Kosmo Online |
- Jolie lawat Congo
- Mojo menang anugerah di Hong Kong
- UK sedia jalin kerjasama ketenteraan dengan Malaysia
Posted: Jolie lawat Congo26/03/2013 8:07pm LONDON – Aktres Angelina Jolie menyertai Setiausaha Luar Britain, William Hague melawat Republik Demokratik Congo semalam. Lawatan itu diatur bagi menggalakkan kuasa-kuasa besar dunia untuk melakukan usaha bagi menangani serangan seksual dan rogol di zon perang. Lawatan mereka di tengah Afrika yang bermula di Rwanda bertujuan untuk mendesak negara-negara kuasa besar dunia yang menganggotai Kumpulan Lapan (G8) menyuarakan isu tersebut dengan lebih serius. Jolie dan Hague mendesak G8 untuk menyatakan persetujuan bahawa rogol dan keganasan seksual melanggar Konvensyen Geneva. – AFP |
Mojo menang anugerah di Hong Kong Posted: Mojo menang anugerah di Hong Kong26/03/2013 7:31pm KUALA LUMPUR - Kumpulan pop Mojo telah memenangi dua anugerah daripada tiga kategori dalam Festival Muzik Asia di Hong Kong pada hari Jumaat lalu. Mereka telah memenangi kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Keseluruhan Terbaik menerusi dua buah lagu yang dipersembahkan pada malam tersebut iaitu Andai Ku Bercinta Lagi dan Dream On (nyanyian asal Aerosmith). - KOSMO |
UK sedia jalin kerjasama ketenteraan dengan Malaysia Posted: UK sedia jalin kerjasama ketenteraan dengan Malaysia26/03/2013 6:09pm LANGKAWI - United Kingdom (UK) akan menjalinkan usaha sama dengan Malaysia bagi memperkasakan sistem ketenteraan kedua-dua negara. Menteri Pertahanan (Teknologi dan Bekalan) UK, Philip Dunne berkata, pihaknya juga akan menawarkan pendidikan ketenteraan kepada Malaysia sekiranya rancangan untuk kerjasama dua hala itu mendapat sokongan. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA'13) - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan