Khamis, 3 Oktober 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


1,016 Kor Suksis menerima sijil pelantikan

Posted:

1,016 Kor Suksis menerima sijil pelantikan

1,016 Kor Suksis menerima sijil pelantikan

SEBAHAGIAN pelajar IPTA yang menerima sijil Suksis di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak baru-baru ini.


PELANTIKAN. Seramai 1,016 pelajar dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menyertai Kor Sukarelawan Siswa-Siswi Polis (Suksis) menerima sijil pelantikan berpangkat Inspektor pada majlis perbarisan tamat latihan dan pentauliahan kor Suksis Se-Malaysia kesembilan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Dengan sijil tersebut, mereka mempunyai bidang kuasa sama seperti anggota sukarelawan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang merasmikan majlis itu berkata, ia merupakan satu pengiktirafan kepada pelajar setelah menjalani latihan kepolisan selama tiga tahun di universiti masing-masing.

Sehingga kini, terdapat seramai 4,572 pelajar di 20 IPTA yang mengikuti Kor Suksis.

Eksesais Keris Strike uji Tentera Darat Malaysia, AS

Posted:

Eksesais Keris Strike uji Tentera Darat Malaysia, AS

Eksesais Keris Strike uji Tentera Darat Malaysia, AS


MOHD. SHUKURI (depan tiga dari kanan) bersama pegawai dan anggota TDM dan AS menyertai Eksesais Keris Strike 17/2013 di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani baru-baru ini.


EKSESAIS. Seramai 195 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasukan tentera darat Amerika Syarikat (AS) menyertai Eksesais Keris Strike 17/2013 di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Latihan dua hala itu memberi penekanan terhadap cara-cara mengendalikan kes perubatan (Medical First Responder - MFP) dan menghadapi periuk api (C-IED), terutamanya semasa menyertai misi pengaman di kawasan krisis.

Panglima Dua Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Shukuri Ahmad berkata, latihan tersebut dilaksanakan berlandaskan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Latihan selama 10 hari itu turut disertai Timbalan Komander Divisyen ke-25 Infanfri AS, Brigedier Jeneral P. Johnson dan Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Zulkipri Rahamat.

193 peniaga kecil di Kota Bharu terima bantuan

Posted:

193 peniaga kecil di Kota Bharu terima bantuan

193 peniaga kecil di Kota Bharu terima bantuan


MADIHAH (tiga dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima bantuan Azam Niaga di Kota Bharu semalam.


BANTUAN. Seramai 193 peniaga kecil di Kota Bharu, Kelantan menerima bantuan bernilai hampir RM1 juta di bawah program Azam Niaga baru-baru ini.

Pada majlis pengagihan tersebut, sebanyak 20 jenis bantuan berbentuk barangan bernilai antara RM4,000 hingga RM5,000 setiap satu diberikan mengikut perniagaan tertentu termasuk, mesin jahit, mesin rumput dan gunting rambut.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Kota Bharu (PKWB), Madihah Ab. Aziz berkata, bantuan itu diperuntukkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui PKWB bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi kumpulan sasaran.

"Kita harap penerima akan memanfaatkan sepenuhnya bantuan ini untuk menambahkan pendapatan keluarga," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved