Isnin, 19 Ogos 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


MKN tentukan proses pulang

Posted:

MKN tentukan proses pulang

MKN tentukan proses pulang

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my

SUASANA kediaman pelajar Malaysia di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir minggu lalu.


KUALA LUMPUR – Proses membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Mesir kini bergantung kepada keputusan dan hasil pemantauan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan telah menghantar satu pasukan menerusi MKN yang diketuai Setiausahanya, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab di negara bergolak itu untuk memantau keadaan di sana sebelum sebarang keputusan dibuat.

Katanya, kesemua 3,300 pelajar di Mesir ketika ini telah dipindahkan dari kawasan panas ke lokasi lebih selamat sejak sebelum Ramadan dan dipantau pada setiap waktu.

"Jadi keputusan proses pemindahan bergantung kepada MKN sebab mereka berada di lapangan. Sekarang ini bila kita tengok laporan stesen TV Al Jazeera, CNN, semua nampak teruk tetapi bila kita pergi ke sana hanya kawasan-kawasan tertentu panas," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Felcra di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS

Posted:

PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS

PTPTN senarai 420,000 peminjam dalam CCRIS

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengenakan tindakan lebih tegas dengan menyenaraikan seramai 420,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS) mulai bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, PTPTN telah mewujudkan sistem berkenaan dengan kerjasama Bank Negara bagi membolehkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman selepas tempoh tiga setengah tahun tamat pengajian.

"Penyenaraian kepada sistem CCRIS ini bukanlah sesuatu yang bakal menyusahkan peminjam tetapi untuk memberi kesedaran kepada para peminjam yang langsung tidak pernah membayar balik pinjaman atau berunding dengan pihak PTPTN.

"Selain itu, kita juga akan fokus kepada mereka yang masih ingkar selepas diberi beberapa notis awal serta amaran akhir," katanya selepas Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTPTN di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Undang-undang baharu belum diputus

Posted:

Undang-undang baharu belum diputus

Undang-undang baharu belum diputus


NAJIB bersalam dengan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Perbendaharaan Malaysia di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum membuat keputusan muktamad sama ada mewujudkan kembali undang-undang pencegahan bagi menentang jenayah serius di negara ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang membincangkan secara intensif sama ada pihak berkuasa benar-benar memerlukan undang-undang pencegahan sebagai tambahan kepada undang-undang yang sedia ada.

"Satu-satunya masalah dalam undang-undang pencegahan ialah bagaimana anda hendak menangkap seseorang bila jenayah belum berlaku? Jika hanya atas dasar mengesyaki, apakah sudah cukup untuk menangkap seseorang berdasarkan undang-undang pencegahan?

"Orang ramai harus sedar bahawa kami prihatin untuk mengurangkan kadar jenayah dan kemungkinan salah guna hak asasi manusia di negara ini," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved