Selasa, 17 Disember 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


LKPJM anjur Seminar Kesedaran Pelaburan Haram

Posted:

LKPJM anjur Seminar Kesedaran Pelaburan Haram

LKPJM anjur Seminar Kesedaran Pelaburan Haram

SAHARUDDIN (barisan depan, lima dari kiri) bergambar bersama peserta Seminar Kesedaran Pelaburan Haram peringkat Kebangsaan di Melaka baru-baru ini.


BIJAK MELABUR. Seramai 120 peserta menyertai Seminar Kesedaran Pelaburan Haram peringkat Kebangsaan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

Seminar anjuran Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) yang julung-julung kali diadakan di Melaka itu bertujuan memberi kesedaran kepada peserta mengenai aktiviti-aktiviti pelaburan haram.

Presiden LKPJM, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, para peserta juga diharap dapat menyebarkan maklumat diperoleh daripada seminar berkenaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah komersial.

Majlis perasmian seminar berkenaan disempurnakan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.

Penduduk Serian sertai program kesihatan

Posted:

Penduduk Serian sertai program kesihatan

Penduduk Serian sertai program kesihatan


RIOT (tengah) beramah mesra dengan penduduk yang mendaftar untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan sempena Hari Perkhidmatan Lions Sedunia di Serian, Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ini.


PEMERIKSAAN. Kira-kira 400 penduduk sekitar Serian memanfaatkan program pemeriksaan kesihatan sempena Hari Perkhidmatan Lions Sedunia di Serian, Kota Samarahan, Sarawak baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, Hari Perkhidmatan Lions mendapat pengiktirafan di seluruh dunia sebagai galakan ahli-ahli melaksanakan program untuk manfaat penduduk setempat.

"Jadi, kesempatan ini perlu digunakan sebaik-baiknya oleh masyarakat umum untuk menjalani ujian dan pemeriksaan kesihatan secara percuma," katanya pada majlis perasmian Hari Perkhidmatan Lions Sedunia itu.

323 pelatih tamat Latihan Perajurit Muda TUDM

Posted:

323 pelatih tamat Latihan Perajurit Muda TUDM

323 pelatih tamat Latihan Perajurit Muda TUDM


RODZALI (tengah) bergambar bersama perajurit-perajurit muda selepas perbarisan tamat latihan perajurit muda TUDM di Ipoh, Perak baru-baru ini.


TAULIAH. Seramai 323 pelatih menamatkan Latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Institut Latihan Tentera Udara, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Upacara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 49/2013 itu dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud.

Pada majlis itu, Muhammad Syahadat Ramli, 19, dinobatkan sebagai Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan.

Muhammad Akram Mustapha Kamal, 22, pula dinobat sebagai Perajurit Muda Akademik Terbaik sementara anugerah Perajuit Muda Penembak Terbaik milik Mohamad Amirul Azman, 21.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved