Jumaat, 22 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Barang buangan jadi instrumen muzik

Posted:

Barang buangan jadi instrumen muzik

Barang buangan jadi instrumen muzik

BUNYI dentuman senada yang didengari daripada aras bawah bangunan rumah kedai tiga tingkat di Bandar Puteri, Puchong, Selangor itu memecahkan keheningan malam kawasan tersebut. Waktu sudah melewati pukul 10 malam dan kebanyakan kedai telah tamat beroperasi.

Tangga yang didaki menuju ke tingkat tiga bangunan itu mendekatkan lagi daya pendengaran kepada bunyi-bunyian tersebut. Persoalan tentang bunyi yang berkumandang sebentar tadi terjawab apabila tiba di pintu masuk sebuah studio muzik.

Secara serentak, rangkuman bunyi tadi terhenti apabila beberapa individu menyambut kedatangan tetamu ke studio tersebut.

Kata seorang daripada mereka: "Inilah rutin kami setiap hari Isnin. Bermula pada pukul 9.30 malam sehingga 12.30 tengah malam, kami akan berkumpul di studio ini untuk berlatih."

Demikian situasi mingguan yang dilalui oleh ahli kumpulan No Noise Percussion (NNP) yang memperjuangkan muzik stomp di Malaysia. Bagi mereka yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan stomp, ia merujuk kepada bunyi-bunyian yang terhasil menggunakan barangan terpakai atau harian seperti tong pelbagai jenis, peralatan dapur atau besi-besi buruk.

Tahun 2013 mencatatkan usia lima tahun NNP dalam persada muzik stomp tanah air. Biarpun masih mentah, bakat 13 ahli tetap kumpulan tersebut sememangnya boleh dibanggakan ekoran aliran muzik yang dibawa mereka kian mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

"Muzik stomp ini dikenali sebagai stomp selepas ia dipopularkan secara komersial oleh sebuah kumpulan dengan nama Stomp dari United Kingdom bermula pada tahun 1991. Namun sejak tahun 1940-an genre sebegini telah muncul dan ia mula diberi perhatian ketika tahun 1980-an.

"Selain nama stomp, muzik genre ini juga dikenali sebagai muzik junk, kreatif, kontemporari, genderang (percussion) atau paling mudah, muzik yang menggunakan barangan terpakai," jelas ketua kumpulan NNP, Adil Ali Ab. Halim, 28.


TONG syampu yang digunakan NNP dibeli daripada kilang pada harga RM40 bagi setiap unit.


Pilih barang

Sambil mata melilau di dalam studio NNP, pandangan tertancap pada susunan tong sampah hitam di tepi dinding. Rak yang ditempatkan pada satu sudut studio itu juga teratur dengan susunan kotak berisi barangan kecil yang diasingkan mengikut jenis.

Kon jalan raya berwarna oren, pasu bunga dan ekzos kenderaan turut kelihatan sekali gus menimbulkan persoalan, bagaimanakah kesemua barangan itu mampu menghasilkan muzik yang menarik?

Menurut Adil, apa sahaja barangan yang boleh mengeluarkan bunyi berpotensi digunakan bagi menghasilkan muzik stomp. Paling penting, barang tersebut mampu mencipta bunyi yang bersesuaian dengan kehendak sesuatu kumpulan.

"Kumpulan stomp yang kecil boleh menggunakan barangan mudah pecah seperti botol dan kaca di dalam persembahan mereka. Bagi kumpulan yang ramai ahlinya, barangan sebegitu tidak sesuai kerana ia tidak tahan lasak dan jangka hayatnya juga tidak panjang.

"Setakat ini, tong syampu yang kami beli daripada sebuah kilang ialah barang paling tahan lasak yang kami miliki. Selain itu, tong air dan tong sampah juga kami beli dan kualiti setiap daripadanya berbeza mengikut material barang tersebut," terang Adil yang bekerja sebagai pemuzik profesional sepenuh masa.

Sebanyak 10 ahli NNP merupakan bekas pelajar Fakulti Muzik UiTM Shah Alam dan majoriti daripada mereka bekerja sebagai pemuzik profesional dan tenaga pengajar. Tiga lagi masih bergelar pelajar di fakulti yang sama.

Pada awal penubuhan NNP, Oly Fizly Othman, 26, yang juga ahli NNP memberitahu, kos penyediaan barangan tidak melebihi RM500 dan mereka banyak membelinya pada harga murah daripada kedai besi buruk atau kilang.

Tambah Oly, barangan yang diambil daripada kedai besi buruk kebiasaannya dicuba selepas dibeli dan hanya barang yang sesuai akan digunakan. Sekiranya barang yang diperlukan agak mahal, mereka pastikan ia berfungsi seperti yang dikehendaki sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

"Pemukul tong atau dalam konsep muzik asal, pemukul dram, pula kami gunakan batang penyapu yang dipotong pendek. Selain itu, kesemua barangan dikekalkan dengan warna asal agar nilai barangan terpakai itu tidak hilang," kata Oly.

Persembahan

PERALATAN dapur turut digabungkan membentuk satu set alat muzik.


Jika diteliti profil NNP, mereka ternyata grup stomp yang paling dicari-cari di Malaysia. Mereka pernah mengiringi persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pada Anugerah Bintang Popular 2011 dan baru-baru ini, diberi kepercayaan untuk berkongsi pentas bersama Amir Jahari pada Anugerah Juara Lagu ke-27 yang berlangsung awal Januari lalu.

Kelibat mereka dalam persembahan bersama beberapa penyanyi membuatkan penonton teruja untuk mengenali dengan lebih dekat lagi genre muzik yang dibawa NNP.

Mengelaskan konsep persembahan mereka kepada dua jenis, seorang lagi ahli NNP, Faeez Ikhwan Abdul Halim, 23, menceritakan, ada ketika mereka diperlukan bagi mengiringi muzik asal lagu seseorang penyanyi.

"Kalau persembahan korporat selalunya kami dipanggil atas nama NNP sendiri. Jadi kami bebas mencorakkan rentak persembahan menggunakan lagu-lagu kami sendiri selagi ia bertepatan dengan tema majlis.

"Kami juga perlu mencipta koreografi yang menarik agar persembahan tampak hidup dan bertenaga.

"Secara purata, kami menerima jemputan persembahan sebanyak dua hingga tiga kali sebulan tetapi jumlahnya meningkat apabila menjelang pertengahan dan hujung tahun," ujar Faeez yang memberitahu, durasi persembahan paling lama boleh mencecah 30 minit dan tempoh paling singkat adalah selama lima hingga 15 minit.

Cabaran


ANTARA barangan besi yang digunakan Adil yang dijadikan set dram.


Menurut Adil, apabila berbicara tentang cabaran muzik stomp, dia melihat aspek itu dalam konteks positif.

Meskipun perjalanan bagi menaikkan genre tersebut di tanah air masih panjang, pertambahan kumpulan stomp tempatan secara langsung membuka ruang lebih besar kepada mereka untuk berkarya.

Adil bagamanapun menafikan tanggapan bahawa kewujudan beberapa kumpulan stomp lain di Malaysia menutup peluang NNP untuk menyinar. Tambahnya, persaingan yang timbul membuatkan mereka lebih kreatif dan bekerja keras berbanding dahulu.

"Selain itu, cabaran bagi mana-mana kumpulan stomp ketika membuat persembahan boleh timbul ketika membuat persembahan. Barang yang digunakan pecah seperti penutup tong sampah sudah menjadi kebiasaan.

"Bagaimanapun, ia tidaklah memberi efek besar kepada persembahan kerana barang yang pecah itu selalunya tidak mempengaruhi muzik utama. Persembahan perlu diteruskan," tutur Adil.

Alumni untuk penerima Biasiswa Chevening

Posted:

Alumni untuk penerima Biasiswa Chevening

Alumni untuk penerima Biasiswa Chevening

SHAZWAN MUSTAFA KAMAL, 26, sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana dalam bidang Diversity and The Media di Universiti Westminster, Harrow, London, United Kingdom (UK).

Dia sudah pun berada di situ selama tiga bulan setengah. Kejadian rusuhan di London baru-baru ini diakui telah menyebabkan banyak harta awam rosak dan keselamatan ramai tergugat.

"Ia merupakan masalah sosioekonomi masyarakat UK, tetapi sebagai pelajar di sini, saya tidak merasakan keselamatan saya terancam," katanya ketika dihubungi melalui e-mel.

Namun, Shazwan mengakui dia perlu sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang mempunyai kadar jenayah tinggi terutamanya pada waktu malam.

Tambahnya: "Keadaannya sama juga seperti di Malaysia."

Bercerita mengenai bidang yang dipelajarinya sekarang, media boleh menjadi alat positif untuk setiap lapisan masyarakat dan skop pembelajarannya memberi fokus terhadap peranan media dalam memupuk kefahaman dalam kalangan masyarakat yang berbilang keturunan serta agama.

"Bidang ini amat sesuai dengan saya," katanya ringkas sambil menambah, dia pernah bekerja sebagai wartawan selama tiga tahun sebelum ini.

Sepanjang di sana, dia menerima Biasiswa Chevening yang merupakan program meliputi seluruh dunia oleh kerajaan UK dan dibiayai Pejabat Pejabat Luar Negara dan Komanwel (FCO) serta organisasi-organisasi lain.

Program tersebut dimulakan pada tahun 1983 dan terus berkembang menjadi skim antarabangsa yang berprestij. Setakat ini, lebih 41,000 orang alumni Chevening di seluruh dunia dari lebih 100 buah negara.

Mereka tanpa mengira umur menjadi satu rangkaian yang sering bekerjasama daripada pelbagai peringkat pengajian seperti perubahan iklim, pembangunan mapan, kewangan Islam dan banyak lagi. Alumni Chevening sangat dihormati pada tahap global.

Saringan ketat


PARA penerima biasiswa Chevening dari Malaysia pada tahun lalu ini sedang melanjutkan pelajaran di universiti pilihan masing-masing.


Permohonan setiap tahun sangat ketat terutamanya pada peringkat temu duga bagi melihat tahap kesungguhan pemohon. Pengarah Perbankan Pelaburan, Ecmlibra Investment Bank, Sharifah Bakar Ali, 38, dari Kuala Lumpur masih jelas mengingati kepayahan memohon biasiswa itu.

Sharifah memohon biasiswa Chevening sebanyak dua kali sebelum dianugerahkan biasiswa tersebut. Akuinya, permohonan kali pertama tidak berjaya kerana dia kurang persediaan pada peringkat permohonan.

Sharifah menamatkan pengajian pada peringkat sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada tahun 1998. Selepas tamat pengajian, Sharifah bekerja di Arthur Andersen & Co (Ernst & Young) dalam bidang percukaian.

Kali pertama Sharifah memohon biasiswa Chevening adalah pada tahun 2002. Selepas permohonan itu ditolak, dia menukar kerjaya daripada bidang percukaian ke perbankan pelaburan.

Sharifah juga membuat keputusan untuk berpindah ke Bahrain pada tahun 2006 selama dua tahun untuk memperoleh pengalaman bekerja di sana.

Sebaik pulang ke tanah air, Sharifah membuat keputusan untuk memohon biasiswa itu sekali lagi pada tahun 2010.

"Pengalaman dan pendedahan yang ditimba ketika bekerja di Malaysia serta luar negara termasuk mendalami budaya asing dapat membentuk personaliti.

"Saya berpendapat, pengalaman kerja itu menjadikan saya lebih bersedia sekali gus mempunyai misi yang lebih mantap untuk cuba memohon buat kali kedua," kata Sharifah yang ditemui di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Wanita yang gemar membaca terutamanya majalah Economist itu melanjutkan pelajaran di Universiti Cambridge dan memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Sebagai pelajar yang memegang biasiswa Chevening, prestasi sepanjang proses pembelajaran sentiasa dipantau. Semasa di Cambridge, Sharifah giat mendedahkan rakan-rakan sekelas kepada prinsip-prinsip perbankan Islam iaitu bidang yang sangat diminatinya.

Sharifah yakin bidang tersebut mempunyai masa depan yang cerah terutamanya di Malaysia melalui usaha-usaha kerajaan memperkembangkan dan membangunkan lapangan itu.

Pada Mei 2010, dia telah menganjurkan Persidangan Perbankan Islamik pertama di Universiti Cambridge yang mendapat sambutan menggalakkan daripada bank-bank Islam di UK. Persidangan itu ditaja sepenuhnya oleh KFH Research Ltd. yang beribu pejabat di Malaysia.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menyokong persidangan tersebut dan telah menghantar seorang pakar yang bertindak sebagai ahli panel forum.


UNIVERSITI Cambridge merupakan antara pusat pengajian yang terdapat di UK dan turut menjadi pilihan Sharifah.


Sharifah juga merupakan Setiausaha Kehormat Chevening Alumni of Malaysia iaitu persatuan alumni yang sangat aktif menganjurkan aktiviti bagi ahlinya seperti forum-forum awam dan sesi ramah mesra sesama ahli.

Terdapat lebih kurang 1,250 orang ahli Alumni Chevening di Malaysia dan setiap aktiviti yang diadakan bertemakan Pembangunan Negara.

Forum-forum yang setakat ini pernah diadakan menyentuh topik-topik ekonomi, kewangan, sosial, iklim, hak asasi dan sebagainya.

"Setiap ahli alumni merupakan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing menjadikan peluang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tidak terbatas," ujar Sharifah lagi.

Masih berhubung

Seorang lagi alumni Chevening, Jayaprakash Murulitharan, 31, yang kini menetap di Puchong, Selangor baru sahaja menamatkan pelajaran peringkat sarjana pada hujung September 2012 lalu.

Dia menamatkan pelajaran dalam Pengajian Persekitaran dan Kelestarian di Universiti Strathclyde, Glosgow, UK. Jayaprakash kini bertugas sebagai penolong setiausaha bahagian tenaga lestari, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha).

Ujarnya, Alumni Chevening sentiasa mengekalkan hubungan sesama ahli di seluruh dunia terutamanya pada era mobil. Akaun Twitter dan Facebooknya sentiasa dikemas kini mengenai perkembangan terbaharu alumni.

"Akaun rasmi alumni diselenggara oleh pejabat FCO dan setiap tweet merupakan perkara serius dan bermanfaat seperti pemberitahuan pembukaan permohonan biasiswa.

"Kami sentiasa mendapat kemas kini mengenai cabang kursus yang ditawarkan setiap tahun," terang lelaki yang berasal dari Ipoh, Perak itu ketika ditemui di Kelab Tasik Putrajaya, Selangor.

Ikatan persaudaraan antara Alumni Chevening sebenarnya telah dipupuk sejak mereka masih lagi menuntut di UK.

"Alumni Chevening ada menganjurkan majlis yang menjemput semua penerima biasiswa pada tahun tersebut dari semua negara terlibat.


AHLI alumni sangat aktif melakukan forum mengenai isu-isu semasa seperti ekonomi dan alam sekitar di negara masing-masing termasuk di Malaysia.


"Daripada acara tersebut kami bertemu dan beramah-mesra selain dapat membina rangkaian hubungan yang meliputi seluruh dunia," ceritanya lagi.

Setahun di sana, Jayaprakash mempunyai rangkaian yang agak luas, malah mempunyai rakan dari negara Belize yang terletak di Amerika Tengah. Akuinya, dia tidak pernah mendengar nama negara tersebut sebelum mengenali rakannya.

Sharifah juga mempunyai rakan dari Mexico dan kini, giat belajar bahasa Sepanyol kerana bakal mengembara ke negara itu pada tahun hadapan.

Barangkali, mereka sudah pun mencapai tahap negara maju jadi, pengisian rohani lebih diutamakan, ungkap Jayaprakash.

"Pintu dibuka untuk memberi laluan kepada wanita dan apabila mahu duduk, lelaki mereka menarik kerusi untuk kaum wanita," katanya.

Khazanah Kebaya Kampung Cina

Posted:

Khazanah Kebaya Kampung Cina

Khazanah Kebaya Kampung Cina

DALAM diari hidup wanita warga emas itu, tidak pernah terlintas perkataan cemas untuk menghasilkan pelbagai produk jahitan kepada pelanggan-pelanggannya.

Sejak kecil, perasaan cintanya terhadap seni jahitan sudah tersulam rapi di hati Wee Beng Kim. Dalam kalangan penduduk di Kampung Cina, Kuala Terengganu, Terengganu, Beng Kim lebih mesra dengan panggilan auntie Kim.

Seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 September 2012 akibat sakit tua, anak kelahiran Kuala Terengganu yang berusia 86 tahun itu sempat menyiapkan sehelai sapu tangan bersulam motif bunga untuk dijadikan kenangan.

Beliau merupakan Cina peranakan generasi kelima yang cukup terkenal dalam penghasilan busana tradisional kebaya atau kebaya potong kot dalam kalangan peranakan Terengganu.

Hasil jahitan busana tradisional Beng Kim yang kemas, penggunaan benang penuh gerawan dan bermutu tinggi menjadikan baju kebayanya diminati pada era 1950-an.

Anak kedua mendiang, Tan Teng Hong, 65, memberitahu, ibunya mula berkecimpung dalam jahitan sulaman sejak berumur 11 tahun.

Minat yang mendalam terhadap jahitan sulaman berputik semasa mendiang ke Singapura pada tahun 1936, tatkala melihat seorang penyulam kebaya menggunakan mesin jahit.

Sejak itu, mendiang jatuh cinta pada seni sulaman sehingga bapanya, Wee Siau Suan menghadiahkan sebuah mesin jahit.


KANAN: Kebaya potong kot pakaian tradisi yang menjadi kebanggaan Cina peranakan Terengganu.


"Ibu tidak menoleh ke belakang lagi dalam memenuhi cinta baharunya dalam seni jahitan sulaman," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Teng Hong memberitahu, ibunya bekerja dari siang hingga malam semata-mata ingin memastikan dapat menguasai jahitan sulaman.

Pada mulanya, mendiang menyulam renda pada pakaian dalam, tetapi lama-kelamaan mula menunjukkan keyakinan sehingga menghasilkan baju kebaya.

Semasa era 30-an dan 40-an, Beng Kim banyak melakukan eksperimentasi terhadap jahitan sulaman seperti menghasilkan alas meja, sapu tangan dan kebaya.

Profesion sepenuh masa

Hanya pada era 50-an, mendiang menjadikan seni jahitan sebagai profesion sepenuh masa.

Ibu kepada lima cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Tan Eng Leong, 88, hanya mempelajari selok-belok jahitan melalui pemerhatian dan latihan sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa.

Mengulas mengenai potong kot, Teng Hong menjelaskan, dahulu busana tradisional itu lebih panjang dan seolah-olah seperti kimono Jepun.

"Orang ramai yang menempah akan memberitahu ingin potong kot. Lama-kelamaan mengikut peredaran masa busana tersebut semakin pendek sehingga menjadi kebaya.


MENDIANG Beng Kim ketika menyiapkan sulaman sapu tangan terakhirnya seminggu sebelum meninggal dunia.


"Kebaya hanya mula diketahui umum sekitar tahun 1970-an apabila kebaya Bandung dari Indonesia dibawa masuk ke Terengganu," ujarnya.

Bagaimanapun, ia tidak kekal lama kerana orang ramai lebih menggemari potong kot. Nama potong kot begitu sinonim sehingga hari ini dalam kalangan masyarakat Terengganu.

"Busana tradisional potong kot cukup popular di Terengganu sekitar era 50-an sehingga 70-an.

"Pada era 80-an, terdapat banyak fesyen baharu diperkenalkan sehingga menyebabkan busana potong kot agak ketinggalan dan tidak berapa digemari," katanya.

Golongan muda juga lebih gemar memadankan pakaian fesyen terkini berbanding potong kot pada tahun itu.

Busana potong kot mempunyai persamaan gaya tradisional yang boleh disesuaikan dalam cuaca lebih panas.

Menurut Teng Hong, pemilihan kain kapas dalam penghasilan potong kot lebih nipis dan agak pendek berbanding kebaya Nyonya Melaka.

"Disebabkan ukuran blaus lebih pendek, rekaan ikatan pinggang semula jadi yang menahan sarung dapat dilihat sekali gus menambahkan keanggunan pakaian tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, anak keempat mendiang, Justin Tan Teng Tiong, 60, mencelah, terdapat tujuh bahagian yang membentuk sehelai blaus potong kot.

"Ia terbahagi kepada dua lengan panjang, empat kepingan bahagian depan dan satu bahagian belakang dicantum untuk menghasilkan blaus potong kot.

PENGGUNAAN benang yang sesuai penting untuk menghasilkan sulaman yang berkualiti.


"Lazimnya, hujung baju termasuk hujung lengan akan disulam melibatkan motif flora. Kadangkala ibu akan menyelit motif fauna dalam menambah kesenian kebaya berkenaan," ujarnya yang bermastautin di Australia.

Sambil menunjukkan katalog rekaan tahun 1950-an, Justin menambah, sulaman burung layang-layang berwarna biru antara rekaan popular ibunya pada waktu itu.

Selain itu, dia memberitahu, kemungkinan perbezaan ketara yang dapat dilihat pada potong kot berbanding kebaya lain ialah setiap cantuman blaus kebaya terdapat lubang-lubang kecil.

Beli mesin jahit

"Apabila setiap tujuh bahagian siap disulam dan jahit, ibu akan menggunakan mesin jahit yang mempunyai dua jarum mencantumkan kesemua bahagian tersebut.

"Dahulu kena hantar menggunakan kapal. Memang sukar mencantum tujuh bahagian tersebut apatah lagi setiap bahagian terpaksa dihantar ke Singapura," ujarnya.

Bagaimanapun, pada tahun 1952 bapanya telah membeli mesin jahit berkenaan secara terus dari Amerika Syarikat (AS) bagi memudahkan kerja-kerja ibu.

Sambil menguntum senyuman, dia memberitahu, dahulu bapanya terpaksa menulis surat ke AS semata-mata ingin membeli mesin berkenaan kerana tidak ada orang menjual atau membelinya.

Sehingga kini, mesin jahit jenama Singer merupakan satu-satunya yang terdapat di Terengganu masih berada di rumah mendiang.

Teng Hong menambah, kesemua adik-beradiknya tidak mewarisi bakat yang dimiliki mendiang ibu mereka.

Mendiang ibunya seorang yang begitu teliti dalam penghasilan potong kot malah kemahirannya ialah memotong kain tanpa renda.

"Ibu juga sangat pantas melakukan sulaman untuk memastikan ia padat dan kemas sehingga mendapat permintaan tinggi," katanya.

Bahkan, mendiang ibunya sama sekali tidak membenarkan kami adik-beradik memegang gunting cap mata yang didatangkan khas dari Jerman untuk memotong kain.


LUBANG yang membezakan potong kot oleh Beng Kim berbanding kebaya lain.


Mendiang ibunya mempunyai pelbagai koleksi gunting dalam pembuatan potong kot.

Sementara itu, Setiausaha Koperasi Kampung Cina Kuala Terengganu Berhad, Yap Chuan Bin, 62, memberitahu, pemergian Beng Kim merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti Kampung Cina.

"Sehingga kini tidak ada orang yang mampu menghasilkan warisan potong kot di Kampung Cina sehebat Beng Kim.

"Saya masih ingat sewaktu kecil, hampir semua penduduk setempat akan menempah potong kot dalam meraikan majlis seperti perkahwinan, Tahun Baru Cina dan majlis rasmi.

"Mendiang akan bertungkus-lumus menghasilkan potong kot untuk memenuhi tempahan agar penduduk dapat memadankan busana baharu mereka," katanya.

Justeru, Chuan Bin amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menjadikan rumah mendiang sebagai rumah warisan.

Katanya, ia sedikit sebanyak dapat memperingati mendiang dan hasil kerjanya untuk didedahkan kepada generasi baharu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar UiTM P. Pinang tunjuk kreativiti pelancongan

Posted:

Pelajar UiTM P. Pinang tunjuk kreativiti pelancongan

Pelajar UiTM P. Pinang tunjuk kreativiti pelancongan


SEBAHAGIAN daripada ahli-ahli Pyota kampus UiTM Pulau Pinang yang menjayakan Tourism in Wonderland di kampus itu di Pulau Pinang baru-baru ini.


ACARA. Padang utama kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang bertukar menjadi taman tema hasil kreativiti para pelajar program pelancongan bertemakan Tourism in Wonderland baru-baru ini.

Program anjuran Penang Youth Tourism Association (Pyota) dari Fakulti Pengurusan Perhotelan UiTM Pulau Pinang itu bertujuan mendedahkan pelajarnya aspek pengurusan acara pelancongan.

Menurut penasihat kelab, Ezwani Azmi, aktiviti tersebut melatih para pelajar menghasilkan produk berbentuk pelancongan yang turut berjaya menarik penglibatan masyarakat di sekitar kampus tersebut.

"Program ini juga dapat melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif dan memperkenalkan bidang pelancongan dan menggalakkan gerakan kelab yang aktif," katanya.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Timbalan Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Prof. Madya Noor Awang Hamat.

Kasih beri sumbangan kepada Orang Asli

Posted:

Kasih beri sumbangan kepada Orang Asli

Kasih beri sumbangan kepada Orang Asli


AISHAH (berdiri, sembilan dari kiri) dan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin (berdiri, lapan dari kiri) bersama sebahagian pelajar Orang Asli di Shah Alam baru-baru ini.


SUMBANGAN. Seramai 50 keluarga masyarakat Orang Asli Bukit Bandaraya, Seksyen 8, Shah Alam gembira menerima sumbangan barangan keperluan dapur daripada Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) sempena Program Sentuhan Kasih bersama masyarakat Orang Asli Parlimen Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Tok Batin Orang Asli di kawasan berkenaan, Kamal Bapak berkata, pihaknya gembira dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh badan amal itu yang bukan sahaja menghulurkan bantuan wang tunai dan barangan keperluan tetapi turut sama-sama beramah mesra dengan penduduk.

"Pada program ini, Kasih turut memberikan sumbangan peralatan sekolah kepada 80 anak-anak Orang Asli yang belajar di sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Shah Alam," katanya.

Naib Yang Dipertua Kasih, Prof. Datin Seri Aishah Salleh memberitahu, selain menjaga kebajikan, Kasih juga bertanggungjawab memastikan nasib golongan kurang berkemampuan seperti Orang Asli sentiasa terbela.

UMNO Jerantut lancar laman web Kas Sayang Jerantut

Posted:

UMNO Jerantut lancar laman web Kas Sayang Jerantut

UMNO Jerantut lancar laman web Kas Sayang Jerantut


WAN AMIZAN (duduk, dua dari kanan) bersama jawatankuasa media baharu UMNO Bahagian Jerantut dan maskot Pahang, Tok Gajah (kanan) selepas pelancaran laman web Kas Sayang Jerantut di Pahang baru-baru ini.


BAHARU. UMNO Bahagian Jerantut melancarkan laman sosial Kas Sayang Jerantut bagi memudahkan penyaluran maklumat dan aktiviti pemimpin bersama rakyat di Parlimen Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, kas yang digunakan bermaksud saya dalam loghat daerah itu.

"Laman sosial tersebut ditubuhkan bertujuan menyalurkan maklumat mengenai dasar kerajaan kepada rakyat," ujarnya baru-baru ini.

Pada masa yang sama, katanya, ia menjadi medium untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Empat pegawai imigresen dijel

Posted:

Empat pegawai imigresen dijel

Empat pegawai imigresen dijel

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

EMPAT pegawai imigresen dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Empat pegawai Jabatan Imigresen masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah menerima rasuah yang kesemuanya membabitkan wang berjumlah RM28,740 bagi memudahkan urusan kemasukan warga Indonesia ke negara ini tanpa memenuhi syarat tiga tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Azmir Mahadi, 30, Ahmad Zahed Abdul Alim, 30, Mohd. Hafiz Zakaria, 29, dan Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 28.

Azmir dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau lima tahun bagi lima pertuduhan menerima rasuah yang kesemuanya berjumlah RM3,810 daripada Azizul Hakim Salehuddin di Cawangan Affin Bank Bhd. di Pelabuhan Klang dekat sini, antara 15 Ogos 2010 hingga 22 Ogos 2010.

Bagaimanapun, Azmir dilepas dan dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan cuba memperoleh wang suapan berjumlah RM920 daripada Azizul Hakim di tempat sama pada 28 Ogos 2010.

Ahmad Zahed pula dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM120,000 atau penjara 12 tahun bagi 12 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM13,590 daripada Azizul Hakim di Maybank cawangan Bukit Tinggi, Klang dekat sini antara 26 Julai 2010 dan 28 Ogos 2010.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lagi sindiket jual bayi dibongkar

Posted:

Lagi sindiket jual bayi dibongkar

Lagi sindiket jual bayi dibongkar

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


GAMBAR fail menunjukkan anggota polis membawa seorang daripada lima tertuduh, Soo Chin ke Mahkamah Sesyen Butterworth baru-baru ini atas dakwaan memperdagangkan bayi.


GEORGE TOWN - Kesungguhan polis untuk terus menggempur kegiatan haram sindiket memperdagangkan bayi yang pernah dibongkar bulan lalu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa itu menemui 21 lagi bayi termasuk seorang kanak-kanak lelaki.

Polis turut memberkas 43 individu yang merupakan keluarga angkat bayi dan kanak-kanak tersebut selepas membuat serbuan serentak di tujuh negeri kelmarin.

Daripada jumlah itu, 19 adalah lelaki dan dua wanita asing dari Singapura dan Indonesia.

Selain bayi, polis turut merampas MyKid, sijil lahir dan kad rawatan kesihatan bayi serta kanak-kanak daripada keluarga angkat masing-masing.

Mereka yang diberkas berusia 27 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai pensyarah, jurutera, ahli perniagaan dan pegawai bank.

Kesemua mereka terdesak untuk memiliki anak kerana tidak dikurniakan sebarang cahaya mata sejak berkahwin selama beberapa tahun.

Difahamkan, tiga lagi bayi dan kanak-kanak yang dijual telah dibawa oleh keluarga angkat masing-masing untuk menetap di Singapura, Indonesia dan Kanada.

Polis sudah mengenal pasti identiti mereka dan sedang menunggu kerjasama pihak berkuasa negara berkenaan untuk membawa pulang mangsa.

Mangsa-mangsa yang berusia sebulan hingga sembilan tahun itu ditemui di Pulau Pinang (2), Selangor (7), Johor (3), Perak (3), Kuala Lumpur (4), Pahang (1) dan Negeri Sembilan (1).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kesemua bayi dan kanak-kanak tersebut diselamatkan dalam Ops Pintas Sayang Dua yang merupakan kesinambungan daripada Ops Pintas Sayang Satu yang dijalankan bulan lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Empat sahabat dijel lapan tahun sebabkan kematian rakan serumah

Posted:

Empat sahabat dijel lapan tahun sebabkan kematian rakan serumah

Empat sahabat dijel lapan tahun sebabkan kematian rakan serumah


ANAK panah menunjukkan arah Nor Shahirah terjatuh dari tingkat tujuh Kondominium Genting Court, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur pada 3 Februari tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Perbuatan kejam empat individu yang menyiram air panas, membelasah dan membogelkan rakan serumah hingga mendorong gadis itu terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium berbalas apabila mereka dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Sherill Clarissa Razif, 25, Ellina Mahili, 25, Raja Nur Bahiah Raja Kamaruzaman, 24, dan Huzaifah Kamal, 24, masing-masing dihukum penjara lapan tahun enam bulan.

Kesemua mereka mengaku salah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Azman Husin atas tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian Nor Shahirah Hassan, 26.

Sebelum ini, pada 15 Februari 2012, mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori tetapi tuduhan itu telah dipinda.

Mohd. Azman mengarahkan Sherill, Ellina dan Huzaifah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 3 Februari 2012 manakala Raja Nur Bahiah pada 9 Februari 2012.

Mereka didakwa mendatangkan kecederaan tubuh terhadap Nor Shahirah sehingga menyebabkan kematian mangsa di Blok 3-7-7, Kondominium Genting Court, Jalan Genting Klang, Setapak di sini antara pukul 12 malam dan 5 pagi 3 Februari 2012.

Tiga daripada empat tertuduh merupakan rakan serumah mangsa manakala pada waktu kejadian, Raja Nur Bahiah datang untuk membantu mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Model pertama guna platform MQB

Posted:

Model pertama guna platform MQB

Model pertama guna platform MQB

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

SAMA ada kita sedar atau tidak, Volkswagen (VW) Golf mempunyai sejarah yang agak panjang di negara ini. Bagi orang lama, mereka sudahpun mengetahui tentang model kompak itu menerusi generasi-generasi awalnya.

Golf membuat kemunculan semula dengan ketara menerusi generasi kelima sejak beberapa tahun lalu. Ketika itu, ia menjadi pilihan orang muda yang berduit. Walaupun pada peringkat awalnya ia dibawa masuk oleh grey importer, persona Golf membuatkan orang ramai tidak berfikir panjang untuk memilikinya.

Kini, Golf merupakan antara model terlaris yang ditawarkan oleh Volkswagen Group Malaysia (VGM). Selepas sukses dengan Golf generasi keenam yang berada di bilik pameran sekarang, VGM dikatakan bakal tampil dengan dengan Golf generasi ketujuh (Golf VII) tidak lama lagi.

Untuk makluman, Golf baharu diperkenalkan kepada dunia pada 4 September 2012, selepas 38 tahun berada di pasaran dan terjual lebih 29 juta unit di seluruh dunia. Model itu benar-benar mendefinisikan semula segmen kereta kecil untuk keluarga.

Harus tahu bahawa Golf generasi ketujuh itu merupakan model serba baharu. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi model pertama keluaran VW yang dibina berasaskan platform Modular Transverse Matrix (MQB) atau bahasa Jermannya, Modularer Querbaukasten.

Walaupun sudah menjadi salah sebuah pengeluar kenderaan terbesar di dunia, VW tetap memerlukan MQB sebagai salah satu cara paling ekonomikal untuk terus bersaing dalam industri automotif dunia yang semakin sengit.

Sinergi teknologi utama


GOLF menawarkan ruang tempat duduk belakang yang selesa dan luas.


MQB bertujuan mengeksplotasi sinergi teknologi-teknologi utama tanpa mengira kelas kenderaan dan jenama yang bernaung di bawah VW.

Kesimpulannya, MQB menjadi paksi kepada penghasilan model baharu VW, Audi, Skoda dan Seat selepas ini. Lebih menarik lagi, MQB membolehkan teknologi-teknologi yang biasanya eksklusif untuk jentera mewah diakses oleh model keluaran massa.

Ia menyeragamkan banyak parameter komponen kenderaan tanpa mengira kelas atau jenama. MQB merangkumi segmen A0 hingga B. Bagi jenama VW, ia meliputi model seperti Polo, Beetle, Golf, Scirocco, Jetta, Tiguan, Touran, Sharan, Passat dan Volkswagen CC. Pada masa akan datang, semua model tersebut secara teorinya boleh dihasilkan di atas saluran pemasangan yang sama.

Di atas platform MQB, Golf baharu dikatakan lebih ringan, selamat, maju, luas, cekap dan lengkap cirinya berbanding Golf sebelumnya.

Dilihat secara luarannya, Golf baharu menampilkan gayaan lebih kemas, sporty dan tidak berlebih-lebih. Memang betul, walaupun dimensi tubuh telah bertambah, reka bentuk keseluruhan membuatkan sesiapa sahaja mengenalinya sebagai sebuah Golf.

SISTEM Infotaimen Modular (MIB) yang terdiri daripada skrin sentuh dan paparan navigasi tiga dimensi (3D).


Menurut Ketua Pereka Bentuk Volkswagen AG, Walter de Silva, salah satu faktor utama kejayaan Golf adalah kesinambungan gayaannya.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu, Golf itu 100 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya. Justeru, ia 23 peratus lebih cekap dalam aspek penggunaan bahan api.

Bahagian kokpit, sudut konsol tengah diarahkan kepada pemandu. Rekaan ergonomik itu membolehkan pemandu lebih mudah untuk mencapai butang kawalan sistem infotaimen dan pendingin hawa. Ruang tersebut juga dihasil agar lebih mewah menerusi penggunaan material berkualiti tinggi.

Golf VII dilancarkan bersama dua generasi enjin serba baharu iaitu TSI (EA 211) berkuasa 60PS hingga 150PS dan enjin diesel TDI berkod EA 288 dengan kuasa mencecah 90 hingga 190PS.

Untuk pasaran tempatan, enjin yang dibekalkan pastinya enjin petrol TSI yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DSG) tujuh kelajuan. Cuma berapa kuasa PS sahaja yang belum dapat dipastikan.

Menyentuh tentang ciri keselamatan pula, Golf menerima penghormatan untuk menjadi model pertama dipasang dengan beberapa sistem bantuan pemanduan yang inovatif. Sebagai contoh, brek multipelanggaran yang belum pun digunakan oleh model mewah lain.

Sistem itu berfungsi memberhentikan sepenuhnya kenderaan selepas berlaku pelangaran bagi mengurangkan tenaga kinetik. Sekali gus meminimumkan impak pelanggaran kedua.


SUSUN atur butang kawalan dan rekaan papan pemuka yang ergonomik.


Selain brek multipelanggaran, Golf turut dilengkapi sistem bantuan lain seperti Adaptive cruise control (ACC), Front Assist, City Emergency Braking, Lane Assist, Park Assist, Sign Assist, Light Assist, pengesan papan tanda, sensor keletihan dan sistem perlindungan penumpang yang proaktif.

Soalan seterusnya, berapakah harga hot hatch itu? Saya percaya VGM akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan tanda harga tidak terlalu mahal berbanding model yang digantinya. Untuk menurunkan harga, tidak mustahil akan ada ciri-ciri yang terpaksa ditiadakan.

"Sama ada bergerak atau berhenti, Golf seolah-olah dibina dengan material yang lebih kuat berbanding hatch lain di pasaran. Golf bukan lagi sebuah kereta yang anda perlukan, tetapi jentera yang anda mahukan," kata Editor Perunding Top Gear, Paul Horrell.

Anda sudah tidak sabar untuk menunggu kehadiran Golf baharu? Saya pun sama.

Maserati GranTurismo Sport

Posted:

Maserati GranTurismo Sport

Maserati GranTurismo Sport


PENGERUSI Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faizal SM Nasimuddin (kiri) bersama Pengarah Serantau Maserati Asia Pasifik, Geatano Marino melancarkan Maserati GranTurismo Sport di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


PENGIMPORT dan pengedar tunggal kenderaan jenama Maserati di Malaysia, Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia) baru-baru ini menambah satu lagi jentera eksotik dalam pasaran tempatan iaitu Maserati GranTurismo Sport. Model yang dilancarkan di pusat 3S (pameran, jualan dan alat ganti) Maserati di Naza Automall di Petaling Jaya, Selangor itu merupakan jentera yang mewarisi tradisi model GranTurismo, produk paling berjaya dalam sejarah Maserati.

Sejak diperkenalkan sewaktu Geneva Motor Show pada tahun 2007, sudah ada kira-kira 15,000 pemilik jentera GranTurismo di seluruh dunia. Varian Sport menjadi pelengkap keluarga GranTurismo apabila ia mengisi kekosongan antara model GranTurismo dan GranTurismo MC Stradale.

GranTurismo Sport dipasang enjin V8 4.7 liter dengan dua pilihan transmisi enam kelajuan. Pilihan itu ialah kotak gear automatik (MC Auto Shift) dan electro-actuated (MC Shift). Ia mampu menghasilkan kuasa 460hp @ 7,000rpm dan kuasa kilas setinggi 520Nm @ 4,750rpm.

Kelajuan maksimum adalah 300 kilometer sejam (km/j) untuk varian dengan transmisi MC Shift dan 298km/j (MC Auto Shift). Pecutan dari titik pegun ke 100km/j mengambil masa 4.7 saat bagi MC Shift dan 4.8 saat untuk MC Auto Shift.

Sistem penyerap hentak aktif model 2+2 tempat duduk itu dinaik taraf dengan menggunakan sistem Sport Skyhook. Keupayaan membrek disandarkan kepada cakera brek jenis berkembar dengan angkup Brembo.


RUANG kabin mewah dengan tempat duduk dibalut kulit berwarna kontras.


Kelainan utama pada model Sport jelas kelihatan menerusi lampu DRL (Daytime Running Lights) LED. Tidak lupa juga penggunaan lampu jenis kluster Xenon pada lampu utamanya. Secara ringkas, rekaan model sport mewah itu mengambil ilham daripada varian GranTurismo MC Stradale.

Pada hari pelancaran, Naza Italia sudah menerima dua tempahan untuk model baharu itu. Bayaran tempahan adalah sebanyak RM100,000 seunit. Harga kenderaan sport touring itu bermula RM1.118 juta sebuah. Harga itu tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj lain. Pendek kata, harga asas.

Tawaran Maserati dijangka lebih meriah tidak lama lagi apabila ada khabar tiga model baharu bakal memasuki pasaran. Model yang disebut-sebut ialah Quattroporte, Ghibli dan GranCabrio Sport.

Ketibaan tiga model itu bakal membantu Maserati menerokai segmen-segmen baharu dan bukannya kepada sport touring semata-mata.

Model era baharu Nissan!

Posted:

Model era baharu Nissan!

Model era baharu Nissan!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


JENTERA kompak ini dibangunkan untuk pasaran Eropah.


PASARAN kereta hari ini sangat kompetitif. Dahulu terdapat tiga kuasa utama iaitu jenama Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Mereka bersaing sesama sendiri dan saiz pasaran cukup untuk menuai keuntungan.

Tetapi tidak buat masa sekarang apabila pasaran semakin besar tetapi sangat kompetitif. Ia didorong oleh beberapa faktor seperti kemerosotan ekonomi, peralihan minat pembeli dan banyak model alternatif untuk sesuatu segmen.

Pembeli hari ini ditawarkan dengan banyak pilihan terutama daripada pengeluar Korea Selatan. Strategi Kia dan Hyundai adalah melambakkan pasaran dengan kenderaan berharga lebih murah dan spesifikasi tinggi.

Pengguna masa kini pula sudah bijak dan tahu menilai. Justeru, terbukti pengeluar Korea Selatan menjadi 'pengacau' yang berjaya.

Sudah biasa kita dengar daripada pengguna bahawa kereta buatan Korea lebih berbaloi jika dibandingkan di atas kertas. Bahkan ada yang langsung menyindir kereta buatan Jepun yang sudahlah mahal, tetapi dengan spesifikasi biasa-biasa sahaja.

Bukan itu sahaja, reka bentuk kereta Korea juga sudah menjadi penanda aras atau contoh untuk dibuat perbandingan dengan kereta lain. Dengan trend tersebut, adakah pengeluar kereta Jepun ingin duduk sahaja dan melihat jualan kenderaan mereka semakin terhakis?

Kebelakangan ini, pengeluar Jepun telah melancarkan serangan balas dengan menghasilkan kereta yang lebih arus perdana. Toyota misalnya mengambil serius kritikan yang mengatakan reka bentuk kereta mereka membosankan. Honda pula sudah bertindak dengan produk masa depan yang nampak meyakinkan. Namun masih dikira sebagai agak lambat untuk bertindak.

Komitmen Inovasi

Satu lagi pengeluar Jepun yang penting ialah Nissan. Mereka kini nampaknya bersedia untuk bersaing dalam lapangan yang sengit ini. Pengenalan model baharu iaitu Note pada bulan Mac 2013 merupakan isyarat gelombang model-model baharu yang lebih berani akan diperkenalkan Nissan.


NOTE didatangkan dengan tiga pilihan enjin yang menjimatkan.


Komitmen pengeluar itu terhadap inovasi, gayaan dan sesuatu yang menyeronokkan dibuktikan melalui beberapa model seperti Qashqai dan Juke.

Note merupakan penyambung projek tersebut. Ia dipakejkan dengan teknologi keselamatan terkini pada harga mampu milik.

Memetik laporan agensi berita Newspress, Note ialah sebuah kereta dalam segmen B yang dibangunkan di Eropah untuk pelanggan Eropah. Kerja-kerja kejuruteraannya dilakukan di Pusat Teknikal Nissan Eropah (NTCE) di United Kongdom (UK) dan Sepanyol dengan kilang produksi di Sunderland, UK.

Faktor jualan terbesar Note ialah teknologi keselamatannya yang dikenali sebagai Safety Shield. Teknologi tersebut terdiri daripada beberapa sistem iaitu Blind Spot Warning System yang akan memberi amaran jika terdapat objek pada sisi kereta.

Lane Departure Warning pula memberi amaran jika kereta terkeluar dari laluannya. Sementara Moving Object Detection pula berfungsi memberi amaran jika terdapat sebarang pergerakan di luar kereta.

Ketiga-tiga sistem tersebut disokong oleh kamera belakang yang turut dilengkapi sistem cucian dan pengeringan jika lensa kamera kotor.

Note juga merupakan kereta segmen B pertama dilengkapi Around View Monitor (AVM), kamera keliling yang berfungsi sebagai alat bantuan untuk proses parkir. Ciri-ciri tersebut sangat membantu ketika memarkir kereta dan mengurangkan risiko kemalangan kecil terutama di parkir bandar.

"Note ialah model yang penting dalam barisan produk kami. Model ini menggabungkan rekaan bijak dan teknologi yang belum pernah ditawarkan dalam segmen B. Kami menggunakan reka bentuk dan inovasi kejuruteraan bagi membolehkan teknologi premium mampu dimiliki ramai," jelas Ketua Pengurus Pemasaran Nissan Eropah, Geraldine Ingham.


MENGETENGAHKAN rekaan yang kontemporari.


Sedar tidak bahawa ungkapan sebegitu biasanya diucapkan oleh wakil-wakil dari pengeluar kereta Korea?

Bagi menggerakkan Note, tiga opsyen enjin ditawarkan dengan teknologi stop-start sebagai ciri standard untuk semua varian. Antara enjin yang ditawarkan adalah bersesaran 1,198cc 12 injap tiga silinder. Enjin tersebut berkuasa 80PS pada 6,000rpm dengan tork 110Nm pada 4,000rpm.

Enjin kedua ialah 1.2 liter DIG-S berkuasa 98PS @ 5,600rpm dengan 142Nm @ 4,000rpm. Pilihan ketiga ialah enjin 1.5 liter turbo diesel berkuasa 90PS yang baru dibangunkan hasil usahasama Renault-Nissan Alliance.

Benar kata orang, persaingan tidak semestinya melemahkan. Malah sesebuah organisasi akan mencari jalan keluar untuk tampil dengan lebih hebat. Apa yang berlaku dalam dunia automotif sekarang benar-benar menguntungkan pengguna.

Dalam konteks ini, kereta menjadi lebih selamat dan bernilai untuk dimiliki. Terima kasih Kia dan Hyundai.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tunku Ismail tenang

Posted:

Tunku Ismail tenang

Tunku Ismail tenang

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

TUNKU ISMAIL IDRIS


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dilihat mengambil pendekatan berbeza biarpun bakal disiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didakwa mengeluarkan kenyataan mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) baru-baru ini.

Sehingga semalam, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengulas pendirian FAM berhubung perkara tersebut.

Cubaan media mendapatkan beliau sebaik tamat aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Felda United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam juga menemui jalan buntu apabila Tunku Ismail segera beredar dari pekarangan stadium sebaik perlawanan tamat.

Difahamkan, satu sidang akhbar khas akan diadakan oleh baginda di Johor Bahru pada masa terdekat.

Semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan Tunku Ismail tidak akan terlepas daripada tindakan disiplin badan induk bola sepak negara itu sekiranya didapati bersalah.

Azuddin dilaporkan berkata, FAM tidak akan mengambil pendekatan 'double standard' bagi menangani kes tersebut.

Bagaimanapun, Azzuddin memberitahu, FAM akan mengkaji semula kenyataan Tunku Ismail kepada pihak media sebelum mengambil tindakan susulan.

"Seperti biasa, mengenai kenyataan Tunku Ismail yang mengkritik mutu pengadilan Liga M, perkara itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM.

"Tunku Ismail tetap akan disiasat sebagaimana prosedur biasa dijalankan dalam kes tatatertib seperti itu.

"Namun, pihak FAM akan meneliti kenyataan Tunku Ismail terlebih dulu, sama ada ia berbentuk kritikan atau perhatian kepada FAM," kata Azzuddin baru-baru ini.

Pada Selasa lalu, dalam satu sidang akhbar khas di Johor Bahru, Tunku Ismail mempersoalkan mutu pengadilan Liga M yang dianggap lemah.

Tunku Ismail memberitahu, tindakan beberapa pengadil yang 'menutup mata' terhadap kekasaran atau kesalahan pemain, jelas menunjukkan tiadanya standard dalam mutu pengadilan.

Bagi menyokong kenyataannya itu, Tunku Ismail memaklumkan, PBNJ sudah mengambil semua rakaman video dan akan menyerahkannya kepada pihak terbabit untuk menjalankan siasatan.

Pada masa sama, baginda sanggup menerima segala kecaman dan hukuman daripada FAM jika apa yang dinyatakan itu salah.

'Mereka harus buktikan'

Posted:

'Mereka harus buktikan'

'Mereka harus buktikan'

Oleh MOHD. IKHSAN
FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


DAREN dicabar untuk melakukan kejutan pada Seluruh England yang akan berlangsung di Birmingham bulan depan.


KETUA jurulatih perseorangan, Rashid Sidek (gambar kecil) mengharapkan dua pemain negara, Liew Daren dan Chong Wei Feng melakukan kejutan pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Seluruh England 2013 yang dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 10 Mac depan.

Tanpa berselindung, Rashid mahukan dua pemain perseorangan negara itu tampil konsisten pada kejohanan tersebut untuk mengelak tersingkir awal.

Mengakui impian yang diletakkan oleh seluruh peminat sukan tanah air yang mahu menyaksikan juara 2010 dan 2011 serta pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran ketiga di Birmingham pada tahun ini, Rashid pada masa yang sama, turut mahu melihat dua pemain tersebut cemerlang pada kejohanan di Birmngham itu kelak.

Rashid meletakkan harapan kepada Daren dan Wei Feng untuk membuktikan sesuatu setelah diberikan kepercayaan untuk beraksi dalam beberapa kejohanan Siri Super tahun lepas.

"Kita semua tahu, Chong Wei pemain utama kita yang diberikan sasaran untuk menang pada Seluruh England tetapi Daren dan Wei Feng juga harus buat yang terbaik.

"Memang undian nampak sukar untuk mereka berdua kerana akan menentang pencabar yang berada dalam senarai kelompok 10 pemain terbaik dunia, namun mereka harus mencuba," kata Rashid ketika ditemui Kosmo! di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Berdasarkan undian Seluruh England yang dikeluarkan baru-baru ini, Daren akan bertemu dengan pemain China yang kini menghuni tangga kelima dunia, Chen Jin manakala Wei Feng menentang Jan O Jorgensen dari Denmark (No. 10) pada aksi pembukaan.

Rashid berkata, pengalaman yang telah diraih kedua-dua pemain berusia 25 tahun itu sepanjang tahun lalu harus digunakan dengan lebih baik pada kejohanan berprestij tersebut.

"Status Seluruh England memang tinggi dan memang sudah menjadi adat dalam kejohanan Siri Super yang mereka akan berhadapan dengan pemain-pemain pilihan.

"Mereka berdua pun apa kurangnya, Daren pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada Seluruh England (2012) dan Wei Feng pula mara ke suku akhir Terbuka Jepun tahun lepas.

"Begitupun, kalau mereka tewas, kita perlu lihat juga bagaimana mereka tewas sama ada mereka memberikan saingan atau tidak," jelas Rashid lagi.

Chong Wei yang tampil selaku pilihan pertama turut dan dijangka tidak akan menghadapi laluan sukar untuk ke final apabila seteru utamanya dari China, Lin Dan tidak menyertai kejohanan tersebut.

Walaupun pemenang pingat emas Sukan Olimpik London 2012 itu tidak beraksi pada kali ini, Rashid turut menasihatkan agar Chong Wei tidak memandang rendah kepada pencabar-pencabar yang lain.

"Jangan terlalu menganggap mudah dengan semua perlawanan, jika boleh menamatkan setiap pertarungan dengan lebih cepat lagi bagus," katanya.

Pemain berusia 30 tahun itu akan menentang Wong Wing Ki dari Hong Kong pada pusingan pertama Seluruh England 2013.

Jika diimbas pada kempen tahun lepas, Chong Wei terpaksa menarik diri pada aksi final menentang Lin Dan selepas mengalami kecederaan pada bahu kanan.

Seladang enggan 'goyang kaki'

Posted:

Seladang enggan 'goyang kaki'

Seladang enggan 'goyang kaki'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

AZRAAI (kanan) tetap mengerah pemainnya untuk terus bekerja keras jika berhasrat mahu mengubah kedudukan dalam liga.


SKUAD yang mendapat jolokan Seladang, Perak tidak ada sebab untuk 'goyang kaki' biarpun minggu ini aksi Liga Super berdepan Lions XII yang sepatutnya berlangsung di Stadium Jalan Besar malam ini ditangguhkan pada 6 April depan.

Sebaliknya, pengendali Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah mahu memastikan tempoh rehat yang dimiliki barisan pemainnya, dimanfaatkan sepenuhnya menjelang pertemuan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 1 Mac depan.

Pada masa sama, Azraai juga menganggap penangguhan perlawanan berdepan Lions XII sebagai satu rahmat ekoran kecederaan yang dialami penyerang utamanya, Abdul Hadi Yahya ketika mengatasi Pahang 1-0 di Lumut Selasa lalu.

"Kami telah menerima makluman daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penangguhan perlawanan dengan Lions XII (malam ini) dan menerima perkara itu dengan hati terbuka.

"Namun, ia bukan alasan untuk kami 'goyang kaki' kerana kami masih perlu berdepan Kelantan awal bulan depan, jadi kami perlu benar-benar bersedia dalam aspek mental dan fizikal.

"Saya juga berharap kecederaan pergelangan kaki yang dialami Abdul Hadi dapat pulih sepenuhnya kerana khidmatnya benar-benar diperlukan ketika berdepan lawan yang kuat seperti Kelantan.

"Justeru, saya harap tempoh rehat yang secukupnya ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kesemua pemain supaya bersedia 100 peratus ketika beraksi di tempat lawan selepas ini," kata Azraai kepada Kosmo!.

Azraai juga tidak menyembunyikan kebimbangannya yang bakal kehilangan Mohamad Rafiuddin Roddin dan juga penyerang, Mohd. Failee Mohamad Ghazli ketika berdepan Kelantan nanti ekoran penggantungan kad kuning.

"Saya kini berada dalam dilema bagi mengenal pasti pemain terbaik menggantikan kedua-dua pemain itu.

"Aksi berdepan Kelantan pastinya sukar, jadi saya harap kami mampu menyempurnakan misi untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata," kata Azraai.

Dia menuntut momentum cemerlang anak-anak buahnya seperti mana ketika mengatasi Pahang tempoh hari jika berhasrat meraih kemenangan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Serbuan zombi di Kuala Lumpur

Posted:

Serbuan zombi di Kuala Lumpur

Serbuan zombi di Kuala Lumpur

Oleh NIZHA PERIASWAMY

SEORANG gadis sengaja membuat mimik muka ketakutan didekati zombi untuk dirakamkan dalam kamera.


GARA-GARA sambutan hangat drama popular The Walking Dead, Fox International Channels menghidupkan sebahagian daripada siri itu ke alam realiti melalui kemunculan zombi-zombi di sekitar kawasan bandar raya Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Kemunculan makhluk yang berkeliaran itu telah menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan warga kota dan pelancong, malah menjadi hype dalam laman media sosial.

Dengan rupa yang cukup mengerikan, orang ramai tetap beratur untuk bergambar bersama zombi-zombi tersebut. Semuanya sempena kedatangan bahagian kedua bagi musim ketiga siri berkenaan.

Antara lokasi utama di Kuala Lumpur yang menampilkan penyamaran zombi-zombi tersebut ialah di sekitar Plaza Sungei Wang, Lot 10 dan Pavilion. Ramai warga kota ternyata terkejut pada awalnya dan kemudian amat teruja untuk bersama-sama mengambil gambar dalam gaya masing-masing.

Zombi-zombi tersebut turut membuat kemunculan di ruang legar KL Sentral, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang pada 30 Januari 2013. Cenderamata The Walking Dead edisi terhad diberikan kepada mereka yang cukup berani untuk mendekati zombi-zombi tersebut.


SEKUMPULAN remaja berlari meninggalkan zombi yang cuba mendekati mereka di jalanan.


Ketua Wilayah Fox International Channels Malaysia, Anthony Yeap, berkata: "The Walking Dead telah menjadi ikutan ramai dalam kalangan penonton negara ini dan musim ketiga sudah semestinya menjanjikan pengalaman luar biasa. Kami mahu mempromosikannya dalam cara yang unik."

Zombi-zombi tersebut juga 'dilepaskan' di Petaling Jaya dan Subang Jaya, Selangor untuk memberi kejutan kepada pelajar-pelajar kolej.

Tambah Anthony, pelajar-pelajar kolej merupakan peminat yang paling besar dalam mengikuti siri The Walking Dead dan disebabkan itulah pihaknya memutuskan untuk membawa zombi kepada mereka.

"Kami berbangga kerana dapat menyiarkan salah sebuah rancangan televisyen yang menjadi ikutan ramai pada tahun ini, terutama sekali selepas seminggu ia ditayangkan di Amerika. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman menonton di saluran Fox Movie Premium dan Fox Movies Premium HD," tambahnya.

Sedutan kisah

The Walking Dead kembali untuk musim yang lebih mendebarkan. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, Rick Grimes (lakonan Andrew Lincoln) bersama kumpulannya yang terselamat bukan sahaja perlu menentang zombi, malah berdepan dengan cabaran baharu daripada manusia yang masih hidup.


KUMPULAN zombi dengan solekan mengerikan ini menjadi gimik yang cukup mengejutkan orang ramai.


Musim ketiga yang mempunyai 16 episod itu turut menampilkan watak-watak baharu seperti Governor (David Morriessey) dan watak yang diminati ramai Michonne (Danai Gurira), bersama-sama zombi peliharaannya.

Siri musim ketiga itu ditayangkan dalam dua bahagian. Bahagian pertama telah tamat pada 9 Disember 2012 lalu sementara bahagian kedua dengan lapan episod ditayangkan buat kali pertama pada 17 Februari lalu.

Sejak penerbitannya, siri tersebut telah merangkul anugerah Emmy untuk kategori Solekan Prostetik Paling Menyerlah, meraih pencalonan Anugerah Golden Globe untuk kategori Siri Televisyen Terbaik - Drama dan beberapa anugerah lain.

Bahagian kedua The Walking Dead musim ketiga ditayangkan setiap hari Ahad, jam 11 malam secara eksklusif di Fox Movies Premium (Astro saluran 413) dan FOX Movies Premium HD (Astro saluran 433).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Rawat guna tapak tangan

Posted:

Rawat guna tapak tangan

Rawat guna tapak tangan

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

SEMASA rawatan Jariah akan meletakkan tangan ke tubuh pesakit untuk membuang gelombang negatif.


SEBATANG tongkat kristal sepanjang 40 sentimeter diangkat ke arah penulis yang sedang duduk oleh wanita berusia 67 tahun itu.

Batang tongkat tersebut seperti rod plastik boleh lentur berputar ke kiri dan ke kanan saat ia ditujukan ke beberapa bahagian tubuh penulis untuk 'mengimbas' masalah yang dihadapi.

"Jika tongkat ini berpusing ke kanan, ia menunjukkan anda tiada masalah, namun jika ia berlaku sebaliknya, ada sesuatu yang tidak kena dengan aura anda.

"Anda tiada masalah spiritual, cuma ada sedikit masalah dengan aura emosional dan mental," kata bekas pensyarah kimia di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Jariah Abdullah ketika ditemui di premisnya, Dr. Marya Health & Beauty di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Jalan Sungai Merab, Bangi, baru-baru ini.

Timbul persoalan bagaimana tongkat tersebut boleh bergerak sedangkan tangan Jariah tidak bergerak sama sekali.

Seolah-olah memahami apa yang bermain di fikiran penulis, Jariah memberitahu rod plastik tongkat tersebut digerakkan oleh gelombang atau tenaga tubuh seseorang yang dirawat.

Selepas diimbas, pesakit yang mempunyai masalah akan dibawa ke bilik rawatan bagi menjalani terapi reiki dengan menggunakan tapak tangan.

"Rei dalam bahasa Jepun membawa maksud universal, manakala ki pula bermaksud tenaga.

"Reiki merupakan satu bentuk tenaga penyembuhan semula jadi dan ia tiada sangkut paut dengan keagamaan," ujarnya yang mempunyai pengalaman 11 tahun dalam rawatan reiki.

Tambahnya, reiki adalah teknik mudah, cepat dan sangat efektif untuk mengalirkan tenaga penyembuhan daripada pengamal (penyalur) kepada pesakit (penerima).

Walaupun reiki pada asalnya diperkenalkan oleh seorang sami Buddha Jepun iaitu Mikao Usui pada tahun 1922, Jariah yang mempelajari ilmu reiki daripada dua orang reiki master di negara ini sudah mengubah teknik reiki dengan menerapkan elemen Islam menggantikan simbol-simbol Jepun kepada Asma' al-Husna yang sesuai dikenali sebagai reiki-I.

Berunsurkan Islam

Ditanya sama ada reiki-I mempunyai persamaan dengan yoga atau tidak, Jariah memberitahu bahawa ia adalah dua perkara yang berbeza.

JARIAH melakukan beberapa ujian sebelum seseorang pesakit dirawat.


"Yoga lebih kepada senaman dan memberikan pemulihan sendiri (self-healing), tetapi tidak boleh merawat orang sama seperti tai chi dan qi gong.

"Reiki-I pula boleh berfungsi untuk merawat diri sendiri dan orang lain. Reiki-I terbahagi kepada empat tahap iaitu reiki-I (1), reiki-I (2), reiki-I (3) dan reiki-I (master)," katanya sambil memberitahu mereka yang mendalami reiki pada tahap master boleh melakukan pengubahsuaian mengikut kepercayaan sendiri.

Pada asalnya, reiki mempunyai 500 simbol, namun kini hanya tinggal tujuh simbol yang digunakan.

Setiap simbol ada maknanya dan ia langsung tiada kaitan dengan penyembahan. Setiap simbol mewakili kekuatan, minda, emosional dan sebagainya.

Tujuh simbol tersebut diubah kepada simbol pada Asma' al-Husna kerana mudah diingati dan mempunyai maksud yang sama.

"Ia dapat merawat semua jenis penyakit bergantung kepada keikhlasan pengamalnya. Reiki ini tenaga, bukan tenaga pengamalnya, tetapi tenaga alam milik Yang Maha Esa.

"Tenaga ini akan masuk ke kepala dan keluar melalui tangan. Pengamal hanya bertindak sebagai medium," ujarnya sambil memberitahu reiki mampu memulihkan penyakit spiritual (gangguan makhluk halus), kemurungan, gangguan emosi, gangguan mental dan sebagainya.

Jariah memberitahu, pesakit akan berasa panas di bahagian yang sakit ketika sesi rawatan dijalankan dan apabila rasa panas tersebut hilang, itu bermakna tenaga di kawasan tersebut mencukupi.

Reiki menggunakan tenaga yang paling harmoni. Andai pesakit tidak tahu lokasi punca penyakitnya, memadai perawat meletakkan tangan pada badan pesakit.

Aura

Menurutnya terdapat tujuh lapis aura di sekeliling badan. Aura yang besar dan tebal adalah bagus dan jika aura seseorang itu nipis, itu menandakan dia ada masalah.

Sebagai contoh, jika seseorang itu selalu emosional, sensitif, baran, mudah terasa dan cepat marah, ia menunjukkan aura emosinya nipis.

"Sesiapa sahaja boleh menjalani rawatan ini. Tidak kira peringkat umur, bangsa dan agama. Reiki juga boleh dilakukan ke atas bayi di dalam perut ibu untuk memastikan ia sihat atau tidak.

"Rawatan reiki juga boleh dilaksanakan walaupun pengamal tidak bertemu muka dengan pesakit atau jaraknya ribuan kilometer sekalipun kerana ia melibatkan penghantaran gelombang," katanya yang memberitahu ramai yang tidak percaya kaedah rawatan reiki dan mengaitkannya dengan penggunaan makhluk halus.

Tapak tangan pengamal akan berasa sakit, panas dan seperti dicucuk apabila mengimbas badan pesakit yang bermasalah.

Namun, Jariah lebih senang 'mengimbas' pesakit dengan menggunakan tongkat kristal. Selesai mengimbas, pesakit akan dibawa ke dalam bilik untuk rawatan selanjutnya.

"Ketika di bilik rawatan, sebatang jarum akupuntur halus dicucuk di bahagian cakra di atas kepala. Kemudian pesakit diimbas sekali lagi dengan menggunakan kristal bagi mengesan tempat yang bermasalah.

"Tubuh badan pesakit diimbas dengan menggunakan tapak tangan bermula dari atas kepala hingga ke kaki. Gelombang negatif di bahagian bermasalah akan dibuang dan dimusnahkan," ujarnya sambil memberitahu pesakit perlu bebas daripada bahan metal ketika rawatan dijalankan kerana ia boleh mengganggu.

Gelombang negatif yang dibuang tersebut digantikan dengan gelombang baharu. Proses penggantian gelombang diiringi dengan bacaan ayat-ayat empat Kul dan Asma' al-Husna.


PUSAT rawatan Dr. Marya Health & Beauty di Bangi menyediakan rawatan reiki-I.


Jariah memberitahu, seseorang pesakit itu perlu merawat masalah spiritual terlebih dahulu jika ada, sebelum meneruskan rawatan mental dan emosional.

Sesi rawatan biasa mengambil masa kira-kira satu jam, manakala tempoh tiga jam diperlukan bagi mengubati masalah spiritual.

Kebanyakan pesakit spiritual akan mempelajari reiki daripada Jariah selepas dirawat.

"Seseorang yang menguasai reiki 1 mampu merawat penyakit-penyakit fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya, manakala reiki 2 pula membolehkan seseorang itu merawat masalah emosional, mental dan merawat pesakit jarak jauh.

"Seseorang pada tahap reiki 3 boleh merawat masalah spiritual dan tahap master pula membolehkan seseorang itu menjadi guru reiki yang bertauliah dan merawat pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah," katanya yang sudah merawat lebih 1,000 pesakit.

Mereka yang mahu mempelajari reiki akan didedahkan dengan kelas teori disusuli dengan sesi meditasi yang diiringi bacaan ayat-ayat al-Quran dan selawat selain meminta ampun kepada pencipta dengan tujuan pembersihan diri.

Karnival Jom Fiesta! UKSB

Posted:

Karnival Jom Fiesta! UKSB

Karnival Jom Fiesta! UKSB

Oleh SUHANA VERU
rencana@kosmo.com.my


Najwa turut menghiburkan pengunjung dengan beberapa lagu popularnya.


SEBAGAI tanda penghargaan kepada pembaca setia yang sentiasa memberi sokongan berterusan, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) mengadakan karnival Jom Fiesta! selama empat hari hujung bulan lalu.

Pelbagai aktiviti disusun untuk orang ramai antaranya peragaan fesyen muslimah, pameran jenglot, gerai majalah dan buku, pemeriksaan kesihatan secara percuma, konsert URTV, cabutan bertuah, pertandingan karaoke, ceramah agama serta banyak lagi.

Program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal seperti Aaron Aziz, Ifa Raziah, Nassier Wahab, Najwa Latiff dan Jay Jay.

Seorang pengunjung Syahida Muhammad Dahlan, 23, berkata, dia teruja dengan pameran tersebut kerana terdapat buku yang mengajar cara-cara berhijab dengan menggunakan selendang dan turban.


AARON (dua dari kiri) yang bertindak sebagai pengacara majlis sempat mengusik seorang pengunjung karnival.


"Jika melihat cara-cara memakai tudung dalam internet, ia agak sukar tetapi dengan adanya buku, ia lebih mudah. Malah, harga buku dan majalah yang dijual juga berpatutan. Memang rambang mata tengok buku yang banyak di sini. Kalau boleh mahu beli semua," ujarnya lagi.

Bertemu artis

Menurut Syahida, dia yang pertama kali menghadiri pameran tersebut berharap ia dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Bagi Hasnah Omar, 29, pula dia tidak sangka dapat bertemu dengan pelakon drama Adam dan Hawa, Aaron semasa berkunjung ke program Jom Fiesta!.

"Saya memang meminati setiap lakonan beliau. Hari ini, saya tidak sangka dapat bertemu dan bergambar dengannya," tutur Hasnah.

Karnival tersebut mendapat kerjasama syarikat Jamu Mak Dara selaku penaja utama, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi), Kementerian Kesihatan dan Suria FM sebagai penyiar rasmi.


PELBAGAI aktiviti dianjurkan sempena karnival Jom Fiesta! pada potongan harga sehingga 70 peratus.


Sementara itu, Pengarah Projek Jom Fiesta!, Zurzaliza Bajuri yang juga Ketua Pegawai Operasi UKSB berkata, ia diadakan buat kali kedua untuk orang ramai.

"Karnival ini bertujuan untuk mendekatkan para pembaca dengan pihak UKSB. Selain mengadakan acara di pentas, kami juga membuat jualan majalah serta buku terbitan UKSB, Utusan Publications & Distributors dan Print Corp. dengan potongan harga sehingga 70 peratus.

"Ia memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan bahan bacaan pada harga istimewa," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan karnival berkenaan.

Dalam pada itu, UKSB turut melancarkan majalah dan buku baharu terbitannya iaitu Hijab Mode, Lawak Bumper dan Siri Lawak Terbaeeekkk Mastika Volume 1 dan 2.

Cara mudah kekal aktif

Posted:

Cara mudah kekal aktif

Cara mudah kekal aktif

JIKA rutin senaman anda selama ini adalah dengan mengunjungi gimnasium, teruskan sahaja rutin tersebut. - Gambar hiasan


PERNAHKAH anda mengalami masalah mencari motivasi untuk melakukan senaman? Pasti kebanyakan daripada anda mengalami masalah sedemikian. Ia merupakan perkara biasa yang lazim berlaku.

Mereka yang begitu dedikasi dan komited melakukan senaman juga kadangkala terpaksa menggagahkan diri untuk ke gim. Sungguhpun begitu, jika anda mencuba sesuatu rutin baharu, jangan paksa diri anda melakukannya.

Jika anda jenis yang suka ke gim, teruskan sahaja rutin tersebut, tetapi jika anda bukan jenis orang yang melakukan senaman di gim, anda tidak perlu pergi. Kenapa perlu menyeksa diri sendiri?

Tidak dinafikan bahawa senaman sangat penting dalam pelan gaya hidup sihat, jadi anda perlu lakukan sesuatu untuk bersenam, tetapi tidak perlulah senaman yang terlalu berat.

Pada Januari 2013, kajian American Journal of Health Promotion mendapati aktiviti fizikal yang dilakukan dalam jangka masa pendek walaupun sekadar satu ke dua minit dengan peningkatan sehingga 30 minit sepanjang hari mempunyai manfaat sama seperti senaman yang dilakukan dalam masa yang panjang seperti latihan di gim.

Tidak salah jika melakukan senaman mengikut cara sendiri, namun bagi memastikan anda tidak terjebak dalam corak hidup sedentari (lebih banyak duduk dan tidak melakukan aktiviti fizikal), berikut disediakan beberapa garis panduan kesihatan untuk dicuba:

n Berusaha untuk aktif

Fikirkan diri anda sebagai seorang yang aktif. Adakah orang yang aktif akan menggunakan tangga atau lif? Adakah orang yang aktif akan mengupah orang untuk menyapu sampah atau melakukannya sendiri? Apabila anda mempunyai pilihan, pilih sesuatu yang akan membuatkan anda aktif.


RANGKA aktiviti senaman ringkas yang membuatkan anda aktif setiap hari supaya tidak kembali ke tabiat lama. - Gambar hiasan


n Bangun awal pagi

Kajian yang disiarkan dalam British Journal of Nutrition pada Januari 2013 mendapati lelaki yang melakukan senaman sebagai perkara pertama selepas bangun daripada tidur sebelum mengambil sarapan membakar lebih 20 peratus lemak badan berbanding mereka yang senaman selepas sarapan.

n Senaman segera

Tidak dinafikan anda akan menempuh hari-hari yang membuatkan anda terpaksa duduk melakukan kerja di komputer di pejabat dan tidak bergerak aktif.

Apabila perkara tersebut berlaku, berhenti sebentar daripada melakukan kerja dan cuma buat senaman ringkas yang cepat.

Mungkin anda boleh cuba melakukan lompat bintang atau tekan tubi bagi meningkatkan kadar denyutan jantung untuk seminit dua. Cara ini dinamakan quick bursts exercise.

n Rutin senaman dalam diari

Bukan mudah untuk mengekalkan gaya hidup aktif secara berterusan kerana pada suatu ketika anda mungkin kembali kepada tabiat lama.


SENAMAN seperti tekan tubi ini boleh dilakukan jika rutin anda di pejabat tidak memerlukan banyak pergerakan. - Gambar hiasan


Jadi, bagi memastikan anda melakukan pergerakan yang cukup setiap hari, rangka aktiviti tersebut dalam jurnal diari anda.

Tidak perlu menyediakan akaun teknikal seperti berapa banyak kalori yang anda telah bakar, cukup sekadar menulis 'peringatan' bahawa anda perlu melakukan senaman selama 30 minit sehari.

Selepas sebulan atau dua bulan berbuat demikian, menjadi aktif dan bersenam akan sebati dalam diri anda.

Sumber: www.myhealthnewsdaily.com

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved