Selasa, 4 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Hikmah menulis wasiat sendiri

Posted:

Hikmah menulis wasiat sendiri

Hikmah menulis wasiat sendiri

SEJAK ibunya meninggal dunia lima tahun lalu, Masyitah Mohamed, 54, masih buntu memikirkan urusan hal tanah pusaka milik ibunya. Meskipun hal tersebut sudah diketengahkan kepada adik-beradiknya untuk mencari penyelesaian, Masyitah pula dituduh yang tamakkan harta.

Hakikatnya, beliau mahu meringankan beban yang ditanggung arwah ibu. Lebih malang, isu tersebut menyebabkan dia dan adik-beradiknya tidak bertegur sapa.

"Sejak itu saya tidak lagi membangkitkan isu tanah tersebut. Mereka sukar dibawa berunding. Saya sedar bahawa masalah akan menjadi semakin rumit jika seorang demi seorang daripada kami meninggal dunia," katanya yang mempunyai lapan beradik.

Masyitah mungkin merupakan salah seorang daripada ribuan masyarakat Islam yang berdepan dengan masalah tersebut.

Hakikat ini diakui sendiri oleh Md. Ghazali Ibrahim, 41, yang berpengalaman menyiapkan lebih 5,000 surat wasiat secara sukarela sebelum ini.

Menurut adik kepada bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, arwah Ustaz Asri Ibrahim itu, orang- orang dahulu mereka lebih gemar berwasiat dengan mulut sahaja tanpa dokumen yang akhirnya menimbulkan masalah.

Sebab itulah, kata Md. Ghazali, apabila berlaku kematian, adik-beradik perlu duduk berbincang dan dokumenkan apa yang pernah disuarakan oleh ibu bapa.

"Buat surat persetujuan sebelum ke pejabat pusaka dan mahkamah. Orang kita tidak faham, apabila sebut sahaja faraid, ia jadi wajib.

"Memang faraid wajib jika menemui jalan buntu. Kita perlu juga ingat wasiat si ayah ketika masih hidup, sepakatlah adik-beradik," saran beliau ketika ditemui di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tuntutan membuat wasiat ini, ujar panel program kuliah Solat di TV AlHijrah itu turut termaktub dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 180 hingga 182, "Diwajibkan ke atas kamu membuat wasiat apabila datang tanda-tanda kematian."

Hampir sedekad berkecimpung dalam bidang faraid, wasiat dan pusaka, bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Sungai Bertih, Klang, Selangor itu kemudiannya mengambil keputusan membukukan pengalaman beliau dalam hal ehwal faraid dan wasiat.

Beliau membukukan pengalamannya itu selepas hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang tersebut. Sebelum itu, beliau aktif mengadakan ceramah ke seluruh Malaysia, bersiaran di radio dan televisyen.

SEBENARNYA semua orang boleh menulis wasiat tetapi mereka tidak tahu gaya bahasa yang betul.


Rujukan orang ramai

Alasan beliau mudah dan ada logiknya. "Lazimnya, orang mudah terlupa jika sekadar mendengar ceramah, jadi apabila dibukukan, mereka bukan sahaja boleh simpan buat rujukan, malah boleh dihadiahkan kepada rakan-rakan," kata Md. Ghazali yang tampil dengan buku pertamanya iaitu Kenapa Mesti Merancang Pusaka yang diterbitkan pada tahun 2006 dan 2007.

Selepas tamat pembelajaran di peringkat menengah, Md. Ghazali melanjutkan pengajian dalam bidang al-Quran dan Tahfiz di Karachi, Pakistan. Beliau kemudiannya menyambung pengajian Bahasa Arab di Kaherah, Mesir.

Ketika meneruskan pengajiannya di Baghdad, Iraq selama enam tahun untuk ijazah syariah pengajian Islam, Md. Ghazali berkesempatan bertalaqi dengan beberapa ulama di Baghdad.

Hari ini, banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan menulis wasiat pada harga antara RM300 sehingga RM5,000.

Namun, Md. Ghazali menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana ada pelanggan yang tidak pernah melihat surat-surat wasiat yang dibuat oleh syarikat-syarikat berkenaan.

"Buku Nota Wasiat hasil tulisan saya boleh dijadikan rujukan orang ramai jika ingin menulis wasiat sendiri.

"Sebenarnya semua orang boleh tulis wasiat tetapi mereka tidak tahu gaya bahasanya. Jadi, di dalam buku tersebut ada disertakan contoh surat-surat wasiat dan hibah," kata bapa kepada enam anak itu yang turut menulis beberapa buku lain.

Antaranya termasuklah Bahagi Biar Adil, Urus Harta Sebelum Mati dan RM42 Bilion Pusaka Belum Dituntut? dengan pengisian santai serta mudah difahami.

Apabila membuat wasiat, seseorang itu perlu mendokumentasikan aset seperti membuat senarai harta, hutang dan sebagainya selain melampirkan salinan buku bank atau geran yang diperlukan sebagai rujukan kepada waris.

Anak kelahiran Kampung Bukit Naga, Klang, Selangor itu menjelaskan, waris yang tidak tahu menguruskan harta pusaka selepas kematian kedua-dua ibu bapa antara punca utama mengapa pusaka jadi bertimbun-timbun sehingga hari ini. Dianggarkan, pusaka yang tidak dituntut berjumlah RM42 bilion.

Menurut Md. Ghazali yang juga moderator program Dikir Zikir di TV AlHijrah, penyediaan sesebuah wasiat itu perlu betul, jika tidak ia boleh dicabar dan tidak boleh dilaksanakan.

Misalnya, sesuatu wasiat itu tidak boleh melarang waris daripada mengambil harta. Apabila wasiat tidak betul, ia boleh menimbulkan perselisihan.

Beliau menegaskan, setiap umat Islam wajib memandang serius isu wasiat. "Wasiat yang tidak ditunaikan boleh memberi kesan kepada si mati (merana) dan waris pula menanggung dosa," jelasnya sambil memberitahu kesedaran wasiat dalam kalangan orang Islam sangat rendah berbanding bukan Islam. Ia berlaku kerana tidak faham dan kurang ilmu.


SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai Kursus Intensif Ilmu Faraid anjuran Akademi Al-Ghazali.


Pentingnya dokumen

Md. Ghazali yang banyak membuat lawatan ke Jordan, Syria dan Palestin mengakui bahawa ramai masyarakat Islam masih kabur lagi tentang wasiat, hibah dan harta sepencarian.

"Wasiat tidak wajib tetapi kalau kita nak beri lebih kepada isteri, perlulah buat dokumen atau deklarasi harta sepencarian kerana kita tidak boleh wasiatkan separuh daripada harta kepada isteri melalui wasiat kerana ia tidak boleh melebihi satu per tiga.

"Wasiat juga tidak boleh diberikan kepada waris kerana anak-anak ada bahagian dalam faraid. Ia perlu diberikan kepada orang lain, anak tiri, anak angkat dan sebagainya," kata graduan yang berkelulusan Ijazah Syariah dari Universiti Saddam For Islamic Studies, Baghdad, Iraq itu.

Jika seseorang mahu memberikan harta kepada anak-anak, contohnya rumah, mereka boleh hibahkan harta tersebut dengan membuat dokumen persetujuan hibah.

Bagi memudahkan orang ramai, Md. Ghazali turut menawarkan perkhidmatan menyediakan wasiat. Syarikat yang dinamakan Wasiyyah.com Sdn. Bhd. itu beroperasi di Shah Alam.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak menangguhkan isu pembahagian harta pusaka bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

"Jika tiada masalah pusaka, buatlah sesuatu untuk waris kita. Rancang pusaka, buat wasiat atau hibah kerana mungkin esok lusa kita meninggal dunia," ujarnya.

Sudan gergasi gula Afrika

Posted:

Sudan gergasi gula Afrika

Sudan gergasi gula Afrika


SUDAN adalah antara pengeluar gula terbesar di benua Afrika.


RAMAI pekerja kelihatan tergesa-gesa membungkus gula putih halus yang sentiasa keluar dari beberapa corong di sebuah kilang besar.

Masing-masing tidak menang tangan kerana kesemua bungkusan itu perlu dimuatkan ke dalam tiga lori besar yang sudah menunggu di luar kilang itu.

Pengurusan Kenana, syarikat gula terkenal di Sudan, berharap kilang itu akan lebih sibuk pada tahun hadapan kerana mereka merancang untuk meningkatkan lagi pengeluaran bagi mengeksport gula ke negara-negara lain.

Sudan telah kehilangan status pengeluaran petroleum pada tahun 2011, jadi negara itu kini mencari sumber baharu bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.

"Terdapat banyak tanah sesuai untuk penanaman tebu kerana terdapat air," kata Ketua Unit Perniagaan Kenana, El Zein Mohammed Doush.

Bagaimanapun, usaha meningkatkan pengeluaran gula juga bersifat politik. Gula merupakan bahan makanan yang paling penting di dunia.

Jadi, disebabkan itu, harga gula di Afrika merupakan isu sensitif malah ia boleh mencetuskan revolusi.

Bukan itu sahaja, kenaikan harga secara mendadak juga menyebabkan protes jalanan sehingga membawa kejatuhan bekas Presiden Sudan, Jaafar Numeiri pada tahun 1985.

Kini, Presiden Sudan Omar Hassan al-Bashir juga tidak terkecuali berhadapan dengan protes secara kecil-kecilan disebabkan kenaikan harga makanan.

Ia diburukkan lagi dengan kadar inflasi tahunan mencecah sehingga 41.4 peratus pada bulan April lalu. Begitupun, pengkritik berkata, angka sebenar adalah lebih tinggi.

Bagi menangani perkara itu, kerajaan Sudan menerima suntikan modal daripada Arab Saudi dan Kuwait. Suntikan itu membolehkan Kenana meningkatkan pengeluaran lebih dua kali ganda menjelang tahun 2015.

Tampung permintaan

Langkah tersebut dilihat dapat menampung permintaan domestik sebanyak 1.2 juta tan metrik. Lagipun, pada masa ini, penanam tebu di negara itu mampu menghasilkan 600,000 hingga 700,000 tan metrik setiap tahun.

Menyedari hakikat itu, pihak Kenana menjangka pengeluaran gula boleh mencecah 900,000 hingga sejuta tan metrik pada tahun hadapan.

Sudan merupakan salah satu pengeluar gula terbesar di benua Afrika selepas Mesir dan Afrika Selatan. Oleh itu, Sudan berharap negara tersebut mampu bersaing dengan pengeluar gula dunia seperti Brazil menjelang tahun 2020.


PENANAM tebu Sudan kini boleh tersenyum gembira kerana gula menjadi salah satu komoditi utama negara berkenaan.


Negara-negara Afrika berazam menghasilkan sehingga 10 juta tan metrik gula pada tahun 2020.

"Kenana merancang membuka dua buah kilang lagi, manakala pihak kerajaan telah menjual empat buah kilang kerana memerlukan pemodenan," kata Doush.

Menerusi perbincangan dengan pelabur dari negara-negara Teluk Arab, Kenana dibenarkan mengeksport separuh daripada pengeluaran gula ke negara-negara jiran seperti Eropah.

Bagi mempelbagaikan produk, Kenana merancang untuk mengeluarkan kira-kira 200 juta liter bahan bakar bio pada tahun 2015.

"Sebanyak 91 peratus bahan api, etanol diimport ke Kesatuan Eropah, Perancis, Belanda," ujar Ketua Unit Perniagaan Etanol, Ahmed Rabih.

Seorang Pakar Ekonomi dari Universiti Oxford, Harry Verhoeven berkata, Kenana telah mencatatkan keuntungan yang besar dan memiliki teknologi canggih untuk mengeluarkan gula.

Namun, negara itu masih berada jauh untuk menjadi pengeluar gula terbesar seperti Brazil dan Turki.

"Kita tahu Kenana menerima berbilion ringgit dalam bentuk subsidi, tetapi itu tidak bermakna Sudan boleh menjadi pengeluar gula terbesar di dunia," ujarnya.

Pengeluaran gula

Menurut Verhoeven, kerajaan telah menjejaskan kecekapan sektor gula dengan mengawal firma gula utama, menghindari persaingan dan memanjakan mereka dengan subsidi.

Sementara itu, para penganalisis ekonomi berpendapat, nilai pasaran boleh terganggu apabila kerajaan Sudan menjanjikan harga gula yang dua kali ganda berbanding harga pengeluaran sekali gus meningkatkan kemungkinan berlaku rasuah.

Pengkritik juga berkata, industri gula membuat keuntungan besar tetapi masyarakat tempatan masih miskin.

Kenana memiliki rumah tetamu yang mewah dan mengambil pekerja yang tidak mempunyai kemahiran.

Rata-rata pekerja itu tinggal di rumah batu-bata dan jalan menghala kawasan rumah mereka tidak berturap, bahkan sering kali mengalami kekurangan air.

Lebih teruk, ahli keluarga mereka terpaksa mengambil air dari tasik yang berhampiran dengan kilang gula itu. - Reuters

Tradisi minum teh negara Matahari Terbit

Posted:

Tradisi minum teh negara Matahari Terbit

Tradisi minum teh negara Matahari Terbit


FESTIVAL Teh Jepun mengumpulkan pengeluar dan pencinta teh dari seluruh negeri Matahari Terbit.


DI sebalik kemegahan budaya teh Cina yang tersohor seantero dunia, siapa sangka teh turut sinonim dalam budaya masyarakat di Jepun.

Malah, setiap tiga tahun sekali ribuan peminat teh di negara itu akan berkumpul bagi meraikan Festival Teh Dunia yang disambut pada setiap bulan Mei.

Sepanjang festival itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang mengetahui pelbagai sejarah mengenai teh, malah berpeluang melihat sendiri keunikan tradisi dan teknik menghidangkan teh dari seluruh dunia.

Sebut apa sahaja, daripada teknik menghidangkan teh menggunakan cerek tembikar seperti di Jepun atau teh ala Inggeris yang dihidangkan menggunakan cawan atau piring porselin kepada penggunaan bekas aluminium yang dikenali sebagai 'samovar' di Rusia.

Tidak ketinggalan teh Turki yang dihidangkan di dalam gelas kecil unik, semuanya boleh dilihat sepanjang festival tersebut.

Di samping itu, pengunjung boleh merasai sendiri aneka rasa teh ketika menyertai lawatan berpandu yang diketuai pakar-pakar teh ke kawasan ladang teh yang terdapat di sekitar lereng bukit di Shizuoka, Jepun.

Jangan terkejut, ada teh yang mempunyai rasa manis, kelat serta seakan-akan citrus dan harganya pula mampu mencecah 300,000 yen sekilogram (RM8,812).

Walaupun, kebanyakan harga runcit teh lebih rendah, namun harga yang ditetapkan oleh Kesatuan Industri Teh Kakegawa Jonan merupakan satu insentif kepada golongan pekerja.

Ini kerana untuk mendapatkan kira-kira empat kilogram daun teh terpilih, ia memerlukan seramai 50 pekerja yang terpaksa bekerja sepanjang hari.

Terdapat juga upacara yang menggunakan serbuk teh Jepun yang berwarna hijau yang dikacau dengan menggunakan sudu khas yang dibuat daripada buluh.

Dikenali sebagai 'sado', teknik menghidangkan teh yang unik itu sarat dengan pelbagai simbolik.

Paling penting adalah pergerakan tangan yang mengacau debu-debu halus teh di dalam cawan selain kek gula berwarna-warni yang dihidangkan bersama.

Menjadi hidangan wajib setiap hari sama ada dalam bentuk teh asli atau teh hijau yang jernih, teh menjadi pilihan jutaan masyarakat di Jepun. Ia dinikmati di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat atau di dalam botol yang dijual di kedai-kedai runcit.

Teh satu budaya

Mitsuru Shirai yang mengetuai kilang pertanian dan pengeluaran teh Shizuoka berkata, di sesetengah tempat di Jepun, teh merupakan satu perniagaan yang dijalankan secara serius.

"Teh sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat di negara ini," katanya, sambil menyatakan festival tiga tahun sekali itu merupakan gabungan antara budaya dan industri.

Penanaman teh telah bermula di negara itu sejak 800 tahun lalu. Pada hari ini, industri itu disokong kira-kira 15,000 petani dan 800 kilang.

Ia menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan dalam industri yang bernilai lebih RM1.32 bilion.

Shizuoka merupakan antara pengeluar teh terbesar di Jepun dengan mengeluarkan kira-kira 40 peratus teh kepada 128 juta penduduknya.

Seperti petani, penanam-penanam teh juga tidak dapat lari daripada berkongsi masalah mereka.

Pakar teh, Hidehiro Inagaki berkata, sejak tiga tahun yang lalu kira-kira 60 peratus ladang teh di Shizuoka terjejas teruk akibat musim sejuk yang melampau.


WARGA Jepun masih kuat mempertahankan budaya dan teknik minum teh yang sudah diamalkan sejak ratusan tahun.


"Sekiranya cuaca terlalu sejuk, pucuk daun teh tidak akan tumbuh kerana tumbuhan itu lazimnya menyimpan tenaga untuk memanaskan diri," katanya

Disebabkan itu, penanam-penanam teh sanggup meletakkan kipas-kipas elektrik yang besar bagi menyalurkan udara panas ke ladang mereka. Ia nyata mencacatkan pemandangan, bagaimanapun dalam kalangan penanam teh, ia terpaksa dilakukan.

Penyelidikan

Beberapa minggu selepas tragedi di Fukushima pada 2011, apabila reaktor nuklear di situ mula mencair selepas dilanda tsunami, kepulan awan radiasi berselerakan di seluruh Jepun.

Sebahagian kawasan ladang teh di sini dikatakan turut terkena tempiasnya. Satu kes membabitkan kira-kira 162 kilogram daun teh kering yang dibawa ke Paris, Perancis ditahan di lapangan terbang negara itu kerana dikesan mempunyai paras radiasi yang tinggi.

Dua tahun selepas tragedi itu, Institut Penyelidikan Teh berterusan membuat analisis sampel tanah bagi mengesan tanda-tanda pencemaran.

"Pada tahun ini kerajaan persekutuan tidak lagi melakukan ujian, tetapi kami tetap melakukannya untuk memastikan ia berada pada tahap terbaik," kata Kazuo Mochizuki, ketua institut berkenaan yang ditubuhkan pada 1908 bagi melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai variasi teh secara berterusan.

Biarpun teknologi yang digunakan pada hari ini memudahkan proses tuaian daun teh di samping baka teh yang tahan lasak dan mengeluarkan hasil yang tinggi, tetapi bagi penanam teh veteran, Toshiharu Suguira, sifat semula jadi teh adalah seperti yang berada di depan matanya.

Selepas 40 tahun mengusahakan ladang teh seluas 1.2 hektar itu yang diwarisi daripada bapanya, kawasan lereng bukit yang subur dengan daun teh masih kekal seperti sebelumnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Bukan penutup hidung biasa

Posted:

Bukan penutup hidung biasa

Bukan penutup hidung biasa

Oleh SUHANA VERU

MUHD. AZHARI HUJLI menghidap sakit jantung berlubang sejak dilahirkan. Disebabkan itu, Muhd. Azhari yang berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan laser untuk merawat penyakitnya. Menurut ibunya, Aznita Arbain, 43, anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu terpaksa menjalani pembedahan selain bergantung kepada ubat-ubatan.

Begitupun, akui Aznita, rawatan tersebut bukanlah membebaskan Muhd. Azhari 100 peratus daripada penyakit tersebut kerana Muhd. Azhari perlu mematuhi beberapa pantang larang bagi mengelakkan dia jatuh sakit.

Salah satu daripada pantang larang itu ialah dia tidak boleh terdedah kepada habuk.

"Habuk akan menyebabkan anak saya demam, selesema dan muntah. Jadi, saya tidak punya pilihan lain daripada memastikan pada kebanyakan masa Muhd. Azhari mengenakan penutup hidung bagi menapis habuk masuk ke saluran pernafasannya," luah Aznita ketika ditemui di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Namun, akui Aznita, pemakaian penutup hidung konvensional yang besar pada kebanyakan masa menyebabkan anaknya itu kurang selesa.

"Biasalah kanak-kanak, bila mengenakan penutup hidung biasa itu mereka malu sebab kelihatan janggal. Jadi, akhirnya mereka enggan memakainya," ujarnya.

Namun, sejak sebulan lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan mengenai penutup hidung yang dikenali sebagai Nosk, Aznita sudah boleh tersenyum lega.

Penutup hidung Nosk yang diimport dari Korea Selatan itu sememangnya mudah dipakai, malah saiznya yang kecil menyebabkan orang ramai tidak dapat melihatnya.

"Sejak sebulan Muhd. Azhari memakainya, dia tidak lagi menghidap selesema. Jadi, dia akan memakai penutup hidung itu apabila keluar dari rumah sahaja," ujarnya lagi.

Pingat emas

Aznita mengakui pihak Institut Jantung Negara (IJN) juga mengesyorkan pemakaian penutup hidung tersebut.

Dihasilkan oleh syarikat Samjoung dari Korea, inovasi tersebut menerima pingat emas sempena majlis Ciptaan Idea Pintar pada tahun 2009 di Thailand apabila ia diiktiraf sebagai penutup hidung yang terkecil di dunia.

Alat ini mampu menapis bendasing sekecil satu mikron.


Sebelum ini, syarikat itu menceburi perusahaan pengeluaran pakaian, namun mengambil inisiatif untuk menjadi sebuah syarikat kreatif, sekali gus berjaya mengeluarkan produk mesra alam, Nosk.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Joung berkata, pihaknya telah menjalankan kajian selama enam tahun sebelum mula memasarkan Nosk.

Kajian berkenaan merangkumi pembuatan, reka bentuk, kesan kepada pengguna dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk berkenaan.

"Selain pengeluaran Nosk, kami bercadang membangunkan produk-produk dasar laut untuk memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pengguna," ujarnya.

Selain Muhd. Azhari, seorang suri rumah, Nitawati Okili Latif, 40, turut menggunakan penutup hidung itu.

"Saya memakainya apabila melakukan kerja-kerja rumah dan membeli-belah. Saya berasa selesa sepanjang masa memakainya berbanding penutup hidung bersaiz besar yang menyebabkan muka berpeluh dengan mudah.

"Lagipun, apabila kita memakai penutup hidung yang besar, menyebabkan orang ramai menganggap kita mempunyai penyakit kronik," katanya sambil berseloroh.

Seorang penjual Nosk, Nora Ana Othman, 33, berkata, beliau telah mempamerkan produk itu pada pameran Windows to World yang diadakan di KL Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ramai pengunjung menunjukkan minat untuk membeli produk itu kerana saiznya yang lebih kecil. Malah, ada segelintir pengunjung yang berasa pelik dengan produk terbaharu tersebut.

"Apabila dimaklumkan ia merupakan salah satu jenis penutup hidung, ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenai cara-cara penggunaan produk itu," katanya.

Penggunaan

Menyentuh mengenai penggunaan penutup hidung itu, beliau memberitahu, pengguna hanya perlu memasukkan bahagian seumpama penapis lembut ke dalam kedua-dua belah lubang hidung. Biarpun, pada mulanya berasa janggal, namun lama-kelamaan pemakainya akan berasa selesa.

"Ia dibekalkan dalam dua unit berserta satu bekas simpanan yang kecil dan boleh dipakai sehingga lapan jam sebelum dibasuh," jelasnya sambil memberitahu ia boleh dibasuh dengan menggunakan air bersih atau sabun.

Bagaimanapun, had maksimum membasuh penapis itu ialah lapan hingga 16 kali, namun ia bergantung kepada keadaan.

Melihat kepada saiz, Nora berkata, individu yang memakai penutup itu juga mudah makan dan minum.

"Jika menggunakan penutup hidung besar, seseorang itu kesukaran untuk berkomunikasi selain terpaksa menghidu bau busuk mulut yang terperangkap dalam penutup hidung yang besar," jelasnya.


PENUTUP hidung besar yang menutup sebahagian muka menyebabkan seseorang itu sukar berkomunikasi dan mudah berpeluh. - Gambar hiasan


Bagi pengedar sah Nosk di Malaysia, Mohd. Zaini Yunus berkata, penutup hidung itu sesuai digunakan untuk golongan yang mengalami alahan pernafasan, pelancong, pekerja kilang, pengguna kenderaan dan pekerja binaan.

Menurutnya, Nosk juga sesuai digunakan oleh jemaah haji dan umrah kerana keadaan cuaca serta suasana berdebu di lokasi ibadah itu yang tidak dapat dijangkakan.

Selain itu, ia juga mengelakkan para jemaah dikenakan dam kerana menutup muka ketika berihram.

Secara meluas

Mengikut rekod sejak bulan Februari hingga Oktober tahun lalu, seramai 30,000 jemaah haji dan umrah telah menggunakan penapis hidung itu.

"Lagipun, kami memperkenalkan Nosk secara meluas setelah mendapat maklum balas yang menyatakan jemaah haji dan umrah sering kali mengalami batuk dan selesema," katanya.

Kebanyakan jemaah haji dan umrah enggan memakai penutup hidung dan muka kerana berasa tidak selesa berikutan saiz topeng yang lebar dan besar.

Ekoran ketidakselesaan itu, segelintir jemaah lebih gemar meletakkan penutup hidung di bawah dagu dan menggunakannya jika perlu sahaja.

"Oleh itu, sejak mengetahui Korea mengeksport produk terbaharu tersebut, kami memohon menjadi pengedar," katanya.

Di samping itu, ia diperbuat daripada gred plastik C-Flex yang membolehkan seseorang individu itu bernafas secara semula jadi manakala penapis yang terletak di setiap unit hidung pula diperbuat daripada selulosa poliester.

Produk itu mempunyai ukuran diameter 1.4 sentimeter (sm) dan panjang 2.5 sm, sekali gus menjadikannya antara penutup hidung terkecil di dunia.

Sehubungan itu, alat berkenaan mempunyai keupayaan menapis 100 peratus bendasing sekecil satu mikron dan 80 peratus bagi bendasing sekecil 0.2 mikron daripada disedut melalui hidung.

Harga sepasang penutup hidung mini Nosk ialah RM19.95 di Semenanjung manakala RM21.95 di Sabah dan Sarawak.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Zaini

di talian 019-987 8377.

Harapan baharu Teluk Havana

Posted:

Harapan baharu Teluk Havana

Harapan baharu Teluk Havana


KEHADIRAN burung undan semakin banyak di Teluk Havana kerana laut di kawasan itu semakin bersih.


KEHADIRAN burung undan yang banyak serta pelbagai spesies ikan di Pelabuhan Havana, Cuba bagaikan memberi satu perkhabaran gembira buat pencinta alam negara itu.

"Ia hilang sejak sekian lama tetapi selepas pihak berkuasa mengambil langkah menjalankan kerja-kerja pembersihan di lautan, haiwan-haiwan tersebut kembali semula terutamanya burung undan," kata seorang nelayan, Eduardo Lozano, 56.

Berdasarkan kehadiran semakin banyak burung undan serta hidupan marin di Teluk Havana, pakar-pakar maritim di Cuba mengakui pencemaran laut yang berlaku sejak 10 tahun lalu berjaya dikurangkan sehingga 60 peratus.

Kebersihan laut itu menyebabkan ikan, burung undan dan spesies hidupan marin yang lain kembali semula di teluk berkenaan.

Menurut akhbar Trabajadores Cuba, program pembersihan itu dijalankan pada tahun 1998 membabitkan kumpulan kerja yang dikenali sebagai GTE-BH.

Tenaga pekerja berkenaan mengesan 100 punca yang menyebabkan pencemaran di teluk itu antaranya pembuangan sampah secara domestik, tumpahan minyak, sisa kilang, kumbahan dan banyak lagi.

Akhbar sama juga melaporkan, pada tahun lalu pembuangan sampah sarap menurun sebanyak 30 peratus berbanding tahun 2011.

"Pada hari ini, menyeberangi Teluk Havana dengan menaiki feri ke Regla yang terletak di selatan teluk sememangnya menyeronokkan berbanding beberapa tahun lalu kerana terpaksa menahan bau busuk," kata akhbar berkenaan.

Sementara itu, seorang pemancing, Manuel George, 45, berkata, suatu ketika dahulu dia tidak pernah terlintas untuk memancing di Teluk Havana.

"Sebelum ini, Teluk Havana bagaikan tiada hidupan kerana dicemari petroleum dan juga najis dari sungai-sungai berdekatan," ujarnya.

Kesemua sisa pencemaran akan melalui Teluk Havana menyebabkan teluk berkenaan dikenali sebagai kubu El Morro dan La Cabana.


KAKI-KAKI pemancing kini dapat menangkap pelbagai spesies ikan di kawasan itu.


Destinasi pelancongan

Namun, akuinya, hari ini ia sudah sedikit berubah. "Airnya sudah tidak segelap dahulu dan kami sudah berani memancing di Teluk Havana. Kami biasanya tidak pulang dengan tangan kosong malah membawa tangkapan pelbagai jenis ikan," katanya.

Namun, Manuel masih berharap pihak berkuasa lebih tegas dalam hal penguatkuasaan kerana masih terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa buangan ke teluk berkenaan.

Dalam pada itu, salah satu lagi usaha kerajaan Cuba sebagai dalam mengindahkan dan memulihara Teluk Cuba, pelabuhan yang terletak di Havana akan dipindahkan ke lokasi baharu di barat Havana. Projek tersebut dibiayai oleh Odebrecht, konglomerat Brazil dalam bidang pembinaan, petroleum dan bahan kimia.

Bagaimanapun, pembinaan pelabuhan terbaharu itu bertujuan untuk membersihkan pelabuhan tersebut daripada kapal-kapal tangki yang usang.

Masih banyak kapal yang dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang usaha untuk membersihkannya.

Kerja-kerja pembersihan itu dilakukan kerana pelabuhan lama berkenaan akan dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Jadi, pengunjung boleh mengunjungi tapak bersejarah itu tidak lama lagi.

Selain pelabuhan, kerja-kerja pemulihan juga dilakukan terhadap bangunan lama Jabatan Kastam.

Kerja-kerja pengubahsuaian dan pembersihan sedang giat dijalankan bahkan, projek zon pejalan kaki juga akan dijalankan tidak lama lagi.

Laluan pejalan kaki itu dibina untuk memudahkan pengunjung dan pelancong memasuki bangunan lama itu.

Xbox One pengganti Xbox 360

Posted:

Xbox One pengganti Xbox 360

Xbox One pengganti Xbox 360

Oleh KHAIRUL ANUARABDUL RAHMAN


PERKAKASAN dikuasakan dengan perisian yang membolehkan pengguna menukar permainan, televisyen dan melayari Internet dengan pantas.


TEKA-TEKI tentang nama konsol permainan video yang bakal menggantikan Xbox 360 akhirnya terjawab apabila syarikat perisian komputer Microsoft mengumumkan konsol terbaharu itu ialah Xbox One pada 21 Mei lalu.

Pelancaran Xbox One membuka lembaran baharu dalam dunia hiburan permainan video kerana konsol tersebut dimuatkan dengan pelbagai ciri multimedia.

Begitupun, Xbox One tidak hanya menawarkan permainan video tetapi juga menggabungkan fungsi televisyen, pemain video Blu-ray serta perkhidmatan web dalam talian seperti Skype.

Malahan, kesemua bentuk permainan hanya perlu dikawal oleh sistem pengecaman suara yang dikenali sebagai Kinect.

Menyentuh mengenai sudut spesifikasi, prestasi yang bakal dipamerkan oleh Xbox One dijana oleh unit pemprosesan Advanced Micro Devices (AMD), memori DDR3 yang bersaiz lapan gigabait (GB), storan cakera keras berkapasiti 500 GB dengan sambungan Paparan Antara Muka Multimedia Definisi Tinggi (HDMI) termasuk USB 3.0.

Di samping itu, ia juga dibekalkan dengan capaian wayarles 802.11n dan fungsi Wi-Fi yang membolehkan pemindahan data dilakukan antara konsol dengan peranti lain.

Lebih menarik lagi, Xbox One turut dilengkapi dengan pemacu Blu-ray sekali gus menjadikannya produk pertama keluaran Microsoft yang menawarkan format cakera yang dibangunkan oleh pesaingnya seperti Sony memandangkan syarikat itu turut mengeluarkan konsol permainan PlayStation.

Ia seakan-akan seperti Windows 8. Xbox One mampu melakukan cekupan aplikasi seperti Skype, muzik, video dan Internet Explorer pada bahagian sisi skrin.

Ia juga mampu melakukan pelbagai tugasan secara serentak atau pelbagai. Selain itu, ia juga dikatakan boleh disambungkan secara terus dari pemancar ke penerima (dekoder) televisyen melalui sambungan HDMI.

Pada asasnya, Microsoft masih mengekalkan reka bentuk alat kawalan yang terdapat pada Xbox 360, namun terdapat sedikit perbezaan iaitu paling ketara ialah picu yang bergetar apabila ditekan.


KETUA Perniagaan Hiburan Interaktif Microsoft, Don Mattrick memperkenalkan Xbox One baru-baru ini.


Komunikasi secara maya

Konsol Xbox One mempunyai tiga sistem operasi iaitu Xbox OS, sistem operasi yang berasaskan kernel Windows dan sistem operasi yang membenarkan kedua-dua sistem operasi tadi untuk berkomunikasi secara maya.

Integrasi ini membolehkan ciri seperti panggilan Skype dilakukan ketika sesi permainan berlangsung. Ciri Xbox Live yang menawarkan platform permainan secara dalam talian juga dipertingkatkan.

Setakat ini, Xbox Live yang ditawarkan itu mempunyai sekitar 15,000 pelayan permainan video dan Microsoft merancang untuk memperluaskan lagi platform berkenaan menggunakan sekitar 300,000 pelayan.

Ia bertujuan untuk memastikan pengguna boleh mengakses permainan video secara dalam talian dan perkhidmatan lain dengan lebih mudah tanpa mengira kedudukan geografi pengguna.

Konsol permainan video ini boleh dihidupkan sama ada melalui pergerakan ataupun sistem pengecaman suara.

Kinect akan mengesan dan terus membawa pengguna terus ke skrin utama sekali gus membenarkan pengguna mengakses video, fail video, muzik peribadi yang disimpan di bawah akaun pengguna itu sendiri.

Apa yang pasti, pengguna perlu bersabar memandangkan Microsoft masih belum membuat pengumuman rasmi tentang tarikh konsol itu memasuki pasaran.

Bagaimanapun, penganalisis teknologi menjangkakan konsol itu akan menemui peminat Xbox selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


UniMAP anjur seminar integriti untuk kakitangan

Posted:

UniMAP anjur seminar integriti untuk kakitangan

UniMAP anjur seminar integriti untuk kakitangan

KAMARUDIN (duduk di tengah) bersama sebahagian daripada kira-kira 70 kakitangan UniMAP yang menghadiri Seminar Integriti dan Akauntabiliti Pengurusan di Arau, Perlis baru-baru ini.


BENGKEL. Kira-kira 70 kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menghadiri Seminar Integriti dan Akauntabiliti Pengurusan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra, Arau, Perlis baru-baru ini.

Seminar yang berlangsung selama sehari itu bertujuan memperkukuhkan jati diri dalam kalangan peserta terhadap agama, bangsa dan tanah air selain menerapkan budaya integriti dan akauntabiliti dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

Antara ahli panel yang dijemput ialah Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis, Tuan Alias Darus dan Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan.

Seminar tersebut dirasmikan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Menurut Kamarudin, integriti dan akauntabiliti yang tinggi dan jati diri seseorang penjawat awam sangat penting dalam usaha memastikan segala hala tuju visi dan misi kerajaan dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya.

Immaculate terpilih jadi Ratu Unduk Ngadau 2013

Posted:

Immaculate terpilih jadi Ratu Unduk Ngadau 2013

Immaculate terpilih jadi Ratu Unduk Ngadau 2013


IMMACULATE (tengah) dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2013 bersama Ritchel (tiga dari kiri) dan Nildsey (tiga kanan) pada pertandingan Ratu Unduk Ngadau Kaamatan di Penampang, Sabah baru-baru ini.


RATU. Tarikh 31 Mei lalu merupakan hari paling bertuah bagi peserta Unduk Ngadau yang mewakili Bandaraya Kota Kinabalu, Immaculate Lojuki apabila dia dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2013 di Hongkod Koisaan Penampang, Sabah.

Tempat kedua pula dimenangi wakil dari daerah Ranau, Ritchel Andres dan tempat ketiga pula wakil daerah Tuaran, Nildsey Debbie.

Sebanyak 40 peserta dari suku kaum Kadazan Dusun seluruh Sabah menyertai pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan pada tahun ini.

Hari Kaamatan disambut meriah oleh penduduk di Sabah sebagai tradisi hari kesyukuran yang diraikan oleh penduduk sejak zaman berzaman.

Econsave bantu kanak-kanak penghidap penyakit kepala besar

Posted:

Econsave bantu kanak-kanak penghidap penyakit kepala besar

Econsave bantu kanak-kanak penghidap penyakit kepala besar


ZAMZURI (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Muhamad Adnan ketika melawat kanak-kanak itu di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin.


BANTU. Pusat beli-belah Econsave menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit kepala besar yang dikenali hydrocephalus di Taman Impian Indah Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin.

Sumbangan menerusi Program Kami Prihatin itu dalam bentuk barangan keperluan harian kanak-kanak itu, Muhamad Adnan Azlan yang berusia empat tahun.

Pengurus Econsave Cawangan Utara, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

"Selepas kisah Adnan disiarkan dalam akhbar, kita berasa simpati dan merancang untuk memberikan bantuan kepada ibu bapanya supaya mereka dapat menampung perbelanjaan barangan keperluan anak mereka itu.

"Pihak Econsave telah memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 dalam bentuk barangan keperluan seperti susu tepung, lampin pakai buang dan kipas," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Cawangan Econsave Bukit Mertajam, Kuan Yit Wah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Menyorok selepas hina Agong

Posted:

Menyorok selepas hina Agong

Menyorok selepas hina Agong

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

INILAH Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tempat suspek ditahan untuk siasatan.


KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita Cina berusia 32 tahun yang dikatakan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman Facebook miliknya semalam.

Kosmo! difahamkan, suspek merupakan pengurus pemasaran sebuah syarikat kosmetik antarabangsa.

Dia merupakan graduan Universiti Macquire, Australia yang pernah menuntut di Kolej INTI, Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, wanita tersebut ditahan di Taman Nirwana, Ampang, Selangor pada pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, polis turut meminta empat lagi individu iaitu Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil bagi membantu siasatan.

"Tangkapan tersebut dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Wanita tersebut kini disiasat di Balai Polis Dang Wangi di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buang 129 tan makanan sehari

Posted:

Buang 129 tan makanan sehari

Buang 129 tan makanan sehari

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


PEGAWAI CAP, N.V. Subbarow menunjukkan sebahagian daripada makanan yang dibuang oleh beberapa restoran di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa sebanyak 129,769 tan makanan dibazirkan setiap hari oleh penduduk di negeri ini pada tahun lalu.

Presidennya S.M. Mohamed Idris (gambar kecil) berkata, ini berdasarkan kira-kira 45 peratus daripada 288.377 tan sisa pepejal yang dikutip Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari kawasan isi rumah setiap hari adalah sisa makanan.

Katanya, angka yang cukup besar itu menunjukkan sikap boros penduduk dan ia satu pembaziran yang melampau.

"Jumlah itu tidak termasuk kira-kira 10 peratus daripada makanan bermasak di beberapa buah restoran dan syarikat katering yang dibuang setiap hari kerana tidak dimakan atau tidak habis.

"Kajian CAP juga mendapati kira-kira 10 peratus lagi makanan yang telah dipesan pelanggan di restoran tetapi tidak dimakan pula berakhir sebagai sisa makanan dan dibuang ke dalam tong sampah," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2013 bertemakan 'Fikir, Makan dan Jimat' di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rakyat Malaysia maut ketika misi mendaki Gunung Everest

Posted:

Rakyat Malaysia maut ketika misi mendaki Gunung Everest

Rakyat Malaysia maut ketika misi mendaki Gunung Everest

Oleh NUR AISHAH MOHD. AMIN
berita@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Seorang peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp Perbadanan Putrajaya (PPj) meninggal dunia manakala seorang lagi kritikal akibat penyakit akut ketinggian (AMS) ketika mengikuti misi itu di Nepal kelmarin.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari (gambar), 25, yang merupakan Penolong Jurutera PPj manakala seorang lagi pendaki, Mohd. Yazrul Ekhzan Yahya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat PPj, Zaharah Salamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai keadaan Mohammad Shahrulnizam pada pukul 1.30 petang dan usaha telah dilakukan untuk membawanya turun ke Kathmandu.

"Sebaik sahaja menerima maklumat ini, PPj telah menghubungi Wisma Putra untuk membantu menyelaras usaha menyelamat bersama Pejabat Perwakilan Malaysia di sana dan diberitahu bahawa cuaca buruk menghalang usaha tersebut.

"Usaha membawa mangsa turun gagal kerana cuaca buruk dengan awan tebal menghalang penerbangan helikopter ke lokasi kejadian.

"Klinik perubatan terdekat di Phericche pula telah ditutup kerana musim pendakian utama telah tamat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kari kepala kambing resipi tradisi

Posted:

Kari kepala kambing resipi tradisi

Kari kepala kambing resipi tradisi

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI

KARI kepala kambing menjadi sajian tradisi di Negeri Sembilan.


PERNAH dengar atau mencuba masakan kari kepala kambing. Mungkin ada yang tidak lalu makan sebaik mendengarnya. Namun, bagi sesetengah orang ia adalah hidangan istimewa yang amat menyelerakan dan satu masa dahulu sangat terkenal di perkampungan tradisional Melayu.

Contohnya di Rembau dan Jelebu, Negeri Sembilan, masih terdapat adat kenduri-kendara yang mengamalkan hidangan kari kepala kambing. Di kedua-dua daerah itu, yang mengamalkan adat Perpatih, masih ada yang akan menghidangkan masakan itu terlebih dahulu untuk dijamah oleh Buapak (ketua) atau Tok Empat sebelum ia dihidangkan kepada saudara-mara terdekat dan tetamu lain.

Baru-baru ini, Pengurus Felda Sungai Lui, Ahmad Said Hassan, 55, telah menyambut kelahiran cucu sulungnya dengan kenduri doa selamat berserta akikah dan tahlil secara gotong-royong di Felda berkenaan.

Teknik yang teliti

Proses penyediaan mudah iaitu selepas disembelih dan dibersih, kepala kambing dikumpul dan dipanggang hingga hangus sebelum tanduknya dibuang dan kesan hangus dikikis hingga bersih.

Jangan sesekali gunakan parang atau kapak untuk membelah kepala kambing sebaliknya, ia memerlukan kemahiran dan teknik tertentu bagi mengelakkan otak kambing daripada hancur.

"Gunakan pisau tajam untuk membuat hirisan bermula dari rahang hingga ke leher kambing, ngangakan mulut kambing dan tarik dua rahang ke arah berbeza secara perlahan-lahan hingga kepala terbelah dua," kata Ahmad Said.

Membelah bahagian tengkorak juga memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi.

"Ketuk tengkorak perlahan-lahan menggunakan hujung tajam mata pisau ala-ala tukang yang membuat ukiran kayu. Ini untuk memastikan ia retak secara lurus dan bentuk otak dapat dikekalkan dalam dua bahagian.

"Gigi dan telinga kambing ditanggal dan dibuang, manakala bahagian lidah pula dikeluarkan kerana ia paling enak digoreng menggunakan tepung rangup Goreng Pisang Crispy Cap Masjid," jelasnya lagi.

Beliau memilih tepung serbaguna keluaran Felda itu yang bukan sahaja sesuai diadun menjadi jemput-jemput, malah untuk menggoreng ayam, udang, sukun dan tempe selain dijamin halal serta bersih.

Sementara itu, ambil tali perut kambing, yang dibersihkan menggunakan air kapur, dan lilit kepala kambing tadi dengan berhati-hati bagi mengekalkan kedudukan otak dalam tengkoraknya.

Istimewa dari Sungai Lui

Jika mengikut resipi Sungai Lui, kepala kambing yang telah dililit perlu direbus dalam air kelapa sehingga kulit menjadi sangat lembut sebelum dimasak menggunakan serbuk kari kambing.

"Lagipun bahagian kari kepala kambing yang paling sedap ialah otak dan kulitnya," tambah bapa kepada enam anak yang telah berkhidmat 35 tahun di Felda Negeri Sembilan.


DI Syria, kepala kambing sering dihidang dengan nasi mandy Yaman.


Cara masakan kari kepala kambing berbeza bergantung kepada tempat. Di Negeri Sembilan, masakan itu hanya mengandungi kepala kambing dan kentang semata-mata yang enak dimakan bersama sambal belacan serta pajeri terung.

Di Kedah, ia biasanya dimasak bersama umbut pisang manakala di kawasan Pantai Timur kepala kambing biasanya dicampur bersama daging kambing dan mumbang iaitu tempurung kelapa muda yang lembut untuk dimasak ala gulai kawah.

Kari yang sudah dimasak

Melihatkan gulai kari itu masih mengekalkan bentuk kepala kambing, tidak hairan kalau ada yang tidak sanggup memakannya, tetapi bagi Ahmad Said tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kambing itu disembelih sempurna.

"Lagipun sebagai akikah, seluruh tubuh haiwan itu dari kepala hingga ekor dimanfaatkan sepenuhnya dan hanya dijamu kepada orang Islam," jelasnya sambil menambah bahagian kaki dan tulang kambing pula enak dimasak sup.

Untuk catatan, akikah bagi seorang bayi adalah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Namun, bagi orang yang berkemampuan lebih afdal jika melakukan akikah dengan tujuh ekor kambing atau seekor lembu atau unta bagi seorang anak.

Kepala kambing Jordan

Berbeza pula hidangan masakan kepala kambing di negara-negara Arab.

Hidangan masakan kepala kambing yang disaji sebagai sup mahupun sandwic adalah paling popular dan menjadi tumpuan khususnya pelajar Malaysia di ibu kota Jordan, kata Pengurus Agensi Pelancongan HZ Travel & Tour Sdn. Bhd., Muhamad Hazimin Sulaiman.

"Rasanya sesiapa yang pernah belajar atau tinggal di sana pasti pernah menikmati keenakan sup kepala kambing yang dimakan bersama nasi di sebuah restoran popular, Restoran Kaherah, yang terletak di Balad Amman," jelasnya.

Bagaimanapun, jika ke Balad Amman, beliau lebih gemar mengunjungi kawasan Souq Khadr Balad bagi menikmati sup kepala kambing di Restoran Anwar Quds serta sandwic kepala kambing yang terkenal di Cafe Hanani.

"Di kawasan Shariq Sagaf Sil pula, ada sebuah restoran popular bernama Abu Musa hanya menyediakan masakan dengan membakar atau merebus bahagian otak, hati, testis, limpa dan kepala kambing untuk dimakan dengan roti," tambah beliau.

Berbeza dengan cara di Jordan yang menghidangkan kepala kambing lengkap dengan tulangnya kepada pelanggan, peniaga makanan di Syria meracik dan mengasingkan isi kepala kambing dari tulangnya sebelum dihidang.

"Jika ke Syria pula, hidangan kepala kambing paling enak dimasak dalam nasi mandy Yaman," kata Muhamad Hazimin.

– Bernama

Mandian melembap kulit

Posted:

Mandian melembap kulit

Mandian melembap kulit


SEORANG petugas Dove melakukan pemeriksaan tahap kekeringan kulit ke atas pelanggan semasa pelancaran produk sabun mandiannya baru-baru ini.


LAZIMNYA, mandian menggunakan sabun berfungsi untuk menghindar diri daripada kekotoran, bau peluh serta memberikan kesegaran yang berpanjangan.

Namun, ramai yang tidak sedar mandian berkali-kali menggunakan sabun juga boleh memberi impak kepada kulit kerana kandungan dalam sabun tertentu menyebabkan kulit mudah kering.

Ia menghilangkan kelembapan semula jadi kulit dan merosakkan kandungan protein dan lipid di lapisan luar kulit semasa pembersihan.

Oleh itu, kesedaran dalam mengurangkan kerosakan kulit semasa membersihkan badan amat penting dalam mengekalkan kecantikan kulit.

Dalam satu ujian perbandingan dengan susu, didapati kulit yang dibersihkan dengan Nutrium Moisture Dove baharu menunjukkan kadar kelembapan, penyerapan dan kelembutan yang jauh lebih tinggi berbanding kulit yang dibersihkan dengan susu.

Jika selama ini kita percaya kandungan susu membantu melembutkan kulit, kini penemuan Nutrium Moisture Dove membuktikan ia lebih hebat.

Ia menggabungkan manfaat pembersihan teknologi DEFI (Directly Esterified Fatty Isethionate) yang ditemui dalam sabun kecantikan Dove. Teknologi itu membantu melembapkan dan menjaga kecantikan kulit dalam jangka masa panjang.

Kombinasi ramuan unik diserap ke dalam kulit untuk menambah kembali kandungan lipid yang hilang semasa mandi.

"Masalah kulit kering yang disebabkan pembersihan dapat dilihat melalui keadaan kulit yang kering, gatal, mengelupas dan terasa ketat," kata Perunding Dermatologis, Hospital Pantai, Kuala Lumpur, Dr. Nazirin Ariffin tentang penjagaan kulit.

Pengurus Aturan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Penjagaan Kediaman dan Diri serta Ketua Tapak R&D Unilever (M) Sdn. Bhd., John Goh pula memberitahu, sesetengah mandian badan juga mempunyai ramuan melembapkan kulit, tetapi ia larut dalam air dan akan hilang apabila dibilas.

Sabun mandian seperti itu tidak menangani masalah kehilangan kandungan lipid semasa mandi.

"Dengan pengenalan Nutrium Moisture, kehilangan kelembapan kulit ketika mandi kini tidak menjadi satu kebimbangan," kata John.

Teknologi Nutrium Moisture Dove boleh diperoleh dalam varian mandian Beauty Nourishing, Gentle Exfoliating, Sensitive Skin, Fresh Touch, Energize dan Revive pada harga RM22.90 bagi botol satu liter dan RM5.90 untuk varian 200 mililiter. - NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kepenatan jejaskan terjunan Pandelela

Posted:

Kepenatan jejaskan terjunan Pandelela

Kepenatan jejaskan terjunan Pandelela

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

PANDELELA merupakan atlet wanita pertama negara yang berjaya meraih pingat pada Sukan Olimpik di London tahun lalu.


DI SEBALIK prestasinya yang menjunam dalam acara 10 meter platform individu, tiada siapa yang menyedari betapa padatnya jadual kejohanan yang perlu dihadapi oleh ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Selepas Kejohanan Terjun Siri Dunia (DWS) menambah dua lagi sirkit kejohanan menjadi enam pusingan musim ini, sudah tentu keletihan dan tumpuan Pandelela sedikit terjejas.

Laluan DWS musim ini yang bermula di Beijing pada Mac, diteruskan di Dubai pada minggu berikutnya sebelum menjengah Edinburgh.

Bulan April menyaksikan atlet kelahiran Sarawak itu mengerah tenaga di Moscow, Rusia sebelum meneruskan saingan di Guadalajara di mana dua sirkit DWS dilangsungkan di bandar raya Mexico itu.

Apa yang menarik, daripada 14 penerjun wanita yang menyertai acara 10m platform individu, Pandelela membuktikan kredibilitinya dengan menjadi antara dua penerjun sahaja yang menamatkan keenam-enam sirkit itu.

"Secara jujur, ia amat meletihkan kerana buat pertama kali tahun ini, saya menyertai paling banyak kejohanan. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai alasan untuk menolak," kata penerjun berusia 20 tahun itu.

"Saya akui, persembahan saya agak terjejas tetapi demi negara, saya perlu mengharunginya dengan apa yang termampu. Lebih banyak kamu menyertai kejohanan, lebih banyak yang akan kamu belajar.

"Saya akui, sepanjang enam sirkit yang disertai, walaupun saya agak letih, saya banyak belajar dan mendapat pendedahan. Jadi, pengorbanan saya berbaloi," tambah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 London itu.

Malahan, jurulatih, Yang Zhuliang (gambar kecil) langsung tidak bimbang dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak didiknya itu.

Walaupun gagal menyai- ngi rekod pencapaian yang dilakar sewaktu menyertai Sukan Olimpik 2012 lalu serta meraih satu gangsa di DWS Beijing, Zhuliang yakin Pandelela akan bangkit.

"Saya langsung tidak bimbang walaupun menyedari Pandelela terpaksa melalui jadual yang begitu padat sejak beberapa bulan lalu," jelas Zhuliang.

"Dia bukan sahaja melengkapkan sirkit kejohanan tetapi turut menyertai Grand Prix di Amerika Syarikat. Ini menjadikan tujuh kejohanan yang dilalui Pandelela sejak Mac hingga Mei tahun ini.

"Jangan lupa juga, dia juga bersaing dalam dua acara pada setiap kejohanan DWS. Jadi, jangan salahkan dia kalau prestasi tidak seperti yang diharapkan," ulas jurulatih dari China itu.

Mengakui anak didiknya itu berada dalam keletihan, Zhuliang tetap memuji komitmen yang ditunjukkan Pandelela sepanjang kejohanan tersebut.

"Kurang daripada sebulan, kami akan berdepan Kejohanan Dunia di Barcelona pada Julai nanti. Hanya selepas itu, kami tiada kejohanan lain dan saya akan pastikan Pandelela mendapat rehat yang secukupnya.

"Walau apa pun keadaan Pandelela, saya mempunyai keyakinan yang amat tinggi terhadapnya. Dia akan bangkit selepas ini," tegas Zhuliang.

Jazimin tarik balik saman

Posted:

Jazimin tarik balik saman

Jazimin tarik balik saman

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

BEKAS pekerja grafik yang buta mata kanan akibat terkena mercun semasa menyaksikan perlawanan bola sepak dua tahun lalu, menarik balik saman berjumlah RM776,000 yang difailkan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bekas Ketua Polis Selangor dan dua yang lain.

Ahmad Jazimin Mohd. Jalaludin, 31, selaku plaintif, memfailkan saman tersebut pada 24 Julai 2012 selepas mendakwa defendan cuai dalam aspek keselamatan sehingga berlaku insiden yang menyebabkan dia mengalami kecacatan kekal.

Plaintif menamakan FAM sebagai defendan pertama manakala bekas Ketua Polis Selangor (kini Ketua Polis Negara) dan bekas Ketua Polis Negara, masing-masing defendan kedua dan ketiga serta kerajaan Malaysia sebagai defendan keempat.

Peguam, Nik Mohamad Anuar Badiruddeen yang mewakili plaintif berkata, anak guamnya telah menarik balik saman selepas persetujuan bersama dicapai dengan FAM.

"Selepas persetujuan dicapai, kedua-dua pihak menarik balik saman, tanpa kebebasan untuk failkan semula tanpa kos," katanya kepada media selepas Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarkan permohonan plaintif di kamarnya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh memaklumkan butir-butir persetujuan tersebut.

Peguam William Lin Wee Cheong dan Johnson Lim Foong Tat hadir bagi pihak FAM.

Dalam kejadian tersebut, plaintif mendakwa berada di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi menonton perlawanan kempen Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 membabitkan Malaysia dengan Singapura yang berkesudahan kedua- dua pasukan seri 2-2.

Pada pukul 8.45 malam hari kejadian, satu mercun yang dibakar oleh penyokong lain di stadium berkenaan telah meletup dan terkena pada mata kanan Ahmad Jazimin yang ketika itu berada di bangku penonton, sekali gus mengakibatkan kecacatan kekal pada mata kanannya.

Menurut plaintif, saman yang dikemukakan adalah sebagai tuntutan terhadap kehilangan punca pendapatan dan hilang upaya kekal yang ditanggungnya.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am (kesakitan dan kesengsaraan) bagi kecacatan mata kekal berjumlah RM100,000, ganti rugi khas (hilang upaya pendapatan) RM576,000, ganti rugi khas lain sebanyak RM100,000 dan faedah-faedah ganti rugi lain sehingga tarikh penghakiman

Bagaimanapun, pernyataan pembelaan defendan kedua dan ketiga yang dipinda pada 14 Februari 2013 mendakwa, keselamatan semasa perlawanan bola terutama dalam stadium tertakluk kepada FAM sebagai penganjur.

Ddefendan kedua, ketiga dan keempat pula mendakwa yang mereka hanya bertugas untuk membantu FAM bagi kelancaran perlawanan bola sepak.

Rajagobal enggan mengaku kalah

Posted:

Rajagobal enggan mengaku kalah

Rajagobal enggan mengaku kalah

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Malaya berangkat ke Australia semalam untuk memulakan latihan pendedahan di negara kanggaru itu.


PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal enggan 'mengibarkan bendera putih', malah optimis anak-anak buahnya masih mampu menyambar slot ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia nanti.

Ketika ini, skuad negara menduduki tempat ketiga Kumpulan D selepas tumpas 0-2 kepada Qatar (6 Februari) sebelum kembali bangkit menumpaskan Yemen 2-1 di laman sendiri pada 22 Mac lalu.

"Atas kertas, skuad negara merupakan pasukan terbaik Asia Tenggara (dalam kempen kelayakan Piala Asia) setakat ini apabila berjaya mengutip tiga mata.

"Sebab itu saya mahu berdepan pasukan yang kuat di Australia sebagai persiapan skuad kebangsaan.

"Jadi, saya ada masa membentuk pasukan sebelum berdepan Bahrain pada Oktober depan," kata Rajagobal baru-baru ini.

Malam tadi, skuad negara telah berlepas ke Australia sebagai persiapan awal mengharungi baki aksi kelayakan Piala Asia dan hanya kembali ke tanah air pada 15 Jun ini.

Terdapat enam muka baharu yang turut 'terbang' ke bumi kanggaru kali ini termasuk arkitek muda negara, Nazmi Faiz Mansor (Selangor PKNS), Nurul Azwan Roya (Johor Darul Takzim), Faiz Subri (Kelantan), Nazrin Nawi (Negeri Sembilan), Saiful Nizam Miswan (Pahang) dan Nizad Ayub (Selangor PKNS).

Namun, empat pemain iaitu kapten Kelantan, Badhri Radzi, Bunyamin Omar (Selangor), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah) dan Farid Ramli (Johor Darul Takzim) terpaksa digugurkan kerana kecederaan.

Sepanjang di Australia nanti, skuad negara juga bakal menguji Pilihan Canberra (6 Jun), Marconi FC (11 Jun) dan Sydney United pada 13 Jun.

Bagi baki saingan kempen kelayakan Piala Asia pula, Harimau Malaya bakal melayan kunjungan Bahrain (15 Oktober) dan Qatar (19 November) di Stadium Nasional, Bukit Jalil selain sekali lagi berdepan Bahrain (15 November) dan Yemen (5 Mac 2014) di tempat lawan.

Sebelum itu, skuad kebangsaan terlebih dahulu bakal berdepan dua pasukan terkemuka, Chelsea dan Barcelona dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 21 Julai dan 10 Ogos depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Seorang penunjuk perasaan anti-Erdogan terbunuh

Posted:

Seorang penunjuk perasaan anti-Erdogan terbunuh

Seorang penunjuk perasaan anti-Erdogan terbunuh

POLIS melepaskan tembakan meriam air ke arah para penunjuk perasaan anti-Erdogan di Ankara semalam.- REUTERS


ISTANBUL - Seorang penunjuk perasaan mati dalam tunjuk perasaan antipemerintah Turki di daerah Umraniye di sini semalam.

Penunjuk perasaan yang terbunuh itu merupakan anggota parti Platform Perpaduan Sosialis, Mehmet Ayvalitas berusia 20 tahun.

Dia meninggal dunia selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan penunjuk perasaan di daerah itu.

Ia merupakan mangsa korban yang pertama dalam tunjuk perasaan menentang kepimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang telah memasuki hari keempat di kebanyakan tempat di negara ini.

Menurut Kesatuan Doktor Turki, pemandu kereta tersebut tidak menghiraukan arahan untuk berhenti semasa tunjuk perasaan di daerah tersebut.

Pihak kesatuan itu menganggap kejadian tersebut dilakukan dengan sengaja.

Ia turut menyalahkan pentadbiran Erdogan yang enggan berkompromi selain mengutuk pihak berkuasa kerana menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Erdogan kini berdepan tunjuk perasaan yang paling besar sejak beliau memegang jawatan itu pada tahun 2003.

Para penunjuk perasaan itu turut marah dengan Erdogan yang mengamalkan gaya pentadbiran seperti seorang diktator.

Tunjuk perasaan itu pada mulanya tercetus bagi membantah projek pembangunan semula sebuah taman dekat Dataran Taksim di sini.

Rancangan yang diatur oleh Erdogan itu adalah untuk membangunkan semula dataran tersebut yang menyebabkan 600 buah pokok ditebang.

Rancangan itu juga melibatkan pembinaan sebuah replika berek tentera pada era empayar Ottoman dengan tujuan untuk menempatkan sebuah pusat kebudayaan.

Dalam pada itu, Erdogan menuduh tunjuk perasaan itu dikendalikan oleh anasir-anasir ekstremis.

Ratusan anggota polis dan penunjuk perasaan cedera sejak tunjuk perasaan itu tercetus pada Jumaat lalu.

Erdogan turut menyatakan, tunjuk perasaan itu dilakukan oleh musuh-musuh sekular yang tidak mahu berbaik semula dengan Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinannya yang telah memenangi tiga kali pilihan raya umum serta berjaya meningkatkan prestasi ekonomi dan imej Turki.

Beliau membuat kenyataan itu sebelum berlepas untuk melakukan lawatan ke Afrika Utara semalam.

Ketika Erdogan menyalahkan para penunjuk perasaan tersebut, Presiden Turki, Abdullah Gul memuji tunjuk perasaan aman itu dengan menganggapnya sebagai hak penduduk di sisi demokrasi.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka saling bersaing dalam pilihan raya Presiden pada tahun depan. - Agensi

Bas tanpa pemandu bergerak ke dalam tasik

Posted:

Bas tanpa pemandu bergerak ke dalam tasik

Bas tanpa pemandu bergerak ke dalam tasik


SEBUAH bas tenggelam di Tasik Geneva, Switzerland semalam.- AFP


VEVEY, Switzerland - Sebuah bas mengundur secara tiba-tiba ke dalam Tasik Geneva di sini semalam.

Ketika kejadian, bas tersebut diletakkan di sebuah dataran yang berbukit di tepi tasik itu.

Bagaimanapun, tiada penumpang yang berada di dalam bas tersebut ketika ia mengundur dan tenggelam di dalam tasik itu.

Beberapa anggota penyelamat turut melakukan pemeriksaan dengan menyelam di lokasi bas tersebut tenggelam untuk memastikan tiada penumpang yang terperangkap.

"Saya dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja apabila saya ternampak sebuah bas berada di dalam Tasik Geneva," kata seorang saksi.

Punca kejadian bas itu bergerak dengan tiba-tiba masih belum diketahui. - Agensi

Jolie muncul buat kali pertama selepas dibedah

Posted:

Jolie muncul buat kali pertama selepas dibedah

Jolie muncul buat kali pertama selepas dibedah


JOLIE melambaikan tangannya ke arah orang ramai semasa dia tiba bersama Pitt (kanan) untuk menonton tayangan perdana filem World War Z di London kelmarin.- AFP


LONDON - Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie kelmarin membuat kemunculan pertama pada majlis karpet merah di sini selepas dia membuat pengumuman berhubung pembedahan membuang dan membentuk semula payudaranya pada Mei lalu.

Jolie memberitahu pemberita, dia berasa terharu dengan sokongan orang ramai selepas menjalani pembedahan tersebut.

Dia menjalani pembedahan itu pada awal Februari hingga April lalu bagi mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.

Pemenang anugerah Oscar berusia 37 tahun itu berkata, dia berasa sihat dan bertenaga selepas pembedahan tersebut.

"Saya berasa amat terharu dengan sokongan orang ramai," katanya kepada pemberita semasa muncul pada majlis karpet merah untuk tayangan perdana filem World War Z.

Filem itu dibintangi oleh tunangnya, aktor Brad Pitt, 49.

Ibu Jolie, Marcheline Bertrand meninggal dunia akibat kanser rahim pada usia 56 tahun manakala ibu saudaranya, Debbie Martin mati akibat kanser payudara minggu lalu.

Jolie sebelum ini diberitahu oleh doktor bahawa peluangnya untuk mendapat kanser payudara adalah 87 peratus manakala kanser rahim sebanyak 50 peratus sebelum dia menjalani pembedahan.

Namun, risiko anak perempuan pelakon Jon Voight itu mendapat kanser payudara kini dilaporkan menurun kepada lima peratus sahaja setelah dia menjalani pembedahan tersebut.

Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu kerana memikirkan kepentingan enam anaknya.

Tiga daripada enam anaknya itu ialah anak angkat. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved