Jumaat, 15 Mac 2013

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Berus, flos dan kumur

Posted:

Berus, flos dan kumur

Berus, flos dan kumur

Oleh NIZHA PERIASWAMY

SEKIRANYA anda berdepan dengan apa juga masalah gigi seperti pendarahan gusi atau gigi berlubang dapatkan khidmat doktor gigi.


SENYUMAN menjadi pelaburan utama dalam menjalin hubungan yang baik. Malah, senyuman dan mulut yang tidak berbau juga membawa imej diri saat kita bertemu dengan orang sama ada di pejabat, rumah, kelas atau sewaktu bersukan.

Oleh itu, adalah penting dan menjadi keutamaan setiap orang memberi perhatian kepada kesihatan mulut supaya anda bukan sahaja mempunyai gigi yang sihat dan nafas yang tidak berbau, malah tampil lebih yakin di depan orang ramai.

Difahamkan lebih 80 peratus orang mempunyai masalah keyakinan diri disebabkan masalah-masalah mulut, khususnya gigi.

Jane Joseph Samynadan, 30, yang bekerja sebagai Eksekutif Sokongan Jualan di Etihad Airways, mengakui, kesihatan mulut bukan sahaja penting kerana profesionnya yang memerlukan dia bertemu dengan ramai orang, malah ia sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kesihatan diri.


ORAL-B melancarkan kempen Penjagaan Mulut Sempurna Untuk Senyuman Meyakinkan untuk mendidik rakyat Malaysia menjaga kesihatan mulut.


Wajib jumpa doktor

Oleh yang demikian, Jane memberitahu, dia akan melakukan scalling (pembersihan gigi) setiap dua kali setahun selain berjumpa doktor gigi untuk rawatan apabila ada masalah gigi.

"Saya pernah mempunyai masalah pendarahan pada gusi, jadi saya melabur pada berus gigi yang benar-benar bagus dan ubat gigi yang sesuai dengan masalah itu. Kini saya menjadikan amalan memberus gigi setiap pagi dan malam selain flos gigi selepas makan," ujar Jane.

Ditanya tentang pengambilan makanan bergula yang boleh mengugat kesihatan gigi, Jane berkata, dia seboleh-bolehnya cuba mengawal pengambilan makanan manis.

"Saya dikelilingi rakan-rakan sekerja yang obses dengan kesihatan mulut. Jadi mereka sendiri akan memotivasi diri saya untuk peka dan mengawasi kesihatan mulut, malah mereka akan memberus gigi setiap kali selepas makan," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi wanita yang ditemui, Law Pik Wan, 29, memberitahu, sebagai seorang yang banyak terlibat dalam persembahan tarian dan teater, dia akan memastikan giginya diberus dan dibersihkan sebelum membuat persembahan.

"Lagipun saya amat trauma jika ada orang mengadu mulut saya berbau. Sayaakan pastikan ia benar-benar bersih dan segar, sekali gus menjamin senyuman yang menawan," katanya yang juga bekerja sebagai pengurus akaun di sebuah syarikat.

Tidak pernah mengalami apa-apa masalah gigi, Pik Wan berkata, dia bagaimanapun bukanlah seorang yang rajin melawat doktor gigi. Cuma, penggiat seni itu akan memastikan kesihatan mulut serta gigi terjaga sama ada dengan memberus gigi dan mengawal pemakanan.

Singkirkan plak

Doktor gigi yang juga angkasawan negara, Dr. Faiz Khaleed, baru-baru ini dalam satu kempen penjagaan gigi juga memberitahu, betapa penjagaan mulut dan gigi boleh membina keyakinan, personaliti dan pembawaan watak yang lebih sempurna.

Dalam kempen Penjagaan Mulut Sempurna Untuk Senyuman Meyakinkan oleh pihak Oral-B yang diadakan di 1 Utama, Bandar Utama, Selangor, Faiz memberikan ceramah ringkas tentang hubungan kesihatan gigi dan manusia secara keseluruhan.

Katanya, masalah pereputan gigi serta penyakit gusi yang sering dikait dengan nafas berbau busuk mampu menjejaskan keyakinan diri seseoang. Dengan mulut yang sihat, bebas daripada penyakit gusi dan kaviti, Faiz menjelaskan kualiti hidup akan menjadi lebih baik.

Bukan itu sahaja, jangkitan gusi yang kronik juga terbukti mempunyai kaitan dengan masalah kardiovaskular seperti penyakit jantung, penyempitan salur darah dan strok. Meskipun pakar belum mengesahkan hubungan terus penyakit gusi dengan penyakit kronik tersebut, terdapat banyak kajian yang membuktikan hubung kait antara kedua-duanya.

"Bagi orang dewasa yang mengalami masalah gingivitis (gusi yang bengkak dan berdarah) mereka didapati kurang cemerlang dalam ujian daya ingatan dan ujian skil kognitif lain, berbanding mereka yang mempunyai gusi yang sihat.

"Mereka yang mempunyai gingivitis mempunyai prestasi lebih buruk dalam dua ujian pengingatan lisan secara tertunda (delayed verbal recall) dan penolakan. Kedua-dua kemahiran ini penting dalam kehidupan seharian," kata Faiz lagi.

Mereka yang mengalami diabetes tidak terkawal sering mengalami masalah gusi. Menghidap diabetes menyebabkan seseorang itu kurang keupayaan untuk melawan jangkitan termasuk jangkitan gusi yang serius.


FAIZ percaya gigi yang cantik mampu membina keyakinan diri seseorang.


Faiz memberitahu, sesetengah pakar mendapati sekiranya seseorang mengalami diabetes, mereka lebih cenderung untuk mengalami masalah gusi berbanding mereka yang tiada diabetes. Maka, adalah lebih sukar untuk mengawal tahap gula.

"Adalah amat penting mulut dijaga bersih dengan memberus, flos dan berkumur kerana plak adalah punca masalah utama mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi. Menggunakan berus gigi dengan teknik yang betul, flos dan berkumur mulut adalah cara termudah untuk memastikan plak disingkirkan setiap hari," katanya.

Dalam pada itu, dalam membawa seri dalam senyuman rakyat Malaysia, Oral-B melancarkan kempen Penjagaan Mulut Sempurna Untuk Senyuman Meyakinkan.

Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa memberus dan memflos gigi serta berkumur mulut selepas makan adalah penting dalam penjagaan gigi.

Pengarah Jualan P&G Malaysia, Jenny Chew berkata, disebabkan kurangnya amalan penjagaan mulut secara sempurna, separuh daripada populasi penduduk mengalami isu penjagaan mulut dan ini memberi kesan secara emosi kepada mereka.

Keadaan di Semporna, Lahad Datu tenang

Posted:

Keadaan di Semporna, Lahad Datu tenang

Keadaan di Semporna, Lahad Datu tenang


SUASANA di jeti berhampiran Pasar Rakyat Lahad Datu berjalan seperti biasa.


AKTIVITI masyarakat di Kampung Simunul, Semporna dan pekan Lahad Datu, Sabah yang sebelum ini terganggu ekoran pencerobohan kumpulan militan bersenjata dari Sulu kembali pulih.

Selepas lebih seminggu diselubungi ketakutan, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baharu memberi keyakinan kepada masyarakat tempatan untuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah tersebut.

Tinjauan di Semporna mendapati, masyarakat di daerah itu kembali sibuk menjalankan aktiviti masing-masing tanpa bimbang menjadi sasaran kumpulan penceroboh.

Kebanyakan kedai atau premis perniagaan termasuk bank dan stesen minyak membuka perniagaan seperti biasa, manakala pasar-pasar awam kembali meriah dengan pekikan para peniaga melariskan jualan.

Perkhidmatan bot yang menjadi nadi dan alat pengangkutan utama penduduk berulang-alik dari pulau ke pekan Semporna juga dilihat rancak semula dengan jeti-jeti pendaratan dipenuhi bot manakala kawasan tumpuan pelancong yang sebelum ini suram kembali meriah dengan kemasukan pelawat asing.

Pembantu jualan Nurhasni Arabbahasa, 23, berkata, perkembangan itu adalah sesuatu yang amat menggembirakan penduduk kerana mereka kini boleh menjalankan aktiviti harian yang sebelum ini terbantut.

"Saya bersyukur keadaan kembali tenang, sekali gus membolehkan kami menjalankan perniagaan seperti biasa bermula dari awal pagi hingga ke malam, berbanding separuh hari semasa keadaan tegang," katanya yang berasal dari Kampung Kabogan.

Perasaan itu turut dikongsi pemandu kenderaan penumpang yang menyifatkan tindakan segera pihak keselamatan menangani insiden tersebut sehingga keadaan pulih membolehkan beliau dan rakan-rakan kembali menawarkan perkhidmatan seperti biasa.


PEMANDANGAN dan aktiviti di sebuah jeti di pekan Semporna tenang.


Tingkat pendapatan

Hazie Lajari, 39, dari Kampung Tampe-Tampe berkata, keadaan itu mendorong perkhidmatannya diperlukan ramai sekali gus membantu meningkatkan pendapatan.

Harapan supaya seluruh Semporna terkawal sepenuhnya turut disuarakan pesara tentera, Jamdi Kulambal, 57. Beliau berharap pihak keselamatan dapat memulihkan sepenuhnya ketakutan penduduk di daerah itu agar mereka segera boleh kembali menjalani kehidupan yang tenang seperti sebelum ini.

Daerah Semporna baru-baru ini dikejutkan dengan peristiwa berdarah apabila kumpulan pengganas dari selatan Filipina menyerang hendap anggota keselamatan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan.

Di Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Supt. Shamsudin Mat mengesahkan kehadiran polis yang mengawal keselamatan mengembalikan keyakinan masyarakat di situ untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

"Penduduk semakin yakin bahawa kejadian yang berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari Semporna tidak menjejaskan kehidupan harian penduduk dan ia memberi gambaran masyarakat memiliki kepercayaan tinggi terhadap peranan pasukan keselamatan," katanya.

Peniaga sayur Hanisah Kurana, 50, berkata, memang tiada kekacauan berlaku di pekan Lahad Datu dan tindakan beberapa peniaga menutup kedai hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana khuatir insiden di Kampung Tanduo pada 1 Mac lalu merebak ke pekan itu.

Peniaga sayur, Umar Ahani, 30, pula mengakui beliau meneruskan perniagaannya seperti biasa walaupun ramai peniaga lain menutup kedai.

Katanya, beliau yakin kehadiran polis mampu memastikan keadaan di pekan itu selamat. - Bernama

Tangani kecewa melampau

Posted:

Tangani kecewa melampau

Tangani kecewa melampau


APABILA kita dilanda kesedihan dan kekecewaan adakalanya kita melepaskan perasaan itu dengan cara yang tidak rasional seperti bersikap baran atau menjerit-jerit.


KECEWA itu biasa. Sedih juga perkara biasa. Menangis juga adalah perkara biasa tetapi tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mampu mengundang masalah lain pula.

Meraung? Menjerit? Marah-marah? Fenomena ini juga bukan agak luar biasa, tetapi adalah melampau.

Biasanya, kekecewaan melampau ini terjadi dalam perhubungan cinta atau perkahwinan. Perbuatan meraung, menjerit atau marah-marah adalah kesan tekanan melampau yang dirasai oleh seseorang yang kecewa terhadap sesuatu.

Perbuatan ini perlu dihentikan segera kerana jika dibiarkan akan membawa padah bukan sahaja kepada insan yang kecewa, bahkan kepada insan sekelilingnya.

Takluk dan tandingi

Jika anda berhadapan dengan insan-insan kecewa dan bersikap seperti ini anda perlu bertindak untuk mententeramkan mereka. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah takluk dan tandingi mereka.

Sudah pasti anda perlu bersikap lebih agresif berbanding rakan atau saudara anda yang kecewa itu. Bukan agresif yang negatif sebaliknya yang positif.

Jika insan kecewa tersebut menangis meraung-raung, pegang atau peluk dirinya agar dia rasa lebih tenang. Jika anda tidak berdaya memegang atau memeluk paksa dia berhenti meraung.

Tanamkan dalam fikiran, hidupnya tidak akan berakhir walau tanpa insan yang mengecewakan dirinya itu.

Sudah nyata insan yang mengecewakan tersebut bukan lelaki atau gadis terbaik untuk dirinya. Minta dia mengingati ibu bapa atau siapa sahaja insan tersayang lain yang ada dalam hidupnya.

Apakah perasaan mereka jika melihat dirinya yang bersikap sedemikian? Sudah tentu mereka juga akan sedih dan kecewa. Apakah dia sanggup kecewakan orang yang betul-betul ikhlas menyayangi semata-mata kerana seorang insan penipu?

Mungkin ketika ini, anda perlu tinggikan sedikit suara anda. Yang penting, anda perlu menakluk dan menandingi emosinya ketika itu.

Insan yang menangis dan meraung ini terlalu mengikut perasaan hingga tidak mampu memikirkan perkara lain kecuali kekecewaannya.

Tugas dan peranan anda untuk membawa emosi dan perasaannya ke dunia nyata semula. Sama juga jika insan kecewa tersebut menjerit atau marah-marah.

Tindakan tersebut adalah satu luahan kekecewaan. Ketika ini, anda perlu lawan emosi marah tersebut. Bukan marahkan sikapnya sebaliknya mengingatkan insan kecewa tersebut agar tidak marahkan orang lain yang tidak bersalah dan tidak ada kaitan dengan kekecewaannya.

Ingat Allah

Paling penting, minta dia beristighfar mengingati Allah.

Insya-Allah, dalam beberapa ketika, dia akan mula tenteram dan tenang. Minta insan kecewa ini mandi untuk memulihkan emosi dan tekanan perasaannya.

Anda juga perlu memantau setiap perlakuan dan perbuatan insan kecewa ini. Jangan biarkan dia bersendirian. Elakkan daripada membincangkan perkara yang mengecewakan tersebut jika dia belum bersedia.

Dia hanya bersedia jika anda dapati, dia boleh bercakap mengenai kekecewaan tersebut secara bersahaja. Hingga tiba saat itu, setiap kali dia cuba luahkan kekecewaannya, minta dia bertenang dan jangan dikenang lagi kisah-kisah lama yang boleh melukakan lagi hatinya.

Jangan minta dia melupakan sebaliknya elakkan daripada memikirkan kisah-kisah luka tersebut dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti lain.

Jangan sebut sabar

Cuba elakkan daripada menyebut perkataan sabar sebab ada ketikanya perkataan sabar ini akan lebih menambahkan kekecewaannya.

Kenapa? Semua orang tahu, sabar adalah perkara yang perlu dipraktikkan dalam setiap agenda kehidupan, tetapi sabar bukanlah perkara yang mudah dilakukan.

Bagi insan-insan yang kecewa, sabar boleh mengundang pelbagai maksud. Ada ketikanya, perkataan sabar mampu didefinisikan sebagai hidupnya sedang berdepan dengan ujian yang maha berat dan sukar ditangani. Ada juga yang merasakan dia perlu bersendirian mengharungi hidupnya.

Sebaliknya anda boleh gunakan perkataan harus kuat, pasti boleh atau pelbagai lagi kata-kata semangat dan motivasi.

Ceritakan kisah orang

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved