Selasa, 4 Jun 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


MyIPO sasar 40,000 pengunjung sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2013

Posted:

MyIPO sasar 40,000 pengunjung sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2013

MyIPO sasar 40,000 pengunjung sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2013

04/06/2013 9:55pm

MELAKA - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyasarkan kira-kira 40,000 pengunjung sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2013 yang bakal berlangsung tiga hari di Melaka mulai 13 Jun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sambutan kali ke-9 bertema 'Transformasi Negara Melalui Harta Intelek' merupakan satu daripada program bagi memupuk kesedaran serta mempertingkat kefahaman masyarakat berkaitan perlindungan harta intelek.

"Sambutan Hari Harta Intelek Negara ini diharap akan terus memanfaatkan rakyat sebagai platform pendidikan yang mampu mempertingkat kefahaman berkaitan harta intelek, dan seterusnya menyemarakkan budaya kreativiti serta inovasi dalam ekosistem ekonomi sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran sambutan itu di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata, sambutan itu juga merupakan medium kepada individu dan syarikat tempatan, khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS), memperkenal serta mempromosi produk mereka yang memiliki harta intelek seperti cap dagang, paten, reka bentuk perindustrian, hak cipta serta petunjuk geografi. - Bernama

Hubungan Malaysia-Indonesia berada pada tahap terbaik - Menteri Luar Indonesia

Posted:

Hubungan Malaysia-Indonesia berada pada tahap terbaik - Menteri Luar Indonesia

Hubungan Malaysia-Indonesia berada pada tahap terbaik - Menteri Luar Indonesia

04/06/2013 9:36pm

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Indonesia, Dr. Marty Natalegawa menyifatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia kini berada pada tahap terbaik.

Beliau menganggap hubungan Malaysia dan Indonesia kini dinamik dan positif kerana ia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dari kedua-dua negara.

"Hubungan Malaysia dan Indonesia kini bukan sahaja pada peringkat pemimpin malah membabitkan ahli perniagaan dan masyarakat kedua-dua negara.

"Ada kepentingan untuk memelihara hubungan yang baik ini dengan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dan segala perbezaan pandangan secara baik," kata beliau.

Marty berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Kebangkitan Garuda: Kedudukan Indonesia Dalam Asean dan Di Luar ASEAN' pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-27 di sini Selasa.

Marty turut melahirkan rasa gembira kerana rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman terpilih semula sebagai Menteri Luar Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13.

Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Anifah di luar persidangan itu mengenai cara untuk terus meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, yang antara lain menyentuh isu sempadan, buruh dan sumber. - Bernama

Penyelia syarikat perkapalan ditemui mati dalam kereta

Posted:

Penyelia syarikat perkapalan ditemui mati dalam kereta

Penyelia syarikat perkapalan ditemui mati dalam kereta

04/06/2013 9:30pm

JOHOR BAHRU - Seorang penyelia sebuah syarikat perkapalan ditemui mati, dipercayai dibunuh, dalam sebuah kereta di Taman Perindustrian Desa Cemerlang di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Roslan Zainuddin berkata Khairul Azam Abdul Rahman, 29, ditemui orang awam pada 11 malam yang curiga dengan kehadiran sebuah kereta jenis Inokom Atos di kawasan itu.

"Terdapat kesan lebam pada kepala Khairul Azam, dan bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) mendapati terdapat kesan pukulan dipercayai dengan objek keras di bahagian kepala yang menyebabkan kematian mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa ditemui di bahagian tempat duduk pemandu dan polis kini menyiasat kejadian itu secara terperinci mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahman Abdul Karim, 56, berkata anak sulung daripada dua beradik itu keluar dari rumah mereka di Bandar Baharu Uda di sini pada kira-kira 3 pagi, dua hari lepas. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved