Kosmo Online - Negara |
Ibu cemas kereta dirempuh tayar lori Posted: Ibu cemas kereta dirempuh tayar loriOleh FIRDAUS HASSAN
KUCHING - Seorang ibu mengalami detik cemas apabila sebiji tayar seberat 100 kilogram yang tercabut dari sebuah lori enam tan tercabut lalu bergolek dan menghentam kereta yang dipandunya dalam kejadian di Bulatan Datuk Temenggong Abang Kipali Bin Abang Akip, Petra Jaya di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 3.40 petang itu, mangsa, Syafiah Shafie, 36, yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dari arah Jalan Astana menuju ke Matang untuk ke tempat kerja sebelum mengalami kejadian cemas tersebut. Syafiah berkata, apabila tiba di bulatan tersebut, dia melihat sebiji tayar lori bergolek dan melantun-lantun dari arah kanan menuju ke kenderaannya. "Tayar tersebut betul-betul menuju ke tempat duduk pemandu dalam keadaan yang laju. "Mujur saya sempat menekan pedal minyak kereta dan tayar tersebut menghentam bahagian pintu penumpang belakang sebelah kanan dan bumbung kereta saya," ujar ibu kepada seorang anak perempuan berusia 11 bulan itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Jel 20 tahun balasan lambung bayi Posted: Jel 20 tahun balasan lambung bayi Oleh SHAHRULANOOR ISHAK KUANTAN – Seorang pembantu rumah Indonesia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku salah atas dua tuduhan mendera seorang bayi berusia empat bulan pada minggu lalu. Hakim Mohd. Azhar Othman memutuskan tertuduh, Yuliana, 24, berasal dari Aceh dipenjara 15 tahun bagi tuduhan pertama dan penjara lima tahun untuk tuduhan kedua. Mahkamah bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 15 Februari lalu. Mohd. Azhar sebelum menjatuhkan hukuman berkata, perbuatan tertuduh merupakan kesalahan serius kerana memberi kesan mendalam kepada masyarakat. "Semoga hukuman yang diberikan boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan jagaan. "Kamu (tertuduh) telah diberikan amanah untuk menjaga bayi itu tetapi kamu tidak menjalankan amanah itu dengan baik," tegas Mohd. Azhar sebelum menjatuhkan hukuman. Bagi pertuduhan pertama, Yuliana yang baru sehari bekerja dengan keluarga malang itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali sehingga boleh menyebabkan kematian mangsa. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Projek Medini kukuh hubungan![]() NAJIB (empat dari kiri) dan Hsien Loong (tiga dari kiri) melihat model resort yang akan dibina di Medini sempena majlis Pecah Tanah Medini Wellness Centre di Nusajaya, Johor semalam. NUSAJAYA - Projek kesejahteraan Afiniti Medini dan Avira di Medini Iskandar Malaysia, bakal menjadi projek mercu tanda yang bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Singapura, malah turut mencerminkan hubungan semakin kukuh antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkannya sebagai permulaan pelaburan yang semakin meningkat dari Singapura. Kata beliau, menerusi sokongan kerajaan Singapura, sektor swasta di republik itu akan memberi sambutan positif untuk memindahkan pelaburan atau membuat pelabuhan baharu di Iskandar Malaysia. "Pada perbincangan dua hala pagi ini (semalam), kami menekankan mengenai pentingnya kumpulan kerja industri untuk bertemu secara tetap bagi menggalakkan pelabur dari Singapura memindahkan pelaburan ke sini, selain membuat pelaburan baharu di Iskandar. "Iskandar mempunyai banyak tarikan. Kejayaan Iskandar sudah melepasi rancangan serantau dan saya yakin, menerusi sokongan kerajaan Singapura, sektor swasta akan memberikan sambutan positif," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan