Khamis, 10 April, 2025

Khamis, 10 Oktober 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


SK St. Francis, Melaka juara Cabaran Angkasa

Posted:

SK St. Francis, Melaka juara Cabaran Angkasa

SK St. Francis, Melaka juara Cabaran Angkasa

JUSTIN PETER ROYAL (depan, dua dari kiri) dan Muhammad Nazhif Mohd. Shamsul (depan dua dari kanan) dari SK St. Francis, Melaka bergambar dengan peserta akhir Cabaran Angkasa Piala Perdana Menteri 2013
di Planetarium Negara baru-baru ini.


JUARA. Sekolah Kebangsaan (SK) St. Francis, Melaka dinobatkan sebagai juara kejohanan Cabaran Angkasa Negara (Cabaran Angkasa) bagi merebut Piala Perdana Menteri di Planetarium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain SK St. Francis sebanyak empat buah sekolah lain berjaya melayakkan diri pada peringkat akhir kejohanan tersebut iaitu SK Puteri dari Negeri Sembilan, SK ST. George (1) dari Perak, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Han Chiang dari Pulau Pinang dan SK Convent (2) Klang dari Selangor.

Kelima-lima sekolah itu berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir daripada 15 buah sekolah yang bertanding pada peringkat sebelum ini.

Pada program tahunan anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) itu para peserta diuji dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang sains angkasa menjurus kepada sistem suria, buruj, satelit, pembinaan roket, galaksi, cuaca angkasa, pencemaran cahaya dan teleskop.

MSU lancar program mencegah kebutaan

Posted:

MSU lancar program mencegah kebutaan

MSU lancar program mencegah kebutaan


MOHD. SHUKRI (lima dari kanan) bergambar dengan pelajar-pelajar yang menyertai program mencegah kebutaan di MSU, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


KHIDMAT. Universiti Sains Pengurusan (MSU) Shah Alam, Selangor melancarkan program khidmat komuniti mencegah kebutaan untuk membantu golongan yang memerlukan penjagaan mata baru-baru ini.

Presiden MSU, Prof. Datuk Mohd. Shukri Abd. Yajid berkata, program itu merupakan kerjasama antara MSU Eye Centre dan Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat melalui Jabatan Optometri dan Sains Visual universiti itu yang bermula sejak setahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya memperuntukkan RM300,000 bagi fasa pertama program tersebut.

"Seramai 1,500 orang dipilih sebagai penerima bantuan penjagaan mata termasuk pemberian cermin mata kepada pelajar sekolah dan kanak-kanak kurang berkemampuan.

"Program ini juga merangkumi sesi penerangan mengenai pentingnya menjaga mata di kawasan luar bandar di seluruh Selangor," katanya.

44 kakitangan UUM ikuti Bengkel Semakan Strategi Azam

Posted:

44 kakitangan UUM ikuti Bengkel Semakan Strategi Azam

44 kakitangan UUM ikuti Bengkel Semakan Strategi Azam


MINAH (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan yang mengikuti Bengkel Semakan Strategi Azam dan Pelan Tindakan UUM Press di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


BENGKEL. Seramai 44 kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah mengikuti Bengkel Semakan Strategi Azam 2013 dan Pelan Tindakan UUM Press 2014-2015 di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

UUM Press ditubuhkan oleh pihak universiti berkenaan, bertanggungjawab dalam penerbitan bahan bacaan ilmiah untuk dipasarkan.

Sebelum bengkel dimulakan, peserta mengikuti taklimat khas mengenai pelan tindakan dan perancangan disampaikan oleh Pengarah UUM Press, Datin Dr. Minah Harun.

Penyelaras bengkel itu, Abdul Qhafur Abdul Mutalib berkata, peserta mengikuti enam sesi ceramah antaranya mengenai hala tuju UUM Press semasa dan akan datang, ketepatan masa dalam penerbitan, pengemaskinian rumusan daripada unit dan pelan strategi tahun 2014-2015.

"Perbincangan bersama ketua-ketua unit banyak memberi manfaat semasa bengkel ini dijalankan bagi memantapkan lagi UUM Press," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved