Kosmo Online |
PI Bala meninggal dunia akibat serangan jantung Posted: PI Bala meninggal dunia akibat serangan jantung15/03/2013 9:37pm KUALA LUMPUR — Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah klinik di Rawang hari ini. Anggota Parlimen Subang R. Sivarasa, yang juga Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memberitahu Bernama, Balasubramaniam mengalami masalah pernafasan dan meninggal dunia pada 1.40 petang. Mendiang sepatutnya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dari rumahnya di Rawang pada kira-kira 1.30 petang ini, katanya. Beliau berkata Balasubramaniam yang baru sahaja pulang ke negara ini dari India, mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke Sime Darby Medical Centre di Subang Jaya mingggu lepas. Mendiang dijangka menjalani pembedahan pintasan jantung dalam tempoh tiga minggu dan dibenarkan keluar dari hospital itu Selasa lepas. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan