Kosmo Online - Komuniti Kita |
- UniMAP anjur seminar integriti untuk kakitangan
- Immaculate terpilih jadi Ratu Unduk Ngadau 2013
- Econsave bantu kanak-kanak penghidap penyakit kepala besar
UniMAP anjur seminar integriti untuk kakitangan Posted: UniMAP anjur seminar integriti untuk kakitangan
BENGKEL. Kira-kira 70 kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menghadiri Seminar Integriti dan Akauntabiliti Pengurusan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra, Arau, Perlis baru-baru ini. Seminar yang berlangsung selama sehari itu bertujuan memperkukuhkan jati diri dalam kalangan peserta terhadap agama, bangsa dan tanah air selain menerapkan budaya integriti dan akauntabiliti dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Antara ahli panel yang dijemput ialah Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis, Tuan Alias Darus dan Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan. Seminar tersebut dirasmikan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin. Menurut Kamarudin, integriti dan akauntabiliti yang tinggi dan jati diri seseorang penjawat awam sangat penting dalam usaha memastikan segala hala tuju visi dan misi kerajaan dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya. | |
Immaculate terpilih jadi Ratu Unduk Ngadau 2013 Posted: Immaculate terpilih jadi Ratu Unduk Ngadau 2013![]() IMMACULATE (tengah) dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2013 bersama Ritchel (tiga dari kiri) dan Nildsey (tiga kanan) pada pertandingan Ratu Unduk Ngadau Kaamatan di Penampang, Sabah baru-baru ini. RATU. Tarikh 31 Mei lalu merupakan hari paling bertuah bagi peserta Unduk Ngadau yang mewakili Bandaraya Kota Kinabalu, Immaculate Lojuki apabila dia dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2013 di Hongkod Koisaan Penampang, Sabah. Tempat kedua pula dimenangi wakil dari daerah Ranau, Ritchel Andres dan tempat ketiga pula wakil daerah Tuaran, Nildsey Debbie. Sebanyak 40 peserta dari suku kaum Kadazan Dusun seluruh Sabah menyertai pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan pada tahun ini. Hari Kaamatan disambut meriah oleh penduduk di Sabah sebagai tradisi hari kesyukuran yang diraikan oleh penduduk sejak zaman berzaman. | |
Econsave bantu kanak-kanak penghidap penyakit kepala besar Posted: Econsave bantu kanak-kanak penghidap penyakit kepala besar![]() ZAMZURI (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Muhamad Adnan ketika melawat kanak-kanak itu di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin. BANTU. Pusat beli-belah Econsave menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit kepala besar yang dikenali hydrocephalus di Taman Impian Indah Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin. Sumbangan menerusi Program Kami Prihatin itu dalam bentuk barangan keperluan harian kanak-kanak itu, Muhamad Adnan Azlan yang berusia empat tahun. Pengurus Econsave Cawangan Utara, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. "Selepas kisah Adnan disiarkan dalam akhbar, kita berasa simpati dan merancang untuk memberikan bantuan kepada ibu bapanya supaya mereka dapat menampung perbelanjaan barangan keperluan anak mereka itu. "Pihak Econsave telah memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 dalam bentuk barangan keperluan seperti susu tepung, lampin pakai buang dan kipas," katanya. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Cawangan Econsave Bukit Mertajam, Kuan Yit Wah. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan