan di televisyen dan akhbar kurang diberi perhatian berbanding filem Melayu atau Cina."

Pernah mengacara beberapa program mega berbahasa Tamil, Bala kini berlakon dalam filem Tamil pertamanya, Vivagarathu yang diarah oleh penyampai radio THR, Revathy. Ia merupakan filem pertama wanita tersebut.

Menurut Bala, Revathy seorang yang memahami dan tidak lokek memberi tunjuk ajar.

"Saya berharap filem ini dan lakonan saya mendapat perhatian penonton selain memperoleh publisiti yang sewajarnya," luah Bala.

Bagaimanapun, di sebalik semua halangan itu, industri perfileman Tamil tempatan tetap berkembang dengan penglibatan wajah-wajah baharu.

"Dulu, kita tiada pilihan pelakon tetapi kini ramai golongan muda yang tampil untuk menjadi pelakon," kata Jasmine yang sudah hampir sedekad menceburkan diri dalam dunia seni.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Percutian impian di Balung

Posted:

Percutian impian di Balung

Percutian impian di Balung

Oleh SITI NOR AZIZAH TALATA

BAGI yang menggemari keindahan alam semula jadi, pastinya mengimpikan suasana percutian yang menghijau dan mendamaikan.

Bukan setakat percutian, kedamaian yang dicari itu lebih kepada sebuah pengalaman yang mungkin akan dikenang sampai akhir hayat.

Salah satu lokasi tersebut ialah Balung River Eco Resort yang terletak dalam daerah Tawau di Sabah.

Hakikatnya, sebelum ini Balung bukanlah nama yang terkenal. Ia sekadar dipenuhi hutan tebal selain ladang koko dan kelapa sawit.

Bagaimanapun, selepas sebuah resort pelancongan iaitu Balung River Eco Resort didirikan pada tahun 1996, ia bertukar menjadi meriah.

Dibina di tengah kawasan ladang seluas lima hektar, resort itu menjadi destinasi percutian menarik untuk menghilangkan penat lelah dan menjauhkan diri daripada kesibukan kota.

Terdapat dua cara untuk sampai ke resort tersebut iaitu yang pertama menggunakan pengangkutan udara.

Dari Lapangan Terbang Tawau, pelancong perlu menempuh perjalanan sejauh 28 kilometer yang mengambil masa selama setengah jam.


SURAU yang diperbuat daripada batu merupakan salah satu tarikan di Balung River Eco Resort.


Dikelilingi hutan

Pilihan kedua merupakan pengangkutan darat yang menjadi kegemaran pengunjung tempatan.

Sepanjang perjalanan, pelancong dapat menikmati keindahan flora dan fauna.

Meskipun menempuh perjalanan sejauh 33 kilometer dari bandar Tawau, keletihan pasti terubat dan hilang sekelip mata sebaik sahaja menjejakkan kaki ke resort itu yang serba menyamankan.

Bagi yang gemarkan suasana alam semula jadi pula pasti tertawan dengan pemandangan resort berkenaan yang dikelilingi hutan.

Di situ, pengunjung boleh membuat pilihan sama ada untuk mandi-manda di kolam yang disediakan atau di Sungai Balung yang terletak tidak sampai 50 meter dari resort berkenaan.

Menariknya, Balung River Eco Resort menjadi pusat percutian pertama di negara ini yang mengusahakan perladangan dan tanaman pertanian di kawasan seluas 1,295 hektar.

Pengunjung juga mempunyai pilihan untuk menyertai aktiviti yang disediakan oleh pihak resort iaitu pakej lawatan ke ladang-ladang di resort tersebut.

Pengunjung akan dibawa melawat kilang memproses hasil produk dari ladang seperti jus mengkudu, herba misai kucing dan gula kabong.

Pelbagai jenis tanaman

Pengurus Pemasaran dan Jualan Balung River Eco Resort, Julita Reuben Osman berkata, selain itu pihaknya turut mengusahakan beberapa jenis tanaman lain.

Antaranya, kelapa sawit, koko, kopi, kayu jati, serai, pandan, gaharu, sayur ginseng, pelbagai jenis ulam dan buah-buahan seperti buah naga, ciku, manggis, limau serta lada.

Menurutnya, sebahagian besar tanaman seperti kelapa sawit, jus mengkudu, herba misai kucing, gula kabong, buah naga dan salak dikomersialkan di pasaran tempatan dan luar negara.

"Sambutan produk dari resort ini sangat menggalakkan dan kita telah menembusi pasaran Jepun selain untuk kegunaan sendiri," katanya.


RUANG tamu memudahkan tetamu beristirehat dan membaca.


Dalam pada itu, beliau berkata, idea mewujudkan resort berkonsepkan ladang itu diilhamkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh.

Kemudahan lain termasuk bilik penginapan yang selesa, gelanggang badminton, padang bola sepak, tapak perkhemahan, kolam renang, tasik untuk memancing, restoran, karaoke dan surau.

Seorang pengunjung, Sharifah Nor Sadi, 27, mengakui mengunjungi Balung River Eco Resort memberi pengalaman berharga kepadanya.

"Tiada siapa menyangka di sebalik hutan tebal ini wujud sebuah pusat peranginan yang cukup sempurna yang sangat berbeza daripada resort lain di Malaysia.

"Balung River Eco Resort menawarkan sebuah percutian yang lengkap dan sangat sesuai buat mereka yang cintakan kedamaian.

"Pelbagai aktiviti yang disediakan juga membuatkan pengunjung tidak bosan malah kunjungan ke ladang-ladang membuatkan mata rambang memilih buah-buahan yang lazat," jelasnya.

Percutian ideal di Redang Island Resort

Posted:

Percutian ideal di Redang Island Resort

Percutian ideal di Redang Island Resort

Oleh NIK JASNI CHE JAAFAR


KEUNIKAN seni bina tradisional di Redang Island Resort menjadi pelengkap kepada pemandangan mengasyikkan di Pulau Redang.


KEDUDUKANNYA di atas bukit, dikelilingi pemandangan laut membiru dan hutan menghijau, Redang Island Resort (RIR) menjanjikan pemandangan dan percutian yang mengujakan.

Resort bertaraf tiga bintang terletak di Teluk Siang, bahagian selatan Pulau Redang, Setiu, Terengganu itu merupakan penginapan paling hampir dengan lokasi menyelam skuba dan snorkeling iaitu pesisiran pantai Taman Laut Pulau Redang. Ia mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit menaiki bot dari jeti Pulau Redang.

Resort dilengkapi 80 buah bilik itu menawarkan dua pilihan penginapan iaitu Calet Seaview dan Rainforest. Menerusi jendela kedua calet pilihan itu pengunjung dapat menyaksikan flora dan fauna serta lautan terbentang luas.

Bagi memudahkan para tetamu bersantai setiap bilik di calet tersebut disediakan anjung peribadi sekali gus memudahkan anda menikmati cahaya mentari pagi sambil mendengar kicauan burung di kawasan hutan berhampiran.


PEMANDANGAN Teluk Redang dan jeti dari ruang meninjau berhadapan bangunan utama Redang Island Resort.


RIR turut menyediakan kemudahan gim dan kolam renang di bangunan utama malah merupakan salah satu daripada dua penyedia penginapan di pulau tersebut yang mempunyai bilik mesyuarat.

Aktiviti seperti barbeku juga boleh dilakukan di kawasan ruang terbuka yang disediakan bersebelahan kafe berdekatan bangunan utama.

Pelbagai aktiviti

Bagi pengunjung yang menggemari aktiviti luar selain selam skuba atau snorkeling, kemudahan basikal atau motosikal sewa ditawarkan pada harga berpatutan.

Jadi, bolehlah melawat kawasan perkampungan yang terletak tidak jauh dari resort tersebut atau meredah hutan.

Bagaimanapun, RIR turut menyediakan dua perjalanan percuma pada waktu petang untuk melawat kawasan kampung dan sebelah malam untuk menyaksikan pemandangan jeti.

Sementara itu, bagi pengunjung yang mabuk laut atau mahu menjimatkan masa perjalanan, mereka boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan udara Berjaya Air memandangkan terdapat kemudahan helipad berdekatan RIR.

Perjalanan ke pulau ini mengambil masa sekitar 90 minit dari jeti Shahbandar, Kuala Terengganu manakala sejam dari jeti Merang.

PARA pelanggan dapat menyaksikan keindahan laut menerusi beranda bilik.


Itu tidak termasuk perjalanan menggunakan kenderaan sendiri atau menaiki bas dari bandar raya Kuala Terengganu ke Merang yang memakan masa kira-kira satu jam.

Bagi mereka yang menaiki kenderaan sendiri, tidak perlu risau tentang lokasi untuk meninggalkan kenderaan kerana terdapat beberapa penyedia perkhidmatan tempat letak kenderaan.

Pembantu Pengurus Eksekutif, Rizal Yaacob berkata, RIR ketika ini menawarkan tiga pakej penginapan menekankan keseimbangan antara aktiviti luar dan tuntutan untuk percutian yang tenang serta penuh privasi.

"Di RIR, semua kemudahan terdapat di bangunan utama. Ini membolehkan pengunjung memperoleh waktu peribadi mereka dengan tenang di calet masing-masing tanpa gangguan atau bunyi bising," katanya.

Panorama sungai glasier

Posted:

Panorama sungai glasier

Panorama sungai glasier


PARA pelancong perlu berhati-hati ketika melalui kawasan pendakian kerana tiada pagar keselamatan dipasang.


KETINGGIAN puncak batu mimbar di Preikestolen iaitu 604 meter dari paras laut memberi pemandangan sungai air batu atau glasier di Lysefjord, Norway yang menarik untuk tatapan pelancong.

Puncak itu terletak di Ryfylke iaitu sebuah daerah tradisional di negara tersebut.

Di puncak Preikestolen yang bermaksud batu mimbar, terdapat dataran yang berkeluasan 600 meter persegi yang menjadi destinasi tumpuan pelancong untuk melihat pemandangan sungai glasier itu. Kawasan itu juga menjadi salah satu persinggahan bagi pelancong yang gemarkan aktiviti perkhemahan di kawasan berbukit.

Dataran Hyvlatanna yang bermaksud gigi yang dirancang (planned tooth) itu dipercayai terbentuk daripada ais yang melebur di kawasan tersebut kira-kira 10,000 tahun lalu.

Sekiranya melihat dari sudut pandangan kanan kawasan berbukit batu itu, kelihatan puncaknya seperti telah dihiris dengan sebilah pisau. Selain itu, pengunjung juga dapat melihat keadaan blok-blok batu mimbar yang jatuh ke dasar sungai glasier Lysefjord.

Apabila sungai glasier Lysefjord melebur dan mencair 10,000 tahun lalu, ais tersebut memberi tekanan kepada kawasan berbatu di sekitarnya sehingga menyebabkan ia retak.

Dari puncak dataran Hyvlatanna, pengunjung dapat melihat dengan jelas kesan rekahan dan retakan ais dan batu-batuan yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.

Ia merupakan pengalaman menarik yang tidak mungkin dilepaskan oleh pengunjung walaupun perlu menempuh pendakian sejauh 6.5 kilometer yang mengambil masa selama dua jam dari kawasan permulaan iaitu Preikestolhytta.

Setiap tahun, kawasan berbukit itu berjaya menarik kedatangan kira-kira 150,000 pelancong dari dalam dan luar negara.

KEPENATAN mendaki terbalas apabila menikmati panorama sungai glasier di dataran puncak Preikestolen.


Kebanyakan pelancong terdiri daripada mereka yang gemarkan aktiviti mendaki dan mencuba pengalaman belayar di sungai glasier Lysefjord.

Tiada pagar keselamatan

Bagi pelancong dari pusat bandar Norway iaitu Oslo, mereka perlu mengharungi perjalanan menaiki kereta atau bas selama tujuh jam untuk ke Preikestolen. Perkhidmatan tempat letak kenderaan berbayar turut disediakan.

Pelancong perlu berhati-hati sepanjang pendakian kerana tiada pagar keselamatan dibina di tebing bukit sebagai langkah keselamatan.

Batu mimbar itu terletak berdekatan dengan jalan utama dari arah selatan bandar Jorpeland dan pelancong boleh ke kawasan tersebut dengan menaiki kereta.

Dari situ, pelancong boleh mendaki setinggi 350 meter untuk ke batu mimbar. Sepanjang laluan pendakian itu, terdapat kawasan perkelahan yang sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

Selain itu, laluan ke dataran batu mimbar itu terdapat beberapa kawasan persinggahan yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk gerai jualan makanan.

Bagi kemudahan penginapan di kawasan itu, pelancong boleh menginap di Preikestolen Fjellstue.

Namun, kebanyakan yang mendaki di kawasan tersebut memilih untuk berkhemah melalui pakej yang disediakan di Stavanger sambil menunggu perjalanan bot merentasi sungai glasier Lysefjord.

Lysebotn Camping, Lysefjorden Tourist Cabin dan Hauane Bed & Breakfast merupakan antara syarikat yang menawarkan pakej perkhemahan di kawasan tersebut.

Bagi pelancong yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang tempat-tempat menarik sekitar batu mimbar di Preikestolen, aplikasi Ryfylke Multiguide pada telefon pintar menyediakan informasi lengkap mengenainya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Majlis Aidilfitri rai anak-anak yatim

Posted:

Majlis Aidilfitri rai anak-anak yatim

Majlis Aidilfitri rai anak-anak yatim

SYED ALI (dua dari kanan) dan Hashim (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di Masjid Al-Attas, Johor Bahru baru-baru ini.


RAI. Kira-kira 175 anak yatim termasuk saudara baharu dan fakir miskin menerima sumbangan duit raya dalam satu majlis anjuran Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Johor bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Masjid Al-Attas, Johor Bahru baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Perkim Johor, Hashim Haron, beliau berharap amal jariah yang tidak seberapa itu dapat menceriakan golongan tersebut dalam menikmati Syawal.

"Pada tahun ini kita berkesempatan meraikan mereka yang kurang berkemampuan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Diharap ia dapat dilakukan lagi pada masa akan datang," katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Syed Ali Mohammad Al-Attas.

Pupuk patriotisme dalam kalangan anak muda

Posted:

Pupuk patriotisme dalam kalangan anak muda

Pupuk patriotisme dalam kalangan anak muda


NANCY (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang dalam majlis ramah mesra Aidilfitri dan pelancaran kibarkan Jalur Gemilang di Sadong Jaya baru-baru ini.


PATRIOTISME. Setiap kali menjelang Ogos, sebagai pewaris kemerdekaan, rakyat Malaysia diseru supaya sentiasa menunjukkan tanda sayang kepada tanah air dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, melalui semangat cintakan negara, ia dapat memupuk dan membentuk masyarakat yang bersatu padu dalam memakmurkan negara.

Katanya, patriotisme memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan kedaulatan negara.

"Golongan muda seharusnya mengambil contoh dan teladan pejuang kemerdekaan dahulu yang gigih berjuang ke arah kemerdekaan," katanya pada majlis ramah mesra Aidilfitri di Dewan Masyarakat Sadong Jaya, Sarawak baru-baru ini.

Peserta kursus canting batik terima sijil kemahiran

Posted:

Peserta kursus canting batik terima sijil kemahiran

Peserta kursus canting batik terima sijil kemahiran


ABDUL JAMIL (tengah) dan Mohd. Noor Effendy (lima dari kiri) beramah mesra dengan penerima sijil di Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek Batik di Kuala Perlis baru-baru ini.


KEMAHIRAN. Seramai enam peserta yang menjalani kursus batik selama tiga bulan anjuran Jabatan Kraftangan Malaysia Perlis menerima sijil tamat kursus masing-masing pada Jamuan Aidilfitri di Pejabat Kraftangan negeri, Kuala Perlis baru-baru ini.

Para peserta tersebut yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah sekitar negeri Perlis telah menjalani kursus teknik mencanting batik yang diadakan di bengkel batik di Pauh, Arau, sejak tiga bulan lalu.

Kemahiran yang dimiliki peserta itu akan mengembangkan lagi perusahaan batik di Perlis, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing.

Majlis penyerahan Sijil Latihan Jangka Pendek (LJP) tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan egeri, Abdul Jamil Saad.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kraftangan Malaysia Perlis, Mohd. Noor Effendy Abdul Karim.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


37 maut terhumban dalam gaung

Posted:

37 maut terhumban dalam gaung

37 maut terhumban dalam gaung

Oleh KHAIRIYAH HANAFI, LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR, NOR IDAYU BOSRO, ZULHILMI JALIL dan FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
berita@kosmo.com.my

PASUKAN penyelamat melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa kemalangan di Genting Highlands semalam.


GENTING HIGHLANDS - Seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban manakala 16 yang lain cedera parah apabila sebuah bas henti-henti terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands di sini semalam.

Kemalangan ngeri yang berlaku pada pukul 2.24 petang itu berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu sedang menuruni jalan curam dari stesen di puncak Genting Highlands menuju ke Perhentian Bas Pekeliling di ibu negara.

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Saimon Jahid berkata, selepas 14 minit meninggalkan pusat peranginan itu, bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.

"Kemalangan tersebut berlaku di satu selekoh tajam berhampiran Tokong Chin Swee. Pokok-pokok besar di lereng bukit menahan bas itu daripada tercampak lebih jauh," kata beliau ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM, TPM ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas

Posted:

PM, TPM ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas

PM, TPM ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas henti-henti yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands dekat sini semalam.

Perdana Menteri berharap usaha menyelamat yang terbaik dilakukan oleh pasukan dan agensi penyelamat terlibat.

Najib berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam tadi.

Sehingga pukul 9 malam, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands.

Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nahas bas terburuk dalam sejarah

Posted:

Nahas bas terburuk dalam sejarah

Nahas bas terburuk dalam sejarah


DUA kren digunakan untuk menyelamatkan mangsa nahas di Jalan Genting Highlands semalam.


KUALA LUMPUR - Nahas bas henti-henti yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di Kilometer (KM) 3.5 Genting Highlands semalam adalah yang paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dan dalam sejarah negara.

Setakat ini 37 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku pukul 2.24 petang itu.

Bas dipercayai membawa seorang pemandu dan 52 penumpang itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Hentian Pekeliling di ibu negara.



Kemalangan buruk lain di kawasan itu ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara asing seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


KULN bantu proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir

Posted:

KULN bantu proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir

KULN bantu proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir

21/08/2013 8:05pm

PUTRAJAYA - Kelab UMNO Luar Negara (KULN) telah menubuhkan pasukan penyelamat untuk menyediakan kemudahan logistik bagi membantu proses pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak.

Pengerusi KULN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, KULN yang mempunyai cawangan di lima bandar utama di Mesir iaitu Tanta, Damanhur, Mansurah, Kaherah dan Iskandariah akan menyediakan pengangkutan untuk

membawa pelajar dari kediaman ke lapangan terbang sebelum diterbangkan ke tanah air.

"Selain kemudahan logistik, rescue team juga akan menyediakan keperluan-keperluan lain untuk memastikan proses membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - KOSMO!

Pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dibunuh

Posted:

Pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dibunuh

Pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dibunuh

21/08/2013 8:03pm

JOHOR BAHRU - Seorang pemotong rumput warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah kawasan taman perumahan di Permas Jaya, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata mangsa yang dikenali sebagai, Abdurrahim, 35, ditemui mati di dalam parit dengan beberapa kesan tikaman di badan.

Abdul Samad berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 4.59 petang semalam.

"Motif kejadian masih disiasat dan hasil siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 12 hingga 12.30 tengah hari semalam.

"Abdurrahim yang berasal dari Tanjung Luar, Indonesia, mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dia juga mempunyai permit kerja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - KOSMO!

39 PATI ditahan dalam tiga serbuan berturut-turut

Posted:

39 PATI ditahan dalam tiga serbuan berturut-turut

39 PATI ditahan dalam tiga serbuan berturut-turut

21/08/2013 7:13pm

JOHOR BAHRU - Seramai 39 pendatang asing ditahan Jabatan Imigresen negeri ini dalam tiga serbuan berasingan di dua buah rumah kediaman serta sebuah kedai menjual beg dan pakaian di sini awal tengah hari tadi.

Pegawai Penguat Kuasa Imigresen Johor, Muhammad Acil berkata, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut peraturan 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan dan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan.

Dalam serbuan pertama yang dilakukan di sebuah rumah banglo yang masih dalam pembinaan pada pukul 1.30 tengah hari, Muhammad berkata, anggotanya berjaya menahan 17 orang lelaki melibatkan 13 lelaki Indonesia dan empat lelaki warga Pakistan.

"17 yang ditahan ini bekerja sebagai buruh binaan dan berusia diantara 22 hingga 40 tahun," katanya.

Sementara dalam serbuan kedua pula dilakukan di sebuah rumah kediaman dan berjaya menahan 14 lelaki warganegara Bangladesh yang turut bekerja sebagai buruh binaan.

Dalam operasi terakhir di sebuah kedai pakaian, pihak Imigresen berjaya menahan lapan orang wargan Nepal yang bekerja di kedai tersebut yang berusia di antara 22 hingga 40 tahun.

Mereka yang ditahan dihantar ke ke Depo Tahanan Imigresen di Pekan Nenas untuk siasatan lanjut. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pemimpin Ikhwanul Muslimin ditangkap

Posted:

Pemimpin Ikhwanul Muslimin ditangkap

Pemimpin Ikhwanul Muslimin ditangkap

MOHAMMED duduk di sebuah balai polis selepas ditahan di Kaherah, Mesir semalam.- REUTERS


KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam mengumumkan bahawa pemimpin agama Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie telah ditahan.

Perkembangan terbaharu itu memberi tamparan hebat kepada kumpulan penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang kini dilihat semakin lemah untuk meneruskan momentum protes jalanan selepas lokasi perhimpunan mereka digempur oleh pasukan keselamatan Mesir, Rabu minggu lalu.

Selain Badie, ratusan lagi pemimpin Ikhwanul Muslimin turut ditangkap. Sejak dua hari lalu, protes mula dilihat semakin lemah apabila tidak ramai yang menyertainya.

Badie ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Nasr, timur Kaherah berdekatan dengan lokasi perhimpunan penyokong Morsi yang berkampung di sana selama enam minggu.

Berikutan penangkapan itu, Ikhwanul Muslimin menamakan timbalan ketuanya, Mahmoud Ezzat sebagai pemimpin sementara kumpulan tersebut.

Baie dilihat kali terakhir di khalayak ketika menyampaikan ceramah di hadapan penyokongnya pada bulan lalu. Tangkapan Badie dibuat selepas seorang anak lelakinya, Amar ditembak mati ketika bertempur dengan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu.

Pemerintah Mesir yang disokong oleh tentera kini menimbang untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin. Ia berdepan tekanan daripada media dan pemimpin poltik berfahaman sekular supaya Ikhwanul Muslimin dilabel sebagai sebuah organisasi pengganas.

Penahanan Badie dibuat selepas kumpulan yang disyaki militan Islam menyerang hendap dua buah bas yang membawa sekumpulan pegawai polis di Semenanjung Sinai pada Isnin lalu. Serangan itu membunuh 25 orang pegawai polis.

Serangan yang menyasarkan pasukan keselamatan kian meningkat sejak Morsi digulingkan. Morsi kini masih ditahan di lokasi tidak diketahui. Beliau juga berdepan tuduhan berkonspirasi dengan kumpulan Hamas dari Palestin untuk melarikan diri dari penjara sewaktu kebangkitan rakyat berlaku di Mesir pada tahun 2011. - AFP

86 pelarian Rohingya lolos tahanan imigresen

Posted:

86 pelarian Rohingya lolos tahanan imigresen

86 pelarian Rohingya lolos tahanan imigresen


SEBAHAGIAN pelarian Rohingya duduk di luar sebuah balai polis sebelum dibawa ke pusat tahanan imigresen Thailand pada 31 Januari 2009.- afp


BANGKOK - Polis menyatakan bahawa seramai 86 pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditahan di selatan Thailand kerana memasuki negara ini secara haram, melarikan diri dari sebuah pusat tahanan imigresen yang sesak.

Jurucakap polis, Kolonel Kan Thammakasem berkata, mereka menggunakan senjata tajam untuk memotong pagar pusat tahanan dan menggunakan pakaian sebagai tali untuk meloloskan diri.

Kejadian berlaku di kompleks imigresen daerah Sadao, dalam wilayah Songkhla pagi semalam.

Thammakasem berkata, polis sedang memburu kumpulan lelaki itu di hutan berhampiran.

Lebih 1,700 pelarian Myanmar yang kebanyakan daripada etnik Rohingya ditahan di beberapa pusat tahanan di Thailand selepas mereka tiba dengan bot pada awal tahun ini.

Beratus-ratus pelarian Rohingya mengadakan protes pada Julai lalu di Songkhla ekoran keadaan pusat tahanan yang sesak.

Sekitar 30 orang daripada mereka melarikan diri dari sebuah lokap polis pada awal Ogos lalu. - AP

40 ekor ular dirampas dari hotel

Posted:

40 ekor ular dirampas dari hotel

40 ekor ular dirampas dari hotel


SALAH seekor ular sawa yang dirampas dan dikatakan berada dalam keadaan kurang sihat.- Agensi


BRANTFORD - Pasukan polis Kanada telah merampas 40 ekor ular sawa dari sebuah bilik hotel di Ontario di sini, kata pihak polis dalam satu kenyataan kelmarin.

Pihak polis berkata, kesemua reptilia itu dijumpai di dalam beberapa buah kotak plastik pada malam Khamis lalu di sebuah bilik hotel yang diduduki sepasang kekasih.

Pasangan itu terpaksa menyimpan reptilia tersebut di dalam bilik hotel berkenaan selepas dihalau dari rumah yang mereka duduki.

"Ular itu secara purata berukuran dari 30 sentimeter sehingga 1.4 meter panjang. Kesemua reptilia itu berada dalam keadaan kurang sihat.

"Semua reptilia tersebut telah dibawa oleh badan Komuniti Perlindungan Haiwan (SPCA) Kanada agar beberapa pegawai veterinar dapat melakukan pemantauan ke atas haiwan berkenaan," katanya.

Pegawai polis yang menyiasat telah membuka satu kertas siasatan ke atas insiden berkenaan. Namun, polis tidak menyatakan di mana pasangan itu berada ketika tangkapan dilakukan dan dakwaan yang akan dijatuhkan ke atas mereka. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ya, kami memang rapat! - Fathia

Posted:

Ya, kami memang rapat! - Fathia

Ya, kami memang rapat! - Fathia

IBARATNYA, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang! Analogi kisah cinta Fathia dan Aiman itu sehingga kini masih tersimpan dalam kotak rahsia dua pelakon muda itu.

Kuncinya tergenggam erat antara Fathia atau Aiman. Kalau sebelum ini Aiman enggan mengulas lanjut mengenai gosip kisah cintanya bersama Fathia ekoran enggan memalukan kedua-dua belah keluarga, Kosmo! mendapatkan respons daripada Fathia pula.

Jawapan lebih mendalam dan utuh disertakan Fathia untuk menjawab teka-teki yang bersarang di minda peminatnya selama ini.

Ironi, baru hujung minggu lalu si empunya badan mengaku memang bercinta dengan jejaka tinggi lampai tersebut dalam sebuah akhbar mingguan. Bagaimanapun, apabila diminta penjelasan lanjut agar khalayak tidak keliru dengan 'sandiwara cinta' mereka, Fathia tetap menegaskan hubungannya dengan Aiman masih berada dalam fasa perkenalan yang memerlukan masa untuk duduk selesa dalam sebuah hubungan cinta.

"Bercinta atau tidak, itu tidak penting. Yang penting kami dapat keserasian bila bergabung bersama. Jodoh itu di tangan Tuhan.

"Sebelum ini pun banyak gosip keluar pasal saya dan tidak pernah reda, sudah menjadi perkara normal untuk saya menerima gosip-gosip ini sampaikan kalau saya beritahu perkara betul pun tetap jadi gosip. Jadi lebih baik saya berdiam diri," jelasnya yang ditemui ketika sesi fotografi di studio Utusan baru-baru ini.

FATHIA dan Farhana memilih bidang perundangan sebagai jaminan masa depan mereka.


Aiman yang jujur

Menghuraikan lebih jelas maksud keakraban antaranya dan Aiman sejak kali pertama dilihat intim ketika sama-sama ke Paris, Perancis bulan April lalu, Fathia akui Aiman sering menemaninya keluar.

"Kami selalu lepak bersama, malah kami juga banyak digandingkan bersama sekarang. Hubungan yang terbentuk dalam setiap lakonan kami adalah selesa dan tidak kekok.

"Jujur saya akui dia ialah pelakon lelaki yang paling selesa untuk saya berlakon bersama setakat ini," ujar Fathia yang mula mengenali Aiman menerusi set penggambaran drama Diandra beberapa bulan lalu.

Digosipkan bercinta dan saling memadu asmara, Fathia hanya membalas dengan senyuman. Pelakon filem Darah Panas itu sebenarnya enggan memberikan sebarang kenyataan yang dikhuatiri mampu menjerat dirinya.

Fathia bagaimanapun menyifatkan Aiman seorang pelakon yang tidak pernah membanggakan diri, sentiasa menghormati pelakon lain dan seorang yang jujur. Malah, kualiti itu kata Fathia, mengeratkan hubungan mereka berdua.

"Ya, kami memang rapat tapi belum ada sebarang perancangan. Aiman lelaki kedua selepas ayah saya!" simpul Fathia yang seperti memberi gambaran bahawa Aiman sebagai lelaki penting dalam hidupnya.

Ganggu konsentrasi

Dalam pada itu, sebelum ini pernah timbul dakwaan yang menyifatkan Aiman sengaja menipu pihak produksi semata-mata untuk berjumpa dengan Fathia sehingga menjejaskan jadual penggambaran.

Secara tidak langsung, situasi itu menyebabkan Fathia dilihat seperti cuba mengganggu prestasi dan reputasi baik Aiman selama ini.

"Aiman pernah beritahu saya bahawa dia terpaksa lari dari lokasi penggambaran kerana ahli keluarganya sakit dan tidak elok untuk mengaitkan saya dengan cerita-cerita negatif. Itu sama sekali tidak betul.

"Sejak kami mengenali antara satu sama lain, karier kami masih berjalan lancar.

"Prestasi dia terganggu bukan sebab siapa-siapa dan saya sama sekali menafikan dakwaan itu. Kami berkawan dan sudah tentulah saya menyokong kerjaya seni dia," katanya.


KATA Fathia, bercinta atau tidak dengan Aiman, ia bukan perkara penting, sebaliknya mengaku mereka begitu serasi bersama.


Sementara itu, Fathia turut mengulas berkenaan sekeping gambar bersama Aiman yang dilihat berpelukan dalam keadaan gelap yang telah dikirimkan menerusi e-mel kepada Kosmo! baru-baru ini.

"Gambar itu mungkin telah dirakamkan oleh kru produksi atau pelakon tambahan ketika penggambaran drama bersiri Diandra yang melibatkan saya dan Aiman.

"Itu gambar kandid dan tidak menyampaikan apa-apa makna tersirat. Lagipun, pakaian yang kami pakai ketika itu masih pakaian konti," tegasnya.

Terlanjur berbicara mengenai drama Diandra yang telah mula disiarkan di TV3 untuk slot Lestary pukul 9 malam setiap hari Selasa, Fathia memberitahu, dia pertama kali diberikan kepercayaan untuk membawakan watak gadis kasar yang bercinta dengan lelaki kasanova.

Shuib sangat sabar dengan kerenah saya - Jep Sepahtu

Posted:

Shuib sangat sabar dengan kerenah saya - Jep Sepahtu

Shuib sangat sabar dengan kerenah saya - Jep Sepahtu

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

DI SEBALIK tugasnya untuk membuatkan orang lain ketawa, Jep mengakui tekanan kerjaya sebagai pelawak tidak kurang hebatnya.


BERHASIL menumpaskan nama-nama besar pelawak lain sehingga dinobatkan sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya, minggu lalu memberikan kenangan tersendiri buat pelawak Jep Sepahtu.

Jep atau nama sebenarnya, Mohd. Nadzri Zainal Abidin berkata, ia merupakan anugerah pertama yang diraihnya secara solo sepanjang bergelar artis.

Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya bersama Jep.

Kosmo: Ini merupakan kali pertama anda merangkul sebuah anugerah yang besar. Boleh ulas tentang kejayaan ini?

JEP: Sudah tentu ia satu kejutan kepada saya, apatah lagi ia kategori popular sementelah pemilihan dibuat menerusi undian peminat.

Saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini meskipun terpaksa bersaing dengan calon-calon yang tidak kurang hebatnya seperti Datuk AC Mizal, Johan, Zizan dan Yus Jambu.

Adakah kejayaan tersebut memberi tekanan kepada anda selepas ini?

Bagi saya, sama ada menang anugerah atau tidak, tekanan yang dilalui itu sama sahaja. Orang ramai melihat kerja menjadi pelawak ini senang, tetapi hakikatnya bukan mudah untuk buat orang ketawa.

Bagaimanapun, saya beruntung kerana mendapat rakan gandingan iaitu Shuib dalam kumpulan lawak Sepahtu. Rasanya tanpa kehadiran dia, mungkin saya tidak berada dalam landasan sekarang.

Setelah kumpulan Sepah berpecah, anda dan Shuib telah menubuhkan Sepahtu. Apakah perkembangan Sepahtu sejak ia diwujudkan pada tahun 2011?

Secara jujurnya, saya mengakui saya seorang yang sangat cerewet. Kalau ada sesuatu yang tidak kena saya akan berterus-terang sahaja, tetapi cerewet saya itu bersebab.

Sebagai contohnya, kalau kami berbincang mengenai jenis persembahan yang akan ditampilkan kepada penonton, saya akan tolak idea yang diberikan Shuib kalau saya rasa ia tidak sesuai.

Namun begitu, saya bukanlah menolaknya sesuka hati sahaja, tetapi saya akan sertakan sekali dengan sebabnya. Saya rasa sikap cerewet itu perlu untuk kebaikan bersama.


JEP mengaku dia dan Shuib selalu berselisih pendapat dalam usaha memberikan persembahan terbaik.


Adakah sikap berkenaan pernah menimbulkan pergeseran dengan Shuib?

Kalau pergeseran kecil itu memang selalu berlaku, tetapi masing-masing tidak pernah ambil hati. Lagipun Shuib juga berhak menolak idea saya sekiranya tidak sesuai untuk dipersembahkan.

Sebenarnya Shuib seorang yang sangat sabar dengan kerenah saya. Ia menjadi faktor paling utama kami dapat terus bertahan sehingga sekarang.

Apakah pandangan anda terhadap Anugerah Lawak Warna yang buat kali pertama dianjurkan?

Pertama sekali saya cukup berbangga dengan pihak Astro kerana menganjurkan anugerah ini. Ia telah meletakkan dunia komedi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Ceritakan perkembangan aktiviti seni anda selepas cuti Aidilfitri?

Dalam tempoh terdekat ini saya akan menyertai rancangan Super Spontan untuk musim kedua. Bersama Sepahtu pula kami akan terbabit dalam sebuah pertandingan realiti, namun belum boleh diumumkan lagi.

Tentang tawaran lain pula memang banyak yang diterima, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana faktor masa.

Kalau boleh saya tidak mahu bersikap tamak dengan mengambil apa sahaja tawaran kerana ia boleh menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon dan pelawak.

Istanbul Aku Datang diiktiraf komedi terbaik

Posted:

Istanbul Aku Datang diiktiraf komedi terbaik

Istanbul Aku Datang diiktiraf komedi terbaik

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

LISA SURIHANI dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Wanita Terbaik kategori filem.


FILEM terbitan Grand Brilliance dan Red Films, Istanbul Aku Datang memenangi empat anugerah utama, termasuk Filem Komedi Terbaik pada acara Anugerah Lawak Warna yang julung-julung kali diadakan di Istana Budaya minggu lalu.

Dalam kategori berkenaan, filem arahan Bernard Chauly itu menewaskan empat filem komedi lain seperti Adnan Sempit 2, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Pontianak Vs Orang Minyak dan Rock Oo.

Penerbit Red Films, Lina Tan berkata, pihaknya langsung tidak menyangka dengan kemenangan itu memandangkan saingan sengit daripada filem-filem lain.

"Sudah tentu ini satu kejutan buat seluruh warga kerja filem Istanbul Aku Datang. Lagipun, pihak Red Films dan Grand Brilliance tidak meletakkan harapan besar untuk menang.

"Bagaimanapun, ia kini menjadi satu sejarah buat kami memandangkan ia filem pertama dinobatkan sebagai Filem Komedi Terbaik pada anugerah lawak sulung ini," ujarnya ketika ditemui selepas acara berakhir.

Ditanya pandangannya terhadap kejayaan Istanbul Aku Datang, Lina berpendapat kekuatan filem berkenaan ialah konsep ceritanya yang berbeza daripada filem komedi lain.

Ujarnya, filem genre romantik komedi itu diselitkan dengan kisah romantik dan permainan emosi yang membabitkan pelakon utamanya.

"Kalau kita lihat Lisa Surihani dan Beto Kusyairy bukanlah pelakon komedi atau pelawak, tetapi mereka berjaya membawakan karakter komedi dalam watak masing-masing sekali gus memberi impak kepada penonton," jelasnya.

Selain dinobatkan sebagai Filem Komedi Terbaik, filem berkenaan turut merangkul tiga lagi anugerah iaitu Lakon Layar Komedi Terbaik Filem, Pengarah Komedi Terbaik Filem (Bernard Chauly) dan Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani).

Sementara itu, inisiatif Astro menganjurkan acara anugerah berkenaan mendapat reaksi positif daripada penggiat komedi tempatan.


OTHMAN HAFSHAM terharu dengan pengiktirafan menerusi Anugerah Khas Juri.


Pengarah Othman Hafsham yang meraih Anugerah Khas Juri pada acara tersebut berkata, ia satu usaha keras untuk memartabatkan lagi komedi dalam dunia hiburan tempatan.

"Melihat kepada keadaan dunia komedi sekarang, semakin ramai pelawak yang muncul dan memeriahkan industri seni. Jadi, sewajarnya perlu ada satu anugerah untuk mengiktiraf bakat mereka.

"Sebagai individu yang sudah berkecimpung selama 30 tahun dalam komedi, saya ingin nasihatkan pelawak baharu supaya banyak membaca dan menonton rancangan komedi luar negara untuk mendapatkan idea lebih segar dan diterima penonton," jelasnya yang dikenali menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tangtu.

Acara tahunan

Mengenai penganjuran Anugerah Lawak Warna yang diadakan baru-baru ini, ramai pihak yang melihat ia telah berlangsung dengan jayanya.

Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani memberitahu, pihaknya sangat berpuas hati dengan perjalanan acara tersebut serta persembahan barisan artis yang cukup menghiburkan.

"Kalau melihat kepada sambutan yang diterima, tidak mustahil acara anugerah ini bakal menjadi acara tahunan. Namun begitu, perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan lanjut sebelum keputusan dibuat.

"Sekiranya ia dianjurkan lagi pada tahun hadapan, segala kelemahan yang ada akan diperbaiki.

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Istana Budaya kerana menyediakan sebuah lokasi yang begitu berprestij," ujarnya.

Mengenai pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan, Nizam berharap tiada pihak yang mempertikaikan keputusan juri yang dilantik.

"Saya ingin tegaskan bahawa Astro langsung tidak masuk campur terhadap keputusan yang dibuat. Kami telah melantik pihak audit yang akan menapis setiap keputusan yang diumumkan semasa acara berlangsung," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved