Rabu, 23 Januari 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Inisiatif Doktor Muda SK Perpaduan

Posted:

Inisiatif Doktor Muda SK Perpaduan

Inisiatif Doktor Muda SK Perpaduan

PROGRAM anjuran Lifebuoy ini mampu menggalakkan kanak-kanak dalam menjaga kebersihan diri.


PENDEKATAN serampang dua mata yang dipraktikkan oleh 'doktor muda' Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan, Ulu Kinta, Perak untuk menarik dan menggalakkan rakan pelajar mengamalkan tabiat menjaga kebersihan ternyata membuahkan hasil.

Ia juga membolehkan sekolah itu diisytihar sebagai pemenang Program Doktor Muda bersama Lifebuoy 2012.

SK Perpaduan menduduki tempat teratas di antara 32 buah sekolah rendah yang bersaing dalam cabaran antara sekolah seluruh negara yang diterajui oleh Lifebuoy, salah satu jenama sabun perlindungan daripada kuman.

Pertandingan selama 21 hari yang dianjurkan di bawah naungan Program Doktor Muda Kementerian Kesihatan dan disokong oleh Kementerian Pelajaran itu bertujuan menggalakkan kanak-kanak sekolah mengamalkan tabiat menjaga kebersihan, khususnya membasuh tangan mereka dengan sabun.

Aktiviti inovatif

Seorang guru dan lima pelajar yang memainkan peranan sebagai penggerak perubahan positif, dicalonkan oleh setiap sekolah yang mengambil bahagian.

Doktor muda ini digalakkan untuk merancang dan menjalankan aktiviti inovatif dan interaktif yang dapat menarik rakan pelajar lain untuk mengamalkan tabiat menjaga kebersihan sepanjang program itu berlangsung.


PELBAGAI aktiviti perlu dilakukan seperti ceramah kebersihan dalam tempoh 21 hari.


Pencapaian sekolah-sekolah ini dinilai berdasarkan sejauh manakah para pelajar dapat mengamalkan tabiat menjaga kebersihan atas inisiatif doktor muda mereka.

Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia dan Singapura, Hugo Verkuil berkata, semangat dan kreativiti yang ditunjukkan oleh doktor muda SK Perpaduan benar-benar menakjubkan.

"Dalam masa 21 hari, mereka berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk mengadakan ceramah kebersihan, demonstrasi membasuh tangan dan mendapatkan ikrar daripada rakan mereka untuk mengamalkan tabiat yang baik dengan menjaga kebersihan.

"Malah, mereka juga mengambil inisiatif untuk menasihatkan pelajar dari sekolah lain dan anggota masyarakat. Melalui pelbagai usaha yang berterusan ini, tidak hairanlah jika sekolah mereka mencatat peningkatan paling tinggi dari segi kesedaran kebersihan dan amalan penjagaan kebersihan dalam kalangan mereka," jelas Hugo.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Nor Haslan Nor Zaman di sekolah tersebut.

Sebagai pemenang tempat pertama, SK Perpaduan menerima wang tunai bernilai RM5,000. Tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik SK Raja Chulan, Perak dan SK Marian Convent, Perak dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan RM2,000.


SK Perpaduan menduduki tempat teratas antara 32 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia yang bersaing dalam cabaran yang dianjurkan oleh Lifebuoy.


Dalam pada itu, tiga buah sekolah, iaitu SK Puchong Indah, Selangor; SK Daya 3, Johor; dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 4, Johor, menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM1,000 setiap satu. Semua pemenang turut menerima bekalan sabun cecair Lifebuoy percuma selama satu tahun berserta 10 unit dispenser dengan jumlah keseluruhan bernilai RM5,000.

"Program Doktor Muda Lifebuoy tahun ini berjaya menyentuh kehidupan hampir 40,000 pelajar. Memandangkan usaha membentuk tabiat yang baik mengambil masa 21 hari, kami yakin ia akan menjadi amalan yang akan kekal sepanjang hayat," ungkap Hugo lagi.

Mula diperkenalkan sejak tahun 1894, sabun Lifebuoy dipasarkan secara meluas pada harga yang berpatutan. Setakat ini, ia telah membantu lebih 1.6 bilion orang di seluruh dunia untuk hidup bebas daripada masalah kesihatan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved