Jumaat, 22 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bos terus gah pada peringkat kedua LTdL 2013

Posted:

Bos terus gah pada peringkat kedua LTdL 2013

Bos terus gah pada peringkat kedua LTdL 2013

22/02/2013 10:44pm

KUALA KANGSAR – Pelumba berstatus bintang, Theo Bos meneruskan penguasaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 apabila mengungguli perlumbaan peringkat kedua dari Serdang, Kedah ke Kuala Kangsar, hari ini.

Pelumba pasukan Blanco Pro Cycling itu mengatasi pencabar utama dan juara bertahan Raja Pecut, Andrea Guardini, untuk menamatkan saingan 117.8km dengan catatan masa dua jam, 54 minit dan 48 saat.

Bos, 29, yang menjuarai peringkat pertama semalam, turut mengekalkan Jersi Kuning, selaku pelumba terbaik keseluruhan dengan mengumpul catatan masa 6"54:45s, hanya kelebihan 10 saat mengatasi Guardini, pelumba Itali dari pasukan Astana Pro.

Selain mengekalkan Jersi Kuning, Bos turut mempertahankan Jersi Biru (Raja Pecut) dengan mengumpul 30 mata diikuti Guardini yang ketinggalan tiga mata.

Dalam kategori pelumba Asia terbaik (Jersi Putih), pelumba China, Wang Meiyin terus mempertahankan kedudukan selepas dua peringkat dengan mengumpul catatan masa 6"54:56s.

Sementara itu, jersi Merah (Raja Bukit) bertukar tangan apabila pelumba Korea Selatan, Seo Joon Yong, mewakili KSPO, merampas jersi itu daripada Wang dengan mengutip 10 mata pada kategori pendakian di Bukit Sumpitan. – BERNAMA

Liga KPM guna pakai format Liga Malaysia

Posted:

Liga KPM guna pakai format Liga Malaysia

Liga KPM guna pakai format Liga Malaysia

22/02/2013 8:12pm

PETALING JAYA – Mulai tahun ini, Liga Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memperkenal format baharu Liga Bola Sepak KPM Bawah 14 tahun dengan mengguna pakai format seperti dalam saingan Liga Malaysia.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Liga Sukan KPM, Harmiles Daramin berkata, Liga Bola Sepak KPM itu yang bermula esok sehingga 5 Oktober depan, akan membabitkan saingan, masing-masing lapan pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana Bawah 14 tahun.

Beliau berkata, lima pasukan terbaik dalam Liga Super dan tiga pasukan teratas Liga Perdana, kemudian akan berentap bagi merebut Piala Menteri Pelajaran.

"Kejohanan liga ini akan lebih menarik kerana tiga pasukan daripada Liga Super akan turun ke Liga Perdana, manakala tiga pasukan Liga Perdana yang bersaing dalam Piala Menteri Pelajaran akan naik ke Liga Super tahun depan.

"Kita menjangkakan pasukan-pasukan terlibat akan memberi perhatian lebih baik untuk mengekal serta menaikkan kedudukan mereka dalam Liga Super," katanya pada sidang media Liga Bola Sepak KPM 2013 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.

Lapan pasukan yang bersaing dalam Liga Super ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa (Kuala Lumpur), SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (Kedah), SMK Mutiara Impian (Pulau Pinang), SMK Bukit Nenas (Terengganu), SMK Putera (Kelantan), SMK Seksyen 11 (Selangor), SMK Tabuan Jaya (Sarawak) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (Johor).

Kempen Liga Perdana pula melibatkan SMK Seri Kota (Melaka), SMK Gunung Rapat (Perak), SMK Tun Hussein Onn (Johor), SMK Seberang Temerloh (Pahang), SMK Syed Hassan (Perlis), SMK Za"ba (Negeri Sembilan), SMK Datuk Peter Mojuntin (Sabah) dan Sekolah Sukan Pahang. – BERNAMA

PRU-13: Seramai 13,291,385 sah jadi pengundi

Posted:


Ruang

Tragedi gajah kerdil

RABU lalu, negara digemparkan dengan penemuan bangkai 10 ekor gajah pigmy atau gajah kerdil Borneo yang mati dalam keadaan menyayat hati di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau, Sabah. Lagi...

Infiniti

Najis jadi tenaga elektrik dan baja

JIKA anda memandu di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Pajam, Negeri Sembilan, pandangan mata anda pasti tertancap pada sebuah binaan yang sangat besar dengan ketinggian bersamaan bangunan lima tingkat. Lagi...

Kesihatan

Minum air kencing sendiri

CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam. Lagi...

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved