Selasa, 17 Disember 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bendera Bangladesh terbesar di dunia

Posted:

Bendera Bangladesh terbesar di dunia

Bendera Bangladesh terbesar di dunia

SERAMAI 27,117 orang mengangkat jubin berwarna merah dan hijau untuk menghasilkan bentuk bendera Bangladesh di Dhaka semalam.- AFP


DHAKA - Seramai 27,117 sukarelawan mengangkat jubin semasa berdiri untuk menghasilkan bendera Bangladesh terbesar di dunia di sini semalam.

Kebanyakan sukarelawan tersebut terdiri daripada pelajar mengangkat jubin berwarna hijau dan merah itu berdiri dalam bentuk segi empat.

Bentuk bendera Bangladesh tersebut akan kelihatan jika gambar sukarelawan yang mengangkat jubin itu dirakamkan dari tempat tinggi.

Acara itu diadakan sempena Hari Kemerdekaan Bangladesh.

Negara ini merdeka selepas memenangi peperangan dengan Pakistan selama sembilan bulan pada tahun 1971. - Agensi

Majlis perkahwinan anak saudara bilionair

Posted:

Majlis perkahwinan anak saudara bilionair

Majlis perkahwinan anak saudara bilionair


BEHL tiba dengan menaiki kuda pada majlis perkahwinan tersebut.- YOUTUBE


LONDON - Seorang anak saudara perempuan kepada bilionair terkenal India, Lakshmi Mittal berkahwin dalam majlis perkahwinan yang melibatkan kos £50 juta (RM263.26 juta) di Barcelona, lapor akhbar dalam talian, MailOnline semalam.

Anak saudara perempuan Lakshmi itu, Shristi Mittal, 26, mendirikan rumah tangga dengan Gulraj Behl yang merupakan seorang pelabur bank dalam majlis perkahwinan yang menyebabkan sebuah muzium di Barcelona ditutup baru-baru ini.

Seramai 200 pelayan terlibat dalam majlis perkahwinan tersebut.

Pengantin lelaki yang berusia 36 tahun itu tiba di lokasi majlis perkahwinan tersebut dengan menaiki kuda.

Shristi merupakan anak perempuan kepada adik Lakshmi iaitu Pramod yang juga terlibat dalam perniagaan besi.

Lakshmi merupakan seorang ahli perniagaan besi yang nilai kekayaannya dianggarkan £42.2 bilion (RM223.09 bilion) pada tahun 2008.

Dia juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ArcelorMittal iaitu syarikat perniagaan besi terbesar di dunia.

Lakshmi juga memegang kepentingan 34 peratus dalam kelab bola sepak Queens Park Rangers.

Keluarga Lakshmi turut menyewa sebuah helikopter untuk melihat pemandangan di Barcelona.

Cef-cef dilaporkan diterbangkan khas dari India dan Thailand untuk melayani 500 tetamu pada majlis perkahwinan tersebut.

Kek majlis perkahwinan itu pula dianggarkan seberat 60 kilogram.

Majlis tersebut berlangsung dari 5 hingga 7 Disember lalu dengan majlis perkahwinan mengandungi unsur-unsur Barat dan Hindu.

Pada hari terakhir, Muzium Seni Catalan Kebangsaan ditutup kerana ia merupakan lokasi majlis perkahwinan tersebut. - Agensi

Pelakon filem Lawrence of Arabia meninggal dunia di London

Posted:

Pelakon filem Lawrence of Arabia meninggal dunia di London

Pelakon filem Lawrence of Arabia meninggal dunia di London


SALAH satu adegan dalam filem lakonan O'Toole dalam filem The Stunt Man pada tahun 1980.- AP


LONDON - Pelakon yang terkenal dengan filem klasik Lawrence Of Arabia, Peter O'Toole (gambar kecil) meninggal dunia pada usia 81 tahun di Hopital Wellington di sini pada Sabtu lalu setelah sekian lama terlantar kerana sakit.

Filem itu mengisahkan tentang seorang pegawai tentera British yang membantu pemberontakan penduduk Arab ke atas empayar Ottoman Turki.

Beberapa pemimpin dunia, pengkritik filam dan bintang Hollywood memberikan penghormatan kepada O'Toole yang terkenal sebagai aktor yang memiliki tubuh tinggi dan mempunyai mata berwarna biru.

Dia pernah dicalonkan sebanyak lapan kali dalam Anugerah Oscar tetapi gagal meraih sebarang kemenangan.

Perdana Menteri Britain, David Cameron dan dan Presiden Ireland, Michael D. Higgins turut memuji lakonan hebat pelakon tersebut.

Aktor Michael Gambon yang melakonkan watak Dubledore dalam beberapa siri filem Harry Potter menyatakan pemergian O'Toole merupakan satu penamat era pelakon tersebut.

"Tidak akan ada lagi pelakon seperti dia," katanya kepada stesen penyiaran BBC semalam.

Antara filem lain yang dibintangi O'Toole ialah Becket, The Lion In Winter, Goodbye, Mr Chips, The Ruling Class, The Stunt Man dan My Favourite Year.

Dia meninggal dunia setahun selepas bersara secara rasmi daripada dunia lakonan ketika berusia 80 tahun.

Pada tahun 2003, dia menerima anugerah penghormatan semasa Anugerah Oscar berlangsung.

Namun, pada mulanya, dia menolak anugerah tersebut kerana menganggap usianya belum mencecah 80 tahun. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved