Isnin, 3 Jun 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mary Yap mahu 'amalan terbaik dahulu' dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah

Posted:

Mary Yap mahu 'amalan terbaik dahulu' dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah

Mary Yap mahu 'amalan terbaik dahulu' dalam pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah

03/06/2013 9:31pm

KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Datuk Mary Yap mencadangkan 'amalan terbaik dahulu', termasuk mengutamakan aspek tatabahasa digabungkan dalam kaedah pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah.

Beliau menegaskan wujud keperluan untuk mengembalikan semula amalan terbaik dahulu yang telah terbukti berjaya, untuk meningkatkan standard Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Katanya Kementerian Pendidikan sedar mengenai isu Bahasa Inggeris, yang sering dibahaskan di media, terutamanya keputusan kurang memberangsangkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Sebab itu kenapa Kementerian Pendidikan serius dalam mencari kaedah dan cara untuk menangani isu itu selaras dengan program transformasi kerajaan.

"Saya sedar terdapat amalan terbaik dahulu yang jelas bermanfaat dan efektif untuk mengalakkan penerimaan positif dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Saya cadangkan amalan terbaik di masa lalu seperti Hari Bahasa Inggeris, Minggu Bahasa Inggeris atau Bulan Bahasa Inggeris diteruskan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai pendidikan daerah serta menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada pengetua sekolah menengah yang dinaikkan daripada gred DG52 kepada DG54 di Rumah Persekutuan di Sembulan, dekat sini hari ini. - Bernama

Belum sampai masa BN jadi parti berbilang kaum - Tun Mahathir

Posted:

Belum sampai masa BN jadi parti berbilang kaum - Tun Mahathir

Belum sampai masa BN jadi parti berbilang kaum - Tun Mahathir

03/06/2013 9:24pm

YOGYAKARTA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya di sini hari ini.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr Mahathir.

Beliau berada di sini kerana memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).

Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya. - Bernama

Polis Perlis temui kereta dipercayai dicuri di Kuala Lumpur

Posted:

Polis Perlis temui kereta dipercayai dicuri di Kuala Lumpur

Polis Perlis temui kereta dipercayai dicuri di Kuala Lumpur

03/06/2013 8:59pm

KANGAR - Polis menemui sebuah kenderaan mewah jenis Audi R8 yang dipercayai dilarikan dari bilik pameran di Kuala Lumpur, dalam Ops Lejang di Kuala Perlis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Superintenden Tengku Mohd. Zainal Tengku Ahmad Shah berkata, kereta itu ditemui pukul 2 petang di sebuah premis di Kuala Perlis, dua jam selepas Ibu Pejabat Daerah Polis Kangar menerima maklumat berkaitan cubaan menyeludup kereta mewah ke sempadan.

Katanya, kereta mewah dianggarkan bernilai RM500,000 itu dilarikan dari sebuah bilik pameran kenderaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan.

Katanya ekoran penemuan kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang berumur antara 26 dan 33 tahun dan mereka ditahan reman selama tujuh hari. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved