Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Kursus tingkat kemahiran pengendali, pembantu taska
- Majlis rai sumbangan kepimpinan BKUM
- 30 ibu tunggal terima barangan keperluan
Kursus tingkat kemahiran pengendali, pembantu taska Posted: Kursus tingkat kemahiran pengendali, pembantu taska![]() NOR ASIKIN (duduk, empat dari kiri) dan Kamarulzaman (duduk, lima dari kiri) bergambar bersama sebahagian daripada pengendali dan pembantu taska di Pulau Pinang baru-baru ini. IKTIRAF. Seramai 43 pengendali dan pembantu taman asuhan kanak-kanak (Taska) menerima sijil tamat Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang diadakan di Hotel Veenai, Butterworth baru-baru ini. Kursus yang bertujuan meningkatkan kemahiran pengendali taska itu dianjurkan oleh Gold Mind Resources (GMR) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pengarah Eksekutif GMR, Kamarulzaman Awang berkata, sepanjang kursus itu, peserta diberikan latihan secara teori dan praktikal dengan berpandukan modul-modul berkaitan asas asuhan kanak-kanak. Turut hadir, Timbalan Pengarah JKM negeri, Nor Asikin Ibrahim yang turut menyampaikan sijil kepada peserta kursus. |
Majlis rai sumbangan kepimpinan BKUM Posted: Majlis rai sumbangan kepimpinan BKUM![]() NAWAWI (lima dari kanan) dan Kamsari (empat dari kanan) bergambar bersama barisan Exco BKUM di Langkawi baru-baru ini. JASA. Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) menganjurkan majlis Malam Budimu Disanjung bagi menghargai sumbangan Exco-Exconya yang telah berbakti selama dua tahun di Pulau Langkawi baru-baru ini. Pada majlis itu, kesemua Exco menerima cenderahati sebagai kenangan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Kuah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad. Turut hadir, Yang Dipertua BKUM, Kamsari Nor. |
30 ibu tunggal terima barangan keperluan Posted: 30 ibu tunggal terima barangan keperluan![]() MOHD. LOKMAN (dua dari kanan) bersama sebahagian daripada ibu tunggal dan anak-anak mereka yang menerima sumbangan di Johor Bahru baru-baru ini. SUMBANGAN. Kira-kira 30 ibu tunggal di daerah Johor Bahru menerima bantuan keperluan asas dan barangan sekolah untuk anak-anak mereka yang disumbangkan oleh Berita TV9 dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor, Hotel Granada dan Econsave baru-baru ini. Bertemakan Dekat Di hati Bersama Ibu Tunggal, Ketua Pengarang Berita TV9, Datuk Mohd. Lokman Hamidi berkata, program itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan mereka. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis popular seperti Najwa Latiff dan Asmidar. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan