Khamis, 14 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perdagangan komoditi eksotik

Posted:

Perdagangan komoditi eksotik

Perdagangan komoditi eksotik

KELIHATAN kain rentang Sate Kobra dengan gambar ular tedung mengembangkan kepala terpampang di sebuah gerai menjual sate ular tedung di Mangga Besar, Jakarta, Indonesia. Gerai tersebut hanya dibuka pada sebelah malam dan di tepi gerai itu terdapat sebuah sangkar yang dipenuhi ular tedung.

Seorang pelanggan memesan seekor ular lalu peniaga berkenaan mengambil penyepit untuk menyepit kepala ular tedung yang cuba melawan.

Kepala ular itu dipenggal dan darahnya dimasukkan ke dalam cawan. Kulit ular kemudiannya disiat dan perutnya dibelah bagi mendapatkan hempedu dan sum-sum tulang. Hempedu dan sum-sum tulang itu turut dicampur bersama-sama dengan darah ular berkenaan. Daging ular kemudiannya dipotong kecil-kecil dan digaul dengan rempah sebelum dicucuk dengan lidi serta dibakar.

Di sebuah lagi wilayah di Indonesia, Yogyakarta, terdapat restoran yang menjual burger dengan menambahkan daging ular terutamanya ular tedung di dalamnya.

Mengikut kepercayaan sesetengah orang memakan daging, meminum darah dan hempedu ular dikatakan baik untuk kesihatan, melancarkan pengaliran darah dan menguatkan tenaga batin lelaki.

Industri fesyen

Bagaimanapun, selain diburu untuk dagingnya, kulit ular amat bernilai dalam industri fesyen dunia. Kulit ular sawa contohnya mempunyai corak dan warna yang cantik mendapat permintaan tinggi di Eropah.

Portal di India, Bihar Times melaporkan label fesyen terkenal seperti Jimmy Choo, Donna Karan, Mulberry, Gucci, Prada, Roberto Cavalli serta Yves Saint Laurent menggunakan kulit ular untuk menghasilkan baju, kot, beg dan kasut.

Pereka fesyen, Erdem Moralioqlu serta Proenza Schouler contohnya memperagakan pakaian dan beg daripada kulit ular sawa yang eksotik sebagai koleksi musim panas 2013.

Hermes, Gucci dan Prada merupakan pelanggan utama kulit ular sawa kerana mendominasi hampir 75 peratus daripada nilai dagangan barangan tersebut, lapor Pusat Perdagangan Antarabangsa (UTC) iaitu anak syarikat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WHO).

Eksport Asia Tenggara

BBC melaporkan dalam industri kulit ular lebih setengah juta kulit ular sawa dieksport setiap tahun dari Asia Tenggara sahaja membabitkan nilai lebih RM3 bilion.

Insentif lumayan yang diberikan kepada penangkap-penangkap ular menyebabkan semakin ramai yang masuk ke hutan mencari ular.

Di Indonesia, penangkap ular di kampung-kampung boleh mendapat sehingga RM90 untuk kulit ular yang besar.

KULIT ular sawa sangat berkualiti dan mempunyai nilai pasaran tinggi dalam dunia fesyen.


Namun, apa yang lebih tragis label fesyen mengaut keuntungan lebih besar apabila kulit ular itu berakhir menjadi beg di butik-butik fesyen di Perancis atau Itali pada harga sehingga RM40,000.

Permintaan kulit ular paling tinggi bagi kulit berukuran tiga hingga empat meter panjang.

Bagaimanapun, untuk membendung perdagangan ular sebagai satu komoditi agak sukar ekoran penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Selain itu, kulit-kulit itu dieksport secara haram dan terselindung di sebalik kargo-kargo yang mempunyai label barangan lain.

"Ia bergantung kepada pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan undang-undang. Kekurangan dana, tenaga pekerja dan kepakaran menyukarkan usaha tersebut.

"Adakalanya, ada pihak berkuasa tempatan yang tidak mengambil peduli tentang penyeludupan itu," kata Olivier Caillabet pengarang bersama, Pusat Perdagangan Antarabangsa kepada BBC.

Implikasi negatif

Cara ular-ular tersebut ditangkap di habitat asalnya juga boleh membawa implikasi negatif kepada ekosistem dunia. Ular sawa di habitatnya memerlukan masa yang agak lama untuk membesar dan penangkapan secara berleluasa pasti membawa implikasi tidak baik kepada alam semula jadi.

Dilaporkan pada tahun 2005, lebih 350,000 kulit ular terutamanya spesies ular sawa diimport secara sah oleh negara-negara Eropah.

Berdasarkan rekod tahun 1985 hingga 1998, Indonesia mengeksport lebih 4.5 juta ular sawa sama ada ular yang masih hidup atau kulit sahaja.

Di negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, Thailand, New Zealand, Sri Lanka, India dan Filipina, ular yang ditangkap di habitat asalnya berusia antara tiga hingga empat tahun. Ular tersebut turut dieksport ke Amerika Syarikat, Eropah, Kanada dan China.

Penangkap ular


PELAPAH memaku atau menggantung ular bagi memudahkan kulitnya disiat dari badan.


Menurut laporan Daily Mail pula, untuk mengaut keuntungan daripada industri berkaitan ular di Indonesia, ia bergantung kepada kumpulan penangkap ular.

Kumpulan-kumpulan itu bergerak di dalam kawasan semak, hutan atau padang rumput dengan memasang jerat atau jaring.

Ular-ular yang ditangkap disimpan di dalam beg kanvas dan dijual kepada pelapah-pelapah kulit ular tradisional.

Di negara tersebut dianggarkan terdapat 175,000 individu terbabit dalam industri berkenaan dengan 150,000 merupakan penangkap ular.

Bakinya merupakan pelapah kulit ular dan agen-agen penjual ular antarabangsa. Laporan itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Perdagangan Amfibia dan Reptilia Indonesia.

Penangkapan, membunuh atau memperdagangkan reptilia tersebut di India adalah salah di sisi undang-undang negara berkenaan sejak pengenalan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Namun, hakikatnya ia masih gagal menurunkan secara drastik penangkapan dan pembunuhan ular.

Ramai orang mendakwa mereka menggunakan kulit daripada ular yang bersalin kulit dan tidak membabitkan pembunuhan reptilia tersebut.

Namun, Bihar Times menegaskan ular hanya bersalin kulit beberapa kali sepanjang hidupnya.

Semasa bersalin kulit, ular menggosokkan kulit lama di permukaan kasar. Warna kulit lama itu pudar, kering, nipis dan tidak sesuai untuk dijadikan apa-apa produk. Ular mesti mati, jika hendak dapatkan kulitnya, tegas Bihar Times.

Aktivis haiwan

Aktivis haiwan telah lama berkempen membantah penggunaan kulit ular dalam industri fesyen. Daily Mail melaporkan, aktivis menyatakan penggunaan kulit ular tidak berperikemanusiaan dan tidak terkawal.


SEKUMPULAN pekerja menggunakan gunting untuk melapah ular di sebuah pusat reptilia eksotik itu di Cirebon, Indonesia.


Clifford Warwick, seorang pakar reptilia Britian berkata: "Industri kulit telah menjadi satu fesyen ketika ini. The Vogue memasukkannya dalam majalah dan ia kelihatan menarik."

Selebriti seperti Kylie Minogue pernah dirakam fotonya memegang beg kulit ular sawa berwarna emas jenama Zagliani berharga RM7,000 di London pada tahun 2007.

Warwick berharap selebriti perlu berfikir dua kali ketika ingin membeli beg kulit seumpama itu kerana produk tersebut dihasilkan daripada kulit ular.

Ramai juga aktivis yang mempertikaikan kekejaman terhadap reptilia tersebut terutamanya ketika proses melapah.

"Pelapah ular tidak memenggal kepala ular yang bersaiz besar, jadi mereka memaku reptilia itu ke pokok. Kemudian, mereka memasukkan saluran paip ke mulut ular dan menyebabkan badan ular kembang seperti belon sekali gus memudahkan kulit disiat.

"Selepas itu, badan ular dibuang ketika ia masih hidup. Ular itu menderita sehingga dua hari sebelum mati," katanya.

Meskipun terdapat dakwaan hanya ular yang diternak digunakan, para pakar mengingatkan bahawa penyeludupan kulit ular haram semakin berleluasa termasuk di Asia Tenggara.

Warwick menegaskan, ular tersebut bukanlah diternak. Ular sepanjang tiga meter mengambil masa sehingga lima tahun untuk sebesar itu. Tidak mungkin, petani mampu menjaga dan memberi makan dalam tempoh masa tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Program perhimpunan belia himpun 700 orang peserta

Posted:

Program perhimpunan belia himpun 700 orang peserta

Program perhimpunan belia himpun 700 orang peserta


KIRA-KIRA 700 peserta Majlis Ramah Mesra Gabungan Belia Bersama Pemimpin yang telah diadakan di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini


BERHIMPUN. Majlis Ramah Mesra Gabungan Belia Bersama Pemimpin yang diadakan di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan hampir 700 orang daripada pelbagai pertubuhan kebajikan di sekitar Lembah Klang.

Pengerusi Persatuan Belia Segi Tiga Keramat dan Pertubuhan Kebajikan Persegi Malaysia, Ahmad Feardaus Daud berkata, program julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli pertubuhan kebajikan.

Menurutnya, ia juga sebagai platform untuk ahli-ahli mendengar pelbagai maklumat dan amanat kerajaan dalam menghadapi cabaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Turut hadir ialah timbalan persatuan itu, Mohd. Naim Mohd. Shah serta dua orang naib pengerusinya, Mohd. Firdaus Zainuddin dan Muhamad Husaini Hasnan.

Warga PTPL Terengganu sertai kursus praperkahwinan

Posted:

Warga PTPL Terengganu sertai kursus praperkahwinan

Warga PTPL Terengganu sertai kursus praperkahwinan


SEBAHAGIAN daripada pelajar dan kakitangan PTPL Terengganu selepas menyertai kursus pra perkahwinan di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KURSUS. Seramai 60 pelajar dan kakitangan kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Terengganu mengikuti kursus pra- perkahwinan Islam selama dua hari di Dewan Serbaguna PTPL di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Program dua hari bermula 1 hingga 2 Februari itu merupakan anjuran Unit Pembangunan Pelajar dan Kerjaya bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang alam perkahwinan selain isu-isu semasa berkaitan institusi kekeluargaan.

Pegawainya, Nik Mohd. Zamri Karim berkata, kursus itu mengandungi 11 slot ceramah meliputi tajuk berkaitan akidah Islam, langkah menangani tekanan, pengurusan kewangan, pembubaran perkahwinan dan pengurusan sumber keluarga.

"Penganjuran kursus turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

"Kita berharap program ini akan memberi input bermanfaat kepada para peserta agar mereka lebih bersedia melayari kehidupan berumah tangga kelak," katanya.

3,000 hadir perhimpunan anak muda Seberang Jaya

Posted:

3,000 hadir perhimpunan anak muda Seberang Jaya

3,000 hadir perhimpunan anak muda Seberang Jaya


MOHD. ZAIDI (dua dari kiri) membantu menukar minyak pada salah sebuah motosikal pada Perhimpunan Anak Muda Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang baru-baru ini.


MINAT. Kira-kira 3,000 orang termasuk golongan belia hadir pada Perhimpunan Anak Muda Parlimen Permatang Pauh yang diadakan di Dataran Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pada perhimpunan itu pelbagai aktiviti menarik dianjurkan antaranya aktiviti pengedaran borang Bantuan Lesen 1Malaysia, dan servis motosikal secara percuma.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Permatang Pauh, Datuk Jalil Abdul Majid, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said.

Pada majlis itu, 6,500 topi keledar 1Malaysia kepada wakil setiap parlimen di Pulau Pinang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


130 terkandas di lapangan terbang

Posted:

130 terkandas di lapangan terbang

130 terkandas di lapangan terbang

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN daripada 130 peneroka yang gagal menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing ketika terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA – Hasrat kira-kira 130 orang peneroka Felda untuk terbang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah semalam terbantut apabila mereka secara mengejut dimaklumkan bahawa penerbangan mereka dibatalkan pada malam sebelum berlepas.

Lebih mengecewakan, ada sebahagian daripada mereka mendakwa tidak dimaklumkan tentang pembatalan itu dan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk ke Jeddah seperti yang dijadualkan oleh pihak ejen.

Rata-rata mereka yang terdiri daripada peneroka yang datang dari beberapa kawasan Felda di Johor kelihatan hampa sehingga ada yang menitiskan air mata ketika terkandas di lapangan terbang kerana penantian selama berbelas tahun untuk mengerjakan umrah tergendala.

Kosmo! difahamkan, insiden itu berlaku kerana ejen yang dilantik untuk menguruskan perjalanan mereka ditipu oleh seorang perantara yang diminta menguruskan tiket penerbangan para jemaah.

Seorang daripada jemaah, Tumiran Perman, 57, dari Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi berkata, dia hanya mengetahui pembatalan pemergiannya ke Jeddah lebih kurang pukul 4 pagi ketika dia bersiap sedia untuk ke lapangan terbang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Siti Nurhaliza nafi Datuk K patah tulang belakang

Posted:

Siti Nurhaliza nafi Datuk K patah tulang belakang

Siti Nurhaliza nafi Datuk K patah tulang belakang

SITI NURHALIZA


KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menafikan dakwaan bahawa tulang belakang suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa patah ekoran kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Queenstown, New Zealand pada Disember tahun lalu.

Siti Nurhaliza, 33, menyatakan perkara itu di laman Twitternya semalam selepas seorang peminat yang menggunakan nama @feeeeeeeeza memberitahu bahawa dia terbaca sebuah artikel kelmarin yang menyatakan tulang belakang Khalid, 53, atau lebih dikenali sebagai Datuk K patah enam.

"Tadi saya ada terbaca sebuah artikel mengenai tulang belakang Datuk K patah enam," komen @feeeeeeeeza kepada Siti melalui Twitternya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buat dua tuntutan kepada Malaysia

Posted:

Buat dua tuntutan kepada Malaysia

Buat dua tuntutan kepada Malaysia

Oleh MUSTAPA LAKAWA dan MOHD. YUNUS YAKKUB
berita@kosmo.com.my

KOTA KINABALU - Identiti sekumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh masuk ke kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dekat sini pada Selasa lalu disahkan daripada keturunan Kesultanan Sulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) berkata, kumpulan itu yang dianggar melebihi 100 orang bertindak menceroboh kawasan terbabit bagi membuat dua tuntutan kepada kerajaan Malaysia.

"Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

"Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah," katanya di sini semalam.

Beliau menambah, kumpulan terbabit didapati menceroboh negara ini dengan niat untuk membuat tuntutan tersebut.

"Kita lihat tuntutan yang dibuat ini lebih kepada meminta sesuatu daripada kerajaan. Ini adalah salah kerana mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul.

"Ketika ini pasukan keselamatan kita sedang mengepung kumpulan terbabit dan meminta agar mereka meninggalkan kawasan tersebut secepat mungkin," ujarnya.

Mengulas mengenai kumpulan terbabit, Ismail percaya mereka telah menyeludup masuk ke Pantai Tanduo menerusi perairan Lahad Datu menggunakan bot pancung.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Punca beza penilaian manusia

Posted:

Punca beza penilaian manusia

Punca beza penilaian manusia

DALAM masyarakat kita, masih berlaku pertembungan kepercayaan tentang cara perubatan, iaitu sama ada mengikut cara moden atau tradisional. - Gambar hiasan


MENGAPAKAH manusia cenderung memberikan penilaian yang berbeza terhadap satu perkara yang sama?

Tatkala kita menyukai sesuatu, ada pula orang lain yang tidak menyukainya. Begitu juga sebaliknya. Ada hal yang kita sering mencemuhnya, tetapi orang lain menyukainya.

Dalam psikologi, ada dua perkara yang sering terkait dengan fenomena itu, iaitu self-fulfilling prophecy dan cognitive dissonance.

Kedua-dua proses itu letaknya di minda manusia. Tatkala self-fulfilling prophecy akan menyebabkan manusia memilih maklumat yang disukainya, cognitive dissonance pula akan menyebabkan manusia mengabaikan hal yang tidak disukainya.

Dalam bahasa yang mudah, manusia mahu melihat sesuatu yang ingin dilihatnya dan mengabaikan sesuatu yang tidak disukainya. Sesuatu itu semestinya 'X' dan ia tidak patut menjadi 'Y'.

Secara psikologikalnya, apabila manusia menerima maklumat yang sesuai dengan jangkaannya, mereka berasa seolah-olah pandangan yang dipegang selama ini adalah betul.

Manusia akan berasa selesa dengan maklumat atau penjelasan yang sama dengan apa yang diharapkan.

Sebaliknya, apabila didedahkan dengan berita yang berlawanan dengan jangkaan, sekalipun dibuktikan dengan hujah saintifik, orang sangat susah untuk mempercayainya.

Gugat emosi

Maklumat yang bertentangan dengan kepercayaan kononnya boleh menggugat emosi dan kredibiliti seseorang.

Sebab itulah, ada orang yang tidak mampu untuk menerima maklumat baharu sekalipun benar. Ada pula yang tidak akan meninggalkan pengetahuan yang telah sebati dengan kepercayaan mereka, sekalipun mereka telah berkali-kali diberitahu bahawa kepercayaan mereka itu salah.

Kepercayaan tahyul mengenai penyakit dalam masyarakat kita mungkin salah satu contohnya. Sekalipun pengetahuan sains mungkin menolak kepercayaan tadi, mereka sangat sukar untuk menerimanya.

Bagaimanapun, mereka akan berasa puas sekiranya diberitahu oleh bomoh bahawa pesakit telah 'ditegur' oleh makhluk halus atau ada hantu jembalang yang sedang memarahi pesakit.

Ini kerana maklumat yang baharu diterima tadi adalah konsisten dengan kepercayaan yang sedia tertanam di pemikiran mereka.

Kedua-dua simptom itu biasanya berlaku kepada semua orang. Bagaimanapun, ada yang memberikan manfaat, manakala ada yang mungkin menimbulkan masalah.

Mengesan kesilapan

Mereka yang bekerja sebagai akauntan misalnya mampu untuk mengenal pasti kesilapan akaun simpan kira dengan mudah kerana mereka sudah terlebih dahulu menjangkakan apa yang ingin dilihatnya.

Editor yang bertugas untuk penerbitan makalah akademik juga dikatakan mampu mengenal pasti kelemahan makalah yang mereka terima berdasarkan simptom itu.

Mereka dengan mudah boleh mengesan kesilapan atau kelemahan sesuatu makalah berdasarkan dogma 'manusia melihat apa yang ingin dilihat'.

Mereka cenderung untuk menerima makalah yang sesuai dengan apa yang mereka harapkan dan menolak makalah yang tidak seiiring dengan tanggapan mereka.

Dalam proses penilaian secara subjektif, kedua-dua simptom itu adakalanya telah menyebabkan manusia tidak memberikan penilaian secara adil.

Ada pandangan yang dikemukakan oleh individu tertentu telah ditolak begitu sahaja kerana orang yang memberi pandangan itu mungkin datangnya daripada aliran yang lain. Kita mungkin menyatakan pandangan itu salah atau tidak benar.

Sebaliknya, apabila ada tokoh tertentu yang kita sukai, memberikan hujah tertentu, kita menyatakan ia sebagai betul sekalipun pandangan tadi mungkin salah. Hal ini biasa terjadi kepada penyokong politik yang sangat ekstremis dengan satu-satu parti dan telah mengabaikan realiti maklumat.

Hakikat yang mungkin tidak diambil tahu ialah kita mungkin membuat penilaian bukan kerana fakta yang sebenarnya. Disebabkan kita tidak menyukai sesuatu, kita menyatakan bahawa maklumat yang disampaikan oleh pihak yang satu lagi adalah salah.

Apabila ada perkara yang konsisten dengan pemikiran kita, ia telah dianggap sebagai betul dan adil.

Realitinya, ia mungkin hanya sekadar ilusi psikologikal kerana manusia cenderung untuk 'memilih maklumat' yang sesuai dengan kesukaannya.

Pertunjukan fesyen sebar mesej kanser

Posted:

Pertunjukan fesyen sebar mesej kanser

Pertunjukan fesyen sebar mesej kanser

Oleh SUHANA VERU


DALILAH (dua dari kiri) bersama duta-duta Power Over Cervical Cancer di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.


BAGI meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita mengenai kanser pangkal rahim, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) mengambil inisiatif terbaharu dengan mengadakan peragaan fesyen di pusat beli-belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Tujuan program itu adalah untuk menggalakkan golongan wanita mengambil langkah pertama iaitu melindungi diri mereka daripada kanser tersebut.

Justeru, kali ini NCSM menyalurkan maklumat dan memberi kesedaran dengan mengadakan peragaan fesyen. Langkah itu dilihat berjaya menarik perhatian golongan wanita untuk memperoleh pengetahuan berguna mengenai penyakit tersebut.

Pada majlis itu, duta Power Over Cervical Cancer (POCC) yang terdiri daripada Sarimah Ibrahim, Rina Omar, Genevieve Sambhi, Vanessa Chong dan Pamela Chong tidak ketinggalan mempamerkan koleksi baju dan perhiasan diri jenama Kitschen.

Seorang pelajar, Teh Yu Jian, 16, berkata, dia tertarik dengan majlis tersebut selepas menonton peragaan fesyen.

"Sebenarnya, saya tidak tahu apa-apa mengenai penyakit itu, tetapi selepas mendekati beberapa wakil POCC, barulah saya mengetahuinya dengan lebih jelas. Saya rasa idea ini (peragaan fesyen) sememangnya satu langkah yang menarik untuk mendidik masyarakat mengenai penyakit ini kerana ia tidak sahaja mendidik, malah menghiburkan," katanya ketika ditemui di di pusat beli-belah 1 Utama.

Pendapat Yu Jian turut disokong L. Amutha, 19. Bagi pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) itu, kempen yang dianjurkan membantu golongan wanita sedar tentang bahaya penyakit tersebut.

"Ramai wanita masih tidak mengetahui tentang bahaya penyakit ini. Jadi, kempen sedemikian perlu diteruskan dalam pelbagai cara untuk mendidik masyarakat," tuturnya.

Kanser pangkal rahim merupakan kanser ketiga paling kerap menyerang wanita di negara ini.

Menerusi statistik antarabangsa, kanser pangkal rahim meragut nyawa wanita setiap dua minit di dunia.

Sementara itu, Ketua Pusat Pengesanan Kanser Wanita, Dr. Dalilah Kamaruddin berkata, kebanyakan wanita lalai kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang penyakit itu.

Menurutnya, menerusi kempen kesedaran, ia membantu masyarakat mengetahui lebih lanjut mengenai punca, simptom dan cara-cara untuk mencegah penyakit tersebut.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha NCSM untuk merealisasikan misi memberi kesedaran pentingnya pencegahan penularan kanser tersebut," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penyertaan LIMA 2013 bertambah, dijangka atasi rekod dahulu

Posted:

Penyertaan LIMA 2013 bertambah, dijangka atasi rekod dahulu

Penyertaan LIMA 2013 bertambah, dijangka atasi rekod dahulu

14/02/2013 9:48pm

LANGKAWI — Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2013) edisi ke-12 yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac ini dijangka mengatasi rekod penyertaan edisi yang lalu dengan penambahan 10 peratus.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, LIMA 2011 merekodkan penyertaan 403 pempamer, manakala pada edisi kali ini lebih 450 pempamer akan mengambil bahagian.

Beliau berkata pencapaian positif itu diharap akan menjadikan LIMA 2013 sebagai edisi terbaik pernah dianjurkan kerana mempunyai program yang lebih menyeluruh dan mantap dengan penambahan serta kepelbagaian pesawat dan kapal.

"Infrastruktur dan penampilan Dewan Mahsuri juga telah ditambah baik demi menjamin kemudahan dan keselesaan para delegasi dan peserta LIMA 2013," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama agensi kerajaan dan melawat tapak pameran sempena LIMA 2013, di sini hari ini.

Katanya, antara tarikan utama pameran itu kali ini adalah penampilan sulung kumpulan aerobatik Jupiter daripada Tentera Nasional Indonesia dan Angkatan Udara menggunakan KT-1B Wong Bee dari Korea Selatan.

Ahmad Zahid berkata, pesawat keluaran Bombardier, Embraer, Gulfstream dan Dassault juga akan turut dipamerkan pada LIMA 2013.

Katanya, di Awana Porto Malai juga dijangka akan menjadi tumpuan utama kerana buat pertama kalinya kapal perang Myanmar akan dipamerkan bersama kapal pemusnah Kelas Arleigh Burke, USS Chung Hoon milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

"Demonstrasi maritim harian yang lebih canggih turut disusun pada pameran kali ini melibatkan kerjasama antara TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), APMM (Agensi Penguat Kuasa Maritim), PDRM (Polis Diraja Malaysia), Pasukan Gerak Marin dan Kastam. Ia boleh disaksikan secara percuma bagi pelawat awam setiap hari," katanya.

Beliau berkata lebih unik pada pameran kali ini ialah persembahan pelbagai budaya dari negara yang mengambil bahagian akan diadakan oleh anak kapal antaranya dari Singapura, Filipina, Myanmar, Australia dan Pakistan.

"Pada kali ini juga penganjuran LIMA disesuaikan dengan cuti sekolah bagi memberi peluang kepada ibu bapa serta pelajar menyaksikannya," kata Ahmad Zahid. — BERNAMA

Polis sahkan terima maklumat ancaman keselamatan Psy

Posted:

Polis sahkan terima maklumat ancaman keselamatan Psy

Polis sahkan terima maklumat ancaman keselamatan Psy

14/02/2013 9:45pm

GEORGE TOWN — Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap penyanyi sensasi Korea Selatan, Park Jae Sang atau dikenali sebagai Psy semasa kedatangannya ke negeri ini, Isnin lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, selepas menerima maklumat tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini.

"Kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas. Pada 12 Februari pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul "yee sang" pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

Chang Yeow berkata, perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu "Oppa Gangnam Style" itu enggan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggaul "yee sang" pada acara berkenaan. — BERNAMA

Kumpulan Filipina mendarat di Lahad Datu dikenal pasti

Posted:


Ruang

Tragedi gajah kerdil

RABU lalu, negara digemparkan dengan penemuan bangkai 10 ekor gajah pigmy atau gajah kerdil Borneo yang mati dalam keadaan menyayat hati di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau, Sabah. Lagi...

Infiniti

Meneroka kehebatan cendekiawan Islam

SAINTIS barat, William Harvey sering diberi pengiktirafan rentetan penerangan yang diberikan tentang pulmonari iaitu bagaimana darah mengalir antara jantung dan paru-paru pada kurun ke-16. Lagi...

Kesihatan

Minum air kencing sendiri

CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam. Lagi...

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tentera Perancis matikan bom 600 kilogram

Posted:

Tentera Perancis matikan bom 600 kilogram

Tentera Perancis matikan bom 600 kilogram

SEBUAH jentera digunakan untuk mengangkut tong-tong itu.


GAO - Askar-askar Perancis mematikan bom buatan sendiri yang berisi 600 kilogram bahan letupan di pusat bandar ini, utara Mali semalam.

Bandar ini telah menjadi sasaran serangan pemberontak-pemberontak Islam sejak beberapa hari lalu.

Seorang wartawan agensi berita AFP melaporkan bom yang diperbuat daripada empat tong berisi bahan letupan dan wayar itu ditemui di halaman sebuah rumah usang bersama sejumlah katrij serta bom kecil di dalam kediaman tersebut.

Menurutnya, bom itu mungkin berada di lokasi tersebut sejak Isnin lalu.

Lokasi berkenaan terletak berhampiran sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan wartawan-wartawan asing.

Sejak beberapa hari lalu, bandar ini telah beberapa kali diserang dengan kumpulan Gerakan Tauhid dan Jihad di Afrika Barat yang kemudian menawannya selepas rampasan kuasa pihak tentera berlaku pada Mac tahun lalu.

Kumpulan itu kemudian diusir oleh tentera Perancis akhir bulan lalu.

- AFP

Obama janji bertindak tegas ke atas Korea Utara

Posted:

Obama janji bertindak tegas ke atas Korea Utara

Obama janji bertindak tegas ke atas Korea Utara

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar) berjanji bersama sekutu-sekutu AS untuk bertindak tegas ke atas Korea Utara selepas negara itu mengadakan ujian nuklear ketiganya sekali gus mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Dalam ucapannya kepada Kongres kelmarin, Obama dengan nada tegas berkata: "AS akan terus mengetuai usaha bagi menghalang penyebaran senjata paling berbahaya di dunia (senjata nuklear).

"Rejim Korea Utara perlu sedar mereka hanya dapat mengekalkan kemakmuran dan keselamatan dengan memenuhi tuntutan masyarakat antarabangsa," tambahnya.

Korea Utara mencemaskan sekutu-sekutunya apabila ia melancarkan ujian nuklear terbaharunya yang disifatkan oleh AS dan Korea Selatan sebagai lebih kuat berbanding ujian nuklear pada 2006 dan 2009.

Korea Utara yang merapatkan barisan di bawah kepimpinan Kim Jong-Un terus berdegil dengan memberi alasan ia terpaksa mengadakan ujian nuklear kerana sikap permusuhan yang ditunjukkan oleh AS.

"Korea Utara tidak akan akur kepada mana-mana resolusi," kata Setiausaha Pertama Korea Utara ke Geneva, Jon Yong-Ryong.

Beliau sebaliknya menganggap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengenakan sekatan ke atas Korea Utara itu sebagai langsung tidak munasabah. - AFP

Hampir 70,000 orang terbunuh di Syria

Posted:

Hampir 70,000 orang terbunuh di Syria

Hampir 70,000 orang terbunuh di Syria


GAMBAR fail menunjukkan kemusnahan yang berlaku akibat pertempuran antara kumpulan penentang dengan tentera Bashar di sebuah kawasan di Duma, Damsyik pada 17 Januari lalu.


NEW YORK - Angka kematian akibat perang saudara di Syria kini menghampiri 70,000 orang dengan orang awam menjadi mangsa paling ramai, kata Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay.

Beliau berkata, jumlah tersebut meningkat hampir 10,000 orang berbanding pada awal tahun ini ekoran tiada tindakan konkrit oleh Majlis Keselamatan PBB bagi menamatkan konflik tersebut.

Perkembangan tersebut berlaku ketika tentera Presiden Syria, Bashar Al-Assad mengebom tenggara Damsyik dengan menggunakan serangan udara dan bedilan artileri semalam.

Siri serangan berkenaan dilancarkan untuk mengusir pejuang-pejuang penentang yang bertapak di ibu kota Syria itu.

Seorang diplomat Asia Barat yang mengikuti situasi di Syria menyifatkan pertempuran di sekitar Damsyik sekarang sebagai pertempuran penting melibatkan kedua-dua belah pihak.

"Pihak penentang menyerang Damsyik dan rejim Bashar cuba menghalangnya," kata diplomat tersebut.

Perang di Syria bermula sejak Mac 2011 apabila kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan bertempur dengan tentera Bashar.

Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar kerana mendakwa beliau gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Empat jiwa berkongsi rasa

Posted:

Empat jiwa berkongsi rasa

Empat jiwa berkongsi rasa

DARI kiri: Talha, Amar, Nelydia dan Hairul sukses dalam memainkan peranan masing-masing dalam drama bersiri, Setia Hujung Nyawa.


FOTOGRAFI saat akhir bersama empat bintang drama Setia Hujung Nyawa yang kini menjadi buah mulut ramai iaitu Nelydia Senrose, Amar Asyraf, Talha Harith dan Hairul Azreen berjalan lancar pada petang hari Rabu lalu.

Berkongsi cerita pahit manis di sebalik kejayaan drama rantaian yang meraih tontonan tiga juta penonton menerusi saluran TV3 itu, keempat-empatnya tidak menolak bahawa Setia Hujung Nyawa meninggalkan kenangan terindah dalam kerjaya lakonan mereka.

Tidak menafikan tawaran yang bertandang bagai mencurah-curah impak kemunculan dalam drama tersebut, mereka bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu lekas tamak tanpa menghiraukan sisi eksklusif masing-masing.

Di sebalik impak positif yang diterima, ada antara mereka yang turut terkena tempias dicaci dan dimaki di luar set penggambaran kerana bencikan karakter antagonis yang dibawakan mereka dengan amat berkesan.

Romantika pertama Amar

Ketika mengadakan sesi bergambar dan temu ramah di studio Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, tidak dinafikan, Amar kelihatan sedikit pemalu pada mulanya. Perkara itu juga diakui oleh tuan punya badan sendiri ketika ditanya tentang dirinya.

Walaupun dalam Setia Hujung Nyawa, Amar kelihatan selesa melakonkan watak seorang suami romantik bernama Zain, namun hakikatnya, itu merupakan cabaran terbesar buat diri jejaka berusia 26 tahun ini.

"Sejujurnya, ini kali pertama saya melakonkan watak lelaki romantik seperti Zain dan bagi saya, ia sangat sukar. Ini kerana mungkin sebelum ini saya jarang mendapat tawaran untuk bawa watak sebegini.

"Zain merupakan seorang lelaki yang lemah lembut dan baik, jadi susah mahu lakonkan watak itu. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa berlakon dengan perempuan. Namun Alhamdulillah, saya dapat pasangan yang senang bekerjasama dan kami terus punya keserasian dalam set, begitu juga dengan pelakon lain," tutur Amar yang tidak menyangka impak besar drama tersebut terhadap masa depan karier lakonannya.

Tambah Amar, pada mulanya dia memang ingin menolak tawaran berlakon drama ini - salah satu faktornya kerana dia perlu memotong rambut panjang yang disayanginya. Selain itu juga, tutur Amar, dia mungkin belum bersedia untuk memegang watak utama dalam drama rantaian 28 episod itu.

Namun akui Amar, atas sokongan dan mengikut kata hati tunangnya, dia akhirnya menerima watak Zain dalam drama yang telah mencetuskan fenomena ini sekali gus menaikkan namanya dalam industri seni.

Amar mengakui menghabiskan lebih RM7,000 untuk membeli pakaian dan menukar imejnya untuk Setia Hujung Nyawa.

Tambahnya, setiap kali penggambaran dia mengambil masa lebih sejam untuk mendandan rambutnya.

Selain lakonan, Amar bakal menerbitkan sebuah teater di bawah syarikat miliknya sendiri iaitu AVA Stage yang berjudul, Lelaki Dari Gua bermula 28 Februari ini di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi urusan pembelian tiket, boleh hubungi 013-697 0786.

Diri sebenar Nelydia

Tidak menjangka drama lakonannya kali ini mencipta magis tersendiri sehingga sering menjadi bahan 'panas' (trending) di Twitter, kata pemilik nama Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen atau mesra disapa Nely, dia percaya kekuatan drama ini adalah pada jalan cerita dan pengarahannya.

"Cerita yang sudah mempunyai peminat sendiri menerusi populariti novel ditambah sentuhan pengarah yang sangat unik memberikan nyawa kepada drama kali ini.

"Secara tidak langsung orang sekeliling makin kenal saya, malah penuntut dari luar negara di kolej saya pun selalu memanggil saya dengan nama El sempena watak lakonannya, Elsalina.

"Memang berbaloi mengorbankan masa siang malam untuk penggambaran Setia Hujung Nyawa kerana akhirnya ia membuahkan hasil. Alhamdulillah, watak manis dan manja kali ini menarik tumpuan penonton," ujarnya.

Nely mengakui karakter Ersalina dalam drama itu merupakan dirinya yang sebenar di rumah.

Talha diiugut

Bagi Talha Harith pula, Juvana adalah drama yang mula membantu dirinya membina nama dalam industri lakonan.

Sejak itu, apa sahaja watak yang dilakonkannya, pasti akan diingati oleh peminat yang mengikuti perkembangannya.

Menerusi Setia Hujung Nyawa, watak Hadi lakonannya pula menjadi sebutan ramai. Namun, berlainan dengan apa yang dialami Amar yang diingati kerana watak baik lakonannya, Talha sebaliknya pula.

"Sejak berlakon watak Hadi, ramai yang membenci dengan watak tersebut terbawa-bawa hingga ke kehidupan sebenar saya. Pernah sekali, kepala saya diketuk oleh seorang wanita di dalam lif dan wanita tersebut mula meluahkan kata-kata benci.

"Tidak cukup dengan itu, dalam laman Twitter dan Instagram, mereka yang tidak puas hati dengan Hadi, memaki hamun saya dan mengugut ingin membunuh serta menyimbah asid jika berjumpa dengan saya. Risau juga jika ia benar-benar terjadi," cerita Talha yang kini sering keluar bersama teman kerana khuatir perkara buruk berlaku.

Bicara Talha mengenai watak Hadi, ia agak mencabar dirinya. Ini kerana Hadi bukan watak antagonis yang biasa ditampilkan dalam kebanyakan drama. Talha perlu memberikan dua sisi berbeza iaitu nampak baik dari segi luaran namun, pada hakikatnya, Hadi seorang yang jahat serta ingin menghancurkan kehidupan rakan baiknya sendiri.

Walaupun mungkin dia dibenci ramai, akui Talha, itu tidak membuatkan dirinya untuk mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima watak antagonis.

"Sebenarnya ia bagus untuk saya kerana, melalui respons yang diberikan oleh masyarakat sebegitu, saya tahu bahawa watak yang dibawa itu menjadi dan berkesan. Namun, pelik juga saya kerana selama ini saya fikir orang sudah boleh menerima ini semua lakonan semata-mata," jelas Talha.

Dialog Hairul jadi ikutan

Menariknya drama Setia Hujung Nyawa bagi Hairul Azreen Idris atau lebih dikenali dengan panggilan Hairul, penangannya terasa ketika pertengahan hingga akhir penggambaran drama itu.

"Kali pertama sebenarnya ,saya melakonkan watak 'comel-comel' sebegini. Susah nak mencari formula untuk membuatkan penonton suka tetapi Alhamdulillah resipi kali ini menjadi.

"Drama ini memerlukan saya memotong rambut saya menjadi pendek. Sebenarnya saya enggan menerima tawaran drama ini tetapi apabila dijanjikan watak saya cuma untuk 30 babak, jadi saya terima. Tidak sangka pula karakter Ikram dipanjangkan hingga ke episod akhir.

"Saya anggap watak saya penting kerana saya adalah pencetus cerita dan menyatukan El dan Zain semula. Perkara lebih menarik apabila dialog saya seperti 'Kak Bedah hok aloh' dan 'omey angat' menjadi ikutan dan jenaka kawan-kawan," katanya yang pernah disapa sebagai Ikram Kak Bedah.

Tambahnya, dialog yang sering ditokok tambahnya sendiri menggunakan bahasa perbualan sehari-harian mencorakkan watak itu yang dirasakan berjaya mencabar kemampuannya.

Hot FM rai ulang tahun ketujuh

Posted:

Hot FM rai ulang tahun ketujuh

Hot FM rai ulang tahun ketujuh


KELUARGA besar Hot FM yang turut bersiaran di TV9 menerusi slot Hot TV.


SELEPAS tujuh tahun bersiaran, radio swasta Hot FM terus menongkah arus dalam memberikan apa yang diinginkan pendengar mereka.

Selari dengan tujuh tahun pencapaian dalam bidang penyiaran radio, Hot FM terus berusaha mencetuskan variasi idea menarik untuk mewarnai industri.

Bagi meraikan ulang tahun ketujuh Hot FM, baru-baru ini telah diadakan majlis doa selamat di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur membabitkan kesemua warga penyampai dan kakitangan Hot FM.

Antara kejayaan yang diraih Hot FM adalah siaran Hot FM telah diperluaskan ke Pantai Timur bermula Januari tahun lalu dengan jenama Hot FM Klate dan Hot FM Tganu.

Bermatlamat ingin merapatkan lagi antara pendengar dan penyampai, Hot FM kini mula bersiaran di TV9 selama 15 minit dari pukul 11.30 malam hingga 11.45 malam, Isnin hingga Rabu menerusi slot Hot TV.

Bertemakan program santai dan komedi, Hot TV dibintangi oleh penyampai Hot FM sendiri iaitu Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Kieran, Leya, Ikhwan, Chad, Deen dan Suraya. Setakat ini, setelah seminggu bersiaran, Hot TV telah berjaya memikat hampir 250,000 penonton.

Pengurus Besar Rangkaian Program Hot FM, Anida Mohd. Tahrim berkata, Hot FM sentiasa memberi yang terbaik dan selalu berada dekat dengan pendengar apabila sering bertemu peminat secara langsung.

"Kami selalu memerah idea untuk beri yang terbaik dan sering bersiaran secara langsung di lokasi acara berlangsung untuk lebih dekat dengan pendengar.

"Tidak hanya menghiburkan, tugas kami di radio Hot FM juga mendidik dan memberi info terkini yang tepat. Selama tujuh tahun kami berharap Hot FM telah memenuhi segala selera dan permintaan pendengar," kata Anida.

Bagi tahun 2013, kalendar Hot FM program kemanusiaan membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu menerusi dua program anjuran Hot FM iaitu Busking Amal Hot FM dan Hot FM Bersama Anda.

Hot FM cukup sinonim dengan acara Hot FM Big Jam, tetapi sebagai usaha memberikan kelainan, Hot FM bakal hadir dengan Liga Juara Hot FM pada April ini.

Program ini akan menampilkan barisan penyampai radio Hot FM, selebriti pilihan, pemain bola sepak Malaysia dan pendengar setia Hot FM bergabung dan menentang satu sama lain dalam sukan futsal. Tidak terhenti di situ, Hot FM akan terus menampilkan pelbagai program menarik sepanjang tahun 2013.

Aiman enggan ikut cakap orang lagi

Posted:

Aiman enggan ikut cakap orang lagi

Aiman enggan ikut cakap orang lagi


AIMAN mengakui jadualnya agak ketat kerana terikat dengan jadual penggambaran drama-drama lakonannya.


KERJAYA seni Aiman Hakim Ridza atau dikenali sebagai Aiman kelihatan kini lebih terarah ke bidang lakonan meskipun bakatnya terlebih dulu dicungkil daripada program realiti TV, Mentor 5.

Aiman lebih popular sebagai pelakon berbanding penyanyi selepas drama bersiri Vanilla Coklat mendapat sambutan hangat.

Hakikatnya, dia sudah muncul dengan single duetnya bersama penyanyi Ernie berjudul, Kalimah Janji.

Tidak kecewa lagu tersebut kurang mendapat sambutan, Aiman, 24, yang kini muncul dengan drama terbaharu lakonannya, Rindu di Abu Dhabi mempunyai perancangan tersendiri untuk kerjaya nyanyiannya.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Aiman yang ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Aiman kini lebih menyerlah sebagai penyanyi berbanding pelakon. Komen Aiman?

AIMAN: Memang benar, kerjaya lakonan saya lebih menyerlah daripada nyanyian. Namun, tidak ada sebarang kesan negatif dan saya tidak kisah kerana bagi saya kedua-dua bidang merupakan peluang yang bagus untuk diri saya.

Adakah Aiman kecewa lagu Kalimah Janji duet bersama Ernie tidak mendapat sambutan?

Saya tidak kecewa lagu Kalimah Janji kurang diputarkan menerusi radio walaupun ia telah diterbitkan pada bulan Julai tahun lalu. Mungkin ada silap di sana sini ataupun belum tiba tuah untuk saya dalam bidang nyanyian.

Di manakah silapnya sehingga lagu itu tenggelam begitu sahaja?

Sebelum ini mungkin saya terlalu ikut kata orang lain sebab itu jadi begitu. Selepas ini, saya harus buat semuanya sendiri. Bagi single yang seterusnya, sekurang-kurangnya saya mahu lagu itu diketahui pendengar radio.

Anda ada sebarang rancangan untuk meningkatkan semula kerjaya nyanyian?

Buat masa ini belum ada lagi kerana jadual terikat dengan penggambaran drama. Sebenarnya untuk mendapatkan sebuah lagu yang baik perlukan masa bukan boleh diperolehi dengan kadar segera. Selepas ini, segala hala tuju kerjaya muzik terletak di tangan saya sendiri kerana hanya saya tahu apa yang saya inginkan.

Apa yang Aiman inginkan dalam bidang muzik?

Saya ingin menghasilkan muzik yang bagus dan lagu nyanyian saya boleh diterima semua lapisan umur. Mungkin saya tidak boleh terlalu tamak kerana buat masa ini, fokus saya lebih ke bidang lakonan. Jika lakukan kedua-dua serentak dengan jadual yang padat, agak sukar untuk saya tetapi kalau diberi peluang untuk membikin lagu dan album, jiwa saya lebih ke arah genre muzik R&B dan pop rock. - HARYATI KARIM

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved