Kosmo Online - Negara |
'Si Tanggang' sepak ibu dijel 24 bulan Posted: 'Si Tanggang' sepak ibu dijel 24 bulan
KOTA BHARU - Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang penganggur yang tergamak menyepak, menumbuk kepala serta mengugut hendak menikam ibu kandungnya berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor memerintahkan Mohd. Syaridan Awang Ahmad, 27, menjalani hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting selepas ibunya, Che Saniyah Che Soh, 56, enggan memberinya wang. Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh Badang di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 13 Januari lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Posted: Ambil amah guna saluran sah
KUALA LUMPUR - Majikan di negara ini diingatkan agar mengambil pembantu rumah asing menggunakan saluran yang sah bagi mengelak kes penderaan terhadap anak-anak majikan berulang, kata Duta Besar Indonesia, Herman Prayitno. Herman juga mengesahkan pembantu rumah Yuliana, 24, yang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun semalam kerana mendera bayi majikannya yang berusia empat bulan, diambil majikan berkenaan secara tidak sah. "Inilah natijahnya jika mengambil pembantu rumah asing tanpa saluran yang sah. Ia patut menjadi pengajaran agar majikan lebih berhati-hati pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Bantuan Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) kepada Mangsa Banjir di Manado yang diadakan di Kedutaan Indonesia di sini. Menurut Herman, pembantu rumah Indonesia yang ditawarkan bekerja secara sah di negara ini akan menjalani latihan terlebih dahulu dan melepasi ujian psikologi sebelum dihantar ke negara ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Perniagaan dalam talian dipantau Posted: Perniagaan dalam talian dipantauOleh AQMAR ALLADAD PUTRAJAYA – Semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian diwajibkan mematuhi Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan menjaga kepentingan pelanggan dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan urus niaga secara elektronik. Jelasnya, peraturan tersebut mewajibkan peniaga menyediakan maklumat seperti nama, nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, alamat, e-mel dan ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan kepada pelanggan. "Kerajaan juga tidak benarkan sebarang kos tersembunyi, jadi peniaga perlu meletakkan harga penuh barangan atau perkhidmatan termasuk kos sampingan. "Selain itu, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran pesanan pelanggan harus dinyatakan dengan jelas," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan