Jumaat, 19 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jumlah kematian bot karam di Indonesia meningkat kepada 18 orang

Posted:

Jumlah kematian bot karam di Indonesia meningkat kepada 18 orang

Jumlah kematian bot karam di Indonesia meningkat kepada 18 orang

19/04/2013 10:35pm

SAMARINDA - Angka kematian kemalangan bot karam di Borneo bahagian Indonesia meningkat kepada 18 orang pada hari ini dengan lima lagi mangsa masih hilang, ujar gabenor wilayah tersebut.

Bot yang membawa pekerja dari sebuah syarikat papan lapis itu karam Rabu lalu selepas dilanda ombak besar ketika menyelusuri Sungai Mahakam di wilayah Kalimantan Timur.

Gabenor Awang Faroek Ishak berkata, sebanyak 18 mayat ditemui berbanding tiga mayat pada Khamis lalu.

"Seramai dua puluh satu orang telah diselamatkan dan kami akan terus mencari baki lima penumpang yang masih hilang," kata Ishak dalam satu kenyataan di sini.

Terdapat laporan yang bercanggah mengenai jumlah penumpang namun gabenor telah mengesahkan bahawa bot tersebut hanya membawa 44 orang penumpang.

Kes kemalangan bot adalah biasa di Indonesia berikutan banyak bot penumpang tidak mempunyai ciri keselamatan yang baik dan terdapat jutaan penduduk yang tinggal di gugusan kepulauannya. – AFP

Felcra mahu selesaikan masalah perumahan generasi baharu

Posted:

Felcra mahu selesaikan masalah perumahan generasi baharu

Felcra mahu selesaikan masalah perumahan generasi baharu

19/04/2013 10:26pm

PASIR SALAK - Felcra Bhd. akan membantu menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi generasi kedua dan ketiga warga Felcra, seiring matlamat kerajaan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat, kata Pengerusinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata kajian pihak pengurusan Felcra mendapati ada dalam kalangan generasi kedua dan ketiga tinggal di rumah yang sempit dan tidak selesa.

"Jangan rasa gundah-gulana kerana ahli lembaga Felcra sentiasa fikir apa yang patut dibuat seiring dengan transformasi yang selalu diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk isu perumahan rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam aku janji akan membina sejuta rumah mampu milik untuk rakyat di negara ini jika mandat terus diberikan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang," katanya pada majlis Pengisytiharan Dividen Peserta Felcra di sini hari ini.

Kini terdapat hampir 500,000 pewaris atau generasi kedua dan ketiga tanah Felcra.

Sementara itu, Tajuddin yang juga calon kerusi Parlimen Pasir Salak, optimis dapat mempertahankan kerusi tersebut memandangkan penganjuran program bersama rakyat sentiasa mendapat sokongan padu.

"Pembangkang di kawasan ini juga semakin goyah apabila mereka yang menentang kita telah mengambil keputusan keluar dari parti seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinannya," katanya.

Pada PRU12, Tajuddin mengalahkan calon PKR Mustaffa Kamil Ayob dengan majoriti 2,688 undi.

Pada majlis itu, Tajuddin mengumumkan agihan dividen berjumlah RM543 juta bagi tahun 2012 untuk 92,700 peserta Felcra. - Bernama

Petronas sumbang RM1.2 juta kepada tabung kebajikan PDRM, ATM dan keluarga wira Lahad Datu

Posted:

Petronas sumbang RM1.2 juta kepada tabung kebajikan PDRM, ATM dan keluarga wira Lahad Datu

Petronas sumbang RM1.2 juta kepada tabung kebajikan PDRM, ATM dan keluarga wira Lahad Datu

19/04/2013 10:30pm

KUALA LUMPUR - Petronas hari ini menyumbang RM1.2 juta kepada Tabung Kebajikan Ops Daulat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tabung Perwira Lahad Datu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga kepada anggota keselamatan yang terkorban sewaktu Ops Daulat.

Dalam satu kenyataan, syarikat minyak nasional itu berkata sumbangan untuk kedua-dua tabung yang masing-masing berjumlah RM500,000 disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Haji Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Bukit Aman, di sini.

"Baki sumbangan berjumlah RM200,000 akan diagihkan kepada 10 keluarga anggota PDRM dan ATM yang terkorban ketika bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini.

"Sumbangan ini diberikan untuk membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan, khususnya bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban. Bayaran berjumlah RM20,000 bagi setiap keluarga tersebut akan dibuat menerusi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)," katanya.

Sumbangan yang diberikan Petronas itu merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap usaha dan risiko yang telah diambil oleh anggota keselamatan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara di Malaysia.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved