Selasa, 19 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rebat 30 peratus untuk penggambaran di Malaysia

Posted:

Rebat 30 peratus untuk penggambaran di Malaysia

Rebat 30 peratus untuk penggambaran di Malaysia

19/02/2013 7:47pm

KUALA LUMPUR — Penggiat seni kreatif tempatan dan asing yang menjalankan penggambaran di negara ini akan diberikan rebat sebanyak 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) yang mula dilaksanakan tahun ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pengenalan FIMI itu diharap dapat menarik minat pengeluar filem asing memilih Malaysia sebagai destinasi penggambaran dan menjalankan aktiviti perfileman mereka.

Selain itu insentif berkenaan diharap dapat meningkatkan azam penggiat seni tempatan untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu.

"Malaysia menawarkan kelainan dari segi kos yang lebih efisien, barisan karyawan, artis dan krew yang boleh menyumbang karya yang jitu serta lokasi penggambaran yang mencerminkan rantau Asia," katanya dalam ucapan pelancaran FIMI di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan dan Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.

Rebat 30 peratus perbelanjaan dalam negara selepas diaudit akan diberikan kepada produksi tempatan dengan had minimum perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta bagi aktiviti produksi dan pascaproduksi dan RM500,000 bagi aktiviti pascaproduksi sahaja.

Bagi produksi asing pula, had minimum aktiviti produksi dan pascaproduksi perlu berjumlah RM5 juta dan bagi pascaproduksi sahaja, RM1.5 juta.

Rais berkata, FIMI turut dilaksanakan bagi menangani permasalahan industri perfileman dan kandungan kreatif tempatan seperti dapat menambah peluang pekerjaan artis dan krew tempatan sepanjang penggambaran berlangsung.

Jelas beliau, rebat itu juga dijangka mampu meningkatkan jumlah serta memantapkan kualiti filem yang diterbitkan sama ada sebagai satu usaha tempatan 100 peratus ataupun perjanjian kerjasama dengan produksi, penerbit dan pengedar filem asing. — BERNAMA

Pemotong rumput rugi RM8,000 akibat disamun

Posted:

Pemotong rumput rugi RM8,000 akibat disamun

Pemotong rumput rugi RM8,000 akibat disamun

19/02/2013 7:35pm

KUANTAN — Seorang pemotong rumput kerugian hampir RM8,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di Wakaf Pantai Rekreasi Balok, dekat sini semalam.

Dalam kejadian 6.09 petang itu, mangsa berumur 27 tahun dan berasal dari Chendor, Kemaman, sedang berehat di wakaf berkenaan selepas seharian memotong rumput sebelum didatangi penyamun terbabit yang mengacukan parang ke lehernya dan meminta menyerahkan barangan berharga.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, mangsa terpaksa menyerahkan wang tunai RM870 dan sebuah telefon bimbit kepada penyamun terbabit kerana bimbang dicederakan.

Suspek turut melarikan motosikal milik mangsa jenis Yamaha RXZ berwarna hitam dengan nombor pendaftaran JCN 4932, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noor Asyikin berkata, polis percaya suspek memerhatikan mangsa yang sedang berehat di wakaf dari jauh sebelum menghampirinya dengan menunggang dua buah motosikal.

"Mangsa juga tidak mengecam suspek kerana wajah mereka dilindungi topi keledar penuh muka," katanya. — BERNAMA

Jakim perkenal Sistem HVE bagi mohon sijil halal

Posted:

Jakim perkenal Sistem HVE bagi mohon sijil halal

Jakim perkenal Sistem HVE bagi mohon sijil halal

19/02/2013 7:33pm

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal memperkenalkan sistem baharu yang sistematik, antara lain perlu menyertakan maklumat bahan mentah digunakan dalam produk, bagi mendapatkan sijil halal.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata sistem dikenali "Halal Verified Engine" (HVE) itu merupakan sistem penyimpanan maklumat yang direka Jakim untuk membantu industri apabila memohon sijil halal.

Dalam permohonan mereka, katanya, setiap pengusaha produk terutama sekali pengusaha produk makanan perlu menyertakan maklumat bahan mentah yang digunakan dalam produk mereka dan ia perlulah disahkan halal.

Menerusi sistem maklumat HVE, permohonan untuk mendapatkan sijil halal akan menjadi lebih mudah dan tersusun berikutan ia dapat diakses dengan mudah oleh Jakim, katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sesi bersama media "Perkembangan Industri Halal Negara" di sini hari ini.

" HVE akan mula beroperasi mulai tahun depan," katanya dan menurutnya sistem tersebut akan meliputi semua produk dalam pasaran halal untuk eksport dan import.

Hakimah berkata, pada tahun ini Jakim menyasarkan kira-kira 4,000 hingga 5,000 permohonan sijil halal dan menurutnya daripada kira-kira 4,000 permohonan pada tahun lepas, hanya 3,000 layak diberikan sijil halal.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Sta Maria, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan, Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin dan Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Hafsah Hashim. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved