Isnin, 3 Jun 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Hidangan siap dalam masa lima minit

Posted:

Hidangan siap dalam masa lima minit

Hidangan siap dalam masa lima minit

BIDANG masakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Fadhilah Nahar, 34. Mewarisi kemahiran memasak daripada neneknya, sejak kecil dia sudah biasa bergelumang dengan kuali dan periuk belanga untuk menyiapkan pelbagai hidangan untuk keluarga.

Sebut apa sahaja makanan, Melayu, Cina, India atau Barat, boleh dikatakan sebahagian besar resipi itu ada di dalam kepalanya.

Justeru, tidak hairanlah wanita yang masih bujang itu agak cerewet setiap kali berbicara mengenai makanan.

Bahan-bahan yang digunakan mesti bersih dan segar. Paling penting setiap makanan yang dihidangkan mesti cukup rasa, tidak terlalu lemak, masin, manis, pedas, masam dan sebagainya.

Pemilik blog masakan, Delima Zamrud tersebut berkata, disebabkan itu dia jarang membeli atau makan di luar rumah kecuali terpaksa seperti tidak sihat dan sebagainya.

"Pada saya, memasak bukan sekadar hobi tetapi merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.

"Saya tidak tidak kisah berkurung seharian di dapur, asalkan hati saya puas apabila menyiapkan sesuatu hidangan," katanya yang turut menjalankan perniagaan katering secara kecil-kecilan di sekitar kediamannya di Putrajaya.

Menurut Fadhilah, dia juga jarang membeli perencah makanan segera atau produk-produk makanan sejuk beku yang mudah didapati di pasaran kerana rata-ratanya mengandungi bahan pengawet atau monosodium glutamat (MSG) yang tinggi.

"Lagipun, banyak produk yang pernah saya cuba sebelum ini tidaklah sesedap mana. Daripada membazir wang begitu sahaja, lebih baik masak sendiri," ujarnya.

Menepati selera

Bagaimanapun, persepi itu berubah apabila dia menyertai pertandingan masakan yang dianjurkan oleh produk makanan sejuk beku dan sedia untuk dimakan, myChef yang baru dilancarkan ketika itu.

Salah satu syaratnya ialah mewajibkan setiap peserta memasak menggunakan salah satu daripada rangkaian produk berkenaan berdasarkan kreativiti masing-masing.

"Sebelum pertandingan, saya membeli beberapa produk myChef di pasar raya dan mencubanya di rumah.

"Menariknya, biarpun dihidangkan terus tanpa sebarang pengubahsuaian atau campuran bahan-bahan tambahan, ia cukup menyelerakan dan menepati selera saya dan keluarga," katanya.


RESIPI produk myChef juga boleh dipelbagaikan mengikut selera dan kreativiti pengguna.


Menampilkan resipi istimewa selebriti chef terkenal seperti Datuk Chef Ismail Ahmad (Chef Ismail), Zamzani Abdul Wahab (Chef Zam), Chef Liza Zainol, Chef Florence Tan dan juara MasterChef Malaysia musim pertama, Dr. Ezani Farhana, produk-produk myChef mengetengahkan tema makanan Melayu, nyonya, India dan Barat yang sesuai untuk setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Dilancarkan pada November 2011, kini terdapat 19 produk myChef di pasaran. Antaranya ialah ayam pongteh, ayam kalio, ayam mentega makhani dan daging stroganoff dengan nasi perang pilaf. Selain itu, terdapat juga gulai udang serai, semur daging Betawi, kari Melayu Cape, spageti ayam dengan pasta Asia, daging masala, ayam beriani mughlai, ikan goreng asam dan kari ayam nyonya.

Ketua Pegawai Eksekutif Flavor Innovation Sdn. Bhd., Mohd. Fairuz Abdullah berkata, kehadiran produk itu membolehkan orang ramai berpeluang menikmati kepelbagaian hidangan daripada chef selebriti terkenal dalam keselesaan rumah sendiri.

Katanya, ia bukan saja mudah disediakan tetapi juga mengandungi khasiat makanan yang baik untuk kesihatan di samping mempunyai status halal.

"Sesiapa saja termasuk mereka yang kurang mahir memasak boleh menyediakan hidangan enak dan lazat dalam tempoh empat hingga lima minit sahaja menggunakan ketuhar gelombang mikro.

"Justeru, ia dilihat sebagai alternatif kepada individu bekerjaya terutama golongan ibu bapa kerana mereka akan dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti dengan keluarga daripada menyediakan masakan dan membersihkan dapur atau perkakas memasak," katanya.

Hidangan lazat

Tambah Mohd. Fairuz, teknologi produk sejuk beku dan makanan sedia untuk dimakan seperti myChef telah lama berkembang di luar negara terutama di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melalui beberapa jenama antarabangsa seperti Weight Watchers, Jenny Craig dan Lean Cuisin.

"Permintaan terhadap produk-produk sebegini sememangnya cukup tinggi dalam kalangan pengguna di seluruh dunia berikutan kesedaran mereka terhadap amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.

"Itu yang kami cuba tampilkan melalui produk myChef. Kami mahu masyarakat tidak sekadar berpeluang menikmati hidangan yang lazat dan menyelerakan tetapi pada masa yang sama tidak berkrompomi berhubung soal kualiti, kebersihan dan nutrisi yang terkandung di dalamnya," katanya.

Bagi tujuan itu, setiap resipi dibuat dengan menggunakan bahan-bahan segar dan terpilih mengikut piawaian makanan antarabangsa.

"Bahan yang digunakan adalah rendah lemak, kalori, gula dan garam. Kami melakukan kajian dan penyelidikan ke atas semua resipi bagi memastikan setiap kandungan di dalamnya mengikut jumlah bahan harian yang disyorkan.

TANPA sebarang pengawet, produk myChef sesuai bagi mereka yang mahu berdiet tanpa berkrompomi soal rasanya.


"Pada masa yang sama, kami juga sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan kilang, kesihatan pekerja di samping memastikan setiap proses bermula daripada bahan-bahan mentah sehingga pembungkusan dilakukan mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang ditetapkan," jelasnya.

Setiap hari pihaknya mengeluarkan kira-kira 8,000 produk myChef di kilangnya yang terletak di kawasan industri di Puncak Alam, Shah Alam.

"Dijual pada harga antara RM4.90 hingga RM16.50 bagi setiap pek yang sesuai untuk hidangan dua hingga tiga orang, ia amat berbaloi untuk dimiliki.

"Ketika ini, semua produk kami kini boleh didapati di semua pasar raya hiper termasuk Giant dan Tesco serta beberapa pasar raya terpilih di Lembah Klang," ujarnya yang merancang untuk meneroka pasaran luar negara seperti Hong Kong, Vietnam dan Eropah dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Pembangunan Produk Baharu Flavor Innovation Sdn. Bhd., Nor Asiah Tajul Urus berkata, pihaknya menggunakan inovasi terkini dari AS dalam menghasilkan produk sejuk beku yang mampu bertahan sehingga setahun disimpan dengan betul di bahagian sejuk beku.

Kekalkan nutrisi

Katanya, melalui proses yang dikenali sebagai blast freeze itu makanan yang siap dimasak akan disimpan selama dua jam dalam peti sejuk bertekanan tinggi sehingga di bawah suhu 18 darjah Celsius bertujuan mengekalkan nutrisi dan tekstur produk.

"Apabila siap untuk dimakan, pengguna akan dapat menikmati kualiti dan kesegaran bahan-bahan digunakan.

"Misalnya, daging ayam tidak akan hancur atau terlalu lembut manakala aromanya tetap sama dan mampu membangkitkan selera pengguna,"jelasnya.

Sesuai bagi mereka yang mahu berdiet serta mementingkan kesihatan, kata Nor Asiah, setiap produk myChef hanya mengandungi 120 hingga 400 kalori.

"Bagi tujuan itu, kami telah memperkenalkan kod nutrisi berwarna yang tertera di bahagian luar produk. Ia menyenaraikan kandungan peratusan kalori, lemak, lemak tepu, garam dan gula bagi setiap hidangan mengikut jumlah bahan harian yang disyorkan.

"Sebagai contoh, warna hijau menandakan low content atau bermaksud rendah kalori yang merupakan pilihan yang sihat, kuning oren pula melambangkan medium content dan merah pulak mewakili high content seperti yang telah ditetapkan oleh Agensi Piawaian Makanan UK," katanya.

Amalan berkhatan undang kontroversi

Posted:

Amalan berkhatan undang kontroversi

Amalan berkhatan undang kontroversi


GOLONGAN ibu di Indonesia menentang usul pengharaman amalan khatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


KANAK-KANAK perempuan berumur lima tahun itu tampak gelisah. Ibunya, Yuli yang duduk di bangku klinik itu kelihatan tidak berhenti-henti menenangkan anaknya yang bernama Retna. Wanita-wanita lain turut melakukan perkara yang sama kepada anak perempuan mereka.

Saat jururawat memanggil nama Retna, langkah longlai menemani anak kecil itu. Keresahan melanda apabila detik untuk dikhatankan kian menghampiri. Dalam minda Retna, terbayang kesakitan yang tidak ingin ditempuhi. Namun, kehadiran ibunya di sisi sedikit meredakan keadaan.

Sesudah proses khatan dilaksanakan, wajah Yuli berubah lega, menggambarkan kejayaannya melunaskan tanggungjawab besar ke atas Retna.

"Saya memang mahu anak saya dikhatankan kerana menurut Islam, ia merupakan hal yang baik. Saya gembira, anak saya kini suci dan bersih," ujar Yuli, seorang tukang jahit berumur 27 tahun yang ditemui di sekolah Assalaam Asas Islamik, Indonesia yang menjalankan program berkhatan perempuan besar-besaran melibatkan 120 bayi dan kanak-kanak.

Amalan ditentang PBB

Yuli percaya adat itu tidak memberi efek negatif kepada anaknya. Tambahnya: "Ramai wanita pada hari ini hamil anak luar nikah. Dengan berkhatan, saya berharap agar anak saya tidak terlalu mengikut nafsu dan mampu mengawal tarikan seksual yang dialami menjelang dewasa."

Upacara berkhatan yang sinonim dalam kalangan lelaki juga sebenarnya dijalani golongan wanita. Bezanya ia sering dilakukan ketika seseorang perempuan itu masih kecil atau lebih sesuai pada usia bayi.

Selain penduduk di Afrika, umat Islam turut digalakkan mengkhatankan anak perempuan bagi tujuan kebersihan dan menjaga keperibadian. Malah, menerusi fatwa di Malaysia, semua perempuan Muslim di negara ini wajib berkhatan.

Namun, amalan itu kini mula ditentang di Indonesia. Mereka berdepan kesukaran mempertahankan amalan itu selepas dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baru menghantar resolusi bagi pengharaman ke atas amalan mencederakan organ seks wanita atau Female Genital Mutilation (FGM), termasuk sebarang bentuk khatan.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan Indonesia pula menyatakan bahawa amalan itu tidak mendatangkan kesan negatif terhadap bahagian kelentit perempuan atau daging kecil pada kemaluan perempuan. Malah, para ulama negara itu juga berpendapat berkhatan mampu meningkatkan kesucian seksual golongan wanita.

Prosedur khatan di Indonesia merangkumi cucukan pantas menggunakan pin kecil pada bahagian clitoris kanak-kanak perempuan.

"Di Indonesia, kami menjalankan klasifikasi khatan jenis keempat, berbeza daripada tiga kaedah lain yang dikelaskan sebagai mutilasi melibatkan pembuangan sebahagian atau sepenuhnya bahagian kelentit," ujar seorang doktor Indonesia, Dr. Yanne Cholida.


DOKTOR di Indonesia menjelaskan, prosedur khatan kanak-kanak perempuan di negara itu tidak mencederakan alat sulit kanak-kanak tersebut.


Sementara itu, wakil daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), Sholahudin Al Aiyub memberitahu, mereka amat bersetuju sekiranya PBB berhasrat mengharamkan amalan khatan yang dijalankan di Afrika. Bagaimanapun, khatan berdasarkan ajaran Islam tidak boleh disentuh dan dipersoalkan.

Pengkritik tempatan di negara itu pula menyatakan, amalan berkhatan dalam kalangan perempuan melanggar hak seorang wanita. Beberapa jenis khatan ekstrem yang dilakukan di Afrika juga dipercayai terdapat di kawasan terpencil Indonesia.

Profesor Jurnalis Uddin daripada Fakulti Perubatan Universiti Yarsi menyatakan: "Impak berkhatan terhadap perempuan amat bahaya, jadi dari sudut perubatan ia tidak membawa sebarang faedah manakala dari segi agama, ia sesuatu yang boleh dibahaskan."

Prosedur melibatkan cucukan jarum, menindik, memotong, melecuhkan atau membakar yang dilaksanakan bukan untuk tujuan perubatan telah dikelaskan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai mutilasi termasuk amalan membuang sebahagian atau keseluruhan alat sulit.

Menurut WHO, amalan ekstrem berupaya mengundang pendarahan kronik, masalah pembuangan air kecil dan komplikasi ketika bersalin.

Tidak diwajibkan

Budaya yang telah wujud beribu tahun dahulu itu dilihat sebagai suatu amalan biasa di sebahagian kawasan di Afrika, Asia dan Asia Timur. Kaedah yang ekstrem pula melibatkan jahitan bahagian luar dan dalam labia atau memotong keseluruhan atau sedikit bahagian kelentit.

Indonesia pernah mengharamkan khatan perempuan pada tahun 2006, namun kembali membenarkannya pada tahun 2010 dengan alasan ramai ibu bapa masih mengkhatankan anak perempuan mereka menerusi bidan tradisional yang tidak terlatih.

Respons daripada pengharaman itu, MUI telah mengeluarkan fatwa pada tahun 2008 membenarkan amalan tersebut tetapi tidak mewajibkannya.

Pertubuhan Islamik seperti Pertubuhan Assalaam di Bandung memberitahu mereka telah menggantikan penggunaan gunting kepada pin.

"Pada masa dahulu, kami menggunakan seorang atau dua doktor dan lebih ramai bidan. Mereka menggunakan gunting bagi memotong sedikit bahagian atas. Kami telah meninggalkan amalan itu." jelas koordinator Assalaam, Eulis Sri Karyati, yang menambah hanya doktor bertauliah dibenarkan menjalankan prosedur itu di sekolah mereka. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


FCC rai lima pasangan ibu dan anak

Posted:

FCC rai lima pasangan ibu dan anak

FCC rai lima pasangan ibu dan anak

ZAWANI (lima dari kanan) ditemani ibunya dan para peserta lain bersama ibu masing-masing pada majlis meraikan Hari Ibu anjuran FCC di Kuala Lumpur baru-baru ini.


UNTUKMU IBU. Sempena sambutan Hari Ibu, Farmasi Colour Cosmetic (FCC) telah meraikan lima ibu dan anak bertuah yang dipilih melalui laman sosial Facebook di Restoran Hadramawt, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail berkata, pihaknya terharu kerana dapat merealisasikan impian para peserta untuk memberi kejutan kepada ibu tersayang sebagai hadiah berharga sempena sambutan Hari Ibu pada tahun ini.

"Misi utama kami adalah untuk mengeratkan kemesraan yang sedia terjalin antara ibu dan anak selain menceriakan lagi sambutan Hari Ibu," katanya.

Lebih menarik, Rokiah Ahmad dan anaknya, Siti Najwa Erina Alias muncul pemenang bertuah pada malam tersebut dengan kejayaan membawa pulang pelbagai hadiah menarik antaranya tiket ke Legoland, Johor, baucar membeli-belah serta baucar spa pusat kecantikan terpilih untuk ibu dan anak.

SMJK Chung Ling juara karnival pendidikan sains

Posted:

SMJK Chung Ling juara karnival pendidikan sains

SMJK Chung Ling juara karnival pendidikan sains


BARISAN pelajar dan guru SMJK Chung Ling yang menjadi johan keseluruhan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Pulau Pinang di George Town baru-baru ini.


CEMERLANG. Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling muncul johan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi apabila menang empat daripada lima kategori di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Hasil kreativiti pelajar sekolah itu membolehkan mereka merangkul johan dalam kategori kereta solar, bot solar, alat memasak jimat tenaga dan inovasi sains dan kejuruteraan Sekolah Menengah Piala Pengarah Pelajaran Pulau Pinang.

Satu lagi kategori iaitu roket udara dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman apabila ciptaan mereka mencatat jarak penerbangan sejauh 100 meter.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, karnival itu mencapai matlamat memupuk minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi hijau.

Puteri Mahkota Norway puji Majlis AIDS Malaysia

Posted:

Puteri Mahkota Norway puji Majlis AIDS Malaysia

Puteri Mahkota Norway puji Majlis AIDS Malaysia


METTE (duduk) melihat beberapa wanita membuat kerja-kerja kraf tangan semasa melawat Rumah Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita AIDS di Kuala Lumpur baru-baru ini.


LAWATAN DIRAJA. Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit mengadakan lawatan ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita AIDS di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selepas lawatan itu, Mette-Marit melahirkan rasa kagum dan memuji usaha Majlis AIDS Malaysia membantu proses rawatan terhadap rakyat negara ini yang dijangkiti virus HIV.

Dalam lawatan itu, Puteri Mette-Marit turut bertemu Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman yang kemudiannya mengiringi beliau sepanjang lawatan.

Mette-Marit meluangkan masa berbual dengan 15 orang kanak-kanak dan enam orang ibu tunggal yang menghuni rumah perlindungan berkenaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tanda Putera ditayang 29 Ogos

Posted:

Tanda Putera ditayang 29 Ogos

Tanda Putera ditayang 29 Ogos

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

SALAH satu adegan filem Tanda Putera yang akan ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos nanti.


KUALA LUMPUR - Filem Tanda Putera yang menimbulkan kontroversi ekoran memaparkan adegan rusuhan kaum bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan penerbit filem serta pihak pengurusan pawagam.

Jelas beliau, sudah tiba masanya untuk filem yang masih belum ditayangkan itu menemui penonton kerana ia menceritakan sejarah negara.

"Sebelum ini filem Tanda Putera ditangguhkan walaupun telah siap lebih setahun lalu kerana didakwa mengandungi adegan kontroversi. Selepas itu ia ditangguhkan pula kerana Pilihan Raya Umum ke-13.

"Selepas perbincangan dilakukan, semua pihak bersetuju agar ia ditayangkan pada 29 Ogos depan. Bagi saya, lebih cepat tayang lebih bagus," katanya selepas melakukan lawatan ke Finas di sini semalam.

Turut hadir timbalannya, Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengarah, pelakon lega filem ke pawagam

Posted:

Pengarah, pelakon lega filem ke pawagam

Pengarah, pelakon lega filem ke pawagam

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pengarah Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba lega dengan keputusan kerajaan membenarkan filem itu ditayangkan kepada umum mulai 29 Ogos depan.

Shuhaimi berkata, dia kini umpama 'terjaga daripada mimpi ngeri' dan bersyukur kerana filem itu akhirnya bakal memasuki pawagam.

Dia kini tidak sabar menunggu surat pengesahan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebelum memulakan operasi pemasaran filem itu.

"Alhamdulillah, ini satu berita gembira kepada kami yang telah menunggu lama untuk filem itu ditayangkan.

"Saya harap semua peminat termasuk mereka yang prejudis terhadap filem Tanda Putera supaya datang menonton bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenaikarya kami itu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Doktor didakwa cabul wanita 50 tahun

Posted:

Doktor didakwa cabul wanita 50 tahun

Doktor didakwa cabul wanita 50 tahun

DR. ALAGARATHAM meninggalkan Mahkamah Majistret Ipoh semalam selepas didakwa mencabul seorang ahli perniagaan.


IPOH – Seorang doktor perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 50 tahun di kliniknya dua minggu lalu.

Tertuduh, Dr. T. A. Alagaratham Sivarajah, 63, didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas ahli perniagaan wanita itu sewaktu mangsa berada di Poliklinik Simpang Pulai, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 22 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan terhadap mangsa dengan niat mencabul wanita itu.

Semasa kejadian Alagaratham yang berada di dalam bilik rawat bersama mangsa dituduh memeluk pinggang, mencium bibir dan menyelak baju mangsa sehingga menampakkan pakaian dalam.

Sebelum itu, ahli perniagaan itu sedang menguruskan beberapa pekerja asing untuk menjalani pemeriksaan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) di klinik milik Alagaratham.

Wanita itu menceritakan kepada suaminya mengenai kejadian itu lima hari kemudian sebelum membuat laporan polis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Dunia Baharu David Beckham

Posted:

Dunia Baharu David Beckham

Dunia Baharu David Beckham

Susunan HAFIZ AHMAD

AKSI tangkas dan lincah jejaka berusia 38 tahun ini di atas padang telah sampai ke titik penamat apabila dia mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak yang telah menjadi sandaran rezeki, juga popularitinya sejak 20 tahun lalu.

Apakah langkah seterusnya yang bakal disusuri oleh David Beckham? Umum mengetahui kelibat anak watan Leytonstone, London, England itu sering kelihatan dalam lembaran-lembaran fesyen dan menghadiri pertunjukan fesyen pereka ternama. Malah, dia juga menjenamakan dirinya sebagai satu produk yang boleh melariskan perniagaan.

Mungkinkah kita bakal melihat Beckham menguasai dunia glamor fesyen seperti dilakukan oleh sang isteri, Victoria Beckham yang sudah memateri nama sebagai antara pereka busana terkenal dunia?

Andaian itu turut dipersetujui oleh mantan pengurus kelab bola sepak Manchester United (MU), Alex Ferguson yang percaya bekas anak didiknya itu bakal menceburi aliran fesyen sebagai satu kerjaya baharu kepada Beckham.

"Keupayaan Beckham dalam meluaskan pengaruh dan mengukuhkan nama ke seluruh dunia merupakan sesuatu yang menakjubkan.

"Apabila dia berpindah ke Amerika untuk bermain bersama kelab LA Galaxy pada tahun 2007, tiada siapa menyangka dia mampu membina karier di sana.

"Situasi sama juga berlaku ketika dia bermain di negara-negara Eropah. Semua orang menerima Beckham, malah dia terus mendapat perhatian media antarabangsa," kata Ferguson kepada media antarabangsa baru-baru ini.

Tambah Ferguson, dari sudut kesukanan, Bec- kham merupakan seorang atlet yang mempunyai tahap stamina tinggi. Dalam usia menghampiri 40-an, dia sentiasa menjadi pilihan untuk terus berada di padang bermain dalam perlawanan bola sepak.

Beckham menyertai MU ketika berusia 11 tahun dan telah bersama dengan kelab gergasi dunia itu selama 11 tahun di bawah kendalian Ferguson. Ketika bermain untuk MU, dia menjulang kejuaraan Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara sebanyak enam kali.

"Dia masih muda lagi. Saya membayangkan fesyen akan menjadi pilihan Beckham selepas persaraannya," kata Furgeson yang juga telah bersara pada bulan Mei lepas.


VICTORIA menjadi individu yang bertanggungjawab mengubah penampilan Beckham sehingga menjadi ikon lelaki metroseksual.


Pesona diri yang tampan dan berketrampilan menarik menjadikan Beckham sebagai duta pelbagai produk dan rumah fesyen. Dia telah menghiasi beberapa kempen antarabangsa termasuklah Emporio Armani, Breitling, Adidas, Police, Gillette, Samsung dan Pepsi.

Pakar penjenamaan meramalkan jumlah kekayaan Beckham bakal meningkat berlipat kali ganda selepas persaraannya kerana mempunyai masa untuk fokus kepada peluang komersial.

"Beckham adalah ikon gaya hidup. Dia tidak memakai baju sukan dalam kempen iklan, malah hanya menyarungkan persalinan kasualnya sendiri," ujar Pengarah Komunikasi Korporat Vodafone, Michael Caldwell.

Rupa paras dan lagak persis seorang model melayakkan Beckham mendapat tajaan dan jemputan daripada pereka fesyen antarabangsa.

Kontrak H&M

Syarikat pakaian kasual dari Sweden, H&M bakal menyambung kontrak bersama ikon metroseksual itu untuk musim luruh akan datang. Dia yang pernah mengeluarkan dua koleksi pakaian dalam istimewa untuk lelaki akan terus menyumbangkan idea terbaharu kepada jenama tersebut.

"Beckham adalah seorang ahli sukan dan mempunyai cita rasa fesyen yang baik. Pihak kami tidak sabar untuk berkolaborasi sekali lagi untuk koleksi musim luruh akan datang," ujar jurucakap H&M kepada media baru-baru in.

Wakil agensi pengurusan Beckham, Simon Fuller's XIX Entertainment tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai persaraan legenda bola sepak itu. Bagaimanapun, mereka mengesahkan yang Beckham akan meneruskan kontrak bersama beberapa jenama seperti Sky, Sainsbury's, Adidas dan juga H&M.

Penggunaan selebriti sebagai jurucakap atau duta sudah menjadi tradisi dan ikutan seluruh dunia. Ia memberi pulangan lumayan kepada mereka kerana setiap kontrak yang ditandatangani bernilai jutaan ringgit untuk satu tempoh masa.

Namun begitu, ia juga memberi risiko, terutamanya kes-kes penyalahgunaan nama selebriti dalam produk atau syarikat yang tidak bertanggungjawab. Beckham juga tidak terkecuali apabila imej dan namanya telah digunakan tanpa kebenaran untuk satu iklan penerbangan tambang murah, EasyJet.

Isu terpencil itu tidak menggugat kekayaan Beckham, malah menurut majalah kewangan, Forbes, dia merupakan atlet kelapan mendapat bayaran tertinggi iaitu sebanyak RM142.39 juta pada tahun 2012 yang merangkumi gaji dan bayaran sebagai jurucakap.

Kembara baharu


BECKHAM bersama tiga orang anaknya (dari kiri) Brooklyn, Cruz dan Romeo James,


Mengulas mengenai persaraan suaminya, Victoria menggambarkan Beckham sebagai seorang ahli sukan dan idola yang memberi inspirasi kepada jutaan peminat seluruh dunia.

"Saya dan anak-anak sangat berbangga dengan Beckham. Ia merupakan perjalanan hidup yang menakjubkan apabila menyaksikan sendiri dia bermain sepanjang karier bola sepaknya. Kami bersama-sama berkongsi kegembiraan ketika pasukan Beckham menjadi juara, dari MU sehingga ke Paris Saint-Germain.

"Ia bukan keputusan yang mudah untuk dilakukan tetapi kami teruja untuk meneruskan langkah bersama," ujarnya dalam kenyataan kepada media.

Beckham pula berkata, tiada apa-apa yang dapat menggantikan kecintaannya kepada dunia bola sepak. Seperti Victoria, dia mula menyukai kembara baharu dalam hidupnya dan tidak sabar untuk menjelajah kerjaya yang bakal diteroka kelak.

"Saya sangat bertuah kerana diberi peluang yang banyak sepanjang karier bola sepak dan sekarang tiba masanya untuk menyumbang sesuatu kepada mereka yang memerlukan," kata Bec- kham yang turut aktif dalam badan kebajikan.

Dia telah menyertai beberapa persatuan dan badan kebajikan yang membuatkannya sibuk setiap masa. Salah sebuah organisasi yang diketuai oleh Beckham ialah Malaria No More UK Leadership Council, Help for Heroes dan Victoria and David Beckham Charitable Trust.

Nilai sehelai jersi

Posted:

Nilai sehelai jersi

Nilai sehelai jersi

Oleh ALIF ABU BAKAR

PEMBELI boleh memilih jersi futsal mengikut cita rasa masing-masing.


BARANGKALI masa untuk rakyat Malaysia mula mengagungkan pasukan bola sepak tanah air sudah kembali.

Ia berikutan kebangkitan mutu dan populariti sukan bola sepak negara yang kian membanggakan sejak kebelakangan ini telah menarik lebih ramai anak muda menyemai nilai patriotisme terhadap pasukan bola sepak tempatan.

Tambah menarik apabila setiap pasukan tanah air tampil dengan pelbagai rekaan jersi menarik. Di atas padang, para pemain bola sepak tampak bergaya dan stailo menggayakan jersi masing-masing.

Ramai anak muda khususnya pengumpul jersi tegar tertanya-tanya bagaimana mahu mendapatkan jersi-jersi pasukan bola sepak tempatan? Kebanyakan butik sukan di negara ini lebih mengutamakan jersi kelab bola sepak antarabangsa.

Menerusi butik Futbol Haus, pencinta bola sepak tempatan mampu memenuhi keinginan mereka. Jersi-jersi pasukan bagi tiga liga utama di Malaysia boleh didapati di butik yang telah beroperasi hampir empat bulan itu.

Rare items like no other, menjadi moto Futbol Haus. Jersi pasukan-pasukan bola sepak tanah air itu juga disediakan bagi perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan. Rangkaian jersi pada musim yang lepas juga boleh diperoleh di butik tersebut.

"Kami juga menawarkan jersi-jersi pasukan bola sepak Liga Thailand dan setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pembeli juga boleh membeli jersi kosong dan menetapkan rekaan bagi nama dan nombor pada bahagian belakang jersi.

"Kami turut menyediakan variasi jersi futsal untuk mereka yang mempunyai pasukan futsal sendiri," jelas pemilik Futbol Haus, Ridzuan Yang ketika ditemui Kosmo! di butik Futbol Haus, Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi jersi Liga Malaysia, ia dijual pada harga RM70 sehingga RM130. Pembeli juga tidak perlu khuatir dengan kualiti jersi di butik itu kerana semua jersi yang dijual adalah asli.

Serlah imej dalam berpakaian

Posted:

Serlah imej dalam berpakaian

Serlah imej dalam berpakaian

Oleh MOHAMMAD HAFIZ AHMAD

SELARIKAN warna dengan pilihan senada bagi penampilan bergaya.


KESUNTUKAN masa sentiasa dijadikan alasan oleh sesetengah wanita untuk tampil ala kadar ke acara-acara yang dihadiri mereka. Apa sahaja yang tercapai oleh tangan, disarung ke badan tanpa mempedulikan konsep fesyen yang betul.

Mungkin ia agak sedikit remeh dan leceh, tetapi sudah menjadi naluri seorang wanita untuk kelihatan anggun dan mendapat pujian daripada suami tercinta. Ketepikan alasan kesibukan mengurus rumah tangga atau kerja-kerja yang tidak pernah habis, dandan diri anda dengan persalinan cantik dan mengikut syariat yang ditetapkan.

Jika tidak punya masa untuk memilih atau membeli baju baharu, penuhkan dada dengan mempelajari konsep suai padan yang nyata tidak memerlukan wang ribuan ringgit. Cukup sekadar bijak memilih ketika membuat pembelian.

Menurut salah seorang pemilik Busy Mommy Boutique, Nur Asma' Ahmad Safyan, 36, warna memainkan peranan penting dan merupakan asas utama untuk konsep suai padan.

Kombinasi warna

"Hitam, biru gelap, coklat dan kelabu merupakan warna-warna asas yang perlu ada untuk setiap pakaian wanita muslimah supaya ia dapat disesuaikan mengikut majlis. Kombinasi warna ini jika pandai digayakan, dapat memberi lebih banyak pilihan untuk digayakan ke majlis formal mahupun kasual," ujarnya ketika sesi fotografi bersama Stailo di Studio Utusan, baru-baru ini.

Tambahnya, warna polos merupakan pilihan selamat dan mudah dipadankan dengan warna kontra atau bercorak. Sebagai contoh, jika baju bercorak atau berbunga, pemilihan hijab polos dengan warna senada boleh menimbulkan aura keayuan kepada si pemakai.

Konsep suai padan memberi banyak pilihan kepada wanita kerana tidak perlu membeli busana atau aksesori baharu setiap kali menghadiri acara-acara besar. Padankan busana yang sedia ada dengan aksesori tambahan bagi memberi kelainan dalam penampilan.

"Apa yang penting, mereka perlu pandai suai padan aksesori tambahan seperti cincin, gelang, kasut atau beg yang berbeza setiap kali menghadiri majlis atau ke pejabat," ujar Asma'.

PADANAN tudung corak flora menambah seri ketika menghadiri acara bersama si dia.


Perkara yang paling mudah dan ringkas ialah menggayakan tudung dan aksesori berbeza dengan busana yang sedia ada. Seluar palazzo atau skirt labuh berwarna gelap boleh dijadikan salah satu pilihan untuk suai padan.

Beliau mengusahakan butik yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi itu bersama Shahrul Azra Anuar, 34. Butik itu menyediakan pelbagai pilihan kepada wanita bekerja dan ibu yang tidak punya masa untuk membeli-belah.

"Busy Mommy Boutique bukan sahaja memenuhi cita rasa pelanggan tetapi memberi khidmat nasihat fesyen bagi pelanggan yang mahukan penampilan berbeza, namun masih mengekalkan identiti mereka dan mengikut syariat," jelas Shahrul Azra.

Bagi memastikan setiap busana yang ditawarkan oleh butik mereka mengikut syariat, Busy Mommy Boutique menawarkan pakaian yang longgar dan tidak melekap pada tubuh.

"Busana mestilah tidak jarang, tidak panas dengan menggunakan fabrik kapas atau lycra yang berkualiti tinggi kerana ia mudah dijaga dan selesa," kata Shahrul Azra.

Imej ringkas menjadi pegangan kepada mereka, namun masih mengekalkan gaya anggun dalam penampilan. Warna-warna lembut dan pastel melatari kebanyakan busana kerana ia menaikkan seri dan kesopanan seseorang wanita.

"Setiap wanita perlu kreatif dalam menyuaipadankan persalinan mereka. Tidak perlu terlalu mengikut aliran fesyen semasa kerana yang paling penting ialah keselesaan," ujar Asma'.

Untuk koleksi akan datang, Busy Mommy Boutique akan mengeluarkan koleksi kanak-kanak dan busana lelaki yang bakal dikeluarkan pada bulan Ramadan.

"Selain itu, kami bercadang untuk mengeluarkan pakaian ibu mengandung dan ibu menyusu yang bersesuaian untuk wanita muslimah," kata Asma'.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sajian ketam pencetus selera

Posted:

Sajian ketam pencetus selera

Sajian ketam pencetus selera

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

HIDANGAN serba ketam boleh dinikmati ketika anda mengunjungi restoran Mee Ketam KL yang terletak di Keramat dan Shah Alam.


KUNJUNGAN ke restoran Mee Ketam KL untuk menjamu selera dengan sajian makanan laut yang segar pasti tidak mengecewakan.

Setiap hidangan yang dimeriahkan dengan ketam dan udang galah menjadi taruhan pasangan kembar, Ubaidah dan Usamah Makmum yang juga pemilik restoran tersebut.

Semuanya bermula daripada minat mereka terhadap menu kedua-dua makanan laut itu.

Pemiliknya, Ubaidah, 29, berkata, keistimewaan hidangan yang disajikan terletak pada resipi kuah kari lazat yang menepati selera pelanggan sama ada mereka mahu menikmatinya bersama nasi atau mi.

Resipi yang digunakan pula merupakan ramuan unik diwarisi sejak turun-temurun oleh keluarganya dari Pulau Pinang.

"Selera pelanggan menjadi keutamaan restoran Mee Ketam KL dan kami tidak berkompromi dengan rasa pada setiap hidangan.

"Semuanya diadun secukup rasa agar pelanggan berpuas hati dengan menu yang disediakan. Pada masa sama ia ditawarkan pada harga amat berpatutan," katanya ketika ditemui di premisnya di Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara menu yang menanti pengunjung ialah mi kari ketam bunga atau ketam nipah, mihun sup ketam, mi kari udang galah dan ketam masak cili atau lada hitam.

Menariknya, saiz ketam yang diinginkan juga boleh ditentukan oleh pelanggan dan harga setiap hidangan berbeza mengikut saiz.

Menurut Ubaidah, hidangan yang paling mendapat sambutan ialah mi kari ketam nipah disebabkan rasanya yang enak dan berkhasiat tinggi.

Pelanggan mula memenuhi restoran tersebut pada waktu makan tengah hari iaitu pukul 1 tengah hari dan makan malam sekitar pukul 8.30 malam.

"Udang yang dijual pula mengikut gred iaitu A, B, C dan A+ manakala harga yang dikenakan bergantung pada saiz dan berat udang galah," kata Ubaidah yang sudah tiga tahun berniaga.

Memandangkan permintaan yang diterima sangat menggalakkan, Ubaidah memesan kira-kira 1,000 kilogram ketam seminggu bagi kedua-dua cawangan restoran milik mereka.

Alat tulis corak safari

Posted:

Alat tulis corak safari

Alat tulis corak safari


WARNA-WARNA ceria dan rekaan menarik menghiasi koleksi alat tulis Stabilo.


GANAS, liar dan garang merupakan tema di sebalik koleksi baharu jenama alat tulis Stabilo iaitu Be Wild!. Pilihan fesyen terkini itu telah direka untuk mereka yang mencintai alam semula jadi dan keseronokan mengembara.

Mengambil inspirasi daripada hidupan liar safari, koleksi tersebut menyerlahkan corak kuda belang yang berjalur-jalur, harimau bintang yang bertompok-tompok, zirafah yang tinggi lampai, serta corak harimau. Melalui produk terbaharu itu, para pelajar pasti tambah bersemangat ketika mengulang kaji bersama teman-teman.

Koleksi edisi terhad Stabilo Be Wild! mempunyai alat tulis untuk setiap keperluan melalui beberapa item terkini iaitu Stabilo Move, Stabilo Swing Cool dan Stabilo Bionic.

Stabilo Bionic direka cipta buat mereka yang suka menikmati hidupan liar. Pen mata bola itu cukup sempurna untuk penulis yang banyak berkarya kerana ia dilengkapi dengan sistem dakwat cecair. Ia menampilkan corak harimau yang berbelang-belang dan boleh didapati dalam tiga warna dan reka bentuk.

Pen mata bola Stabilo Move dengan bentuk ergonomik direka untuk keselesaan genggaman tangan pengguna. Ia boleh dipasang dengan aksesori yang bergaya seperti bulu burung, juraian atau manik.

Boleh didapati dalam tiga reka bentuk hidupan liar dengan gabungan warna yang menarik, koleksi Move bermotifkan kuda belang, zirafah, dan corak harimau bintang untuk menyerlahkan ciri-ciri safari dalam diri pengguna.

Rangkaian pen penyerlah Stabilo Swing Cool menonjolkan ciri-ciri eksklusif. Kanak-kanak sekolah, pelajar dan golongan muda menjadi golongan tumpuan kerana mereka menggemari pen penyerlah yang baharu ini.

Menonjolkan enam jenis yang berlainan dengan cetakan corak haiwan yang bergaya, pen penyerlah ini dicipta dengan bentuk rata bagi menjimatkan ruang.

Ia turut dilengkapi klip saku yang praktikal agar mudah dibawa ke mana-mana. Dengan teknologi antikering, ia memastikan dakwat tidak kering walaupun tidak bertutup selama empat jam.

Koleksi edisi terhad Stabilo Be Wild! boleh didapati di semua kedai alat tulis utama. Layari www.stabilo.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mary Yap mahu 'amalan terbaik dahulu' dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah

Posted:

Mary Yap mahu 'amalan terbaik dahulu' dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah

Mary Yap mahu 'amalan terbaik dahulu' dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah

03/06/2013 9:31pm

KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Datuk Mary Yap mencadangkan 'amalan terbaik dahulu', termasuk mengutamakan aspek tatabahasa digabungkan dalam kaedah pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah.

Beliau menegaskan wujud keperluan untuk mengembalikan semula amalan terbaik dahulu yang telah terbukti berjaya, untuk meningkatkan standard Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Katanya Kementerian Pendidikan sedar mengenai isu Bahasa Inggeris, yang sering dibahaskan di media, terutamanya keputusan kurang memberangsangkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Sebab itu kenapa Kementerian Pendidikan serius dalam mencari kaedah dan cara untuk menangani isu itu selaras dengan program transformasi kerajaan.

"Saya sedar terdapat amalan terbaik dahulu yang jelas bermanfaat dan efektif untuk mengalakkan penerimaan positif dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Saya cadangkan amalan terbaik di masa lalu seperti Hari Bahasa Inggeris, Minggu Bahasa Inggeris atau Bulan Bahasa Inggeris diteruskan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai pendidikan daerah serta menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada pengetua sekolah menengah yang dinaikkan daripada gred DG52 kepada DG54 di Rumah Persekutuan di Sembulan, dekat sini hari ini. - Bernama

Belum sampai masa BN jadi parti berbilang kaum - Tun Mahathir

Posted:

Belum sampai masa BN jadi parti berbilang kaum - Tun Mahathir

Belum sampai masa BN jadi parti berbilang kaum - Tun Mahathir

03/06/2013 9:24pm

YOGYAKARTA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya di sini hari ini.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr Mahathir.

Beliau berada di sini kerana memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).

Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya. - Bernama

Polis Perlis temui kereta dipercayai dicuri di Kuala Lumpur

Posted:

Polis Perlis temui kereta dipercayai dicuri di Kuala Lumpur

Polis Perlis temui kereta dipercayai dicuri di Kuala Lumpur

03/06/2013 8:59pm

KANGAR - Polis menemui sebuah kenderaan mewah jenis Audi R8 yang dipercayai dilarikan dari bilik pameran di Kuala Lumpur, dalam Ops Lejang di Kuala Perlis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Superintenden Tengku Mohd. Zainal Tengku Ahmad Shah berkata, kereta itu ditemui pukul 2 petang di sebuah premis di Kuala Perlis, dua jam selepas Ibu Pejabat Daerah Polis Kangar menerima maklumat berkaitan cubaan menyeludup kereta mewah ke sempadan.

Katanya, kereta mewah dianggarkan bernilai RM500,000 itu dilarikan dari sebuah bilik pameran kenderaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan.

Katanya ekoran penemuan kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang berumur antara 26 dan 33 tahun dan mereka ditahan reman selama tujuh hari. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lagi tunjuk perasaan anti-Erdogan

Posted:

Lagi tunjuk perasaan anti-Erdogan

Lagi tunjuk perasaan anti-Erdogan

BEBERAPA orang penunjuk perasaan bertempur dengan anggota-anggota polis pencegah rusuhan dekat sebuah istana pada zaman Ottoman di Istanbul kelmarin.


ANKARA - Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air semalam ke arah sekumpulan penunjuk perasaan di Ankara.

Tunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan itu telah memasuki hari ketiga.

Anggota-anggota pihak berkuasa turut mengambil beberapa langkah untuk menghentikan kira-kira 1,000 orang penunjuk perasaan yang mahu berarak ke pejabat Erdogan.

Rangkaian televisyen swasta, NTV menyiarkan beberapa imej tunjuk perasaan itu di Dataran Kizilay.

Tunjuk perasaan yang merebak ke seluruh negara itu bermula selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah rancangan untuk membangunkan semula sebuah taman dekat Dataran Taksim di Istanbul.

Rancangan yang diatur oleh Erdogan itu adalah untuk membangunkan semula dataran tersebut yang melibatkan 600 buah pokok ditebang.

Rancangan itu juga melibatkan pembinaan sebuah replika berek tentera pada era zaman Empayar Ottoman dengan tujuan untuk menempatkan sebuah pusat kebudayaan.

Bagaimanapun, penduduk yang tinggal berdekatan di kawasan itu bimbang ia akan menjadi sebuah kawasan beli-belah.

Pihak berkuasa perbandaran Istanbul yang dikuasai oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah memerintah Turki sejak tahun 2002.

Sejumlah kenderaan dan terbalik dalam tunjuk perasaan itu yang kemudian bertukar menjadi antipentadbiran Erdogan.

Menteri Dalam Negeri, Muammer Guler menyatakan, lebih 1,700 orang telah ditahan dalam tunjuk perasaan antipemerintah itu.

Tunjuk perasaan itu telah merebak ke 67 buah bandar.

"Sejumlah besar tahanan telah dibebaskan selepas disoal siasat dan identiti mereka dikenal pasti," katanya.

Menurutnya, negara ini berdepan dengan 235 tunjuk perasaan sejak Selasa lalu. - Agensi

Pemilihan Majlis Syura Mesir tidak sah

Posted:

Pemilihan Majlis Syura Mesir tidak sah

Pemilihan Majlis Syura Mesir tidak sah


BEBERAPA orang berjalan melintasi Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir di Kaherah semalam.


KAHERAH - Sebuah mahkamah tertinggi Mesir semalam memutuskan bahawa sebuah panel yang merangka perlembagaan menjadikan negara adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Mahkamah Perlembagaan Agung turut menyatakan, undang-undang yang digunakan untuk memilih anggota-anggota Majlis Syura adalah tidak sah berdasarkan perlembagaan Mesir.

Hakim, Maher al-Beheiry menyatakan, anggota-anggota Majlis Syura sepatutnya dikekalkan sehingga pilihan raya baharu diadakan.

Bagaimanapun, walaupun keputusan itu telah diputuskan, pihak pejabat Presiden Mesir menyatakan, Majlis Syura itu akan terus wujud sehingga pilihan raya dewan rendah berlangsung pada lewat tahun ini.

Majlis Syura itu mempunyai kuasa perundangan selepas Parlimen di Mesir itu dibubarkan pada tahun lalu.

Mahkamah tersebut turut menyatakan bahawa, perlembagaan negara itu akan terus diguna pakai.

Panel merangka perlembagaan baharu itu mempunyai 100 orang anggota.

Perlembagaan baharu itu akan terus diguna pakai kerana ia diluluskan menerusi pungutan suara.

Sebelum ini, pihak pembangkang mengkritik panel yang merangka perlembagaan itu kerana ia tidak mewakili semua penduduk Mesir.

Presiden Mesir, Mohammed Morsi maish belum memberikan sebarang komen rasmi berhubung keputusan mahkamah tersebut. - Agensi

Penganggur ambil alih kilang bekas majikan

Posted:

Penganggur ambil alih kilang bekas majikan

Penganggur ambil alih kilang bekas majikan


DUA pekerja memeriksa beberapa komponen elektrik lama di kilang tersebut.- AFP


TREZZANO SUL NAVIGLIO, Itali - Sekumpulan penganggur mengambil alih kilang bekas majikan mereka yang tidak digunakan lagi di sini dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah perniagaan kitar semula.

Sebelum ini, para penganggur itu merupakan pekerja di kilang tersebut yang merupakan pembuat komponen kenderaan.

"Kami akan dianggap sebagai orang buangan di dalam masyarakat dan kami 'mengitar semula' diri kami," kata seorang penganggur itu, Gigi Malabarba.

Projek itu pada kebiasaannya diharamkan tetapi pihak berkuasa tempatan dan pemilik kilang itu yang merupakan sebuah syarikat milik bank UniCredit bersetuju bertolak ansur untuk membenarkan ia dilaksanakan.

Para penganggur itu diberhentikan kerja ekoran masalah kemelesetan ekonomi yang berlaku di Itali. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fokus kerjaya, buang cinta

Posted:

Fokus kerjaya, buang cinta

Fokus kerjaya, buang cinta

BAGI yang mengikuti kisah percintaan antara Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah, mungkin ramai yang beranggapan bahawa ia seperti perjalanan cerita sebuah drama atau telemovie.

Tambahan pula dengan rentetan kontroversi yang membelenggu hubungan kedua-duanya, tetapi akhirnya takdir telah menentukan ikatan cinta yang terjalin antara Sharnaaz dan Shila menemui titik noktahnya.

Berkesempatan bertemu Sharnaaz ketika pelancaran filem terbaharu arahan Bade Haji Azmi iaitu Sindiket minggu lalu, dia meminta supaya kisah cintanya yang lepas tidak perlu diungkitkan lagi.

Bagaimanapun, sesuatu yang wajar dipuji apabila pelakon itu tetap tenang dan ceria menjawab setiap soalan yang diajukan serta sanggup meluangkan sedikit masa untuk ditemu bual wartawan, meskipun terpaksa bergegas kerana mempunyai urusan lain.

"Biarlah apa yang berlaku dahulu menjadi satu pengajaran yang paling bermakna buat diri saya. Kalau boleh saya tidak mahu lagi bercerita tentang kisah cinta saya yang sudah berlalu.

"Sekarang ini saya mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan sahaja. Saya bersyukur kerana tawaran berlakon yang diterima makin banyak dan perlu menghargai peluang yang telah diberikan ini," ujarnya yang mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengulas panjang.

Menurut pelakon kelahiran Pulau Pinang itu, segala kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini langsung tidak menjejaskan kariernya sebagai seorang pelakon.

Ujarnya, dia percaya dengan menunjukkan kesungguhan dan komitmen terhadap tanggungjawab yang diberikan, ia menjadi bukti kepada penerbit dan pengarah yang dia sememangnya bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang lakonan.

"Sudah tentu saya tidak perlu fikir lagi dan lupakan sahaja semua masalah yang pernah berlaku. Lagipun dengan peluang yang diberikan ia tidak seharusnya disia-siakan dan kini lebih gembira dengan kehidupan sekarang," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia masih lagi berhubung dengan bekas kekasihnya itu atau tidak, Sharnaaz menyatakan mereka tidak lagi berhubung kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Menurutnya, biarpun sudah tidak lagi mempunyai sebarang ikatan percintaan, tetapi ia tidak bermakna mereka perlu bermusuhan kerana sudah ditakdirkan memang tiada jodoh antara mereka berdua.

Terus berkisar tentang cinta, pelakon tersebut juga diminta mengulas desas-desus yang mengaitkannya dengan seorang pelakon wanita kelahiran Singapura iaitu Elfaeza Ul Haq.


SHARNAAZ berharap agar kontroversi kisah cintanya bersama Shila Amzah tidak diungkit.


Ujar Sharnaaz, dia agak terkejut kerana memang tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin bersama Elfaeza. Sebaliknya, mereka berdua bergandingan bersama-sama dalam drama bersiri Mukhlis baru-baru ini.

"Demi Allah saya dan Elfaeza tidak menjalinkan hubungan cinta seperti yang diperkatakan. Rasanya semua orang tahu yang saya ini bukanlah jenis individu yang suka berahsia.

"Sebelum ini pun saya tidak pernah merahsiakan kisah percintaan dengan Shila dahulu. Kalau betul kami ini bercinta, saya akan berterus terang kepada semua orang," jelasnya yang kini masih belum menemui pengganti.

Ujarnya, biarpun kini tidak lagi mempunyai kekasih, ia tidak bermakna dia sudah menutup pintu hatinya kepada wanita lain, namun dia merasakan lebih baik sekiranya dia fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.

Masalah selesai

Selain kisah cintanya yang menjadi tumpuan ramai, Sharnaaz turut terpalit dengan sebuah lagi kontroversi tentang persengketaannya dengan penerbit filem Darah Panas iaitu S. Baldev.

Persengketaan tersebut terjadi apabila dia dikatakan telah meninggalkan lokasi penggambaran dan bergaduh dengan salah seorang kru produksi sehingga dikenakan tindakan saman.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, pelakon itu menjelaskan bahawa persengketaan yang terjadi sudah pun selesai dan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

"Menerusi perbincangan yang dilakukan kami mengambil keputusan menerusi win-win situation (situasi menang-menang) dan berpuas hati dengan apa yang telah diputuskan.

"Jadi, saya anggap perkara ini sudah selesai dan berakhir dengan cara baik dan pada bulan Julai ini saya akan terbabit dengan proses dubbing untuk filem itu," jelasnya.

Selain itu, Sharnaaz telah meluahkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkan dirinya dengan penggunaan nama Lan Todak di laman Twitter yang dikatakan telah memaki keluarga Shila Amzah.

Tegas Sharnaaz, dia langsung tidak ada kena-mengena dengan nama itu dan beranggapan ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan namanya.


SHARNAAZ bersyukur kerana masih mempunyai banyak tawaran berlakon walaupun ditimpa pelbagai gosip negatif tentang dirinya.


"Ia merupakan satu fitnah kalau ada yang beranggapan nama Lan Todak dalam Twitter itu adalah saya. Sudah tentu saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab itu," ujarnya.

Turun padang

Berkenaan dengan kes buli yang telah berlaku baru-baru ini, Sharnaaz meluahkan rasa kesalnya apabila ada pelajar yang terpengaruh dengan wataknya sebagai Lan Todak dalam filem Juvana The Movie yang ditayangkan pada awal tahun lalu.

Ujarnya, dia sangat terkejut dan tidak sangka watak Lan Todak itu telah memberi impak negatif terhadap segelintir pelajar sehingga dikaitkan dengan kes buli.

"Saya melihat penayangan filem-filem yang berkaitan dengan kenakalan pelajar-pelajar sekolah ini dapat memberikan pengajaran yang berguna kepada masyarakat.

"Sebaliknya, masalah lain pula yang berlaku dan secara peribadi saya ingin meminta maaf kepada semua pihak sekiranya watak yang saya bawa itu memberi kesan buruk," ujarnya.

Menyedari bahawa kes buli yang berlaku itu merupakan satu masalah yang cukup besar, Sharnaaz menyatakan kesudiannya untuk turun padang memberi ceramah dan motovasi kepada pelajar-pelajar sekolah tentang buli.

"Kalau ada mana-mana pihak yang berminat mahu memanggil saya memberikan ceramah, saya tidak kisah sekiranya ada kelapangan dan berharap supaya tidak ada lagi pelajar sekolah yang terpangaruh dengan filem tersebut," ujarnya.

Najwa Latif mahu jadi pensyarah

Posted:

Najwa Latif mahu jadi pensyarah

Najwa Latif mahu jadi pensyarah

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


NAJWA kini muncul dengan single terkini berjudul I Love You.


SETELAH mengambil keputusan untuk berehat selama beberapa bulan kerana menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, kini penyanyi Najwa Latif semakin ligat membuat persembahan.

Menerusi laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Muka Buku itu kerap mengemaskini tentang aktiviti seninya termasuk lokasi dia mengadakan persembahan.

Ketika ditemui semasa majlis penutup Program IP Summer Camp 2013 di Sekolah Sri Puteri, Cyberjaya minggu lalu, Najwa menyatakan jadual nyanyiannya sekarang cukup padat dengan pelbagai tawaran yang diterima.

Menariknya, penyanyi yang telah mendapat keputusan 4A dalam peperiksaan SPM beberapa bulan lalu mendedahkan dia baru sahaja mendapat tawaran belajar dalam bidang muzik.

Kosmo!: Bagaimanakah dengan perkembangan terbaharu kerjaya Najwa sekarang?

Najwa: Selepas berehat panjang pada tahun lalu, kali ini barulah saya berpeluang untuk aktif menyanyi semula dan sekarang ini saya sibuk mengadakan siri jelajah showcase di beberapa buah negeri seperti Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

Selain itu, saya sedang mempromosikan single terbaharu saya iaitu I Love You dan ia merupakan lagu kelima dalam album saya yang pertama. Saya juga sudah memuat naik teaser lagu tersebut di laman YouTube untuk tatapan peminat.

Boleh ceritakan sedikit tentang lagu I Love You itu?

Lagu berkenaan merupakan ciptaan saya sendiri dan liriknya pula dihasilkan oleh kakak saya iaitu Ika Latif. Ia menceritakan tentang kisah seorang wanita yang memendam perasaan terhadap seorang lelaki, tetapi takut untuk meluahkannya.


NAJWA LATIF memberitahu dia mahu melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), bukan dalam bidang muzik.


Sepanjang bergelar penyanyi, Najwa dilihat selalu berkolaborasi dengan kakak dalam penciptaan lagu. Adakah Najwa tidak berminat menyanyikan lagu daripada komposer yang lain?

Buat masa ini saya memang lebih selesa bekerjasama dengan kakak memandangkan kami agak rapat dan selalu bersama. Lagipun pada usia kami yang tidak jauh berbeza, dia lebih memahami cita rasa dalam menghasilkan lirik yang sesuai.

Namun begitu, saya tidak menolak menyanyikan lagu daripada komposer lain sekiranya bersesuaian dengan saya, malah sudah ada beberapa komposer yang berjumpa dengan saya dan memberikan lagu mereka.

Memandangkan kemasukan pelajar baharu ke institut pengajian tinggi (IPT) akan bermula, adakah Najwa tidak mendapat sebarang tawaran melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPT?

Kira-kira dua minggu lalu saya sudah membuat semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan saya mendapat tawaran dalam jurusan Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), tetapi masih belum buat keputusan sama ada mahu menerima tawaran tersebut atau sebaliknya.

Mengapakah tidak terima sahaja tawaran itu memandangkan sekarang Najwa memang terbabit dalam bidang muzik?

Sebenarnya saya lebih berminat mengikuti pengajian dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) kerana bercita-cita mahu menjadi seorang guru atau pensyarah Bahasa Inggeris.

Lagipun bidang nyanyian ini sebenarnya lebih kepada hobi sahaja dan rasanya lebih baik saya menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati untuk kebaikan masa hadapan.

Sorakan gamat bukti awal Mior juara

Posted:

Sorakan gamat bukti awal Mior juara

Sorakan gamat bukti awal Mior juara

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


MIOR belum mempunyai perancangan untuk membelanjakan wang kemenangan yang berjumlah RM50,000. Namun dia berhasrat untuk aktif membuat persembahan bersama kumpulannya, Sixth Pack.


PESERTA yang terkenal dengan imej rock, Mior Yazid Ahmad, akhirnya dipilih sebagai juara Kilauan Emas musim ketiga yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Rabu lalu.

Mendendangkan dua buah lagu iaitu Purnama daripada kumpulan Search dan juga lagu baharu ciptaan Sri Wirama Adnan Abu Hassan, Sampai Di Sini, peserta berusia 44 tahun itu berjaya memenangi hati juri dan penonton apabila mendapat sorakan serta tepukan gemuruh daripada penonton di auditorium.

Itu petanda awal bahawa Mior bakal dinobatkan sebagai juara pada malam itu. Ternyata tekaan itu benar apabila peserta yang berasal dari Selangor itu berjaya mengetepikan tiga peserta lain dan mendapat undian tertinggi sebanyak 29.5 peratus daripada juri profesional yang mewakili 70 peratus markah, manakala penonton sebanyak 30 peratus.

Juri profesional Datuk Shake memberitahu, suara Mior sangat hebat malah, dia juga mampu menyanyikan bahagian lagu Purnama yang bernada tinggi dengan baik.

Seorang lagi juri profesional iaitu Ziana Zain, menyifatkan Mior sebagai seorang penyanyi rock tegar kerana kekuatannya dalam menyanyikan lagu-lagu rock tidak boleh disangkal lagi.

Mengulas mengenai kemenangannya, ungkap Mior, sorakan gamat daripada penonton yang diberikan sewaktu dia membuat persembahan tidak membuktikan dirinya juara Kilauan Emas musim ketiga sehingga namanya diumumkan.

"Sorakan gamat penonton bukan petanda diri saya sebagai juara. Saya tidak menjangka kemenangan ini dan syukur Alhamdulillah saya dipilih sebagai juara," ujarnya teruja.


KONGSI kemenangan. Dari kiri pemenang tempat ketiga, Silahuddin Ali, Mior Yazid Ahmad (juara) dan Idris Mohd. Shabidin sebagai naib juara.


Mior berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro yang bernilai RM90,000.

Mior turut membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 apabila dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Juri pada malam itu.

Ditanya apakah yang ingin dilakukan dengan duit kemenangan tersebut, bapa kepada tujuh orang anak itu masih belum mempunyai sebarang perancangan.

Begitupun, dia berhasrat untuk meneruskan kariernya bersama kumpulan yang ditubuhnya sejak 25 tahun lalu iaitu Sixth Pack.

"Perancangan untuk membelanjakan duit kemenangan bernilai RM50,000 masih belum ada. Cuma saya berharap dapat bergerak aktif bersama kumpulan Sixth Pack selepas ini," ujarnya yang mengakui masih belum terlambat untuk aktif dalam bidang nyanyian.

Sementara itu, tempat kedua pertandingan Kilauan Emas musim ketiga dimenangi oleh peserta dari Kedah iaitu Idris Mohd. Shabidin, 51, dan dia membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh peserta dari Johor iaitu Silahuddin Ali, 52 dan dia memenangi wang tunai bernilai RM15,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, peserta yang pernah menjadi tumpuan sebelum tersingkir pada konsert separuh akhir, Ros menerima anugerah khas, Personaliti Polident dan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Shake dan Ziana Zain.

Komposer Adnan dan Siti Hajar pula bertindak sebagai guru vokal kepada para peserta.

Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Shake, Ziana Zain, Ali Norpiah (Juara Kilauan Emas musim pertama) dan Fuad (Juara Kilauan Emas musim kedua).

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved