Rabu, 23 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal intip Harimau Malaya

Posted:

Rajagobal intip Harimau Malaya

Rajagobal intip Harimau Malaya

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

RAJAGOBAL dalam perancangan membentuk barisan terbaik bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015 yang bakal bermula bulan depan.


PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mula melakukan pemerhatian di beberapa venue perlawanan Liga Malaysia bagi mengikuti perkembangan dan prestasi semasa anak- anak buahnya menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2015 bulan depan.

Sebelum ini, Rajagobal telah menyenaraikan 26 pelatih bagi mengikuti latihan pusat skuad Harimau Malaya yang dijadualkan bermula Sabtu ini.

Rajagobal memberitahu, apa yang dilakukan beliau ketika ini merupakan tugas rutin iaitu memantau prestasi semasa para pemain Harimau Malaya.

"Kalau kita boleh nampak pemain yang bersinar atau bermain dengan baik, kita akan beri peluang kepada mereka yang menunjukkan permainan baik dan konsisten.

"Saya juga berharap pemain yang mewakili pasukan kebangsaan ini akan bermain dengan baik dalam semua perlawanan Liga Malaysia," katanya.

Rajagobal berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Liga Super antara Pahang dan Terengganu di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Jelas Rajagobal, setakat ini beliau telah dapat mengumpul barisan pemain terbaik hasil pemerhatian barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

Ujar beliau, dua pemain Pahang yang menyerlah ketika ini iaitu Mohd. Hafiz Kamal dan Mohd. Fauzi Rozlan adalah antara pemain disenaraikan untuk dipanggil mengikuti latihan.

Kata beliau, pemain berpengalaman seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha juga dipanggil mengikuti latihan berkenaan.

"Apabila beraksi pada peringkat Asia, kita perlu pemain seperti mereka yang lebih agresif di samping muka-muka baharu.

"Saya percaya kombinasi ini (para pemain) akan membantu skuad negara (bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015).

"Berbeza dengan saingan Piala Suzuki AFF yang dipertandingkan pada peringkat Asia Tenggara, Piala Asia dilihat lebih mencabar dan memerlukan khidmat para pemain seperti ini," katanya.

Kempen kelayakan Piala Asia 2015 dijadual bermula 6 Februari depan dengan 20 pasukan akan dibahagi kepada lima kumpulan merangkumi empat pasukan.

Dalam pusingan kelayakan tersebut, skuad Harimau Malaya dundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Bahrain dan Yemen.

Dua pasukan teratas selepas mengharungi enam perlawanan timbal balik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia di Australia bermula 4 hingga 26 Januari 2015.

Shukur tekad pikat hati Rajagobal

Posted:

Shukur tekad pikat hati Rajagobal

Shukur tekad pikat hati Rajagobal

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Aksi Shukur ketika membarisi skuad Olimpik negara menentang Jepun pada kempen kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Tosu, Jepun, 21 September 2011.


PEMAIN tengah Selangor, Abdul Shukur Jusoh mahu membalas kepercayaan yang diberikan jurulatih, Datuk K. Rajagobal selepas disenaraikan sebagai pelatih skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Shukur berkata, dia kini sudah memasang azam untuk menampilkan aksi terbaik dalam latihan pusat skuad Harimau Malaya, seterusnya mampu memikat Rajagobal untuk diturunkan ketika menentang Qatar pada aksi pertama kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, 6 Februari depan.

Biarpun sedar persaingan dalam kalangan pemain cukup sengit, Shukur berkata, dia akan berjuang habis-habisan untuk merebut tempat dalam skuad utama Harimau Malaya.

"Pertama sekali, tersenarai dalam skuad Harimau Malaya bagaikan mimpi. Saya amat gembira kerana jurulatih (Rajagobal) memberikan perhatian kepada saya.

"Beraksi bersama skuad kebangsaan merupakan impian bagi setiap pemain, apatah lagi untuk beraksi dalam skuad utama Harimau Malaya, ia adalah cita-cita saya sebagai pemain bola sepak profesional.

"Saya tahu persaingan untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama amat sukar tetapi saya sudah bersedia," kata Shukur ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Shukur mengakui corak permainannya semakin bertambah baik selepas berada di bawah bimbingan jurulatih Selangor Irfan Bakti Abu Salim musim ini.

"Mungkin Rajagobal mengetahui apa kelebihan saya dan sejujurnya, saya berpendapat permainan saya meningkat sejak dibimbing Irfan.

"Pengalaman saya bersama Terengganu dan Selangor banyak memberikan saya kelebihan dan kini, saya mahu membuktikan di pentas yang lebih tinggi," katanya yang beraksi kali pertama bersama Harimau Malaya ketika menentang Vietnam pada aksi persahabatan tahun lalu.

Selain Shukur, pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Fitri Omar juga antara dua muka baharu yang akan menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya di Wisma FAM bermula Sabtu ini.

Difahamkan, tindakan Rajagobal menyenaraikan Shukur dan Fitri itu dilihat sebagai langkah alternatif bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor yang mengalami kecederaan baru-baru ini.

Terdahulu, Rajagobal telah menyenaraikan 26 pelatih serta tujuh pemain yang berada dalam senarai simpanan atau KIV bagi mengikuti kem latihan pusat bagi menghadapi beberapa aksi persahabatan dan kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula bulan depan.

MOM harus lebih tegas - MSN

Posted:

MOM harus lebih tegas - MSN

MOM harus lebih tegas - MSN

MAJLIS Sukan Negara (MSN) berharap Majlis Olimpik Malaysia (MOM) lebih tegas berbincang dengan negara tuan rumah bagi menetapkan acara sukan yang bakal dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Myanmar penghujung tahun ini.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, sebagai badan induk pentadbir utama sukan di negara ini, MOM perlu peka dan lebih prihatin dalam soal hala tuju sukan negara dan bukan setakat melahirkan atlet bermusim untuk peringkat sukan SEA semata-mata.

"Dalam hal ini saya tidak menyalahkan negara penganjur tapi kita perlu lebih tegas dalam hal ini bagi memastikan bahawa Sukan SEA selaras dengan hala tuju sukan negara," kata Zolkples kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Zolkples berkata, beliau sering mengingatkan MOM bahawa temasya dwitahunan itu adalah medan pendedahan yang paling rendah bagi atlet-atlet baharu sebelum mereka bersedia untuk mewakili negara pada kejohanan yang lebih berprestij.

"Oleh kerana itu, pemilihan acara sukan pada peringkat Sukan SEA perlulah sejajar dengan acara sukan yang dipertandingkan di peringkat kejohanan yang lebih tinggi seperti di peringkat Asia mahupun Olimpik agar ia dapat membantu negara peserta lain melaksanakan program pembangunan dengan berkesan," katanya.

Menurut beliau, MSN tidak ada halangan untuk membenarkan atlet elit mengambil bahagian pada temasya Sukan SEA dengan syarat ia tidak menjejaskan persiapan mereka menghadapi kejohanan yang lebih besar.

"Jika jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ingin bertanding sekalipun, kita di MSN tidak akan menghalang beliau untuk berbuat demikian sekiranya mendapat persetujuan jurulatih dan persatuan sukan," katanya.

Beliau berkata, secara peribadi Sukan SEA lebih sesuai untuk atlet baharu bagi memberi pendedahan kepada atlet terbabit kerana banyak perkara baharu bakal dipelajari oleh mereka nanti.

"Namun, pada masa sama kita tidak ingin menghantar kontinjen yang pulang dengan tangan kosong... oleh yang demikian kita perlu menghantar atlet yang berpotensi mendapat pingat ke temasya dwitahunan itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zolkples berkata, pihaknya telah berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia bagi membantu pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang untuk mendapatkan visa bagi kembali ke Melbourne menjalani latihan.

Sebelum ini, pelumba yang berasal dari Dungun, Terengganu itu meluahkan rasa kecewa apabila gagal mendapat visa daripada kerajaan Australia untuk kembali meneruskan latihan di Melbourne apabila pulang ke tanah air bagi menyambut kelahiran anak pertamanya di tanah air.

Zolkples berkata, beliau telah menghubungi Azizulhasni dan berjanji perkara tersebut akan segera diatasi.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved