Selasa, 08 April, 2025

Khamis, 31 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis Kuantan lancar Ops Limau tangani kes pecah rumah

Posted:

Polis Kuantan lancar Ops Limau tangani kes pecah rumah

Polis Kuantan lancar Ops Limau tangani kes pecah rumah

31/01/2013 8:00pm

KUANTAN — Polis akan mengadakan "Ops Limau" bermula 3 hingga 17 Februari ini bagi membanteras kegiatan jenayah bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar bandar Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusoff berkata, orang ramai yang bercuti panjang dan pulang ke kampung semasa tempoh itu diminta memaklumkan kepada pihak polis bagi memudahkan pemantauan dibuat di kawasan kediaman mereka.

"Ops Limau bertujuan bagi menangani kes-kes pecah rumah yang dilaporkan kerap berlaku ketika penghuninya bercuti atau pulang ke kampung semasa musim perayaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd. Jasmani berkata orang ramai juga dinasihatkan supaya memasang lampu belakang rumah supaya cerah pada waktu malam.

"Selain itu, tinggalkan pesan kepada jiran sebelum meninggalkan rumah untuk balik ke kampung untuk bercuti dan memasang kunci tambahan pada kenderaan atau pintu rumah," katanya. — BERNAMA

Suami isteri ditahan cuba seludup daun ketum

Posted:

Suami isteri ditahan cuba seludup daun ketum

Suami isteri ditahan cuba seludup daun ketum

31/01/2013 7:56pm

BUKIT KAYU HITAM — Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan sepasang suami isteri kerana dipercayau cuba menyeludup 500 ikat daun ketum bernilai RM6,000 ke negara jiran di Kilometer 1.3 berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Komander Kawasan UPP Bukit Kayu Hitam, ASP Baharim Kamis berkata, dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, sepasukan anggota yang mengadakan sekatan jalan raya menahan sebuah kereta Toyota Vios berpendaftaran Thailand dalam perjalanan dari Changlun ke Kompleks CIQ.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati daun ketum seberat 60 kilogram, yang diikat dengan plastik hitam, disimpan di bahagian tempat duduk belakang dan tempat simpanan tayar gantian.

Katanya, suspek lelaki rakyat tempatan berasal dari Naka, Kuala Nerang dan isterinya, warga Thailand, dipercayai berhasrat menjual daun ketum itu ke negara jiran berikutan harga pasaran yang tinggi.

"Kalau ikut harga pasaran Thailand, harga daun ketum ini mencecah RM6,000. Kalau di negara ini, hanya sekitar RM20 sekilogram," katanya kepada pemberita di pejabat UPP Bukit Kayu Hitam.

Baharim berkata, pasangan itu diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. — BERNAMA

Perdana Menteri janji bina litar lumba di Kedah

Posted:

Perdana Menteri janji bina litar lumba di Kedah

Perdana Menteri janji bina litar lumba di Kedah

31/01/2013 7:00pm

ALOR SETAR - Pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) khusus untuk negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri sedia ada pernah berjanji untuk membina litar lumba untuk orang muda tetapi sudah hampir lima tahun memerintah, litar itu masih belum dibina.

"Mana dia litar? Saya nak janji pada saudara saudari kita akan masukkan dalam manifesto di Kedah buat litar lumba. Janji kita janji ditepati bukan seperti janji pembangkang," katanya pada Program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.

Beliau berkata, ada juga cadangan daripada Majlis Belia Negeri Kedah supaya kerajaan membantu golongan muda yang hendak berkahwin dalam hal kursus praperkahwinan.

"Kita akan masukkan dalam manifesto juga untuk tanggung RM100 bagi setiap kursus dengan syarat untuk perkahwinan pertama dan sekali sahaja. Saya akan luluskan peruntukan nanti," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved