Khamis, 14 Februari 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Program perhimpunan belia himpun 700 orang peserta

Posted:

Program perhimpunan belia himpun 700 orang peserta

Program perhimpunan belia himpun 700 orang peserta


KIRA-KIRA 700 peserta Majlis Ramah Mesra Gabungan Belia Bersama Pemimpin yang telah diadakan di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini


BERHIMPUN. Majlis Ramah Mesra Gabungan Belia Bersama Pemimpin yang diadakan di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan hampir 700 orang daripada pelbagai pertubuhan kebajikan di sekitar Lembah Klang.

Pengerusi Persatuan Belia Segi Tiga Keramat dan Pertubuhan Kebajikan Persegi Malaysia, Ahmad Feardaus Daud berkata, program julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli pertubuhan kebajikan.

Menurutnya, ia juga sebagai platform untuk ahli-ahli mendengar pelbagai maklumat dan amanat kerajaan dalam menghadapi cabaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Turut hadir ialah timbalan persatuan itu, Mohd. Naim Mohd. Shah serta dua orang naib pengerusinya, Mohd. Firdaus Zainuddin dan Muhamad Husaini Hasnan.

Warga PTPL Terengganu sertai kursus praperkahwinan

Posted:

Warga PTPL Terengganu sertai kursus praperkahwinan

Warga PTPL Terengganu sertai kursus praperkahwinan


SEBAHAGIAN daripada pelajar dan kakitangan PTPL Terengganu selepas menyertai kursus pra perkahwinan di Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KURSUS. Seramai 60 pelajar dan kakitangan kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Terengganu mengikuti kursus pra- perkahwinan Islam selama dua hari di Dewan Serbaguna PTPL di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Program dua hari bermula 1 hingga 2 Februari itu merupakan anjuran Unit Pembangunan Pelajar dan Kerjaya bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang alam perkahwinan selain isu-isu semasa berkaitan institusi kekeluargaan.

Pegawainya, Nik Mohd. Zamri Karim berkata, kursus itu mengandungi 11 slot ceramah meliputi tajuk berkaitan akidah Islam, langkah menangani tekanan, pengurusan kewangan, pembubaran perkahwinan dan pengurusan sumber keluarga.

"Penganjuran kursus turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

"Kita berharap program ini akan memberi input bermanfaat kepada para peserta agar mereka lebih bersedia melayari kehidupan berumah tangga kelak," katanya.

3,000 hadir perhimpunan anak muda Seberang Jaya

Posted:

3,000 hadir perhimpunan anak muda Seberang Jaya

3,000 hadir perhimpunan anak muda Seberang Jaya


MOHD. ZAIDI (dua dari kiri) membantu menukar minyak pada salah sebuah motosikal pada Perhimpunan Anak Muda Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang baru-baru ini.


MINAT. Kira-kira 3,000 orang termasuk golongan belia hadir pada Perhimpunan Anak Muda Parlimen Permatang Pauh yang diadakan di Dataran Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pada perhimpunan itu pelbagai aktiviti menarik dianjurkan antaranya aktiviti pengedaran borang Bantuan Lesen 1Malaysia, dan servis motosikal secara percuma.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Permatang Pauh, Datuk Jalil Abdul Majid, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said.

Pada majlis itu, 6,500 topi keledar 1Malaysia kepada wakil setiap parlimen di Pulau Pinang.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved