Kosmo Online |
- Bos terus gah pada peringkat kedua LTdL 2013
- Liga KPM guna pakai format Liga Malaysia
- PRU-13: Seramai 13,291,385 sah jadi pengundi
Bos terus gah pada peringkat kedua LTdL 2013 Posted: Bos terus gah pada peringkat kedua LTdL 201322/02/2013 10:44pm KUALA KANGSAR – Pelumba berstatus bintang, Theo Bos meneruskan penguasaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 apabila mengungguli perlumbaan peringkat kedua dari Serdang, Kedah ke Kuala Kangsar, hari ini. Pelumba pasukan Blanco Pro Cycling itu mengatasi pencabar utama dan juara bertahan Raja Pecut, Andrea Guardini, untuk menamatkan saingan 117.8km dengan catatan masa dua jam, 54 minit dan 48 saat. Bos, 29, yang menjuarai peringkat pertama semalam, turut mengekalkan Jersi Kuning, selaku pelumba terbaik keseluruhan dengan mengumpul catatan masa 6"54:45s, hanya kelebihan 10 saat mengatasi Guardini, pelumba Itali dari pasukan Astana Pro. Selain mengekalkan Jersi Kuning, Bos turut mempertahankan Jersi Biru (Raja Pecut) dengan mengumpul 30 mata diikuti Guardini yang ketinggalan tiga mata. Dalam kategori pelumba Asia terbaik (Jersi Putih), pelumba China, Wang Meiyin terus mempertahankan kedudukan selepas dua peringkat dengan mengumpul catatan masa 6"54:56s. Sementara itu, jersi Merah (Raja Bukit) bertukar tangan apabila pelumba Korea Selatan, Seo Joon Yong, mewakili KSPO, merampas jersi itu daripada Wang dengan mengutip 10 mata pada kategori pendakian di Bukit Sumpitan. – BERNAMA |
Liga KPM guna pakai format Liga Malaysia Posted: Liga KPM guna pakai format Liga Malaysia22/02/2013 8:12pm PETALING JAYA – Mulai tahun ini, Liga Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memperkenal format baharu Liga Bola Sepak KPM Bawah 14 tahun dengan mengguna pakai format seperti dalam saingan Liga Malaysia. Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Liga Sukan KPM, Harmiles Daramin berkata, Liga Bola Sepak KPM itu yang bermula esok sehingga 5 Oktober depan, akan membabitkan saingan, masing-masing lapan pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana Bawah 14 tahun. Beliau berkata, lima pasukan terbaik dalam Liga Super dan tiga pasukan teratas Liga Perdana, kemudian akan berentap bagi merebut Piala Menteri Pelajaran. "Kejohanan liga ini akan lebih menarik kerana tiga pasukan daripada Liga Super akan turun ke Liga Perdana, manakala tiga pasukan Liga Perdana yang bersaing dalam Piala Menteri Pelajaran akan naik ke Liga Super tahun depan. "Kita menjangkakan pasukan-pasukan terlibat akan memberi perhatian lebih baik untuk mengekal serta menaikkan kedudukan mereka dalam Liga Super," katanya pada sidang media Liga Bola Sepak KPM 2013 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, dekat sini hari ini. Lapan pasukan yang bersaing dalam Liga Super ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa (Kuala Lumpur), SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (Kedah), SMK Mutiara Impian (Pulau Pinang), SMK Bukit Nenas (Terengganu), SMK Putera (Kelantan), SMK Seksyen 11 (Selangor), SMK Tabuan Jaya (Sarawak) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (Johor). Kempen Liga Perdana pula melibatkan SMK Seri Kota (Melaka), SMK Gunung Rapat (Perak), SMK Tun Hussein Onn (Johor), SMK Seberang Temerloh (Pahang), SMK Syed Hassan (Perlis), SMK Za"ba (Negeri Sembilan), SMK Datuk Peter Mojuntin (Sabah) dan Sekolah Sukan Pahang. – BERNAMA |
PRU-13: Seramai 13,291,385 sah jadi pengundi Posted: Ruang
|
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan