Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pelajar UiTM P. Pinang sertai larian isi tabung MDAB
- Pabloascova ungguli kejohanan bola sepak Piala PPP
- Pemilik Nissan Grand Livina berhimpun
Pelajar UiTM P. Pinang sertai larian isi tabung MDAB Posted: Pelajar UiTM P. Pinang sertai larian isi tabung MDAB![]() SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai larian bagi mengisi tabung MDAB di Bukit Mertajam baru-baru ini. LARIAN AMAL. Seramai 500 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang berjaya mengumpulkan sebanyak RM2,000 untuk tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di Bukit Mertajam baru-baru ini. Ia berjaya dikumpul menerusi larian amal yang dianjurkan Jawatankuasa Perwakilan Kolej B universiti itu yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu peserta lelaki sejauh 5.3 kilometer (km) dan wanita (4.4 km). Penasihat jawatankuasa berkenaan, Zuraisah Dollah berkata, tabung tersebut ditubuhkan bagi membantu pelajar-pelajar miskin meneruskan pengajian mereka di peringkat pradiploma. |
Pabloascova ungguli kejohanan bola sepak Piala PPP Posted: Pabloascova ungguli kejohanan bola sepak Piala PPP![]() ANDREW (berdiri, enam dari kanan) bergambar bersama pasukan Pabloascova dan Garuda FC di George Town baru-baru ini. SUKAN. Kehebatan pasukan Pabloascova sukar digugat lawannya, Garuda FC apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bersama Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Pulau Pinang di George Town baru-baru ini. Kemenangan 2-1 di pentas akhir itu menyaksikan pasukan tersebut berpuas hati membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300, piala dan medal manakala lawannya pula menerima RM200 beserta piala. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Bendahari Pemuda Kebangsaan PPP, Andrew Rajah di Padang Rukun Tetangga Bayan Baru. |
Pemilik Nissan Grand Livina berhimpun Posted: Pemilik Nissan Grand Livina berhimpun![]() PARA pemilik kenderaan Nissan Grand Livina yang mengadakan pertemuan di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini. MESRA. Lebih 50 orang ahli komuniti Kajang Livinian, Sungai Buloh Livinian dan Gombak Livinian bertemu untuk mengeratkan silaturahim antara mereka baru-baru ini. Mereka yang merupakan komuniti Pemilik Nissan Grand Livina Malaysia (PNGL) mengadakan perjumpaan di Restoran Gulam Mee, Kota Damansara. Menurut penganjur program, Hasrizal Hasmi, perjumpaan itu bertujuan untuk mengembangkan jaringan komuniti PNGL. "Jika ada yang berminat untuk menyertai pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan, mereka boleh melayari Facebook PNGL," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan