Ahad, 27 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Masa depan anak jadi motivasi

Posted:

Masa depan anak jadi motivasi

Masa depan anak jadi motivasi

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mengimpikan hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Namun, hidup dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Perselisihan faham akan tetap terjadi dan ia menuntut penyelesaian yang rasional. Itulah harga yang harus dibayar jika telah akur untuk melayari bahtera kehidupan bersama-sama.

Begitupun, sepanjang melayari alam perkahwinan, setiap pasangan perlu mempunyai kesabaran dan komitmen yang tinggi. Jika tidak, masalah sekecil zarah pun boleh mencetuskan perceraian sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Walau bagaimanapun, perpisahan boleh juga terjadi dan perceraian merupakan pilihan yang paling ditakuti oleh setiap pasangan.

Nurhamizah Roslan, 26, pernah melalui detik tersebut. Dia yang berkahwin pada usia 17 tahun sama sekali tidak pernah menyangka rumah tangga yang dibina dengan lelaki yang dikasihinya kecundang di tengah jalan.

Anak jati Tanjong Karang, Selangor itu memberitahu, dia dan bekas suaminya hanya sempat menyulam cinta selama lima bulan sebelum dirinya disunting sebagai isteri pada usia muda.

Perkenalan dalam tempoh yang singkat menyebabkan dia sebenarnya tidak mengenali sikap dan hati budi suaminya dengan lebih mendalam.

Namun, atas nama cinta, perkara tersebut tidak diendahkan. Kebahagiaan alam rumah tangga Nurhamizah bagaimanapun cuma bertahan selama sebulan.

Suami yang disangkakan seorang penyayang itu mula menunjukkan belang sebenar. Lelaki itu bertukar menjadi panas baran lebih-lebih lagi jika dia meminta wang untuk perbelanjaan rumah.

Lebih malang, bekas suaminya yang bekerja sebagai atendan pemandu lori ikan itu mula malas ke tempat kerja dan didapati terlibat dengan najis dadah.

Oleh kerana memikirkan soal belanja sewa rumah, makan dan minum, Nurhamizah mengambil keputusan untuk bekerja di stesen minyak untuk menampung keperluan rumah.

Mengimbas perjalanan hidupnya itu, air mata Nurhamizah bergenang. Tiada yang lebih menyayat hati apabila mengenang dunia perkahwinan yang dilayari selama lima tahun itu.

Begitupun, sepanjang tempoh tersebut, pasangan tersebut dikurniakan seramai tiga cahaya mata lelaki.


KEBAJIKAN anak-anak menjadi fokus utama dalam hidup Nurhamizah kini.


Bekas suaminya yang kini berusia 33 tahun itu pernah bertekad untuk berubah demi menyelamatkan keluarga. Mereka sekeluarga telah berhijrah ke Teluk Intan, Perak kerana enggan bergaul dengan rakan-rakan penagih dadah, namun usaha itu tidak berbaloi.

"Di sana (Teluk Intan), dia menjadi penagih dadah tegar. Ingatkan dia akan insaf, tetapi sebaliknya," kata Nurhamizah yang mendedahkan bahawa dia pernah menolak ajakan suaminya itu untuk mencuba 'keseronokan' dadah.

Takdir menentukan perjalanan rumah tangga mereka berakhir pada pertengahan tahun 2010. Menurut Nurhamizah, dia sudah tidak tahan lagi melihat sikap suaminya yang gagal menunaikan tanggungjawab sebagai bapa dan suami dengan baik.

Berkahwin semula

Kira-kira enam bulan menjanda, Nurhamizah bertemu semula cinta dengan seorang lelaki yang dikenali sejak zaman persekolahan.

Melihatkan keadaan anak-anak kecil memerlukan kasih sayang seorang bapa, Nurhamizah memberitahu, dia sekali lagi membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Begitupun, percubaan kali kedua itu juga tidak membawa kebahagiaan. Perhubungan dengan suami keduanya hanya mampu bertahan lima bulan kerana lelaki itu juga merupakan seorang penagih dadah.

Sepanjang perkahwinan mereka, dia masih terpaksa membanting tulang untuk mencari sumber rezeki.

"Saya tidak kisah untuk bekerja tetapi apabila meminta suami menjaga ketiga-tiga anak, lain pula jadinya. Apabila pulang dari kerja, ada sahaja kesan-kesan lebam di bahagian anggota anak-anak," ungkapnya lagi.

Nurhamizah jujur meluahkan isi hatinya kini yang gusar untuk berkahwin lagi. Ternyata, pengalaman buruk yang pernah dilaluinya meninggalkan parut dalam jiwanya.

Jika diikutkan perasaan, segalanya bagaikan sudah bertemu noktah buat wanita tersebut. Dua kali gagal dalam perkahwinan cukup menghenyak harapan untuknya menghargai kehidupan.

Namun, mujur kewarasannya tidak lenyap semudah itu. Apabila mengenangkan dia memiliki anak-anak yang memerlukan pengorbanannya, Nurhamizah kembali bersemangat. Hidupnya kembali dirasakan mempunyai arah dan tujuan.

Kini, dengan menerima bantuan sebanyak RM250 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan anak-anaknya pula menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM130 sebulan termasuk bantuan berbentuk beras, tepung dan gula, Nurhamizah menyusun semula langkahnya.

Dia juga membantu ibunya berniaga secara kecil-kecilan di depan rumah.

"Kalau nak kerja di tempat lain memang susah apatah lagi tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anak memandangkan ibu dan adik-beradik yang lain mempunyai urusan tanggungjawab masing-masing," jelasnya lagi.

Nurhamizah mengakui, dia tidak bersedia lagi untuk berkahwin kerana tumpuannya kini adalah untuk masa depan anak-anaknya.


PERMASALAHAN dalam alam rumah tangga tidak dapat dielakkan, namun demi menyelamatkannya, setiap pasangan perlu berikhtiar sehabis baik. - Gambar hiasan.


Cekal dan tabah

Sementara itu, bagi Fatimah Abdullah, 58, selepas bercerai kira-kira 20 tahun yang lalu dia bersendirian menyara dan membesarkan ketiga-tiga anaknya.

Anak kelahiran Selangor itu menempuh pelbagai dugaan apabila seluruh tanggungjawab terhadap anak-anak beralih kepadanya selepas suaminya menceraikannya

Biarpun anggota keluarga dan rakan-rakan menyarankan kembali mendirikan rumah tangga tetapi demi anak-anak, dia menutup pintu hatinya bagi memastikan tanggungjawab memberi didikan kepada anak tidak terabai.

"Bukan mudah mendidik anak-anak secara bersendirian apatah lagi ketika itu saya kerja membajak sawah dan mengait sawit setiap hari.

"Oleh itu, saya mengetepikan soal kahwin kerana tidak mahu anak-anak tidak mendapat perhatian sepenuhnya," ceritanya.

Begitupun, jauh di sudut hati wanita itu, dia mengakui bahawa berdepan kesulitan hidup lantaran bergantung hasil jualan dan sawit sahaja. Tambahan pula, perbelanjaan semakin meningkat apabila anak-anak mula menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi.

Namun, berkat kesabaran menghadapi dugaan, akhirnya dia mampu menyara dan memberi didikan sempurna kepada anak-anaknya.

Berkat berusaha dan bertawakal kepada Yang Maha Esa, Fatimah kini boleh menarik sedikit nafas lega kerana pengorbanannya itu diberi ganjaran apabila melihat ketiga-tiga orang anaknya sudah berkelulusan universiti.

Mendepani cabaran sebagai ibu tunggal merupakan satu ujian besar buat Nurhamizah dan Fatimah.

Tanpa daya inisiatif untuk bekerja mungkin menyebabkan hidup golongan wanita dan anak-anak yang senasib dengan mereka menjadi terumbang-ambing.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


Sementara itu, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Aluwi Parman berkata, trend perceraian dari tahun 2011 sehingga tahun lalu adalah sama.

Masalah ekonomi, suami yang berkahwin lain, sikap pasangan yang berubah selepas berkahwin dan suami yang tidak bekerja adalah antara penyebab sesebuah institusi perkahwinan itu dilanda masalah dan seterusnya berlaku perceraian.

"Puncanya tetap sama. Untuk itu, setiap pasangan Islam perlu sabar dalam melayari kehidupan berumah tangga," ujarnya.

Bagi setiap permasalahan, pasti ada penyelesaian yang boleh dicapai bersama tanpa menuding jari mencari kesalahan. Biarpun perceraian adakalanya tidak dapat dielakkan, ia bukan bermakna hidup tidak oleh diteruskan.

"Walau apapun, setiap pasangan perlu berusaha sehabis baik untuk mengubah watak buruk masing-masing demi kebaikan bersama," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Majlis Maulidur Rasul di DPP Fasa 1, Kajang meriah

Posted:

Majlis Maulidur Rasul di DPP Fasa 1, Kajang meriah

Majlis Maulidur Rasul di DPP Fasa 1, Kajang meriah


SEBAHAGIAN daripada ibu bapa dan kanak-kanak mendengar ceramah agama sempena Maulidur Rasul 1434 Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Razis di Surau Al-Hijrah, Desa Pinggiran Putra Fasa 1, Kajang baru-baru ini.


BERSATU. Kira-kira 600 penduduk Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1, Kajang, Selangor menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah yang diadakan di Surau Al-Hijrah di taman perumahan itu baru-baru ini.

Selain ibu bapa, turut mengambil bahagian dalam perarakan sejauh kira-kira 1.2 kilometer itu ialah pelajar-pelajar Sekolah Agama Integrasi Miftahuddin dan murid-murid Sri Tahfiz Abim dan Taski Abim Ibnu Sina.

Para peserta berjalan sambil bersalawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW mengelilingi beberapa laluan di taman DPP.

Sempena majlis itu, satu ceramah agama mengenai kehidupan Rasulullah turut diadakan dan disampaikan oleh Ustaz Mohd. Razis Md. Shainisi.

Ketua Biro Dakwah dan Pendidikan Surau Al-Hijrah, Yahizan Che Yap berkata, sambutan Maulidur Rasul kali ini amat menggalakkan berbanding empat sambutan sebelum ini.

Ahli pengakap bina struktur sarang burung terbesar

Posted:

Ahli pengakap bina struktur sarang burung terbesar

Ahli pengakap bina struktur sarang burung terbesar


WAU PE (kiri) bersama ahli-ahli pengakap meraikan kejayaan membina struktur sarang burung di Ipoh baru-baru ini.


KREATIF. Seramai 1,500 orang ahli pengakap berjaya membina struktur sarang burung terbesar di Malaysia di Taman Rekreasi Kampung Baru Bercham, Ipoh baru-baru ini.

Lebih membanggakan, pembinaan struktur tersebut yang turut disertai seramai 20 orang peserta dari luar negara iaitu Filipina, Hongkong dan Singapura berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Binaan struktur sarang burung setinggi 4.2 meter, lebar 40 meter dan keluasan 125 meter persegi itu mampu dinaiki lebih 400 orang pada satu-satu masa dibina menggunakan kayu bakau, tali dan getah.

Menurut Ketua Pengakap pada program tersebut, Leong Han Wau Pe, para peserta mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan binaan struktur sarang burung setinggi tiga tingkat itu.

Kariah Surau Al-Hidayah jayakan program Maulidur Rasul

Posted:

Kariah Surau Al-Hidayah jayakan program Maulidur Rasul

Kariah Surau Al-Hidayah jayakan program Maulidur Rasul


PERARAKAN sempena Maulidur Rasul 1434 Hijrah oleh kariah Surau Al-Hidayah, Taman Mulia, Mantin baru-baru ini.


MUAFAKAT. Hampir 200 orang kariah Surau Al-Hidayah Taman Mulia, Mantin, Negeri Sembilan menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah baru-baru ini.

Majlis perarakan yang bermula pada pukul 8.30 pagi di kawasan Taman Mulia sejauh hampir satu kilometer itu diketuai oleh Imam 2 Masjid Nurul Iman, Kampung Gebok, Mantin, Radzi Rasol serta diiringi Imam 1 Surau Al-Hidayah, Abdul Rahman Basiron, Pengerusi surau, Jaafar Sidek serta Ahli Jawatankuasa surau.

Sempena majlis sambutan itu juga Surau Al-Hidayah menganjurkan pertandingan mencipta logo surau dan pada sebelah malam diadakan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khairi Zainuddin dari Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum, Seremban.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


31 maut rusuhan berdarah kerana bola sepak

Posted:

31 maut rusuhan berdarah kerana bola sepak

31 maut rusuhan berdarah kerana bola sepak

PARA penyokong kelab bolasepak Al-Ahly merayakan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap 21 peminat bola sepak di Kaherah kelmarin.


PORT SAID - Seramai 31 orang mati dalam rusuhan yang berlaku di sini akibat keputusan sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 21 peminat bola sepak di Mesir, kata beberapa pegawai kesihatan semalam.

Sejumlah penduduk termasuk pemuda merusuh dan mengamuk kelmarin selepas Hakim Mahkamah Jenayah Kaherah, Sobhy Abdel Maguid membaca senarai nama 21 peminat yang dihukum mati.

Mereka dihukum mati selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam rusuhan bola sepak yang berlaku di sebuah stadium bola sepak di Port Said yang mengakibatkan 74 orang terbunuh pada 1 Februari tahun lalu.

Rusuhan itu berlaku selepas kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly apabila peminat kelab Al-Masry yang bersenjatakan pisau dan kayu meluru ke padang stadium di sini untuk mengejar pemain dan peminat pasukan lawan.

Hakim itu juga mengumumkan hukuman terhadap 52 lagi defendan termasuk sembilan orang pegawai keselamatan akan diputuskan pada 9 Mac depan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Irwansyah, isteri antara ditahan berpesta dadah

Posted:

Irwansyah, isteri antara ditahan berpesta dadah

Irwansyah, isteri antara ditahan berpesta dadah

IRWANSYAH dan Zaskia ketika hari perkahwinan mereka pada 15 Januari 2011.


JAKARTA - Artis popular Indonesia, Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 yang lain ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada pagi semalam.

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN, Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam.

Irwansyah popular di Malaysia menerusi lagu Pecinta Wanita dan My Hearts serta sinetron Andai Ku Tahu dan Upik Abu dan Laura.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis siasat unsur dera

Posted:

Polis siasat unsur dera

Polis siasat unsur dera

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

WILLIAM


KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat sama ada terdapat unsur dera terhadap William Yau Zhen Zhong, 6, yang mayatnya dipercayai ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang Khamis lalu selepas dia dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya pada 16 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya akan memanggil semula ibu bapa William, Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, untuk memberi keterangan selepas pihaknya ada menerima maklumat yang mendakwa mangsa pernah didera sebelum hilang.

"Bagaimanapun, ia akan dilakukan selepas kita menerima keputusan penuh bedah siasat dan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) ke atas mayat kanak-kanak yang dipercayai William itu.

"Setakat ini, pasangan itu belum dipanggil lagi untuk diambil keterangan berhubung dakwaan dera ke atas kanak-kanak itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Cipta rekod demi dakwah

Posted:

Cipta rekod demi dakwah

Cipta rekod demi dakwah

Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI

IMPIAN dan usaha Sirajudeen Kamal Batcha, 28, untuk mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records dengan mencipta ukiran cermin terpanjang bukanlah bertujuan untuk meraih populariti.

Sebaliknya, beliau mahu memperkenalkan kepada umum tentang seni ukiran cermin dan khat kufi yang selama ini hanya dipelopori golongan berumur.

Atas landasan itulah Sirajudeen meletakkan harapannya untuk melakar rekod individu pertama mencipta ukiran cermin terpanjang di Malaysia melalui ukiran nama-nama Allah (Asma Ul Husna) serta Allah dan Muhammad.

"Melalui projek ini, saya mahu kongsikan kepada masyarakat ukiran cermin yang masih kurang mendapat tempat dalam kalangan generasi muda kini. Pada masa yang sama, mesej yang lebih besar adalah untuk berdakwah.

"Jika pada masa kini, seni visual biasanya didominasi oleh lukisan, arca dan seramik, namun ukiran cermin ini juga merupakan salah satu cabangnya.

"Oleh itu, saya berhasrat menjadi perintis dalam penghasilan ukiran cermin ini. Saya berharap dapat mengubah persepsi masyarakat supaya ia dapat diterima dengan lebih luas suatu masa nanti," kata Sirajudeen.

Menurut Sirajudeen, ukiran cermin yang dihasilkan itu adalah melalui kaedah mengukir di belakang bahagian cermin secara songsang dengan membuang selaput aluminium perak. Seterusnya ia digosok dengan bahan kimia tertentu untuk membentuk sesuatu imej yang dikehendaki.


ANTARA koleksi ukiran cermin milik Sirajudeen yang dipamerkan di Galeri Pelita Hati, Bangsar, Kuala Lumpur sempena Pameran Urban Show tahun lalu.


"Keseluruhan proses ukiran tersebut adalah seratus peratus menggunakan kemahiran kerja tangan yang halus. Ia memerlukan ketelitian dan kesabaran bagi menghasilkan ukiran cermin yang berkualiti," katanya.

Pada ukiran cermin terpanjang yang sedang dalam perancangannya, Sirajudeen mahu mengukir setiap satu khat kufi di atas sekeping cermin dan melibatkan 102 keping cermin. Jumlah panjang ukiran cermin yang akan diukir ialah 62.18 meter iaitu selebar dua kaki (0.61 meter) setiap satu.

Kata Sirajudeen: "Jika projek ini berjaya, The Malaysia Book Of Records akan mengiktirafnya sebagai ukiran cermin terpanjang oleh individu dalam kategori Manusia dan Pencapaian.

Selain itu, sepanjang projek berkenaan dijalankan, orang ramai berpeluang untuk melihat lebih dekat proses ukiran cermin dihasilkan sehingga ia siap sepenuhnya.

Sokongan penuh

Projek ukiran cermin terpanjang tersebut dijadualkan bermula pada pertengahan Februari sehingga 21 Mei nanti.

Sehingga kini, secara teknikalnya Sirajudeen telah bersedia untuk melakukan percubaan tersebut dan sudahpun mendapat sokongan penuh daripada beberapa badan tertentu.

Sebagai contoh, Sirajudeen telah mendapat pelepasan daripada pihak rumah kreatif bagi pakar kaligrafi Islam, Karya Kufi, untuk menggunakan semula khat kufi asal Asma Ul-Husna manakala Seni Galeri Shah Alam pula memberi keizinan menjadi lokasi percubaan ukiran cermin yang akan dilakukan nanti.


SIRAJUDEEN menunjukkan antara karya menarik ukiran cermin yang dihasikannya sebelum ini.


Namun demikian, bagi merealisasikan projek tersebut, Sirajudeen memerlukan dana sebanyak RM154,000 untuk menampung kos keseluruhannya.

Justeru, beliau berharap akan ada individu atau pihak tertentu yang berminat menghulurkan sumbangan sekali gus menjayakan hasratnya itu.

"Jika ada individu yang mahu membantu saya, ukiran cermin Asma Ul-Husna serta Allah dan Muhammad ini akan menjadi miliknya.

"Pada masa sama, saya juga bercadang supaya ukiran cermin ini dipasang di Masjid Tuanku Mizan Zainal, Putrajaya kerana ia mampu menambah daya tarikan dan menjadi warisan seni kepada negara, namun itu semua bergantung kepada persetujuan pendermanya," kata Sirajudeen.

Tertarik hati

Berkongsi cerita tentang jejak beliau dalam dunia seni tersebut, Sirajudeen berkata, idea berkenaan tercetus pada tahun 2009 setelah beliau tertarik melihat seorang kawannya yang mahir membuat khat dengan menggunakan cermin sebagai hadiah perkahwinan.

"Disebabkan ukiran cermin ini masih baharu dan tidak ramai yang mahir menghasilkannya, saya membuat keputusan untuk belajar dengan secara serius.

"Mengukir di atas cermin bukanlah sesuatu yang mudah, kita perlu berhati-hati kerana ia mudah patah dan pecah," katanya yang mengambil masa dua tahun untuk memahirkan dirinya.

Tambah Sirajudeen, beliau memilih cermin kerana ia tahan lama dan kekal berbanding dengan seni ukiran lain yang cepat rosak.



"Meskipun menghadapi kesukaran pada awalnya, berkat kesungguhan dan latihan tanpa jemu, perkara ini akan menjadi mudah," katanya yang sebelum ini melibatkan diri dalam seni lukisan.

Menurut Sirajudeen, ukiran cermin yang diukirnya mempunyai maksud tertentu bergantung kepada gambar yang diambil.

"Sebagai contoh, ukiran cermin Mahkamah Besar Pulau Pinang membawa erti dalam sebuah kehidupan keadilan menjadi matlamat utama.

"Ukiran jalan di hadapan bangunan mahkamah tersebut pula memberi makna hidup mesti diteruskan walaupun setiap manusia mempunyai cabaran.

"Laluan yang berbeza pula diterjemahkan melalui mod pengangkutan iaitu ada yang berbasikal, berkereta ataupun bermotosikal," ulas Sirajudeen berfalsafah.

Selain itu, Sirajudeen menjelaskan cermin juga sangat unik untuk dijadikan ukiran kerana ia begitu sinonim dan dekat dalam kehidupan harian.

"Kita sering mendengar istilah dalam bahasa Melayu iaitu 'cermin diri'. Ia merujuk sebagai medium untuk kita kembali menilai diri sendiri dengan melakukan muhasabah supaya kita kembali ingat kepada Tuhan," katanya.

Gerak tari BBoy pilihan juri

Posted:

Gerak tari BBoy pilihan juri

Gerak tari BBoy pilihan juri

Oleh NIZHA PERIASWAMY


BARISAN pemenang Pertandingan Tarian Gatsby Musim Ke-5 bergambar kenangan bersama pihak penganjur dan juri jemputan.


WALAUPUN hanya berlatih gerak tari signatur peribadi, BBoy, dalam masa tujuh hari, Teoh Pitt Den, 24, berjaya mendahului para peserta Pertandingan Tarian Gatsby Musim ke-5 baru-baru ini.

Pelajar animasi digital One Academy, Pulau Pinang itu mengakui walaupun latihan yang dilakukan agak singkat, namun gerak tari Bboy yang dihasilkan untuk lagu genre sentimental menyumbang markah tinggi.

"Saya menerapkan gerakan BBoy dalam sebuah lagu sentimental yang mungkin sukar dilakukan orang lain. Lagipun, kebanyakan gerak tari BBoy saya cipta sendiri," kata Pitt Den yang menarik perhatian juri dan penonton dengan gerakan tangan, hayunan badan dan paparan keseimbangan badan yang menakjubkan.

Acara tahunan yang menjadi platform untuk menyerlahkan bakat tari dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi ini dipercayai antara yang paling berpengaruh di Asia.

Pencarian penari-penari dalam kalangan pelajar yang berlangsung pada 19 Januari lalu di gelanggang luncur ais di Sunway Pyramid, Petaling Jaya menyaksikan persaingan antara 10 finalis dari seluruh negara.

Tuah memihak kepada Pitt Den, apabila beliau menjuarai pertandingan pusingan akhir sekali gus memenangi hadiah utama wang tunai bernilai RM2,000. Pitt Den turut ditawarkan kos perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk bersaing dengan pemenang dari tujuh negara peserta yang lain dalam Pertandingan Tarian Gatsby Peringkat Akhir Asia yang dijangka diadakan di Tokyo, Jepun pada 2 Mac ini.

Menaruh harapan

"Saya akan memulakan latihan tidak lama lagi dan bersedia menemui para peserta di Jepun. Buat masa sekarang, saya akan mengekalkan gerak tari BBoy sebagai gerakan utama," katanya yang menaruh harapan untuk menjadi juara di negara matahari terbit itu.

Dalam pada itu, pemenang hadiah kedua pula terdiri daripada kumpulan Funk P yang disertai dua orang penari, Leong Wei Lun, 23, dan Wong Bin Huei, 23, masing-masing penuntut dari Kolej Segi, Kuala Lumpur dan Universiti Multi Media (MMU), Melaka. Mereka memenangi wang tunai bernilai RM1,000 dan pelbagai produk Gatsby. "Pertandingan yang diadakan sangat sengit dan kami akur sebagai pemenang kedua. Kini, kami akan terus menari bagi memenuhi aktiviti semasa," kata Wei Lun.


SELAKU juara, Pitt Den (empat dari kanan) berpeluang mewakili Malaysia dalam Pertandingan Tarian Gatsby Peringkat Akhir Asia di Tokyo, Jepun pada 2 Mac ini.


Kumpulan Vanity Crew yang terdiri daripada Teresa Lee, 23, Chong Shau Thin, 20 dan Phin Jia Xin, 20 meraih tempat ketiga. Ketiga-tiga pelajar Kolej Segi, Sarawak itu membawa pulang wang tunai RM500 dan pelbagai produk Gatsby.

Ahli kumpulan tersebut, Jia Xin, mahu kumpulan Vanity Crew terus menyertai pelbagai pertandingan tarian lain dan meningkatkan kemahiran sebagai penari profesional.

Tahun ini turut menyaksikan peningkatan rekod penyertaan dari seluruh negara. Aliran pengundian juga meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu.

Ini membuktikan populariti Pertandingan Tarian Gatsby juga telah meningkat dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang meminati seni tarian.

Legasi kejayaan

Penari Malaysia, khususnya peserta Pertandingan Tarian Gatsby mempunyai kedudukan yang tersendiri di Asia. Hal ini dibuktikan oleh Rebounce Crew yang pernah memenangi Anugerah Penggayaan pada Peringkat Akhir Asia 2012.

Pihak penganjur, Mandom Malaysia Sdn. Bhd., berharap peserta Malaysia dapat meneruskan legasi kejayaan pemenang pertandingan sebelum ini iaitu Jackson Chua dan Alex Poppin Rex selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2009.

Juara Peringkat Akhir Asia bakal menikmati peluang melancong secara percuma ke salah satu daripada lapan negara yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Tarian Gatsby.

"Berdasarkan sambutan yang semakin meningkat setiap tahun, kami yakin Pertandingan Tarian Gatsby Musim Ke-5 berjaya menarik minat kalangan pelajar Malaysia dan seluruh rantau ini," kata Presiden, Mandom (M) Sdn. Bhd., pengedar eksklusif produk Gatsby, Daniel Chin.

Pertandingan serantau yang dianjurkan Gatsby terbuka kepada pelajar-pelajar Asia dari Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Jepun.

Sejak tahun 2008, idea asal pertandingan ini adalah untuk membolehkan para pelajar dari negara yang terlibat menunjukkan kreativiti dan keghairahan tarian secara bebas.


TARIAN BBoy Pitt Den berjaya memukau para juri untuk dinobatkan sebagai juara musim kelima pertandingan ini.


Pemenang dalam sesi uji bakat terdahulu melayakkan diri memasuki pertandingan akhir secara automatik manakala bagi peserta yang lain, pihak penganjur memuat naik video tarian Pertandingan Tarian Gatsby di laman sosial Facebook.

Peserta yang memperoleh undian Like terbanyak dalam Facebook juga diberi peluang memasuki Pertandingan Akhir Malaysia.

Bagi memudahkan penonton menonton semula tarian-tarian yang dipersembah sepanjang Pertandingan Tarian Gatsby Musim Ke-5 menerusi laman web www.gatsby.com.my/dance atau laman GATSBY Dance Competition Malaysia di Facebook boleh ditonton.

Panel juri terdiri daripada penari selebriti terkenal yang diterbangkan khas dari Jepun, Fishboy dan Charisma Kantaro. Juri tempatan pula terdiri daripada iaitu Boojae Fadzil dari Floor Fever dan Fellest Yan daripada kumpulan Royal Phantom Crew.

FishBoy ialah salah seorang penari tersohor di Jepun, mula melibatkan diri dalam Pertandingan Tarian

Insentif buat pemilik kediaman

Posted:

Insentif buat pemilik kediaman

Insentif buat pemilik kediaman


UNIT contoh kediaman BSP Skypark bakal memberi idea tentang tata rias dalaman mahupun konsep gaya hidup kepada pembeli berpotensi.


PEMAJU hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS), hari ini melancarkan BSP Skypark, projek pembangunan bertingkat tinggi pertama dan berkembang pesat di bandar perumahan baharu, Bandar Saujana Putra (BSP), Puchong, Selangor.

BSP Skypark merangkumi 689 unit kediaman kediaman berservis dan 32 unit kedai untuk keperluan pembeli rumah kali pertama, keluarga muda dan pelabur yang berharap untuk menyewakannya pada masa hadapan.

Kediaman berservis pada harga mampu milik dari RM399,900 itu mempunyai keluasan binaan kasar dari 1,004 kaki persegi (93.3 meter persegi) dengan susun atur tiga bilik tidur dan dua bilik mandi yang selesa. Sementara itu, unit kedai pula mempunyai binaan kasar seluas 1,030 kaki persegi (95.7 meter persegi) dan ke atas dijual pada harga bermula dari RM618,000.

"Tumpuan sektor hartanah telah beralih kepada rumah mampu milik dan dengan pengalaman yang dimiliki dalam sektor ini, LBS akan terus menyokong inisiatif kerajaan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah," kata Pengarah Urusan LBS, Datuk Lim Hock San.

Kemudahan

Ciri utama BSP Skypark adalah keluasan meliputi 0.526 hektar. Pemilik pasti akan tertarik dengan pelbagai kemudahan yang terdapat di BSP Skypark, antaranya surau, dewan serba guna dan taman permainan.

Kemudahan rekreasi seperti kolam renang, jakuzi, trek joging, gimnasium, bilik mainan dan bilik yoga juga disediakan bagi penghuni yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, ruang membaca, kafe dan tempat berjemur disediakan untuk menggalakkan pengisian harian yang santai dalam kalangan penghuni BSP Skypark, sekali gus merawat mereka daripada tekanan kehidupan kota.

Dijadual siap menjelang tahun 2016, pembeli hartanah boleh mengunjungi Galeri Jualan BSP yang dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Di situ, pengunjung boleh melihat unit pameran BSP Skypark dan pelbagai projek pembangunan lain di Bandar Saujana Putra.

LBS juga menawarkan insentif menarik kepada pembeli kediaman termasuk rebat lapan peratus untuk setiap unit yang dibeli dan tambahan tujuh peratus diskaun kepada pembeli Bumiputra.

Pembeli unit kediaman BSP Skypark dikecualikan yuran guaman untuk perjanjian jual beli (SPA) dan surat ikat perjanjian bersama (DMC) selain caj perkhidmatan percuma untuk satu tahun. Bagi unit kedai, pembeli Bumiputra akan dapat menikmati diskaun 10 peratus dan dikecualikan yuran guaman untuk SPA dan DMC

Berkembang maju

Dilancarkan pada 2003, Bandar Saujana Putra adalah bandar perumahan baharu yang sedang berkembang maju, dengan lebih 6,600 buah rumah telah siap dibina dan 1,700 rumah yang sedang dibangunkan.

Antara kemudahan lain yang akan dibangunkan di kawasan tersebut ialah taman rekreasi dan kemudahan bersukan, sekolah, kolej, kedai, balai polis dan stesen minyak.

Bandar perumahan serba lengkap itu terletak kira-kira 30 kilometer ke tenggara pusat bandar raya Kuala Lumpur, menjadikan lokasinya dekat dengan kebanyakan bandar-bandar utama di Lembah Klang. Pada masa yang sama, ia cukup terpencil untuk menawarkan ketenangan dan ketenteraman.

Akses mudah menerusi lebuh raya utama termasuk LDP, ELITE, Shah Alam, Kesas, SKVE dan Maju Expressway (MEX) menjadikan perjalanan ke Petaling Jaya, Sunway, USJ, Subang Jaya, Seri Kembangan, Shah Alam, Cyberjaya dan Putrajaya hanya mengambil masa beberapa minit.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 011-1233 0566 / 011-1233 0577 / 011-1233 0655 atau kunjungi www.lbs.com.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ferguson pukul canang United mampu raih juara

Posted:

Ferguson pukul canang United mampu raih juara

Ferguson pukul canang United mampu raih juara

NANI (tengah) kembali diturunkan United dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Fulham kelmarin selepas lama direhatkan. Pemain itu berjaya membantu United menang 4-1.


MANCHESTER - Alex Ferguson berazam mahu membawa pulang Piala FA untuk kali ke-11 buat Manchester United pada penghujung musim ini.

United merupakan antara pasukan terbanyak memenangi trofi tersebut dalam sejarah kejohanan, namun kali terakhir mereka berjaya mendakap Piala FA adalah pada tahun 2004.

Ini bermakna hanya Ryan Giggs, Paul Scholes dan Darren Fletcher berada dalam kesebelasan utama United berjaya merasai nikmat memenangi trofi tersebut ketika ini.

Paling membanggakan, Giggs menjaringkan gol pembukaan United ketika mereka mudah mengatasi cabaran Fulham 4-1 dalam pusingan keempat Piala FA kelmarin.

"Saya percaya pemain-pemain United akan meneruskan momentum kemenangan ini hingga ke perlawanan akhir.

"Saya berharap tahun inilah peluang mendapatkannya. Sesetengah daripada mereka (pemain) beraksi cemerlang hari ini," jelas Ferguson.

Tambah beliau, ini merupakan salah satu persembahan terbaik mereka musim ini selepas menurunkan pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Giggs menyempurnakan sepakan penalti pada minit kedua perlawanan untuk gol pertama United, diikuti gol Wayne Rooney sebelum Javier Hernandez menambah dua lagi gol untuk United selesa mendahului 4-0.

Bagaimanapun, Aaron Hughes berjaya 'mencuri' satu gol untuk Fulham.

"Piala FA sangat bermakna. Kali terakhir kami memenanginya sembilan tahun lalu. Ramai pemain masih belum merasai nikmat mendakap trofi ini.

"Kami harap tahun ini ia menjadi kenyataan," kata Giggs.

Persembahan menakjubkan Hernandez dan Rooney turut menggembirakan Ferguson.

Beliau menyifatkan kuartet Rooney, Hernandez, Danny Welbeck dan Robin van Persie pasti digeruni sama seperti gandingan pemenang tiga piala pada 1999 - Andy Cole, Dwight Yorke, Ole Gunnar Solskjaer dan Teddy Sheringham. - AFP

Drogba nafi cuma 'penumpang'

Posted:

Drogba nafi cuma 'penumpang'

Drogba nafi cuma 'penumpang'


DROGBA (kiri) sekadar beraksi 25 minit terakhir selepas masuk sebagai pemain gantian Ivory Coast ketika menentang Tunisia semalam, namun kemasukannya gagal memberi impak besar.


RUSTENBURG, Afrika Selatan - Kapten Ivory Coast, Didier Drogba menafikan dakwaan dia tidak berada pada prestasi sebenar sebaik pasukannya menempah slot suku akhir selepas mengatasi Tunisia 3-0 pada kempen Piala Negara- Negara Afrika 2013 semalam.

Dalam aksi Kumpulan D di Stadium Royal Bafokeng itu, gol-gol jaringan Gervin- ho, Yaya Toure dan Didier Ya Konan berjaya memastikan kemenangan kedua The Elephants, sekali gus muncul pasukan pertama mara ke suku akhir pada kempen kali ini.

Biarpun hanya tampil selaku pemain gantian pada 25 minit terakhir, Drogba gagal memberikan impak yang berkesan, sekali gus mengundang spekulasi banyak pihak.

Untuk rekod, ia merupakan kali pertama Drogba diketepikan daripada kesebelasan utama Ivory Coast sepanjang kariernya.

"Saya bukan jurulatih dan tidak berhak membuat keputusan. Biarpun sekadar memanaskan bangku simpanan, ia bukan satu isu yang besar.

"Saya masih cergas. Terpulang kepada jurulatih untuk menentukan siapa yang bakal diturunkan," jelas Drogba.

Sebelum ini, Drogba tanpa berselindung mengakui kurang cergas ekoran jarang beraksi bersama kelabnya, Shanghai Shenhua.

Dia juga digantikan pada 20 minit terakhir ketika aksi pertama Ivory Coast berdepan Togo minggu lalu.

Biarpun tempatnya selaku penyerang utama dilihat diambil alih bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Salomon Kalou, Drogba enggan memikirkan sentimen peribadi dan fokus mahu membantu pasukannya muncul juara kali ini.

"Kami mahu mengulangi kejayaan tahun lalu apabila berjaya mara ke final.

"Saya harap kami mampu melakukannya dan muncul juara kali ini," tegas Drog- ba.

Untuk rekod, The Elephants berjaya mara ke pentas final sebanyak dua kali sejak empat kejohanan terdahulu, selain mara ke separuh akhir pada edisi 2008.

Dalam aksi terakhir kumpulan nanti, Ivory Coast bakal berdepan Algeria di Rustenburg, Khamis ini. - Reuters

Belum pamer persaingan sebenar

Posted:

Belum pamer persaingan sebenar

Belum pamer persaingan sebenar


PERAK (jersi kuning) antara pasukan yang diramal mampu melontarkan saingan sebaik Liga Super bersambung pada 22 Februari depan.


LIGA Malaysia (Liga M) 2013, melibatkan saingan Liga Super dan Premier, berehat seketika sebelum bersambung semula pada 22 Februari depan.

Langkah tersebut adalah untuk memberi ruang bagi persediaan skuad kebangsaan yang akan memulakan kempen pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar, 6 Februari nanti.

Sebahagian besar pemain yang beraksi dalam Liga Super dan Premier terlibat dengan tugasan bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

Setakat ini, lima perlawanan Liga Super dan Premier sudah dilangsungkan yang menyaksikan Pahang menerajui takhta Liga Super manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula mengungguli carta Liga Premier.

Selepas mengharungi lima perlawanan, Pahang berjaya mengutip 12 mata hasil empat kemenangan dan tewas sekali manakala PDRM pula mengumpul 13 mata hasil empat kemenangan dan seri sekali.

Walaupun selesa menerajui takhta ketika ini, ia belum memberi jaminan buat dua pasukan berkenaan untuk bergelar juara musim ini kerana perjalanan liga masih jauh.

Selepas lima perlawanan, saingan boleh dikatakan masih terbuka kerana tiada pasukan yang betul-betul memperlihatkan kelebihan masing-masing.

Pasukan-pasukan berstatus 'gergasi' masih terkapai-kapai mencari rentak kemenangan, dan kelemahan tersebut dipergunakan sepenuhnya oleh pasukan-pasukan kerdil yang memiliki kerja berpasukan tinggi untuk mencipta kejayaan.

Inilah yang membawa kejayaan kepada Pahang setakat ini, yang memperlihatkan kekuatan sebagai satu pasukan kerana semangat berpasukan dalam skuad kendalian Dollah Salleh itu cukup tinggi.

Seandainya semangat seperti itu dapat dikekalkan sehingga ke hujung musim, Pahang yang kembali ke saingan Liga Super musim ini boleh dianggap sebagai antara calon untuk menduduki tiga tempat teratas dalam liga.

Selain itu, Pahang juga dilihat cukup garang apabila berada di depan gawang lawan dan setakat ini, mereka telah mencetak 11 gol selepas mengharungi lima perlawanan.

Maknanya, jentera serangan mereka yang diketuai Azamuddin Mohd. Akil dan Mohd. Fauzi Roslan cukup kental untuk merobek gawang lawan.

Dollah juga tidak begitu mengharapkan sentuhan pemain import kerana dalam beberapa perlawanan sebelum ini, beliau lebih banyak memberi kepercayaan kepada barisan tempatan untuk membawa cabaran Pahang.

Begitupun, jentera pertahanan mereka perlu diperkemaskan kerana setakat ini, mereka sudah melepaskan enam gol yang membawa purata bolos satu gol dalam setiap perlawanan.

Sebelum saingan liga bermula pada 5 Januari lalu, Pahang bukanlah antara pasukan yang tersenarai sebagai kuasa dalam liga tempatan.

Tumpuan sebenarnya lebih terarah kepada juara trebel musim lalu, Kelantan, Johor Darul Takzim, Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Terengganu.

Namun, secara tiba-tiba Pahang tampil mencipta 'gelora' baharu apabila tampil dengan prestasi yang agak luar biasa.

ATM setakat ini nampaknya masih mengekalkan konsistensi selepas mempamerkan kebangkitan pada pertandingan Piala Malaysia musim lalu dengan kejayaan melangkah ke final, namun mereka tewas kepada Kelantan.

Rentak cemerlang ATM itu yang dikendalikan oleh bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan, terus dipamerkan pada saingan liga musim ini dan hasilnya mereka berjaya mencipta nama sebagai juara Piala Sumbangsih 2013 selepas menghampakan Kelantan.

Namun, masa depan bola sepak ATM agak meragukan kerana mereka masih memberi kepercayaan kepada pemain yang semakin dimamah usia untuk menggalas cabaran seperti Hairuddin Omar mahupun Mohd. Shukor Adan.

Tiada pemain muda yang betul-betul menonjol dalam skuad tersebut yang akan menjadi tunjang ATM suatu hari nanti.

Setakat ini, ATM selesa menduduki tempat kedua liga di belakang Pahang dengan mengutip 10 mata dan jentera serangan mereka yang diketuai Hairuddin dan Marlon Alex James juga memperlihatkan kegarangan selepas mencetak 10 gol dalam lima perlawanan.

Walaupun dibarisi sebahagian besar pemain veteran tetapi ATM tetap dianggap sebagai pencabar baharu dalam liga musim ini yang turut memperlihatkan gaya permainan cukup menarik.

Johor Darul Takzim (Johor DT) pula yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang, masih terkapai-kapai mencari rentak.

Kehadiran bekas penggempur Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha serta beberapa pemain kebangsaan seperti Mohd. Safee Sali, Safiq Rahim mahupun Aidil Zaquan Abdul Radzak, nampaknya masih belum mampu untuk menjulang skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu.

Selepas mengharungi lima perlawanan, skuad bimbingan Fandi Ahmad itu sekadar mengutip lapan mata untuk berada di tangga kelima hasil daripada dua kemenangan, dua seri dan tewas sekali.

Jentera serangan mereka juga masih dilihat tumpul dan sehingga kini baru meledak sembilan gol.

Masalah paling ketara yang dialami skuad Johor DT ialah jentera pertahanan mereka yang dilihat kurang konsisten mempertahankan kubu mereka daripada dibolosi.

Setakat ini, mereka sudah melepaskan tujuh gol dan ia membuktikan betapa lemahnya pertahanan mereka walaupun di ketuai pemain kebangsaan, Adil Zaquan, Azmi Muslim dan Muslim Ahmad.

Bagi Fandi, masalah utama yang beliau kenal pasti dalam pasukannya setakat ini ialah keserasian dalam kalangan pemain.

"Pemain bintang masih belum menunjukkan keserasian dengan pemain lain dan keadaan ini membimbangkan saya," kata Fandi selepas aksi menentang Perak pada saingan Piala FA minggu lalu.

Jika ada pasukan yang mampu menggegar saingan liga selepas ini, sudah pastinya Perak yang kini dikendalikan oleh Mohd. Azraai Khor Abdullah.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan Perak bakal menjadi pasukan yang perlu dihormati selepas ini memandangkan gaya permainan mereka cukup mempersonakan.

Sebahagian besar pemainnya terdiri daripada pemain muda dan mereka juga antara pasukan yang memiliki barisan pertahanan terbaik setakat ini, dengan hanya melepaskan tiga gol.

Jika Perak terus tampil dengan rentak yang telah mereka pamerkan dalam lima perlawanan lalu, tidak mustahil mereka akan menjadi pasukan tumpuan selepas ini.

Bagi saingan Liga Premier pula, Kedah dan PDRM boleh dianggap pasukan pilihan tetapi mereka perlu lebih waspada kerana pasukan-pasukan lain seperti Sabah, Sarawak dan juga Johor semakin memperlihatkan kebangkitan.

Apa pun, perjalanan liga masih jauh dan macam-macam boleh berlaku selepas ini sebaik saingan liga bersambung semula pada 22 Februari depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


50 maut dalam pertempuran di penjara

Posted:

50 maut dalam pertempuran di penjara

50 maut dalam pertempuran di penjara


SEORANG anggota tentera mengawal banduan yang cedera dalam rusuhan
di penjara Uribana, Venezuela.


CARACAS, Venezuela - Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan 90 yang lain cedera apabila banduan di penjara Uribana merusuh pada Jumaat.

Kebanyakan banduan cedera akibat tembakan, jelas seorang pegawai hospital, Ruy Medina yang menyatakan jumlah kematian mungkin meningkat.

Menteri yang bertanggungjawab ke atas pusat tahanan dan penjara di Venezuela, Iris Varela memberitahu, rusuhan berlaku apabila pihak berkuasa penjara melancarkan operasi mencari senjata-senjata haram yang dimiliki oleh banduan.

Venezuela memang terkenal dengan kondisi penjaranya yang sesak dan tidak terurus. Penjara di negara itu disifatkan sebagai paling teruk di Amerika Latin. Sebagai contoh, sebuah penjara yang boleh memuatkan 14,000 orang banduan kini dihuni oleh hampir 50,000 banduan.

- AFP

Pilihan raya kecil uji populariti PAP

Posted:

Pilihan raya kecil uji populariti PAP

Pilihan raya kecil uji populariti PAP


DUA orang pengundi membuang undi masing-masing
di sebuah pusat pengundian kawasan Timur Punggol
semalam. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai kayu
pengukur terhadap populariti Parti Tindakan Rakyat
(PAP) dalam kalangan rakyat Singapura.


SINGAPURA - Para pengundi di sini membuang undi semalam dalam satu pilihan raya kecil yang sekali gus menguji pendirian orang ramai terhadap parti pemerintah iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) selepas ia mengalami prestasi terburuk dalam pilihan raya umum di republik tersebut.

Kerusi kawasan Timur Punggol kosong apabila bekas Speaker, Michael Palmer meletak jawatan dan keluar daripada PAP selepas mengaku menjalin hubungan sulit pada Disember tahun lalu.

Kempen pilihan raya didominasi oleh isu sosioekonomi seperti kenaikan kos sara hidup. Para penganalisis menyatakan kehadiran tiga calon pembangkang pasti memecahkan undi pengundi anti-PAP.

Pusat-pusat pengundian dibuka seawal pukul 8 pagi selama 12 jam dan keputusan dijangka diumumkan pada malam ini (semalam).

Lebih 31,000 pengundi layak mengundi dalam pilihan raya kecil itu. Ia merupakan pilihan raya kecil kali kedua sejak pilihan raya umum pada Mei 2011 yang menyaksikan PAP hanya memperoleh undi sebanyak 60 peratus.

Doktor bedah, Koh Poh Koon yang mewakili PAP dicabar oleh Lee Li Lian dari Parti Pekerja, Desmond Lim (parti Perikatan Demokratik Singapura) dan Kenneth Jeyaretnam (Parti Reformasi). - AFP

Perusuh bola sepak dihukum mati

Posted:

Perusuh bola sepak dihukum mati

Perusuh bola sepak dihukum mati


GAMBAR menunjukkan penjara Pelabuhan Said yang menempatkan
tahanan termasuk sekumpulan perusuh bola sepak.


KAHERAH - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 orang yang didapati bersalah terlibat dalam rusuhan bola sepak yang menyaksikan 74 orang terbunuh.

Di dalam mahkamah, ahli keluarga tertuduh seakan-akan tidak percaya dengan keputusan tersebut. Mereka kemudian mengangkat tangan dan melaungkan 'Allahu akbar'.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, hakim akan mengumumkan hukuman ke atas 52 lagi defendan, termasuklah sembilan orang pegawai keselamatan pada 9 Mac depan.

Rusuhan antara penyokong pasukan Al-Masry dari Pelabuhan Said dan peminat pasukan Al-Ahly dari Kaherah disifatkan sebagai keganasan bola sepak paling buruk di dunia dalam tempoh 15 tahun. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


KTMB cuba cipta rekod beroperasi 90 jam tanpa henti

Posted:

KTMB cuba cipta rekod beroperasi 90 jam tanpa henti

KTMB cuba cipta rekod beroperasi 90 jam tanpa henti

27/01/2013 7:11pm

KUALA LUMPUR — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMTB) kini berusaha mencipta rekod beroperasi 90 jam tanpa henti perkhidmatan khas komuter ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam bagi melayakkan syarikat itu memahat nama dalam Malaysia Book of Records tahun ini.

Pengurus Besar KTMB, Mohd. Hider Yusoff berkata, selama empat hari tiga malam, perkhidmatan komuter di kesemua laluan beroperasi tanpa henti bermula 25 Januari sempena perayaan itu dan seramai 200 pemandu bekerja dalam tiga jadual waktu bekerja.

"Bagi memenuhi kriteria yang diperlukan oleh Malaysia Book of Records, perkhidmatan komuter dari Pelabuhan Klang, Rawang dan Sungai Gadut ke Batu Caves dan sebaliknya, harus beroperasi dengan lancar," katanya ketika ditemui di Batu Caves hari ini.

Beliau berkata, setiap perjalanan pergi dan balik direkod mulai Jumaat lepas hingga hari terakhir perkhidmatan khas itu esok, dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) amat diperlukan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan.

Mohd. Hider berkata, seramai 500,000 penumpang menggunakan perkhidmatan itu selama tiga hari beroperasi, dan bilangan tersebut dijangka bertambah pada hari akhir sambutan Thaipusam esok.— BERNAMA

Skim pembiayaan mikro untuk penjaja kini dibuka

Posted:

Skim pembiayaan mikro untuk penjaja kini dibuka

Skim pembiayaan mikro untuk penjaja kini dibuka

27/01/2013 6:19pm

TEMERLOH — Kira-kira 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara kini boleh memohon Skim Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil yang disalur melalui Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim itu yang dikendalikan Bank Rakyat, menyediakan pembiayaan dari RM1,000 hingga RM50,000 bagi tujuan modal kerja atau modal pusingan serta pembelian peralatan.

"Skim ini memberi keutamaan kepada peserta yang menjalankan perniagaan Menu Rakyat 1Malaysia di mana permohonan mereka akan didahului berbanding mereka yang menjalankan perniagaan lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penjaja 1Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, bagi yang berminat, mereka boleh mengisi borang yang disediakan di semua cawangan Bank Rakyat dan dilampir salinan kad pengenalan serta salinan pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Bagi permohonan yang lengkap, proses kelulusan akan mengambil masa antara lima hingga 10 hari sahaja," katanya menambah kerajaan memperuntukkan RM50 juta menerusi skim itu.— BERNAMA

Penunggang motosikal maut dirempuh lori

Posted:

Penunggang motosikal maut dirempuh lori

Penunggang motosikal maut dirempuh lori

27/01/2013 5:57pm

PEKAN — Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke atas jalan akibat dirempuh sebuah lori di Kilometer 42, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, Nasir Juseh, 29, dari Kampung Landai, Mukim Bebar, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa keluar mengejut dari sebuah simpang di kiri jalan menyebabkan pemandu lori berusia 32 tahun tidak sempat mengelak dan melanggarnya.

"Mangsa tercampak ke atas jalan manakala motosikalnya diseret sejauh 30 meter oleh lori terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Elfaeza masih fobia dibuli

Posted:

Elfaeza masih fobia dibuli

Elfaeza masih fobia dibuli

NAMA Elfaeza Ul Haq belum berantai dari bibir ke bibir. Belum terbiasa peminat industri seni lakon tempatan menyebut namanya apatah lagi mengenali peribadi bunga yang datang dari Kota Singa ini.

Namun dalam kesederhanaan, wanita berusia 27 tahun ini mahu mencipta langkah. Dia sudah membikin gelombang kecil dalam kariernya. Lakonan sebagai Azie dalam drama fenomena Adam dan Hawa sudah meninggalkan kesan tersendiri. Di samping kegilaan khalayak terhadap watak Adam serta Hawa bawaan Nadiya Nisa dan Aaron Aziz, Elfaeza juga mendapat rentak serupa.

Walaupun terpaksa membawa bayang-bayang karakter Azie untuk waktu ini, Elfaeza atau ringkas disapa Elfa setidak-tidaknya sudah meninggalkan ingatan. Kesan mula dalam langkah terawal bergelar aktres.

Karier berjalan lancar

Penggerak watak Azie selama 80 episod ini tahu 'roh' Azie masih berlegar dalam dirinya. Dia yang hadir sederhana dan manis di studio Utusan mengaku tidak merancang secara halus setiap gerak langkah. Sebaliknya diserahkan kepada jalan waktu dan takdir untuk bergerak.

"Jalan karier sekarang bergerak lancar. Tidak ada kesesakan trafik," ketawanya kecil sambil disolek.

Ungkap Elfa, usai Adam dan Hawa, dia muncul dalam dalam drama bersiri Cinta Qaseh arahan Feroz Kader. Malah rezekinya berjalan lancar ke drama Dalam Setiap Sujudnya yang yang kini bersiaran di saluran TV9.

Masih dalam lingkungan selesa iaitu di bawah bimbingan sutradara dan produksi yang sama, atas nama kesyukuran Elfa berasa lingkungan keliling banyak membantu pergerakan kerjayanya.

"Walaupun masih berada dalam lingkungan yang sama, saya berterima kasih kepada pihak kru dan tenaga produksi kerana banyak 'menjual' nama saya dan melancarkan kerjaya saya," ujarnya yang sudah menetap di Malaysia sejak 1 Mac tahun lalu.

"Bercerita tentang watak Azie, saya sangat bersyukur kerana dapat peluang tersebut. Tawaran pertama saya di sini adalah adaptasi novel yang laris beserta para pelakon yang bagus. Memang drama ini dijangka sukses tetapi tidak terbayang akan jadi fenomena. Saya tidak pernah menyangka dan tempiasnya," jelasnya yang tidak cuba membuang bayang-bayang Azie sebaliknya menyahut jika dipanggil nama itu oleh umum.

Meneroka kota Kuala Lumpur

Bersendiri meneroka kehidupan di kota Kuala Lumpur sementelah keluarga di seberang tambak, untuk Elfa dia sudah terbiasa hidup berdikari.

Dia nekad berkelana di sini kerana berasakan pergerakan lakonannya di Singapura sudah tersimpul. Sudah tidak mampu berkembang dan demi mahukan kemajuan, dia berhijrah.

"Di Singapura saya sudah berlakon. Juga pernah menjadi pengarah dan produser teater kanak-kanak. Saya masuk dalam industri sejak umur 18 tahun melalui program nyanyian yang dinamakan Anugerah. Saya juga sempat menjadi hos bagi program kanak-kanak Krayon," terangnya yang bercita-cita menjadi seorang guru kerana gemarkan kanak-kanak.

"Pada tahun 2008 sewaktu usia 21 tahun, saya sempat menetap di Kuala Lumpur. Sempat berlakon dua buah drama dengan watak kecil iaitu Impak Maksima dan KL Menjerit. Saya rasa usia terlalu muda untuk saya berdikari jadi saya pulang ke Singapura," cerita Elfa yang sudah menyertai persatuan Seniman sebagai langkah utama berdiri sebagai pelakon di sini.

Merasakan sekarang masa yang sesuai untuk menggelecek bakatnya di padang lakonan, Elfa menyimpan hasrat untuk berlakon filem dan muncul dengan sebuah single nyanyiannya.

"Dalam masa tiga tahun lagi saya mahu jadi aktres yang orang tahu bakat saya. Bukan hanya menjual wajah atau cerita, fokus bakat," azamnya yang menjadikan doa sebagai senjata utama persiapan menjadi anak seni.

KERAP disapa dengan nama Azie, Elfaeza akur dengan 'bayang-bayang' karakter yang mengikutnya buat waktu ini.


"Saya rasa inilah waktunya. Lagipun saya bukan muda lagi. Umur sudah 27 tahun jadi saya perlu cepat mengejar cita-cita saya. Tetapi dalam masa yang sama, saya tidak kelam-kabut," kata Elfa lagi.

Bersendirian di sini, jika tidak sibuk di set penggambaran Elfa mengaku lebih gemar duduk di rumah. Bukan sekadar menimba pengalaman di lokasi, kegemaran menonton drama bersiri juga merupakan bekalan untuknya bergelar pelakon.

"Saya suka menonton siri How I Met Your Mother, New Girl, White Collar dan terbaharu saya menonton drama Korea The Great Seer dan The Rooftop Prince," katanya dengan mata bersinar perihal drama kegemaran.

"Kalau boleh saya mahukan watak-watak profesional seperti doktor atau wartawan. Saya suka menonton drama Amerika yang menjurus kepada profesion," terangnya yang pernah berlakon drama Inggeris bertajuk The Pupil waktu di Singapura.

Pernah kena buli

Wanita muda berdarah Pakistan ini mengaku dia fobia orang. Apatah lagi kalau berada dalam situasi yang penuh dengan manusia.

"Saya takut berdepan orang tambah-tambah orang baharu. Nak datang sesi fotografi ini pun saya berdebar. Saya takutkan suasana, takut juga tersalah cakap," ujarnya yang mengelak menyakitkan hati orang.

"Dahulu masa sekolah saya pernah dibuli rakan-rakan. Mereka pulaukan saya tanpa sebab. Mereka kata tidak berkenan melihat wajah saya, tiada sebab lain. Jadi sejak sekolah lagi saya sudah biasa bersendiri. Rakan-rakan tidak ramai," kata cerita Elfa yang kadangkala keluar bersama rakan-rakan baiknya, Shah Iskandar dan Dazrin Kamarudin.

Kebiasaan itu terbawa-bawa hingga dewasa. Dia banyak bersendiri. Masa lapangnya dihabiskan di rumah untuk membaca atau ke gim, juga sendiri.

"Sejak usia 24 tahun saya mahu bersikap berdikari. Mahu banyak masa sendirian bermuhasabah diri. Kalau keluar pun hanya untuk minum teh bersama rakan-rakan dan kadangkala berkaraoke. Saya tidak suka ke kelab (malam) sebab ramai orang," jujurnya bercerita sedikit kisah peribadinya.

Menyendiri banyak membantu Elfa merenung ke depan untuk membuka gerak sebagai pelakon di Malaysia. Langkah Elfa masih baharu, masih hijau tanah yang dilaluinya. Semoga angin kemeriahan sambutan watak Azie terus membawa dirinya ke kincir kejayaan bergelar seorang aktres.

Zizan pendam rasa cinta

Posted:

Zizan pendam rasa cinta

Zizan pendam rasa cinta

ZIZAN mahu mengelak cerita-cerita yang membabitkan dirinya dengan wanita. Dia mengaku mahu fokus dengan kerjaya.


NAMA Zizan sedang beraja di hati khalayak. Baik penampilannya sebagai pengacara program atau persembahan mahu pun aksinya dalam status sebagai pelawak, humor Zizan pantas disukai ramai.

Baru sahaja memenangi tangga juara pertandingan Maharaja Lawak Mega yang berlangsung minggu lalu, kemenangan itu mengizinkan Zizan dan rakan sepasukannya, Johan membawa pulang kejuaraan berharga RM500,000.

Terdahulu Zizan juga pernah dinobatkan juara Super Spontan dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Solo, semakin stabil dengan perjalanan karier dan nama sedang mengharum, pasti gosip-gosip cinta menghampiri jejaka yang berasal dari Terengganu itu.

Namun apabila diterjah dengan soalan-soalan bersifat sedikit peribadi, Zizan dalam nada serius mahu mengelak cerita cinta daripada keluar terlalu kerap ditatap peminat.

Terbaharu, dia dikaitkan dengan aktres cantik Elfira Loy. Mengaku hanya rakan biasa, Zizan meminta cerita ini tidak diperpanjangkan.

Apa aktiviti terkini Zizan ?

ZIZAN: Saya akan ke Australia malam ini (Jumaat) untuk sesi penggambaran majalah. Di sana selama lima hari. Kemudian saya akan ke London pula untuk sesi penggambaran bersama pihak penaja. Itu akan berlangsung selama dua minggu.

Dengarnya Zizan ada menaruh hati terhadap Elfira Loy?

Kami kawan biasa-biasa sahaja.

LAKONAN Elfira Loy sebagai Marjinah di Istana Budaya mengundang minat Zizan.


Mata-mata memberitahu, Zizan menonton teater Ali Baba di Istana Budaya untuk melihat Elfira. Khabarnya, ibu Zizan juga bersama.

Tak adalah bawa. Saya dapat tiket daripada pengurus. Saya pergi ke sana untuk melepaskan tekanan sewaktu terlibat dengan program Maharaja Lawak Mega. Saya pergi dengan Kaka. Kebetulan Kaka memang baik dengan El (Elfira) sebab mereka sama-sama terlibat dalam program Fear Factor.

Sejauh mana khabar angin mengaitkan Zizan dan Elfira?

Tidak ada kena mengena. Ini bukan perkara besar pun. Kami kawan sahaja dan tidak ada ke arah lain. Tidak payah tulislah tentang ini.

Sudah rimas dikaitkan dengan ramai wanita?

Saya takut jadi tak best. Sebelum ini pun orang kaitkan saya dengan Emma Maembong walhal kami satu bumbung pengurusan. Payah nanti orang cakap macam-macam. Kalau boleh saya nak mengelak cerita-cerita macam ini. Kalau boleh tidak payahlah tulis cerita-cerita macam ini.

Khalayak mahu tahu juga cerita-cerita Zizan.

Kalau boleh saya mahu mengelak cerita macam ini. Banyak lagi aktiviti yang saya lakukan. Saya pun tidak fikir ke arah itu. Susah pun ada. Terlampau banyak cerita-cerita gosip cinta ini. Saya mahu fokus dengan kerja. Saya pun ada hobi baharu iaitu bermain kereta kawalan jauh.

Noryn berdakwah melalui lagu

Posted:

Noryn berdakwah melalui lagu

Noryn berdakwah melalui lagu


'SENYAP' seketika untuk jangka beberapa waktu, Noryn bakal muncul dengan dua buah single yang mempamerkan kelainan nyanyiannya.


DALAM busana jubah hijau dan solekan tipis, Noryn Aziz hadir ke studio Nar Records untuk kembali berada dalam atmosfera yang pernah dilaluinya.

Hampir dua tahun dia tidak melaksanakan tugasan sebagai penyanyi rakaman. Kali terakhir, isteri Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah ini muncul dengan album I'm Alright pada tahun 2010. Sedihnya album itu tidak mendapat perhatian ramai seperti album perdananya, Fantasi O Realiti (1997).

Jangkaan bahawa Noryn bakal muncul dengan lagu-lagu ketuhanan sedikit meleset. Kolaborasi bersama Adi 6ixth Sense menyediakan dua juadah telinga yang cukup indah. Kedua-duanya mempamerkan perbezaan dalam sentuhan namun disantunkan dalam lagu-lagu yang kena rasa.

Kedua-dua ini diberi ruang pradengar. Sedikit berbeza dengan penampilan Noryn yang dahulu. Lagu dengan tajuk Mutiara bakal memberikan rasa jazz yang lembut dan sedikit ringan manakala Tinta Putih pula menjurus kepada gelombang ketuhanan.

"Selama ini saya buat lagu sendiri. Sekarang saya tidak rasa saya boleh buat kerana faktor masa. Saya juga sudah biasa dengan lagu-lagu yang teknikal. Jadi saya mencari komposer yang mencipta lagu melalui hati. Jodoh saya bertemu Adi. Dia sangat disiplin dan berbakat," senyum Noryn yang terasa perbezaan dalam keluaran produknya kali ini.

Mengaku tidak menyanyikan lagu sebegini sebelum ini, Noryn lantas mengaku mencari lagu yang bersifat komersial. Juga mahukan sebuah lagu yang boleh dinyanyikan khalayak beramai-ramai.

"Lagu kedua bertajuk Tinta Putih pula merupakan sebuah lagu dengan konsep ketuhanan. Juga dibuat oleh Adi dan liriknya ditulis oleh Buddhi Hikayat," terang Noryn yang mengaku projek kali ini adalah daripada kewangannya sendiri.


BUDDHI HIKAYAT (dua dari kiri) dan Adi (bertopi) berkolaborasi untuk lagu Tinta Putih nyanyian Noryn Aziz. Kerjasama ini turut dibantu Amir (kiri) yang bertugas di studio Nar Records.


Menyasarkan lagu Mutiara bakal bertemu para pendengar pada bulan Februari kelak, Noryn mengaku dia pernah memperlahankan aktiviti seninya seketika.

"Saya pernah rasa mahu berhenti menyanyi. Tetapi apabila saya fikirkan bahawa muzik ini dapat memberikan sesuatu yang positif, saya kembali. Saya mahu melakukan sesuatu kepada khalayak dengan memberikan mesej yang baik dalam lagu dan lirik. Saya mahu berdakwah secara kecilan melalui muzik," jelasnya yang menganggap muzik mempunyai kuasa yang kuat dalam masyarakat.

Adi yang merupakan komposer kedua-dua single baharu Noryn memberitahu bahawa ini merupakan kali pertama dia muncul dengan lagu-lagu sebegini. Adi dibantu oleh pemuzik seperti Ayoy (bass), Wan (drum), Jay (gitar), Firdaus (keyboard) dan Eddie Marzuki (string)

"Lagu Mutiara dengan muzik jazz yang ringan ini idea Noryn. Lagu ini bercerita tentang wanita. Sesuatu yang dekat dengan kita semua," ujar Noryn bersemangat untuk bertemu khalayak kembali dengan lagu yang menampilkan kelainan dan tersendiri.

Ditemani Buddhi dan Adi sewaktu rakaman vokal, Noryn mengaku berasa gemuruh memasuki studio kembali. Lama tidak menjejak kaki, lama juga masa yang diambil untuk masuk kembali ke gear rakaman.

"Saya akui, ada rasa gemuruh kerana sudah lama tidak masuk ke studio. Semoga lagu-lagu saya kali ini diterima pendengar. Seperti yang saya katakan, saya mahu berdakwah melalui lagu," senyumnya cantik.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved