Kosmo Online - Negara |
- Ananda orang terkaya di Malaysia
- Pengguna rokok e-elektronik terdedah kepada penyakit
- Rakyat Malaysia dikhuatiri mati
Ananda orang terkaya di Malaysia Posted: Ananda orang terkaya di MalaysiaOleh LILY YEAN KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas 'Raja Gula', Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion. Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas. Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion. Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini. Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Pengguna rokok e-elektronik terdedah kepada penyakit Posted: Pengguna rokok e-elektronik terdedah kepada penyakit![]() ANTARA rokok e-elektronik yang terdapat di pasaran. - Gambar hiasan BENTONG - Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. "Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Rakyat Malaysia dikhuatiri mati Posted: Rakyat Malaysia dikhuatiri matiOleh ZULKIFLI MANZOR ![]() PARA tebusan berlutut dengan tangan diangkat ke atas semasa mereka ditawan di kompleks minyak dan gas di In Amenas, Algeria baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang gagal dikesan selepas kumpulan militan menawan sebuah loji gas di In Amenas, Algeria pada Rabu lalu dikhuatiri terkorban berikutan kejadian serangan tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh wakil majikan rakyat Malaysia terbabit, JGC Construction Pte. Ltd. kepada Kedutaan Besar Malaysia di Algeria. "Wakil syarikat memaklumkan kepada kedutaan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang masih hilang dikhuatiri terkorban manakala nasib seorang lagi rakyat Malaysia belum diketahui. "Kedutaan Besar Malaysia di Algeria bagaimanapun akan berusaha dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria serta JGC Construction Pte. Ltd. bagi mengesahkan maklumat terkini mengenai nasib dua rakyat Malaysia terbabit," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan