Khamis, 10 Oktober 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Arab Saudi sedia hadapi musim haji

Posted:

Arab Saudi sedia hadapi musim haji

Arab Saudi sedia hadapi musim haji


AFP
JUTAAN penganut Islam bersolat Isyak di Masjidilharam di Mekah, Arab Saudi kelmarin.


MEKAH - Kerajaan Arab Saudi sudah membuat persediaan untuk menerima sekitar dua juta jemaah haji dari seluruh dunia pada minggu depan walaupun negara ini berhadapan ancaman penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Pihak berkuasa turut menyediakan perkhidmatan kesihatan di sini dan beberapa tempat lain termasuk di 25 hospital awam dengan 2,500 katil selain beratus-ratus pusat perubatan.

Menurut angka rasmi Arab Saudi dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus MERS telah meragut 49 nyawa di negara ini daripada 58 mangsa seluruh dunia.

Pihak berkuasa Arab Saudi turut menasihatkan bakal jemaah yang sakit dan warga emas mengelak mengerjakan haji pada tahun ini.

Kementerian Kesihatan di negara Asia Barat ini turut menggesa jemaah haji memakai penutup muka yang menutup hidung dan mulut kerana wabak itu boleh merebak melalui udara.

Selain bimbang dengan virus itu, pihak berkuasa Arab Saudi juga sibuk memperbesarkan ruang ibadat di Mekah yang menjadi punca jemaah haji terpaksa dikurangkan pada tahun ini.

Kerja-kerja pembesaran itu akan meningkatkan kawasan masjid kepada 400,000 meter persegi sekali gus dapat menampung 2.2 juta jemaah pada satu-satu masa.

Pada tahun lalu, seramai 3.2 juta jemaah haji termasuk 1.75 juta jemaah dari negara asing dari 190 buah negara dapat mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Pada tahun ini, Riyadh menjangkakan hanya sekitar dua juta jemaah haji selepas negara itu mengenakan sekatan ke atas jemaah haji haram.

Pihak berkuasa di negara tersebut juga mengenakan sekatan untuk mengurangkan jemaah asing sebanyak 20 peratus manakala warganegaranya sebanyak 50 peratus.

Menurut pihak imigresen Arab Saudi, sekitar 1.17 juta jemaah haji sudah berada di negara Teluk itu sejak Sabtu lalu.

Pada tahun ini, ibadah haji bermula pada Ahad ini dan berakhir pada 18 Oktober depan. - AFP

Morsi akan dibicarakan pada 4 November ini

Posted:

Morsi akan dibicarakan pada 4 November ini

Morsi akan dibicarakan pada 4 November ini



KAHERAH - Mahkamah Mesir mengumumkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi (gambar) akan dibicarakan pada 4 November ini atas tuduhan menghasut untuk membunuh para penunjuk perasaan ketika beliau sedang memegang jawatan tersebut.

Morsi ditahan di satu lokasi rahsia sejak digulingkan tentera pada 3 Julai lalu.

Sejak itu, beliau tidak kelihatan di khalayak ramai walaupun pernah menemui keluarganya sebanyak dua kali.

Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton dan delegasi dari Kesatuan Afrika juga pernah melawat Morsi semasa beliau ditahan.

Seramai 14 orang ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin akan turut dibicarakan bersama Morsi.

Dua anggota Ikhwanul Muslimin yang terkenal, Mohamed al-Beltagi Essamel-Erian juga bakal dibicarakan bersama Morsi.

Mahkamah Rayuan Kaherah juga menamakan Hakim Ahmed Sabry Youssef bagi mengadili perbicaraan Morsi, lapor agensi berita MENA.

Kes Morsi itu berkaitan dengan keganasan yang berlaku semasa pemerintahannya.

Sekurang-kurangnya 100,000 orang penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat Morsi pada 4 Disember tahun lalu. Para penunjuk perasaan itu membantah satu dekri yang dikeluarkan Morsi bagi melindungi keputusannya daripada diadili pihak kehakiman.

Para penyokong Morsi kemudian bertempur dengan para penentang Presiden itu sehingga mengakibatkan 10 orang terbunuh. - AP

Obama sedia berunding isu penutupan kerajaan AS

Posted:

Obama sedia berunding isu penutupan kerajaan AS

Obama sedia berunding isu penutupan kerajaan AS

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan, beliau bersedia berunding dengan Speaker Dewan Perwakilan, John Boehner daripada Parti Republikan berhubung isu penutupan sebahagian agensi kerajaan persekutuan.

Obama bercakap kepada pemberita berhubung isu itu di White House di sini selepas kerajaan AS berdepan dengan isu penutupan sebahagian agensi kerajaan.

Penutupan itu memasuki hari kelapan pada Selasa lalu.

Menurut White House, Presiden AS itu juga meminta Boehner supaya mengadakan undian bagi membolehkan kerajaan meminjam lebih banyak wang.

Krisis itu berlaku selepas Parti Republikan yang menguasai Dewan Perwakilan enggan meluluskan bajet Obama.

Obama menganggotai Parti Demokrat. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved