Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Gotong-royong baiki rumah mangsa ribut
- Pelajar PTPL lawat Bandung
- Penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras terima BR1M
Gotong-royong baiki rumah mangsa ribut Posted: Gotong-royong baiki rumah mangsa ribut![]() SHARUDIN (enam dari kiri) bergambar bersama sukarelawan Pemuda UMNO dan anggota Rela yang menyertai gotong-royong membaiki rumah penduduk di Bukit Merah, Perak baru-baru ini. RINGAN BEBAN. Seramai 50 orang sukarelawan Pemuda UMNO Bagan Serai dan 30 anggota Rela menyertai gotong-royong membaiki 15 buah rumah yang rosak akibat ribut di Bukit Merah, Perak baru-baru ini. Aktiviti gotong-royong tersebut yang dijalankan di bawah Program Pembangunan Masyarakat Setempat Bukit Merah diadakan selama tiga hari berturut-turut. Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai, Sharudin Ahmad berkata, penglibatan sukarelawan terbabit dapat meringankan beban kewangan mangsa untuk membaiki rumah mereka yang rosak dalam kejadian ribut tersebut. |
Posted: Pelajar PTPL lawat Bandung![]() SEBAHAGIAN daripada pelajar PTPL Shah Alam yang mengikuti lawatan ke Bandung, Indonesia baru-baru ini. PENDEDAHAN. Sebanyak 20 pelajar program Operasi Hotel dan Katering Sekolah Hospitaliti dan Seni Kulinari, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Shah Alam mengikuti lawatan ke Bandung, Indonesia baru-baru ini. Pada lawatan selama empat hari itu, mereka mengunjungi beberapa lokasi tumpuan pelancongan terkenal termasuk Tangkuban Parahu dan Kartika Sari. Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan pensyarah kolej tersebut mengenali industri hospitaliti di negara jiran tersebut. |
Penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras terima BR1M Posted: Penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras terima BR1M![]() ISMAIL (dua dari kiri) menyerahkan wang BRIM 2.0 kepada warga emas, Norlia Abdulah, 77, di Rumah Sri Kenangan, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini. BANTU. Seramai 75 orang penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras, Hulu Langat menerima sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) pada satu majlis yang diadakan di rumah kebajikan itu baru-baru ini. Setiap warga emas tersebut menerima sumbangan BR1M sebanyak RM500. Sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, Ismail Sani. Pada majlis itu, Public Bank membuka kaunter di rumah kebajikan tersebut untuk memudahkan penerima bantuan itu menebus baucar BR1M yang diterima itu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan