Isnin, 19 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sagat pisang, ubi selepas subuh

Posted:

Sagat pisang, ubi selepas subuh

Sagat pisang, ubi selepas subuh

SETIAP kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, peniaga kerepek tidak menang tangan. Bahkan, mereka merupakan golongan yang paling sibuk selain pembuat biskut raya dan tukang jahit.

Keadaan itu diakui sendiri oleh pemilik Ina Murni Enterprise, Jumaiah Salim. Kesibukan yang luar biasa bersama 10 pekerja memaksanya mengambil pekerja sementara seramai 20 orang.

Menjalankan operasi perniagaan di kediaman di Lorong Laverda Peket 60, Sungai Nipah di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, Jumaiah, 46, yang dikenali dengan nama Ina berkata, pekerjanya akan memulakan tugas menyagat bahan-bahan mentah seperti pisang dan ubi selepas solat Subuh.

Dia bernasib baik kerana kerja-kerja mengupas bahan mentah itu diagih-agihkan kepada penduduk kampung terutama golongan suri rumah yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan.

"Saya menawarkan pelbagai jenis kerepek seperti ubi masin, barbeku, lada hitam, racik, pedas basah dan kering.

"Bagi kerepek pisang pula, kami membekalkan kerepek pisang manis dan masin mini rempeyek, kuih sepit, loyang dan kerepek bawang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagi bekalan bahan mentah, Ina mendapatkannya daripada pembekal di Perak kerana bekalan ubi dan pisang di Selangor berkurangan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, tempahan bekalan itu ditambah daripada lima tan metrik bagi ubi dan pisang kepada lapan tan metrik sejak awal bulan Ramadan lalu.

"Disebabkan kami menerima bekalan bahan mentah yang terhad, harga borong untuk kerepek pisang sejak dua tahun kebelakangan ini agak mahal sedikit kerana kami mengimport kerepek dari Indonesia bagi menampung permintaan," ujarnya.


UBI yang sudah disagat sedia untuk digoreng.


Penglibatan awal

Menyentuh latar belakang perniagaannya, Ina yang tidak pernah merasa suasana bekerja di pejabat mahupun sebagai operator pengeluaran berkata, dia sebenarnya bukan jenis wanita yang suka duduk diam di rumah dan hanya menerima wang saku daripada suami pada hujung bulan.

Bertitik tolak dari situ, dia yang pernah menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk jualan langsung membongkar penglibatannya dalam bisnes tersebut. Ina mula tertarik membuat mini rempeyek apabila melihat jirannya aktif menjalankan perniagaan kerepek.

"Pada peringkat awal, saya sendiri yang mencari bahan-bahan mentah dan menggoreng menggunakan kuali kecil sahaja.

"Kerja-kerja menggoreng hanya dilakukan di belakang rumah," jelasnya yang memiliki enam kuali kawah dan satu kuali besar yang diubah suai bagi menggoreng kuih sepit.

Berkat kegigihannya, Ina mendapat pinjaman perniagaan dan bantuan peralatan daripada Jabatan Pertanian. Bahkan dia juga diberi peluang mengikuti pelbagai kursus termasuk kursus produk halal dan pemasaran.

Sejak sedekad lalu, produk keluaran syarikatnya mendapat perhatian daripada peniaga kerepek di Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak serta Pulau Pinang.

Persaingan

Lebih menggembirakan Ina apabila rata-rata pelanggannya memberi maklum balas positif mengenai rasa dan kerangupan kerepeknya.

Ditanya mengenai persaingan daripada pengusaha industri kecil dan sederhana di kawasan tersebut, Ina melihat keadaan itu sebagai satu persaingan yang sihat.


MOHD. HAFIZUDDIN menyusun kerepek di gerai bapanya.


Malah, Ina gembira kerana masing-masing sepakat dalam menentukan harga dan saling membantu meminjamkan kerepek masing-masing sekiranya ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu menyediakan bekalan berdasarkan permintaan pelanggan.

"Dalam kalangan kami juga tiada perasaan hasad dengki, sebaliknya kami saling membantu antara satu sama lain.

"Saya tidak pernah sabotaj mana-mana pengusaha kerepek di sini kerana percaya rezeki masing-masing ditentukan Allah," katanya.

Lebih 30 jenis

Sementara itu, bagi Mohd. Hafizuddin Mohd. Yunus yang membantu menjalankan perniagaan jualan kerepek milik bapanya, Mohd. Yunus Gama di Simpang Lima, Sungai Besar, produk makanan yang dihasilkan oleh peniaga IKS itu sememangnya sering dicari oleh pelanggan yang singgah di gerai mereka.

Malah, ada dalam kalangan pelanggannya bukan sahaja datang dari sekitar Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang mahupun Kuala Selangor tetapi ada juga dari Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Kami menawarkan lebih 30 jenis kerepek dan yang paling popular ialah kerepek pisang dan ubi.

"Namun kami turut menyediakan pilihan lain seperti kerepek jari udang, tempe, sukun, rempeyek dan bermacam-macam lagi yang dijual pada harga antara RM9 sekilogram (kg) hingga RM26 kg," katanya.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Mohd. Hafizuddin yang turut dibantu dua orang pekerja iaitu Nurahayu Nanak, 36, dan Nurul Jannah Mohd. Salleh, 20, melanjutkan masa perniagaan sehingga pukul 1 pagi.

MEMBASUH ubi yang sudah dimesin sebelum digoreng.


"Biasanya gerai ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 malam setiap hari tetapi pada 10 hari terakhir Ramadan lalu kami membuka gerai selepas solat tarawih sehingga pukul 1 pagi.

"Memandangkan gerai ini terletak di hadapan rumah, jadi ia memudahkan kami bergilir-gilir menjaganya," kata Mohd. Hafizuddin bahawa pelanggan yang melalui jalan tersebut lazimnya dari Klang menuju ke Teluk Intan.

Mengenai bekalan bahan jualan, selain mengambil bekalan daripada peniaga di sekitar Sungai Besar, mereka turut mendapatkan bekalan di tempat lain termasuk negara jiran.

Bekalan makanan ringan seperti popia gulung, pisang dan kekacang dari Bandung manakala pisang tanduk dari Medan, Indonesia.

"Biasanya kami mempunyai stok bekalan sekitar 30 hingga 40 kilogram bagi setiap jenis kerepek, tetapi untuk menampung permintaan musim perayaan ini, jumlah bekalan diterima melebihi 100 kilogram setiap jenis.

"Kami turut menghasilkan kerepek sendiri seperti rempeyek biasa, rempeyek bilis dan bayam yang dihasilkan oleh penduduk tempatan," ujarnya.

Kaktus peyote dadah suci Mexico

Posted:

Kaktus peyote dadah suci Mexico

Kaktus peyote dadah suci Mexico


PELANCONG diingatkan agar menghormati kaktus peyote sepanjang upacara dijalankan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.


GISELE BEKER, seorang warga Argentina berumur 26 tahun, menapak berjam-jam lamanya di bawah terik matahari merentasi gurun Wirikuta, Mexico untuk memenuhi satu matlamat - melihat kaktus peyote. Kaktus itu merupakan tumbuhan halusinogen yang dianggap suci oleh penduduk tempatan.

Selain Beker, ramai warga Mexico dan pelancong asing sanggup datang ke gurun tersebut demi peyote yang mempunyai alkaloid psikoaktif terutamanya meskalina iaitu alkaloid beracun yang menyebabkan halusinasi khususnya yang melibatkan warna dan muzik.

Disertai tiga teman dari Mexico, Beker merupakan salah seorang dalam gerombolan pelancong asing yang teruja merasai pengalaman mencari peyote atau nama saintifiknya, Lophophora williamsii.

"Adakah anda sudah menemuinya?" soal Beker kepada rakannya dengan penuh harapan, selepas meredah perjalanan sejauh 700 kilometer dan mencari sesuatu yang kecil di lantai gurun dengan penuh hati-hati.

Peyote secara teknikalnya merupakan dadah yang diharamkan, namun sejak berabad lamanya, ia memainkan peranan utama dalam kebudayaan penduduk peribumi di utara Mexico dan Texas (Amerika Syarikat).

Kesucian peyote menjadikan ia sebahagian daripada upacara kerohanian dan meditasi kepada kumpulan etnik Wixarika atau sinonim dengan nama Huichol di Sepanyol.

Sejak tahun 1960-an, gurun yang terletak di pedalaman San Luis Potosi itu menjadi tanah impian kepada mereka yang memburu tumbuhan eksotik tersebut, biarpun berdepan kerumitan logistik.


UPACARA ke atas kaktus peyote memerlukan ia disiram sebelum bahagian kecil di atasnya dimakan.


Mengubah sikap

Mereka tidak terhalang oleh kepayahan topografi, tidak juga mempedulikan papan tanda metal berkarat yang tertera amaran 'Menanam dan menjual Peyote merupakan satu jenayah persekutuan.'

Pihak berkuasa juga tidak berusaha untuk mengubah sikap pemandu pelancong yang akur dengan kemahuan pelawat asing setiap kali diminta dibawa ke gurun itu. Perkhidmatan haram itu kini sudah menjadi kemestian.

Salah seorang rakan Beker yang hanya mahu dikenali dengan nama Cesar mengimbas kenyataan pemandu pelancong yang membawanya: "Anda tidak boleh mencari peyote. Ia akan menemui anda."

Apabila kumpulan pelancong itu menemui apa yang mereka cari, upacara pemujaan dimulakan penuh teratur.

Mengikut proses normal, mereka akan meminta kebenaran daripada gurun Wirikuta kerana orang Asli di situ percaya ia merupakan lokasi permulaan alam semesta ini dicipta.

Kemudian pemujaan pun dijalankan terhadap tumbuhan tersebut. Orang ramai perlu berhati-hati agar tidak mencabut kaktus itu dari tanah.

Peyote yang ditemui itu disiram air dan bahagian berisi kecil yang berbentuk butang pada tumbuhan itu kemudian dimakan.

"Ia rasa seperti buah, lembut tetapi sangat pahit," jelas Beker.

Penduduk setempat menganggap tumbuhan itu sebagai simbol hati kepada Tuhan Rusa, yang juga menjadi perantara komunikasi bersama tuhan kepercayaan mereka.

Setiap tahun, komuniti tempatan pergi ke bukit Quemado sambil dipimpin seorang bomoh bagi menjalankan upacara pemujaan dan memberi restu kepada peyote.

Merasai aura mistik lokasi itu, Eliana, seorang warga Mexico sambil menggigit peyotenya berkata: "Ia seperti memasuki ke dalam roh anda sendiri."

Ramai orang berasa khayal, mengalami sinestesia, muntah-muntah dan efek lain ketika memakan kaktus itu.

Chris Biddle, lelaki berusia 32 tahun dari Afrika Selatan memberitahu, dia dan teman wanitanya terasa seperti bersatu dengan alam. Namun demikian, dia memaklumkan, perasaan itu tidak dapat dirasai semua orang.


KAKTUS peyote boleh menyebabkan si pemakan khayal dan mengalami sinestesia.


Tumbuhan suci

Seorang pakar tempatan, Jose Luis Bustos, 67, mendakwa individu yang melayan peyote tanpa hormat akan mendapat balasan setimpal.

"Peyote bukan dadah. Ia adalah tumbuhan suci dan mesti dilayan penuh kehormatan kerana sesiapa yang berbuat jahat, ia mngkin menghukum individu itu," katanya..

Penduduk setempat lain juga menceritakan terdapat kes-kes pelancong asing yang datang dari pelbagai negara mati keseorangan di gurun atau terpaksa dirawat di pusat psikiatri tempatan.

Sementara itu, Datuk Bandar bandar itu, Hector Morena memberi amaran: "Peyote hanya eksklusif untuk kebudayaan Huichol. Kita yang lain hanya berperanan untuk mempromosikan pemeliharaan dan menghomatinya." - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


2,000 hadir rumah terbuka PruBSN

Posted:

2,000 hadir rumah terbuka PruBSN

2,000 hadir rumah terbuka PruBSN

AZIM (berdiri kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Prudential BSN di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur baru-baru ini.


RAI. Kira-kira 2,000 orang tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) yang diadakan di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan seluruh warga PruBSN selain memberi peluang kepada masyarakat berbilang kaum berkongsi kemeriahan Aidilfitri.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani, Ketua Bahagian Jenama dan Komunikasi, Tengku Sheila Tengku Azib serta Ketua Pegawai Operasi, Aman Chowla.

Pada majlis itu, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tradisional seperti tarian zapin dan muzik ghazal.

Econsave bantu 50 keluarga berbelanja barang keperluan

Posted:

Econsave bantu 50 keluarga berbelanja barang keperluan

Econsave bantu 50 keluarga berbelanja barang keperluan


MAS IMRAN (dua dari kiri) menyampaikan duit raya kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 3 di Johor Bahru baru-baru ini.


BANTU. Pasar raya keluarga, Econsave berkongsi kegembiraan bersama 50 keluarga kurang bernasib baik dengan menyampaikan sumbangan sempena menyambut lebaran baru-baru ini.

Selain itu, mereka turut diberi peluang membeli-belah barangan keperluan harian di pasar raya berkenaan.

Menurut Pengurus Operasi Wilayah Selatan, Mas Imran Adam, program tahun ini diberi sedikit kelainan apabila Econsave turut membawa artis seperti Sasha Saidin, Altimet, Awi Rafael dan IamNeeta bagi memeriahkan suasana.

"Selain meringankan golongan kurang kemampuan, kita sebenarnya mahu mereka lebih bersemangat dengan kehadiran artis-artis yang datang membantu mereka membeli barangan keperluan," katanya pada majlis berkenaan.

Rumah terbuka raikan penduduk Pulau Betong

Posted:

Rumah terbuka raikan penduduk Pulau Betong

Rumah terbuka raikan penduduk Pulau Betong


MUHAMAD FARID (tiga dari kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Balik Pulau baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 1,000 orang hadir ke rumah terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad di Dataran Tok Sudin, Balik Pulau, Pulau Pinang baru-baru ini.

Tetamu dijamu pelbagai juadah seperti ketupat, lemang, nasi himpit, rendang, cendol dan kuih-muih selain dihiburkan dengan lagu-lagu raya oleh kumpulan pemuzik tempatan.

Pengunjung kanak-kanak juga bertambah ceria apabila menerima duit raya.

Muhamad Farid berkata, majlis rumah terbuka itu yang dianjurkan setiap tahun memberi peluang kepada beliau dan keluarga merapatkan lagi kemesraan yang sedia terjalin dengan masyarakat setempat.

"Aidilfitri adalah kesempatan terbaik untuk mengeratkan lagi ukhuwah bersama masyarakat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


MKN tentukan proses pulang

Posted:

MKN tentukan proses pulang

MKN tentukan proses pulang

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my

SUASANA kediaman pelajar Malaysia di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir minggu lalu.


KUALA LUMPUR – Proses membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Mesir kini bergantung kepada keputusan dan hasil pemantauan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan telah menghantar satu pasukan menerusi MKN yang diketuai Setiausahanya, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab di negara bergolak itu untuk memantau keadaan di sana sebelum sebarang keputusan dibuat.

Katanya, kesemua 3,300 pelajar di Mesir ketika ini telah dipindahkan dari kawasan panas ke lokasi lebih selamat sejak sebelum Ramadan dan dipantau pada setiap waktu.

"Jadi keputusan proses pemindahan bergantung kepada MKN sebab mereka berada di lapangan. Sekarang ini bila kita tengok laporan stesen TV Al Jazeera, CNN, semua nampak teruk tetapi bila kita pergi ke sana hanya kawasan-kawasan tertentu panas," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Felcra di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS

Posted:

PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS

PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengenakan tindakan lebih tegas dengan menyenaraikan seramai 420,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS) mulai bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, PTPTN telah mewujudkan sistem berkenaan dengan kerjasama Bank Negara bagi membolehkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman selepas tempoh tiga setengah tahun tamat pengajian.

"Penyenaraian kepada sistem CCRIS ini bukanlah sesuatu yang bakal menyusahkan peminjam tetapi untuk memberi kesedaran kepada para peminjam yang langsung tidak pernah membayar balik pinjaman atau berunding dengan pihak PTPTN.

"Selain itu, kita juga akan fokus kepada mereka yang masih ingkar selepas diberi beberapa notis awal serta amaran akhir," katanya selepas Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTPTN di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Undang-undang baharu belum diputus

Posted:

Undang-undang baharu belum diputus

Undang-undang baharu belum diputus


NAJIB bersalam dengan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Perbendaharaan Malaysia di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum membuat keputusan muktamad sama ada mewujudkan kembali undang-undang pencegahan bagi menentang jenayah serius di negara ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang membincangkan secara intensif sama ada pihak berkuasa benar-benar memerlukan undang-undang pencegahan sebagai tambahan kepada undang-undang yang sedia ada.

"Satu-satunya masalah dalam undang-undang pencegahan ialah bagaimana anda hendak menangkap seseorang bila jenayah belum berlaku? Jika hanya atas dasar mengesyaki, apakah sudah cukup untuk menangkap seseorang berdasarkan undang-undang pencegahan?

"Orang ramai harus sedar bahawa kami prihatin untuk mengurangkan kadar jenayah dan kemungkinan salah guna hak asasi manusia di negara ini," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bertukar juadah tradisi munjung

Posted:

Bertukar juadah tradisi munjung

Bertukar juadah tradisi munjung

Oleh NORHAYATI YAHAYA

PELBAGAI juadah hari raya seperti ketupat nasi disediakan seminggu sebelum Syawal.


CARIAN enjin Google menemukan perkataan munjung sebagai sebuah desa di Batu Mandi, Kalimantan selatan, Indonesia. Malah perkataan itu sendiri dalam carian kamus negara itu memberikan maksud, lebih tinggi daripada permukaan.

Bagaimanapun, bagi masyarakat Jawa di negara ini, munjung merupakan satu tradisi yang merujuk kepada pemberian makanan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kebanyakan golongan muda pada masa ini mungkin tidak pernah mendengar istilah ini tetapi ia merupakan satu amalan biasa masyarakat di Tanjung Karang, Selangor. Ia juga disebut dengan nama lain seperti ngunjung di Batu Pahat, Johor.

Uniknya, sesebuah keluarga, sama ada jauh atau dekat, akan berhimpun dan menyediakan juadah munjung ini.

Lazimnya kita memasak dan menyediakan juadah hari raya seperti ketupat, rendang dan kuah lodeh pada pagi hari raya, namun bagi masyarakat Jawa, segala juadah dimasak seminggu lebih awal untuk dihantar ke rumah jiran tetangga.

Bagi penduduk Kampung Sungai Gulang-Gulang di Tanjong Karang, Selangor program munjung diadakan secara bergotong-royong bersama masyarakat kampung.

Sumbang tenaga

Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim, program itu sendiri sentiasa dinantikan oleh penduduk kampung tersebut sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.

Pengerusi Kelab Kebajikan Kampung Sungai Gulang-Gulang, Mohd. Zamri Kahar berkata, program munjung di kampung itu pada tahun ini diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula sejak hari menyembelih lembu pada hari Jumaat, 24 Ramadan lalu.


JUADAH munjung diedarkan kepada penduduk kampung seawal pukul 10 pagi pada hari ketiga penganjuran program.


Menurutnya, program yang dianjurkan bersama Kolej Komuniti Tanjong Karang itu tidak memberi sebarang desakan waktu buat penduduk kerana ia mengajak peserta menyumbang tenaga berdasarkan kelapangan masa masing-masing.

"Kerja-kerja melapah lembu diadakan oleh penduduk kampung selepas solat tarawih pada Jumaat lalu dan kami mengagihkan daun-daun kelapa muda untuk orang kampung membuat kelongsong ketupat.

"Pada keesokan harinya, kami berkumpul di rumah milik Tulus Kasman dan Hussain Mungin. Di sini kami memulakan kerja-kerja penyediaan ramuan termasuk memotong bawang, ayam, daging dan bahan-bahan lain," katanya ketika ditemui di kampung itu baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Mohd. Zamri memberitahu, dia bersama kira-kira 50 penduduk kampung akan memulakan kerja-kerja memasak 10 menu hidangan seperti sup tulang, kuah kacang, ketupat dan dodol untuk mereka berbuka puasa pada hari Sabtu. Sementara penyediaan hidangan rendang dimulakan selepas selesai solat tarawih hari yang sama.

Kesemua hidangan akan diedarkan kepada 1,000 orang penduduk kampung seawal pukul 10 pagi hari Ahad bagi membolehkan mereka menikmatinya bersama ahli keluarga masing-masing pada hari itu.

"Kami bercadang untuk meneruskan tradisi munjung ini untuk merapatkan hubungan penduduk kampung dan memperluaskannya kepada orang luar melalui program kampung angkat pada masa hadapan," katanya sambil memaklumkan usaha itu turut dijayakan dengan penglibatan Persatuan Belia Batu 5.

Menurut Mohd. Zamri, bahan-bahan mentah yang digunakan pada acara tahunan itu bukan sahaja mendapat tajaan daripada orang perseorangan dan kolej komuniti terlibat, tetapi turut disumbangkan oleh penduduk kampung khususnya bahan-bahan penting seperti beras, minyak dan gula.

"Saya bersama ahli jawatankuasa sangat gembira apabila melihat program ini telah mewujudkan semangat kesukarelawan dalam kalangan penduduk kampung dan lebih penting, memupuk semangat bersedekah.

"Inilah kehebatan munjung. Bukan sahaja untuk bertukar-tukar juadah, tetapi merapatkan lagi hubungan masyarakat, termasuk bersama mereka yang di perantauan," ujarnya.


PROGAM munjung di Kampung Sungai Gulang-Gulang bertujuan merapatkan lagi hubungan sesama masyarakat kampung dan meneruskan tradisi yang diamalkan sejak sekian lama.


Beliau memaklumkan, kebanyakan penduduk kampung bekerja seperti bercucuk tanam dan mengambil upah menjahit pakaian.

Sementara itu, Sarina Ismat, 40, yang turut menyumbang tenaga pada program itu melahirkan rasa teruja dan gembira apabila program tradisi itu dapat diteruskan oleh generasi muda sepertinya.

"Saya sendiri membawa anak untuk membantu menyediakan juadah untuk munjung. Bukan apa, saya mahu tradisi ini terus segar dalam minda mereka dan diteruskan pada masa hadapan," katanya.

Bagi tuan rumah, Norhajar Amrin, 42, ini merupakan tahun ketiga kediamannya dipilih sebagai lokasi program berkenaan.

"Saya ada juga minta penganjur memilih rumah lain, namun saya rasa berbesar hati dan bersyukur apabila sekali lagi mereka memilih rumah ini.

"Saya sentiasa ingat pesan arwah ibu, apabila rumah kita kerap didatangi orang, rezeki kita murah," ujarnya yang gembira dengan kehadiran penduduk kampung di rumah itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Polis Mesir gempur masjid

Posted:

Polis Mesir gempur masjid

Polis Mesir gempur masjid

SEORANG penyokong Ikhwanul Muslimin melarikan diri berhampiran sebuah kenderaan yang terbakar ketika pertempuran di Dataran Ramses, Kaherah, Mesir kelmarin.


KAHERAH - Polis Mesir berjaya menyuraikan perhimpunan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi yang berlindung di dalam Masjid Al-Fatah di sini kelmarin selepas kedua-dua pihak berbalas tembakan.

Pasukan keselamatan menarik keluar penunjuk perasaan di masjid yang turut dikelilingi penyokong kerajaan sementara Mesir yang menyifatkan mereka sebagai pengganas.

Pertempuran berlaku selepas kerajaan sementara Mesir menyatakan seramai 173 nyawa melayang dalam tempoh 24 jam. Ini sekali gus menjadikan angka kematian melebihi 750 orang sejak Rabu lalu.

Angka kematian meningkat selepas polis menggempur dua kem penyokong setia Morsi di ibu negara baru-baru ini.

Pada awalnya, pasukan keselamatan cuba memujuk penunjuk perasaan beredar dari masjid itu. Namun, situasi berubah menjadi ganas kelmarin.

Sekurang-kurangnya 1,042 orang terbunuh sejak 26 Jun lalu apabila penyokong Morsi mula mengadakan protes jalanan selepas beliau digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu.

Insiden di Masjid Al-Fatah di Dataran Ramses bermula pada Jumaat lalu apabila pasukan keselamatan mengepung kompleks yang menjadi tempat perlindungan beberapa ratus penyokong Morsi.

Kementerian Dalam Negeri menyatakan seramai 385 orang di dalam masjid berkenaan telah ditangkap.

Walaupun konflik kian meruncing, Ikhwanul Muslimin berikrar mahu mengadakan protes baharu di Kaherah dan beberapa lokasi lain sehingga Morsi dibebaskan daripada penjara dan dilantik kembali sebagai Presiden Mesir.

Pengumuman tersebut mencadangkan bahawa bantahan jalanan tidak akan berakhir sejak Morsi digulingkan.

Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri Mesir, Ziad Bahaa el-Din cuba berunding dengan Ikhwanul Muslimin bagi menamatkan pertumpahan darah ketika kabinet membincangkan krisis itu semalam.

Antara inisiatif yang dicadangkan Ziad adalah gesaan menamatkan segera darurat, penyertaan politik untuk semua pihak dan jaminan hak asasi manusia termasuk hak kebebasan berhimpun.

Namun, idea beliau dilihat bertentangan dengan cadangan Perdana Menteri Mesir, Hazem el-Beblawi untuk mengharamkan pergerakan berusia 85 tahun itu.

"Tidak akan ada perdamaian dengan pihak yang mengotorkan tangan dengan darah dan mereka yang mengangkat senjata menentang negara," kata Hazem kepada pemberita kelmarin. - Agensi

Putera Alwaleed pecat penceramah selebriti

Posted:

Putera Alwaleed pecat penceramah selebriti

Putera Alwaleed pecat penceramah selebriti


Putera Alwaleed


RIYADH - Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal memecat seorang penceramah agama dan motivasi terkenal warga Kuwait daripada saluran televisyen agama yang dimilikinya kerana didakwa 'cenderung kepada keganasan' dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin.

Putera Alwaleed menyatakan Tareq al-Suwaidan yang mempunyai lebih 1.9 juta pengikut di akaun Twitter dan dikenali di seluruh dunia Arab telah mengakui bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin dalam satu ceramahnya di Yemen.

"Tidak ada tempat untuk sesiapa yang mempunyai fikiran ganas di Saluran Al-Resalah," tulis Putera Alwaleed dalam sepucuk surat kepada Suwaidan, berdasarkan kepada satu siaran akhbar daripada pejabat putera berkenaan.

Putera Alwaleed dikatakan telah berulang kali memberi amaran kepada Suwaidan supaya tidak terlibat dalam politik.

"Hanya mereka yang lemah bimbang tentang bagaimana untuk mencari wang. Tidak ada yang akan menggadaikan pinsipnya kecuali mereka yang cintakan dunia," balas Suwaidan dalam Twitternya. - Reuters

Rusia anjur sukan kereta kebal pertama

Posted:

Rusia anjur sukan kereta kebal pertama

Rusia anjur sukan kereta kebal pertama


Barisan kereta kebal berwarna-warni (kiri ke kanan) dari Belarus, Rusia, Kazakhstan dan Armenia semasa bersaing dalam 'tank biathlon'.


MOSCOW - Rusia memperkenalkan sukan separa tentera baharu, 'tank biathlon', satu pertandingan perlumbaan kereta kebal dan ketepatan bedilan meriam.

Pertandingan peringkat antarabangsa itu dianjurkan buat pertama kali di Moscow pada Isnin minggu lalu hingga kelmarin.

Pasukan dari Belarus, Kazakhstan dan Armenia turut bersaing dalam pertandingan tersebut.

Konsep pertandingan yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Kementerian Pertahanan Rusia itu lahir daripada satu latihan kereta kebal.

Pasukan-pasukan terlibat berlumba di trek sepanjang kira-kira 20 kilometer dan mereka dikehendaki membedil lima sasaran yang ditetapkan.

Beberapa negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara termasuk Amerika Syarikat juga dijangka menyertai pertandingan sama pada tahun depan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pahang idam tiga mata berharga

Posted:

Pahang idam tiga mata berharga

Pahang idam tiga mata berharga

19/08/2013 9:56pm

KUANTAN - Tampil beraksi di laman sendiri, Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang bertekad meraih tiga mata penuh apabila menanti kunjungan Kelantan malam esok.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, para pemainnya kini bersedia untuk memikul cabaran menentang Kelantan yang turun dengan reputasi sebagai juara bertahan.

"Apabila beraksi di tempat sendiri, kami harus kemenangan. Jika kami keciciran mata di tempat sendiri, ia pasti menyulitkan misi mara ke suku akhir.

"Jadi saya berharap kami dapat mengutip sembilan mata maksimum apabila beraksi di Stadium Darul Makmur," kata Dolah ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO!

Yob tekad langkah kanan

Posted:

Yob tekad langkah kanan

Yob tekad langkah kanan

19/08/2013 9:45pm

KUALA LUMPUR - Jurulatih Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah berharap skuad Seladang bermula langkah kanan ketika menghadapi Sarawak pada aksi sulung Kumpulan D Piala Ma laysia di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Bagaimanapun, Azraai tidak mahu anak-anak buahnya mengambil mudah pertemuan menentang juara Liga Pre mier itu biarpun Perak dijangka mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.

Azraai berkata, beliau telah mengingatkan para pemain nya supaya berhati-hati ketika melayan kunjungan Sarawak kerana menyedari reputasi cemerlang skuad Bujang Senang itu dalam kempen Liga Premier.

"Mereka (Sarawak) tidak pernah kalah dalam saingan Liga Premier dan perkara itu perlu kami ambil perhatian serius.

"Namun, saya memberitahu para pemain agar memanfaatkan sepenuhnya peluang kami beraksi di hadapan pe nyokong sendiri dengan melakar kemenangan," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO!

Banjir di Filipina ragut tiga nyawa, ibu negara lumpuh

Posted:

Banjir di Filipina ragut tiga nyawa, ibu negara lumpuh

Banjir di Filipina ragut tiga nyawa, ibu negara lumpuh

19/08/2013 9:16pm

MANILA - Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terkorban di Filipina selepas hujan lebat dan bajir kilat menenggelamkan banyak kawasan di pulau utamanya, Luzon. dan ibu negaranya, Manila.

Air bah setinggi leher orang dewasa telah menenggelam dan menghanyutkan banyak kediaman sekali gus memaksa ribuan orang menyelamatkan diri di pusat-pusat perlindungan sementara.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan negara itu memberitahu, penduduk di kawasan pergunungan yang terletak di sebelah utara pulau itu sudah berdepan dengan banjir sedalam 1.8 meter berikutan hujan lebat beberapa hari lepas.

Seorang dilaporkan telah mati dalam kemalangan jalan raya akibat ribut di wilayah pergunungan Apayao. Sementara itu, seorang kanak-kanak dilaporkan mati dihempap tembok yang runtuh akibat bajir manakala seorang lelaki lagi ditemui mati lemas di kawasan pinggir Manila.

Tiga orang lagi diberitakan hilang akibat dihanyutkan arus banjir dari sungai berdekatan yang melimpah sementara seorang pelancong tempatan yang sedang meneroka gua di bandar Sagada pula masih belum ditemui.

Di bandar raya mega Manila yang menampung populasi seramai 12 juta orang itu, semua sekolah, pejabat kerajaan dan bursa saham ditutup berikutan amaran yang telah dikeluarkan pada waktu pagi hari ini. Hujan lebat dan bahaya banjir dijangkakan berlarutan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Raya Montreal Anzalna, kisah kampung Sakinah

Posted:

Raya Montreal Anzalna, kisah kampung Sakinah

Raya Montreal Anzalna, kisah kampung Sakinah

KECOH suasana studio fotografi Kosmo! pada pertengahan bulan Ramadan lalu. Mana tidaknya, menggabungkan dua pelakon muda yang banyak keletah, Anzalna dan Sharifah Sakinah memang tak menang tangan dibuatnya.

Sementara aksi penuh anggun mereka dibidik jurufoto Kosmo! Farizwan Hasbullah, derai tawa Anzalna dan Sakinah memecah hening buntu seisi studio fotografi Utusan Melayu.

Aidilfitri pastinya memberikan sejuta rasa bagi kedua-duanya, namun berkongsi interpretasi sama - meraikan kejayaan setelah sebulan berpuasa.

Baju kurung jaket tebal

Mengimbau kembali kerinduan suatu ketika dulu meraikan 1 Syawal di Montreal, Kanada, kata Anzalna, 25, saat mendengar takbir raya yang dilaungkan masjid berdekatan kejiranannya, rasa rindu terus menusuk ulu hati.

"Beraya di perantauan benar-benar mengundang sebak, terutama pada 1 Syawal. Mana tidaknya saudara-mara kita semua berada di Malaysia, cuma saya dan keluarga kecil kami di sana.

"Komuniti Islam di Montreal tidak besar, kalau ada pun beberapa buah keluarga Arab, Indonesia dan Pakistan. Selebihnya bukan Islam, tapi saya seronok kerana bertemu dengan saudara seagama kita berbeza-beza latar belakang.

"Biasanya selepas sembahyang raya kami akan menziarahi antara satu sama lain dan tradisi rumah terbuka ketika itu diamalkan dengan penuh rasa kesyukuran," ujarnya yang menetap di Kanada ketika berusia tujuh hingga sembilan tahun.

Cerita Anzalna lagi, dia pernah meraikan Aidilfitri ketika musim sejuk ditemani butir-butir salji menyelimuti tanah. Lucunya, walaupun berbaju kurung, mereka sekeluarga terpaksa menyarung beberapa lapis baju sejuk untuk memanaskan badan.

"Keseronokan beraya bertambah meriah apabila perasaan untuk memakai baju kurung dalam cuaca terlampau sejuk meluap-luap.

"Kita sudah terbiasa apabila tiba hari raya wajib pakai baju kurung, jadi dalam cuaca yang sejuk pun kami adik-beradik tetap berdegil mahu pakai baju kurung, tapi terpaksa pakai jaket lagi berlapis-lapis," tambahnya.

Selain Kanada, keluarga Anzalna juga pernah menetap di Tasmania, Australia sejak usia 15 hingga 21 tahun dan pelakon drama Adam & Hawa itu mengakui beraya di perantauan ibarat alah bisa tegal biasa.

JADUAL kerja Sakinah kini semakin padat dengan tawaran berlakon.


Konvoi utara selatan

Tiada kenangan paling manis yang ingin dikongsi Anzalna selain dapat meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta.

"Nikmat Aidilfitri bagi saya adalah bersama-sama keluarga saya pada pagi hari raya pertama. Bermaaf-maafan dalam suasana syahdu ditemani seisi keluarga yang lengkap sudah memadai untuk merasai keindahan Syawal, itu anugerah terindah saya," ujarnya.

Kemeriahan Syawal beraya di Malaysia pula berbeza bagi selebriti lain. Hampir kebanyakan waktu menyambut lebaran di Malaysia dihabiskan dengan berkonvoi di atas jalan raya.

"Keluarga kami memang meriah, hari raya pertama disambut di Pulau Pinang bersama keluarga sebelah ibu, kemudian kami bertolak ke Muar, Johor pada hari raya kedua untuk beraya bersama keluarga sebelah bapa.

"Seronoknya apabila suasana raya sangat dirasai walaupun berada di atas jalan raya. Ketika itu semua pemandu kenderaan lain berpakaian raya walaupun perjalanan jauh dari utara ke selatan," katanya.

Raya budak KL

Berbeza bagi Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar atau mesra disapa Sakinah, 24. Aidilfitri baginya cuma bersama keluarganya di ibu kota Kuala Lumpur.

"Malam raya saya di Kuala Lumpur dan 1 Syawal saya pun di Kuala Lumpur, malah malam raya baru saya berkesempatan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mencari baju raya.

"Pada pagi raya pula saya dan keluarga kakak-kakak saya akan berkumpul bersama di rumah abang Ijoy (suami kakaknya, Sharifah Shahirah) di Melawati.

"Kemudian, barulah kami menziarahi jiran-jiran dan kawan-kawan terdekat selain rumah rakan artis yang berada di sekitar Kuala Lumpur.

"Makna Aidilfitri saya barangkali berbeza daripada orang lain yang selalunya teruja pulang ke kampung halaman masing-masing, tapi hakikatnya keluarga saya beraya di bandar. Kiranya sambutan Aidilfitri saya adalah sambutan Aidilfitri moden," singkapnya.

Malah kata Sakinah, adakalanya saudara-maranya dari Pahang dan Alor Setar, Kedah akan berkunjung ke rumahnya di Kuala Lumpur pada hari raya.

"Saya cuma pernah sekali pulang ke Alor Setar, Kedah untuk beraya dan ketika itu usia saya tujuh tahun.

"Rumah keluarga di sana bukan tipikal rumah kampung, semua sudah moden dan sama saja seperti Kuala Lumpur. Ruginya saya kerana tidak dapat merasakan suasana kampung pada hari raya," kata adik bongsu kepada pelakon Sharifah Noor Haslinda dan Sharifah Shahirah itu.

ANZALNA merupakan salah seorang pelakon baharu yang sering menjadi pilihan penerbit.


Bekas dan bakal

Istimewa raya keluarga Sakinah katanya kerana kemeriahan beraya dengan bekas keluarga dan bakal keluarga baharu.

"Kami tidak memutuskan silaturahim dan Aidilfitri adalah waktu terbaik untuk berkumpul bersama insan yang dahulunya pernah hadir dalam keluarga kami.

"Abang Yantzen (bekas suami Sharifah Noor Haslinda) masih menyambut lebaran bersama-sama kami sekeluarga begitu juga abang Jatt (bekas suami Sharifah Shahirah).

"Tahun ini istimewa bagi saya kerana auntie Erma Fatima satu keluarga datang beraya ke rumah pada malam hari raya pertama.

"Perasaan ketika itu rasa sangat gemuruh sebab pertama kali kami dua keluarga beraya bersama-sama. Lagipun, kami sudah lama tidak berjumpa sebelum ini walaupun rumah cuma berdepan," katanya yang menafikan tujuan kedatangan Erma Fatima sekeluarga atas tujuan merisik kerana dia bercinta dengan anak pengarah tersebut.

Berbeza raya tahun ini, kata Sakinah kerana dia terlampau sibuk untuk membuat persiapan raya dek tuntutan kerja.

"Puasa tahun ini tidak terasa kerana saya sibuk dengan penggambaran drama Penghujung Dendam sepanjang bulan Ramadan, jadi secara tidak langsung saya tidak sempat membuat persiapan raya.

"Saya tidak kisah pun kalau pakai balik baju-baju raya tahun lepas, cukup bersederhana," ujarnya.

Farawahida kahwin usahawan Disember ini

Posted:

Farawahida kahwin usahawan Disember ini

Farawahida kahwin usahawan Disember ini

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

FARAWAHIDA berharap agar khalayak tidak terus salah faham terhadap hubungannya dengan Zulfekar.


LAMA sudah tidak mendengar khabar mengenai penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu, Farawahida. Kali terakhir penyanyi berusia 28 tahun itu hangat diperkatakan di media ekoran gosip hubungannya bersama komposer Zulfekar.

Bertemu dengan Farawahida ketika majlis Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, penyanyi berketurunan Melayu, Pakistan itu mendedahkan tidak pernah menjalinkan hubungan dengan Zulfekar, malah mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang sudah dikenali selama lapan tahun pada bulan Disember ini.

Kepada Kosmo!, Farawahida melanjutkan perbualannya itu.

KOSMO: Lama sudah tidak muncul, apakah perkembangan terkini anda sekarang?

FARAWAHIDA: Saya masih lagi wujud dalam industri seni, malah masih aktif menyanyi untuk majlis-majlis korporat dan sebagainya. Dalam pada itu, saya juga sedang mengumpul bahan untuk single kedua manakala single pertama iaitu Jangan Tanya Aku Lagi sudah diputarkan di corong-corong radio.

Bagaimanakah lagu yang anda inginkan untuk single kedua nanti?

Saya beri peluang kepada sesiapa sahaja untuk membuat lagu single kedua itu. Komposer muda atau sesiapa yang mempunyai bakat dalam menghasilkan lagu boleh hantar kepada saya.

Bagaimana pula dengan kehidupan peribadi anda?

Saya bakal bernikah pada bulan Disember ini. Saya dan pasangan tidak akan melakukan adat merisik dan bertunang, tetapi mengambil keputusan untuk terus bernikah.

Kenapakah anda mengambil keputusan begitu?

Saya dengan dia sudah lama bercinta. Lapan tahun. Jadi, kami ambil keputusan untuk tidak lagi memanjangkan hubungan kami dengan melakukan pertunangan.

FARAWAHIDA bakal berkahwin dengan kekasihnya yang telah bersamanya sejak lapan tahun lalu.


Lapan tahun bercinta? Bagaimana pula dengan gosip hubungan anda dengan Zulfekar selama ini?

Saya dengan dia (Zulfekar) tidak pernah bercinta. Hubungan kami tidak lebih sekadar rakan kerja sahaja. Gosip-gosip selama ini tidak benar.

Apakah perasaan anda kerana sehingga kini ramai lagi yang mendakwa anda pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Zulfekar?

Sejujurnya saya berasa sangat sedih dan tertekan. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana teman lelaki sangat memahami keadaan saya dan tidak mempercayai gosip tersebut. Gosip itu langsung tidak memberi kesan terhadap hubungan cinta kami selama ini.

Boleh kongsikan mengenai siapakah gerangan bakal suami anda?

Apa yang boleh saya cakap, dia berusia 29 tahun. Dia bukan orang industri dan bukan suami orang (ketawa). Dia bekerja dengan pakar jantung dan kini baharu berkecimpung dalam dunia perniagaan hartanah.

Di manakah majlis perkahwinan anda bakal berlangsung?

Insya-Allah, majlis akan diadakan di kampung saya iaitu Taiping, Perak. Majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah siang manakala majlis bersanding akan diadakan pada sebelah malam pula.

Apakah konsep perkahwinan anda itu nanti? Sudah buat sebarang persiapan?

Saya mengimpikan sebuah majlis berkonsepkan ala kampung. Persiapan perkahwinan saya sedang berlangsung. Saya juga akan pergi kursus kahwin.

Kenapakah anda memilih hujung tahun ini untuk melangsungkan perkahwinan?

Sebenarnya saya tunggu kakak saya yang kedua balik ke sini. Dia sekarang menetap di Jepun, ikut suami dia bekerja di sana. Jadi kebiasaannya dia boleh balik hujung tahun. Sebab itu saya pilih untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun.

Haliza Misbun anggap kahwin bosan

Posted:

Haliza Misbun anggap kahwin bosan

Haliza Misbun anggap kahwin bosan

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

HALIZA yang kurang berlakon, bakal muncul dengan novel pertama miliknya, Cinta Rimau.


LAMA tidak muncul di semua saluran media, kelibat pelakon Haliza Misbun di majlis Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur mencuri perhatian.

Ini kerana, pelakon filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami itu masih kekal cantik dan langsing biarpun usianya kini sudah mencecah 40 tahun.

Terlanjur bertemu dengannya, persoalan sama ada dia sudah memiliki teman lelaki atau sudah berumah tangga berlegar di benak fikiran pihak Kosmo!.

Menjawab pertanyaan yang dilantunkan kepadanya, ternyata Haliza tidak berselindung.

Katanya: "Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti."

Haliza juga tidak mahu berkahwin disebabkan tekanan daripada keluarga atau teman-teman yang tidak mahu dia terus hidup membujang.

Jelasnya, sampai masa nanti jika bertemu dengan lelaki yang sesuai, dia tetap akan berkahwin.

"Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya," ungkapnya sambil ketawa.

Haliza sebelum ini pernah bersuara yang dia tidak akan memilih lelaki Malaysia sebagai suaminya. Bagaimanapun, persepsinya kini mula berubah.

Tuturnya, dia tidak kisah apa juga status lelaki itu asalkan dia boleh serasi dengan lelaki tersebut.

Mengulas mengenai lelaki pucuk muda yang kini menjadi dambaan kebanyakan artis wanita, ujar Haliza, jika pemikiran lelaki muda itu matang ia tidak menjadi masalah buat dirinya.

Berkongsi mengenai rahsia dirinya yang semakin cantik dan kurus, kata Haliza, dia tidak pernah berdiet, tetapi mengamalkan senaman sejak berumur 29 tahun lagi.

"Tiada rahsia apapun, cuma kena gigih bersenam. Sejak berumur 29 tahun, saya tidak pernah gagal untuk bersenam setiap hari," luahnya yang kali terakhir berlakon dalam filem terbitannya sendiri iaitu Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami pada tahun 2009.

SUDAH memasuki usia 40-an, Haliza bagaimanapun masih selesa hidup solo.


Rindu pada bidang lakonan, bagaimanapun Haliza akui tidak menerima sebarang tawaran, berkemungkinan disebabkan statusnya sebagai penerbit.

Katanya, dia berharap mendapat tawaran berlakon dan dia tidak kisah memegang watak apapun termasuklah watak ibu asalkan dengan syarat wataknya itu ada memberi kesan kepada jalan cerita.

"Memang sudah lama saya tidak muncul di kaca TV atau di dalam filem. Bukan tidak ada tawaran, cuma watak yang saya dapat tidak memberi kesan. Itu saya kena selektif. Insya-Allah, selepas raya nanti saya akan muncul dengan dua projek baharu iaitu sebuah program majalah di RTM berjudul Citra Wanita dan saya juga bakal keluarkan sebuah novel berjudul Cinta Rimau," dedahnya.

Mengulas mengenai novel pertamanya itu, ujar Haliza, ia berkonsepkan fiksyen dan mengisahkan tentang seorang perempuan yang membela harimau di rumahnya.

Bidas pelakon baharu

Disoal bilakah filem terbaharunya bakal diterbitkan selepas filem terakhir Andartu Terlampau pada tahun 2009, Haliza akui tidak mahu menerbitkan filem kerana kualiti pelakon-pelakon baharu sekarang.

"Pelakon sekarang terlalu ramai dan saya tidak kenal mereka. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan pelakon baharu ini tidak mempunyai kualiti lakonan yang baik. Disebabkan itu, saya tidak mahu menerbitkan drama atau filem. Saya masih tidak jumpa lagi pelakon yang boleh berlakon dalam cerita saya," dedahnya.

Ulas Haliza lanjut, kebanyakan pelakon baharu tidak tahu maksud sebenar lakonan dan hanya bersandarkan pada rupa semata-mata.

Katanya lagi, tiada seorangpun pelakon baharu yang boleh menjadi pelapis kepada pelakon-pelakon pada eranya seperti Vanidah Imran, Umie Aida dan Sofea Jane.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved