Isnin, 3 Jun 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sajian ketam pencetus selera

Posted:

Sajian ketam pencetus selera

Sajian ketam pencetus selera

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

HIDANGAN serba ketam boleh dinikmati ketika anda mengunjungi restoran Mee Ketam KL yang terletak di Keramat dan Shah Alam.


KUNJUNGAN ke restoran Mee Ketam KL untuk menjamu selera dengan sajian makanan laut yang segar pasti tidak mengecewakan.

Setiap hidangan yang dimeriahkan dengan ketam dan udang galah menjadi taruhan pasangan kembar, Ubaidah dan Usamah Makmum yang juga pemilik restoran tersebut.

Semuanya bermula daripada minat mereka terhadap menu kedua-dua makanan laut itu.

Pemiliknya, Ubaidah, 29, berkata, keistimewaan hidangan yang disajikan terletak pada resipi kuah kari lazat yang menepati selera pelanggan sama ada mereka mahu menikmatinya bersama nasi atau mi.

Resipi yang digunakan pula merupakan ramuan unik diwarisi sejak turun-temurun oleh keluarganya dari Pulau Pinang.

"Selera pelanggan menjadi keutamaan restoran Mee Ketam KL dan kami tidak berkompromi dengan rasa pada setiap hidangan.

"Semuanya diadun secukup rasa agar pelanggan berpuas hati dengan menu yang disediakan. Pada masa sama ia ditawarkan pada harga amat berpatutan," katanya ketika ditemui di premisnya di Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara menu yang menanti pengunjung ialah mi kari ketam bunga atau ketam nipah, mihun sup ketam, mi kari udang galah dan ketam masak cili atau lada hitam.

Menariknya, saiz ketam yang diinginkan juga boleh ditentukan oleh pelanggan dan harga setiap hidangan berbeza mengikut saiz.

Menurut Ubaidah, hidangan yang paling mendapat sambutan ialah mi kari ketam nipah disebabkan rasanya yang enak dan berkhasiat tinggi.

Pelanggan mula memenuhi restoran tersebut pada waktu makan tengah hari iaitu pukul 1 tengah hari dan makan malam sekitar pukul 8.30 malam.

"Udang yang dijual pula mengikut gred iaitu A, B, C dan A+ manakala harga yang dikenakan bergantung pada saiz dan berat udang galah," kata Ubaidah yang sudah tiga tahun berniaga.

Memandangkan permintaan yang diterima sangat menggalakkan, Ubaidah memesan kira-kira 1,000 kilogram ketam seminggu bagi kedua-dua cawangan restoran milik mereka.

Alat tulis corak safari

Posted:

Alat tulis corak safari

Alat tulis corak safari


WARNA-WARNA ceria dan rekaan menarik menghiasi koleksi alat tulis Stabilo.


GANAS, liar dan garang merupakan tema di sebalik koleksi baharu jenama alat tulis Stabilo iaitu Be Wild!. Pilihan fesyen terkini itu telah direka untuk mereka yang mencintai alam semula jadi dan keseronokan mengembara.

Mengambil inspirasi daripada hidupan liar safari, koleksi tersebut menyerlahkan corak kuda belang yang berjalur-jalur, harimau bintang yang bertompok-tompok, zirafah yang tinggi lampai, serta corak harimau. Melalui produk terbaharu itu, para pelajar pasti tambah bersemangat ketika mengulang kaji bersama teman-teman.

Koleksi edisi terhad Stabilo Be Wild! mempunyai alat tulis untuk setiap keperluan melalui beberapa item terkini iaitu Stabilo Move, Stabilo Swing Cool dan Stabilo Bionic.

Stabilo Bionic direka cipta buat mereka yang suka menikmati hidupan liar. Pen mata bola itu cukup sempurna untuk penulis yang banyak berkarya kerana ia dilengkapi dengan sistem dakwat cecair. Ia menampilkan corak harimau yang berbelang-belang dan boleh didapati dalam tiga warna dan reka bentuk.

Pen mata bola Stabilo Move dengan bentuk ergonomik direka untuk keselesaan genggaman tangan pengguna. Ia boleh dipasang dengan aksesori yang bergaya seperti bulu burung, juraian atau manik.

Boleh didapati dalam tiga reka bentuk hidupan liar dengan gabungan warna yang menarik, koleksi Move bermotifkan kuda belang, zirafah, dan corak harimau bintang untuk menyerlahkan ciri-ciri safari dalam diri pengguna.

Rangkaian pen penyerlah Stabilo Swing Cool menonjolkan ciri-ciri eksklusif. Kanak-kanak sekolah, pelajar dan golongan muda menjadi golongan tumpuan kerana mereka menggemari pen penyerlah yang baharu ini.

Menonjolkan enam jenis yang berlainan dengan cetakan corak haiwan yang bergaya, pen penyerlah ini dicipta dengan bentuk rata bagi menjimatkan ruang.

Ia turut dilengkapi klip saku yang praktikal agar mudah dibawa ke mana-mana. Dengan teknologi antikering, ia memastikan dakwat tidak kering walaupun tidak bertutup selama empat jam.

Koleksi edisi terhad Stabilo Be Wild! boleh didapati di semua kedai alat tulis utama. Layari www.stabilo.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved