Khamis, 31 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Ujian buat Rajagobal

Posted:

Ujian buat Rajagobal

Ujian buat Rajagobal

RAJAGOBAL (kanan) akan meletak jawatan selaku jurulatih Harimau Malaya sekiranya skuad kendaliannya gagal menempah tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2015.


TAHUN lalu, misi Harimau Malaya mempertahankan trofi Piala Suzuki AFF yang dimenangi mereka pada 2010, akhirnya terkubur apabila terkandas di peringkat separuh akhir.

Disebabkan itu, nama Datuk K. Rajagobal tiba-tiba 'panas' apabila bertubi-tubi didesak supaya meletak jawatan oleh sebahagian besar peminat sukan bola sepak yang tidak lagi mempercayai kredibiliti beliau selaku pengendali skuad kebangsaan.

Enggan tunduk kepada tekanan, Rajagobal sebaliknya mahu membantu merealisasikan sasaran skuad negara supaya layak ke pentas Piala Asia 2015 terlebih dahulu.

"Jika gagal membantu pasukan negara layak ke Piala Asia 2015, saya sendiri akan meletak jawatan," kata Rajagobal ketika itu.

Begitupun, nasib seolah-olah tidak menyebelahi Rajagobal rentetan musibah kecederaan pemain negara menjelang aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Qatar di Doha, 6 Februari ini.

Tempang tanpa nama-nama besar seperti Mohd. Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Bunyamin Omar, situasi itu jelas meletakkan masa depan Rajagobal dalam keadaan bahaya.

Sedar atau tidak, kemampuan anak-anak buah Rajagobal mengekang ancaman Iraq dalam satu aksi persahabatan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam ini pastinya menjadi peluang terakhir bagi menilai kemampuan sebenar beliau sama ada mampu atau tidak membantu skuad negara menyambar slot ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Jika diikutkan, Rajagobal dilihat hanya menunggu masa mengucapkan 'selamat tinggal' kepada skuad kebangsaan ekoran strategi mahupun taktikal yang direncanakannya dilihat serba tidak menjadi pada kempen Piala Suzuki AFF yang lalu.

Keputusan Rajagobal yang enggan menyenaraikan arkitek Kelantan, Mohd. Bahri Radzi atau Piya biarpun dilanda krisis kecederaan pemain kali ini juga mengundang pertikaian ramai pihak.

Bukan apa, peluang yang diberikan kepada Rajagobal sebenarnya bukan sedikit tetapi hasilnya tetap mengecewakan.

Justeru, persoalan sama ada Rajagobal bakal mengotakan janjinya atau tidak, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Selepas bertemu Qatar nanti, Harimau Malaya bakal berdepan dua lagi pasukan Asia Timur iaitu Yemen dan Bahrain pada 22 Mac dan 15 Oktober depan.

Pemain Kelantan berguru di England

Posted:

Pemain Kelantan berguru di England

Pemain Kelantan berguru di England

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

PENYERANG muda Australia, Dimitrios Petratos yang beraksi bersama The Red Warriors dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 secara rasminya akan berangkat ke England pada 4 Februari ini bagi menjalani latihan dengan pasukan Blackburn Rovers.

Berita gembira itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, ketua pasukan Piala Presiden Kelantan, Faizul Nazlin Sayuti akan pergi bersama Petratos bagi menjalani latihan tersebut dan akan kembali semula ke pangkuan pasukan pada bulan Mac untuk menghadapi saingan Piala AFC.

Menurutnya, latihan tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama antara KAFA dengan kelab berkenaan sebagai langkah untuk memantapkan lagi pasukan bagi mengharungi saingan liga musim ini.

"Pemergian kedua-dua pemain ini akan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, TheRedWarriors.com iaitu Kelvin Ramalingam.

Sepanjang berada di sana, Petratos bakal menjalani sesi latihan dan ujian yang dikendalikan oleh pihak Blackburn Rovers.

"KAFA berharap, latihan tersebut akan meningkatkan lagi tahap kemahiran Petratos sebelum dia kembali bersama pasukan untuk saingan Piala AFC nanti.

"Begitu juga dengan Faizul Nazlin, kita mahu memberikan pendedahan awal kepada pemain muda ini dalam usaha untuk memantapkan corak permainan dan kemahirannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar perlawanan Piala Permai di Stadium Sultan Muhammad IV semalam mengenai pertembungan antara juara Liga Super Malaysia, Kelantan dengan juara Liga Super Indonesia, Simen Padang FC esok.

Pada majlis tersebut, Annuar turut memperkenalkan seorang pemain import dari Perancis yang akan membantu The Red Warriors dalam perlawanan tersebut iaitu, Salim Aracche.

Selain Aracche, Kelantan turut diperkuatkan dengan seorang lagi tonggak import dari Nigeria, iaitu Dickson Nwakaeme yang bergandingan bersama Obinna Nwaneri, Lek Kecira di posisi pertahanan.

Annuar memberitahu, jika ada perkembangan semasa mengenai kedua-dua pemain itu, ia akan memaklumkan perkara tersebut dari semasa ke semasa.

"KAFA akan menjalinkan kerjasama ini di masa akan datang melibatkan pertukaran pemain dan jurulatih," ujarnya.

Mengulas mengenai perlawanan Piala Permai itu, Annuar memberitahu, ia adalah kesinambungan perlawanan sebelum ini ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Piala Gabenor Acheh baru-baru ini.

"Perlawanan ini merupakan medan terbaik buat kita untuk mengukur sejauh mana kekuatan pasukan. Saya akui ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kelantan.

"Mereka sebuah pasukan yang hebat, dan kita pernah tunduk kepada mereka 1-3 dalam aksi Piala Gabenor Acheh baru-baru ini. Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu," tegasnya.

Harimau Malaya tidak gentar

Posted:

Harimau Malaya tidak gentar

Harimau Malaya tidak gentar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AIDIL (depan, dua dari kiri) tidak gentar berdepan Iraq pada aksi persahabatan di Dubai hari ini.


REPUTASI hebat yang dimiliki skuad Iraq tidak mengundang gerun barisan Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan kedua-dua pasukan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam ini.

Biarpun sekadar perlawanan persahabatan, aksi berdepan Iraq dilihat medan ujian sebenar skuad negara sebelum berdepan Qatar dalam aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, 6 Februari nanti.

Kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak percaya rakan-rakan sepasukannya bakal meraih pengalaman berguna dalam perlawanan itu nanti sebelum berdepan Qatar.

"Atas kertas, keupayaan pasukan dari Asia Timur sememangnya tidak lagi perlu dipersoal.

"Jadi, saya harap kami dapat memahami corak permainan Iraq supaya dapat mengekang asakan Qatar dalam aksi kelayakan Piala Asia nanti," katanya sebelum berlepas ke Dubai baru-baru ini.

Dalam kedua-dua perlawanan itu nanti, Aidil dijangka menggalas tanggungjawab selaku kapten selepas ketiadaan Safiq Rahim dan Mohd. Safee Sali gara-gara penggantungan perlawanan dan kecederaan.

Dalam pada itu, tonggak Kelantan, Norfarhan Muhammad juga berazam memberikan yang terbaik jika diturunkan jurulatih, Datuk K. Rajagobal dalam kedua-dua perlawanan itu nanti.

"Walaupun belum cergas sepenuhnya, saya akan membalas kepercayaan jurulatih jika diturunkan.

"Masalah kecederaan yang melanda skuad negara juga bukan masalah besar kerana saya percaya kami mampu membentuk kombinasi mantap dalam perlawanan itu nanti," katanya yang kali terakhir menyarung jersi kebangsaan ketika kempen Piala Suzuki AFF 2008.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved