Isnin, 16 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Prakash Rao, Setiausaha Agung MIC Baharu

Posted:

Prakash Rao, Setiausaha Agung MIC Baharu

Prakash Rao, Setiausaha Agung MIC Baharu

16/12/2013 10:55pm

KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel mengumumkan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, A. Prakash Rao sebagai Setiausaha Agung baharu parti itu manakala bekas Ketua Penerangan Selangor, L. Sivasubramaniam sebagai Ketua Penerangan.

Palanivel juga mengumumkan bekas Timbalan Ketua Biro Perancangan Strategik MIC, Datuk K. R. Ramanan sebagai Bendahari Agung.

Dalam kenyataan di sini, Palanivel turut menamakan tujuh anggota CWC

yang dilantik.

Mereka ialah Tan Sri K. Kumaran, Tan Sri K. S. Nijhar, Senator Datuk Barat

Maniam, Anggota Dewan Undangan Negeri Tenggaroh K. Ravenkumar, Datuk K. S. Balakrishnan, Ketua MIC Bahagian Raub, K. Tamil Selvam dan Ketua MIC Bahagian Teluk Kemang, Datuk R. Balakrishnan.

Palanivel berkata, beliau akan terus mengetuai Selangor manakala bekas

speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R. Ganeson terus menerajui negeri itu.

Naib Presiden, Datuk S. Balakrishnan Sinniah akan mengetuai Johor, Naib

Presiden, Datuk S. Sothinathan (Negeri Sembilan), Datuk M. Saravanan (Kuala Lumpur), Datuk S. Ganesan (Kedah) dan M. Karupannan (Pulau Pinang). - Bernama

Polis tegur penganjur perhimpunan bantah kenaikan cukai taksiran

Posted:

Polis tegur penganjur perhimpunan bantah kenaikan cukai taksiran

Polis tegur penganjur perhimpunan bantah kenaikan cukai taksiran

16/12/2013 10:59pm

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur penganjur 'himpunan bantahan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)' kerana tidak membuat sebarang permohonan kepada

polis untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kalau berani langgar, sabarlah tindakan terhadap mereka akan dikenakan

mengikut undang-undang yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang perhimpunan itu yang berlangsung selama sejam di Dataran Menara DBKL di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Polis Zainuddin Ahmad pula berkata, polis akan mengambil tindakan ke atas penganjur perhimpunan itu kerana mengadakan perhimpunan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan menyalahi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Jika sabit kesalahan, penganjur boleh didenda RM20,000," katanya selepas perhimpunan selama sejam itu bersurai.

Perhimpunan bermula 11 pagi itu disertai kira-kira 500 pemilik hartanah, serta beberapa pemimpin parti pembangkang. - Bernama

Lebih 2,000 pesalah trafik ditahan dalam Ops Warta - Khalid

Posted:

Lebih 2,000 pesalah trafik ditahan dalam Ops Warta - Khalid

Lebih 2,000 pesalah trafik ditahan dalam Ops Warta - Khalid

16/12/2013 10:03pm

KUALA LUMPUR - Seramai 2,004 pesalah trafik mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap telah ditahan dalam Ops Warta dijalankan di seluruh negara sejak 25 September lalu hingga semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka merupakan

sebahagian daripada 51,114 orang yang diperiksa dalam tempoh berkenaan.

"Tangkapan paling banyak adalah di Johor iaitu seramai 760 individu.

"Diikuti Sabah (306), Selangor (167), Perak (160) dan Kedah iaitu 123 individu," katanya selepas menghadiri Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di Maktab PDRM, Cheras di sini.

Menurut Khalid, pihaknya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih tegas khusus dalam memastikan 1.7 juta saman tertunggak dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibayar pesalah trafik.

"Jika ada yang tidak mahu menyelesaikan saman mereka kita akan tangkap.

"Cuma kita masih belum pergi rumah ke rumah untuk meminta mereka membayar saman," ujarnya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved