Rabu, 6 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Imigresen Negeri Sembilan tahan 24 pengawal keselamatan warga Nepal

Posted:

Imigresen Negeri Sembilan tahan 24 pengawal keselamatan warga Nepal

Imigresen Negeri Sembilan tahan 24 pengawal keselamatan warga Nepal

06/11/2013 11:08pm

SEREMBAN - Seramai 24 pengawal keselamatan warga Nepal ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar Seremban dan Nilai, lewat hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin berkata, kesemua pengawal keselamatan itu ditahan di tempat kerja masing-masing iaitu premis perniagaan, kolej, kilang dan kelab sukan.

Beliau berkata, lapan orang ditangkap di sebuah kolej swasta, masing-masing dua di kelab sukan dan riadah, kedai emas dan kawasan kediaman manakala 10 ditahan di sebuah kilang.

"Mereka ini didapati melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau menyalahgunakan pas lawatan masing-masing," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, kesemua pengawal keselamatan tersebut dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen, Lenggeng, di sini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Abdul Kadir berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi sama dari semasa ke semasa bagi menjejaki pengawal keselamatan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah. - Bernama

Penyamun jatuh longkang selepas bergelut dengan penduduk kampung

Posted:

Penyamun jatuh longkang selepas bergelut dengan penduduk kampung

Penyamun jatuh longkang selepas bergelut dengan penduduk kampung

06/11/2013 11:06pm

KUALA LIPIS - Seorang penyamun cedera di muka dan kepala akibat tersungkur ke dalam longkang semasa bergelut dengan sekumpulan penduduk kampung dalam kejadian samun di sebuah rumah dekat Padang Tengku, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, penyamun warga Indonesia itu dikatakan terjatuh ke dalam longkang sebelum diberkas manakala dua lagi rakannya sempat memboloskan diri bersama hasil samun iaitu seutas rantai bernilai RM1,800. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, DSP Zakaria Kassim, sebelum kejadian, ketiga-tiga suspek yang memakai topeng dikatakan memotong besi tingkap dapur rumah mangsa sebelum masuk secara bergilir-gilir.

Menurutnya, ketika berada di dalam rumah itu, mangsa seorang penoreh getah berusia 41 tahun dikatakan tersedar daripada tidur selepas mukanya ditekup oleh tangan seorang daripada suspek.

Katanya, mangsa kemudian menjerit dan melaungkan 'Allahuakbar!' lalu menyebabkan suspek terkejut lalu berlaku pergelutan dengan mangsa.

"Akibat pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan di dahi akibat dipercayai terkena libasan parang yang dipegang salah seorang daripada suspek.

"Siasatan awal mendapati, ketika suspek hendak melarikan diri, abang ipar mangsa berusia 45 tahun yang tinggal berhampiran terdengar jeritan sebelum bergegas keluar untuk membuat pemeriksaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, ketika berdepan dengan ketiga-tiga suspek, abang ipar mangsa cuba diserang oleh seorang daripada suspek yang bersenjatakan sebilah parang namun berjaya mengelak mengakibatkan suspek terbabit tersungkur ke dalam longkang.

Suspek kemudian tidak sedarkan diri akibat terhantuk pada batu longkang sebelum diberkas oleh abang ipar mangsa bersama penduduk kampung kira-kira pukul 4 pagi, sementara dua suspek lagi melarikan diri. - Bernama

Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum

Posted:

Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum

Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum

06/11/2013 11:03pm

KUALA LUMPUR - Seorang anggota parlimen mencadangkan agar laporan siasatan jawatankuasa khas yang ditubuh bagi menyiasat kes salah laku penjawat awam dalam mengurus wang negara seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, didedah kepada umum apabila siap kelak.

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata, perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

"Saya menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap mereka terlibat dan tiada kemaafan harus diberi penjawat yang berbuat demikian yang boleh dianggap pengkhianatan kepada rakyat," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved