Selasa, 19 Februari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pertemuan ATM, Selangor aman

Posted:

Pertemuan ATM, Selangor aman

Pertemuan ATM, Selangor aman

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

PEMAIN ATM dan Selangor bersalaman selepas tamat aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.


KEDUDUKAN Selangor di persada Liga Super tidak bertahan lama apabila skuad Gergasi Merah itu tewas 0-2 di tangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Dalam perlawanan itu, tiada sebarang insiden panas berlaku sebagaimana aksi kedua-dua pasukan dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam pada 25 Januari lalu.

Pada aksi babak pertama, penjaga gol Selangor, Norazlan Razali menjadi pemain paling sibuk di atas padang apabila beberapa kali menafikan beberapa percubaan berbahaya The Gladiators.

Bagaimanapun, ketangkasan Norazlan tidak bertahan lama apabila penyerang ATM, Bruno Marteloto menjaringkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-16.

Gol tersebut menjelma selepas penyerang berbisa ATM, Marlon Alex James yang berjaya melepasi kawalan ketat pertahanan Selangor, sempat melorongkan bola untuk disudahkan oleh Marteloto.

Tersentak dengan gol tersebut, Selangor melancarkan serangan balas dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-30.

Namun, percubaan penyerang import, Frankey Doe berjaya ditepis penjaga gol ATM, Md. Farizal Harun.

Tuan rumah yang banyak menguasai perlawanan terus mengasak kubu Selangor, namun gagal menambah jaringan sehingga tamat babak pertama.

Selangor yang terdesak mencari gol penyamaan, melancarkan serangan bertali arus sebaik babak kedua bermula dan hampir memecah kebuntuan pada minit ke-59, namun rembatan kencang Shukor Jusoh terkena palang.

Keghairahan pasukan pelawat mencari gol penyamaan hampir membawa padah apabila percubaan Alex James dan Shukor Adan, masing-masing pada minit ke-67 dan ke-68 berjaya ditepis keluar oleh Norazlan.

Perjuangan Selangor semakin pudar apabila pemain tengah, Mohd. Raimi Md. Nor dibuang padang pada minit ke-80 selepas didapati menampar muka pemain pertahanan ATM, Norfazly Alias.

Alex James terus memadamkan impian Selangor apabila menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-90.

Kemenangan tersebut menyaksikan ATM berada di puncak liga apabila merekodkan 14 mata.

Annuar sangkal dakwaan karut

Posted:

Annuar sangkal dakwaan karut

Annuar sangkal dakwaan karut

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my



"JANGAN buat cerita yang bukan-bukan."
Itu amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar) ketika diminta mengulas prestasi hambar The Red Warriors dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menurut Annuar, ada sesetengah pihak cuba mengaitkan masalah yang melanda Kelantan ketika ini adalah disebabkan kegagalan pihak pengurusan KAFA membayar bonus dan melunaskan janji-janji yang ditabur sebelum mereka menjulang kejuaraan trebel musim lalu.

"Tiada masalah bonus. Inilah penyakit di Kelantan, tiada cerita buat cerita. Semua (bonus) sudah dibayar. Pemain sudah cuba habis-habisan. Jangan lari daripada masalah sebenar.

"Kalau kita bagi bonus banyak mana pun kalau pasukan tak bagus, ia tetap tak bagus.

"Saya tahu ada orang nak tengok kita kalah kerana ini musim pilihan raya tetapi kita tak akan masuk dalam perangkap mereka," kata Annuar ketika ditemui semalam.

Beliau memberitahu, tindakan beberapa pemain meninggalkan pasukan dengan tidak melalui saluran yang biasa menyebabkan The Red Warriors berdepan masalah.

Annuar tanpa ragu menyifatkan masalah yang dilalui Kelantan adalah berpunca daripada masalah ketiadaan penyerang yang mampu menggantikan pemain sebelum ini.

"Masalah sebenarnya adalah pasukan Kelantan tidak mempunyai penyerang. Kita tidak mempunyai pengganti yang setimpal seperti Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Muhammad Ghaddar, S. Chanturu dan Nurul Azwan Roya.

"Pemain pergi tiada masalah, tetapi pergi di saat-saat akhir menyebabkan pengurusan tidak berkesempatan untuk membuat gantian sehingga menjejaskan pasukan dan tindakan berkenaan boleh ditafsirkan sebagai sabotaj yang kesannya sangat besar.

"Saya hanya mampu menukar pemain atau membuat pelaburan tambahan. Sebab itu saya kata kalau setakat Mat Yo bayar RM299,000, itu tidak boleh buat apa-apa. Kita memerlukan RM1 juta mengubati masalah yang ada," ujarnya.

Annuar turut mengumumkan bahawa tiga lagi muka baharu akan membuat penampilan bersama The Red Warriors sebaik jendela perpindahan dibuka pada 8 April nanti dan ketiga-tiga mereka bukan lagi sekadar pemain 'tangkap muat', malah dipilih dengan kriteria yang cukup ketat.

"Tiga pemain yang ada sekarang terpaksa dikeluarkan kerana mengikut syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hanya 25 pemain sahaja boleh didaftarkan. Ini bukan kerana mereka tidak bagus tetapi kerana kepentingan pasukan.

"Masa masih ada. Pemain yang ada sekarang ini akan kekal sehingga 8 April. Saya tidak mahu bayangkan siapa yang akan keluar.

"Semua pemain masih ada 10 perlawanan, lima perlawanan liga, tiga untuk Piala FA dan dua lagi untuk Piala AFC untuk mereka buktikan keupayaan," jelasnya.

Anuar tidak sabar gegar LTdL

Posted:

Anuar tidak sabar gegar LTdL

Anuar tidak sabar gegar LTdL

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
zasrudin@kosmo.com.my

ANUAR akan membuat penampilan sulung bersama pasukan Synergy Baku Cycling Project pada perlumbaan LTdL 2013 yang akan bermula secara rasmi di Kangar, Perlis esok.


JAGUH pecut negara, Anuar Manan semakin teruja untuk memulakan kayuhan pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

Anuar, 27, yakin dengan kemampuannya untuk melakar satu lagi kejutan meskipun pada edisi ke-18 kali ini, dia akan menyarung jersi pasukan baharu - Synergy Baku Cycling Project (BCP).

"Untuk perlumbaan LTdL tahun ini, saya sudah membuat persiapan yang rapi bersama jurulatih, Jeremy Hunt di Melbourne, Australia.

"Saya juga berasa sedikit teruja, terutamanya selepas melihat latar belakang rakan-rakan sepasukan yang tidak kurang hebatnya.

"Saya turut membuat persiapan dengan menyertai beberapa perlumbaan pada awal tahun ini dan ia dianggap sebagai persediaan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Jadi, saya rasa saya sudah bersedia untuk beraksi bersama pasukan baharu," kata pelumba kelahiran Kampung Kuala Ibai, Terengganu itu kepada pemberita di Pulau Langkawi, Kedah semalam.

Ketika ditanya mengenai kekuatan BCP, Anuar berkata, pasukan benua dari Azerbaijan itu tampil serba lengkap kerana memiliki kelebihan dari semua aspek.

Selain dibarisi barisan pelumba agresif, pasukan itu turut mempunyai pelumba pendakian yang baik manakala Anuar dan Rico Rogers dari New Zealand dianggap sebagai pelumba pecut.

"Saya dan Rogers merupakan pelumba pecut dalam pasukan ini dan kami mempunyai sasaran tersendiri tetapi saya rasa, dia akan memberi laluan kepada saya untuk mara ke depan bagi mencapai sasaran saya pada LTdL 2013," katanya.

Dari aspek pasukan bertanding dan laluan perlu ditempuhi, Anuar mengakui, perlumbaan kali ini sangat mencabar kerana disertai ramai pelumba termasuk mereka yang sudah mencipta nama di pentas dunia.

Anuar berkata, dia telah membuat 'kerja rumah' dengan mengkaji nama-nama pelumba yang akan menyertai perlumbaan kali ini.

Bagaimanapun, dia yakin dengan kemampuannya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik buat pasukannya serta Malaysia.

Sementara itu, Anuar yakin barisan pelumba Malaysia akan melakukan kejutan seperti mana yang dilakukannya pada tahun 2010.

"Sebelum ini tidak ramai pelumba Malaysia yang menyertai perlumbaan ini tetapi tahun ini jumlah itu sudah bertambah seramai 16 orang. Tidak mustahil salah seorang daripada kami mampu melakar kejutan kerana saya pernah melakukannya.

"Selain Harrif (Saleh), pasukan Malaysia turut disertai ramai pelumba berpengalaman dan pelumba muda yang sedang meningkat naik. Jadi, tidak ada masalah untuk mencatat keputusan yang baik tahun ini," katanya.

Untuk rekod, Anuar pernah mencipta sejarah pada 2010 apabila melakar kejayaan berganda.

Anuar yang ketika itu menyarung jersi pasukan Guemsan Ginseng Asia mencipta kejutan apabila menjadi pelumba pertama Malaysia memenangi satu peringkat perlumbaan.

Dia menguasai peringkat kelima dari Muar, Johor ke Port Dickson, Negeri Sembilan sejauh 111.5 kilometer.

Kejayaan tersebut membuka ruang kepada Anuar untuk dinobatkan selaku Raja Pecut pada edisi ke-15 perlumbaan berprestij di Asia yang memenang status Hors itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved