Jumaat, 15 Mac 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lagi ramai pengganas mati

Posted:

Lagi ramai pengganas mati

Lagi ramai pengganas mati

BEBERAPA anggota tentera menaiki sebuah trak yang membawa bekalan makanan ke Kampung Tanduo, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Semakin lama pengganas berkubu di Kampung Tanduo di sini, makin ramai pula anggota mereka yang ditemui mati ekoran kecekapan dan ketepatan pasukan keselamatan menjalankan Operasi Daulat di kawasan bergolak tersebut.

Semalam pasukan keselamatan menemui dua lagi kubur baharu pengganas Sulu tidak jauh dari sebuah lubang yang ditemui pada 6 Mac lalu. Di dalam lubang itu mengandungi sembilan mayat.

Dua kubur tersebut mengandungi enam lagi mayat pengganas Sulu yang sudah mereput dan berbau busuk menjadikan jumlah sebenar musuh yang mati ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu meningkat kepada 15 orang dan bukan 12 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dua kubur itu ditemui selepas pasukan keselamatan membuat pemeriksaan teliti di kawasan kampung tersebut.

"Ketika pertempuran pada 1 Mac lalu, dua anggota kita telah terkorban manakala kita pula memberitahu 12 pengganas telah ditembak mati. Namun pada masa itu, kita tidak menemui mayat musuh.

"Apabila kita melakukan pemeriksaan enam hari kemudian, kita menemui sembilan mayat di dalam satu lubang besar. Hari ini (semalam) pasukan keselamatan yang memeriksa kawasan itu sekali lagi menemui enam lagi mayat di dalam dua buah kubur menjadikan jumlah yang mati menjadi 15 dan bukan 12 seperti yang dimaklumkan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Azzimuddie lari tinggalkan pengikut

Posted:

Azzimuddie lari tinggalkan pengikut

Azzimuddie lari tinggalkan pengikut

KOTA KINABALU - Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram dipercayai telah melarikan diri ke selatan Filipina.

Azzimuddie yang sebelum ini mengatakan tidak akan berganjak dari bumi Sabah yang dicerobohnya sejak 12 Februari lalu kini terpaksa menjilat ludah sendiri apabila maklumat mengatakan yang dia lari dari medan perang sejak beberapa hari lalu.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan risikan pihaknya.

"Azzimuddie hanya membebankan pengikutnya untuk berperang sedangkan dia lari pulang ke tanah air," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sementara itu, Ismali berkata, kesimpulan itu juga adalah hasil maklum balas daripada pegawainya.

"Dia memaklumkan Azzimuddie tiada lagi bersama pengikutnya," jelasnya.

Si mulut celupar mesti dihukum

Posted:

Si mulut celupar mesti dihukum

Si mulut celupar mesti dihukum


NAJIB mengaminkan bacaan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia Rabu lalu.


KUALA KRAI - Emosi Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) semalam bercampur-baur tatkala membicarakan mengenai pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah ketika berucap di hadapan 45,000 rakyat dalam satu majlis di sini.

Emosi Perdana Menteri menjadi marah apabila ucapannya menyentuh mengenai pihak yang menganggap insiden tersebut sebagai satu bahan gurauan hingga mereka tergamak mempolitikkan dan mempermainkan kejadian itu sedangkan ia melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.

Katanya, ketika ini, semua pihak yang merasakan Malaysia tanah tumpah darahnya wajib bersatu hati tidak kira apa fahaman politik masing-masing.

"Ambo (saya) yang jadi marah sebab dalam isu Lahad Datu ini, kita kena bersatu, soal keselamatan negara sepatutnya tidak kira bulan (Pas), roket (DAP), (atau) mata sebelah (PKR), soal keselamatan dan kedaulatan negara ini, tidak boleh dimain-mainkan," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved