Sabtu, 15 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Wasiat jadi pegangan Sultan Sharafuddin

Posted:

Wasiat jadi pegangan Sultan Sharafuddin

Wasiat jadi pegangan Sultan Sharafuddin

Oleh BAHAROM MAHUSINdan NAJIBAH HASSAN

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ialah seorang raja yang memiliki jiwa pengembara.

Ketika menjadi Raja Muda Selangor, baginda pernah belayar mengelilingi dunia selama 22 bulan antara tahun 1995 dan 1997 dengan menaiki kapal layar SY Jugra. Baginda juga merasai liku-liku sukar dan bahaya memandu kereta vintaj menempuh perjalanan sejauh 16,000 kilometer dari Beijing di China ke Paris di Perancis.

Baginda merentasi lautan dan daratan luas, mengenal erti kepayahan bersendirian, untuk mengecap pengalaman baharu serta mencabar diri melakukan sesuatu yang selama ini difikirkan tidak mungkin dibuat oleh seorang yang berdarah raja.

Pengalaman itu sedikit sebanyak membentuk persepsi baginda tentang dunia dan kehidupan.

Bagaimanapun, tidak ramai orang tahu bahawa setelah menjadi Sultan Selangor pun, baginda sekali-sekala tidak dapat memisahkan diri daripada semangat menyahut cabaran yang menjadi sebahagian daripada personaliti baginda.

Baginda suka melihat dunia, gemar mengenali benda baharu, berani belajar daripada kekuatan dan kesilapan manusia, dan meninjau sesuatu dengan jiwa pengembara.

Beberapa tahun lalu, setelah menjadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin berkunjung ke Jakarta, Indonesia. Pengalaman di sana memperlihatkan jiwa sebenar baginda.

Berpakaian seperti orang biasa, tanpa diiringi pengawal peribadi dan pegawai istana, baginda bersiar-siar di ibu kota Indonesia itu dengan menaiki teksi.

Dalam satu temu bual dengan Kosmo! Ahad di Istana Bukit Kayangan Shah Alam baru-baru ini, Sultan Sharafuddin menceritakan kekaguman terhadap pemandu teksi yang baginda temui di Jakarta yang begitu mahir menghuraikan sejarah tanah airnya.

"Pemandu teksi itu sungguh bersemangat bercerita tentang sejarah Indonesia semasa teksi yang membawa saya melewati jalan dan bangunan bersejarah di Jakarta," titah baginda.

Sultan Sharafuddin diputerakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jema'ah, Klang ketika Perang Dunia Kedua baru beberapa bulan berakhir. Ketika baginda dilahirkan 67 tahun lalu, British baru kembali menjajah Selangor dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.

Ayahanda baginda ialah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu Yang di-Pertuan Agong yang kesebelas (1999-2001) manakala nenda baginda, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang menjadi Ketua Negara Malaysia selama 140 hari sahaja antara 14 April 1960 hingga 1 September 1960.

Di Selangor, perayaan rasmi hari keputeraan Sultan Sharafuddin disambut pada 11 Disember setiap tahun.

Menurut Sultan Sharafuddin, baginda amat meminati sejarah iaitu suatu minat yang dipupuk oleh Almarhum Sultan Salahuddin. Ketika baginda masih muda, Almarhum ayahanda baginda memberikan buku-buku sejarah serta memaksa baginda mendalami sejarah Selangor dan Malaysia.

Baginda mendapat pendidikan rendah di Kuala Lumpur tetapi kemudian melanjutkan pelajaran di Australia dan United Kingdom. Buku-buku sejarah yang diberikan oleh Almarhum ayahanda telah memberikan imbangan dan tauladan yang baik kepada baginda.

Sejarah


SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH menyambut hari keputeraan baginda yang ke-67 dengan tekad untuk terus melaksanakan tanggungjawab yang perlu baginda pikul sebagai Sultan Selangor.


"Melalui pemerhatian saya, saya rasa rakyat Malaysia kurang mendalami sejarah, sebab itulah ramai yang tidak patriotik dan tidak sayangkan negara," titah baginda.

Kini, pada usia yang menjangkau hampir tujuh dekad, Sultan Sharafuddin tetap kelihatan segak, cergas dan memiliki ketajaman fikiran. Baginda terus aktif memberi sumbangan atas kedudukan baginda sebagai Sultan Selangor.

"Saya sukakan sesuatu yang mencabar. Jika tidak melakukan apa-apa rasanya saya boleh jatuh sakit. Jadi selagi kesihatan saya baik, saya akan terus bekerja," ujar baginda ketika ditanya apakah impian baginda sempena hari keputeraan pada tahun ini.

Sultan Sharafuddin sedar bahawa faktor usia, kesibukan masa dan tanggungjawab sebagai Sultan Selangor tidak memungkinkan baginda melakukan aktiviti lasak seperti zaman muda dahulu. Zaman SY Jugra, dan mengembara dengan kereta vintaj telah berlalu.

Bagaimanapun, oleh kerana semangat mengembara begitu tebal dalam diri, dalam setahun baginda sekurang-kurangnya akan berkunjung ke dua buah negara. Baginda biasanya melawat sesebuah negara selama 10 hari iaitu tempoh yang memadai untuk baginda memahami budaya dan sejarah sesuatu tempat.

Pada tahun ini baginda meluangkan masa melawat St. Petersburg, sebuah kota sejarah yang hebat di Rusia. Di sana baginda mendapatkan khidmat ahli sejarah yang menceritakan tentang St. Petersburg, sebuah kota yang menjadi benteng kepada Rusia dalam menyekat kemaraan tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Sejak muda, baginda telah berkunjung ke seluruh pelosok dunia. Satu-satunya benua yang belum pernah dijejaki oleh Sultan Sharafuddin ialah Amerika Selatan yang baginda sifatkan sebagai benua yang kaya budaya dan sejarah.

"Insya-Allah, jika tiada aral saya bercadang untuk menjelajah beberapa negara di Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina, Chile, Peru, Colombia, Bolivia, Ecuador dan Venezuela.

"Semasa belayar mengelilingi dunia pada tahun 1995 dahulu, saya hanya melalui Panama di Amerika Tengah. Kali ini kalau saya berpeluang mengembara di Amerika Selatan, saya ingin memandu pula," titah baginda yang sempat melawat Berlin di Jerman pada tahun ini.

Jika sebahagian besar pengembara mengunjungi sesebuah negara kerana ingin membeli-belah, lain pula ceritanya dengan Sultan Sharafuddin.

Baginda berusaha mengutip pengalaman dan mempelajari perkara baharu di sesebuah negara.

"Seperti yang saya ceritakan, saya sukakan cabaran dan akan mencari jalan untuk menghadapinya. Saya tidak akan merungut kerana kesukaran yang saya tempuhi itu adalah sebahagian daripada kehidupan," ujar baginda.

Sepanjang 11 tahun menjadi payung negeri Selangor, Sultan Sharafuddin menerima banyak maklum balas daripada rakyat mengenai pembangunan negeri Selangor.

Dari semasa ke semasa baginda membaca sendiri surat-surat daripada rakyat yang dikirim kepada baginda. Respons terhadap luahan hati rakyat dan susulan yang dibuat membayangkan keperibadian baginda.

"Saya baca surat-surat tersebut dan memanjangkannya kepada pihak yang mentadbir negeri untuk tindakan sewajarnya," titah baginda.

Dalam memegang tanggungjawab sebagai Sultan Selangor, baginda mengakui Selangor berdepan dengan banyak cabaran khususnya dari segi perpaduan rakyat.

"Saya lihat ada sesetengah orang berpendidikan tinggi, tetapi mereka terlalu emosi dan tidak berfikir panjang sebelum bertindak. Mereka juga tidak faham sejarah," katanya.

Dalam konteks itu, baginda, misalnya, sering menasihatkan imam-imam masjid supaya tidak berpolitik di dalam masjid kerana ia boleh menjejaskan perpaduan umat Islam.

Ketika memberikan nasihat, Sultan Sharafuddin sentiasa menyeru rakyat supaya sedar tentang kedudukan baginda sebagai ketua negeri: "Saya berada di atas politik, dan saya tidak menyebelahi mana-mana pihak."

Baginda sangat prihatin mengenai perpecahan orang Melayu di Selangor. Baginda mengingatkan para pemimpin politik supaya memainkan peranan dalam menyatukan orang Melayu dan agama Islam.

Berpuak-puak

Sebagai seorang raja yang amat menyayangi rakyat dan insaf tentang kedudukannya dalam melindungi orang Melayu, baginda menasihatkan orang Melayu supaya tidak mudah terpengaruh. Bahkan, baginda berulang kali mengingatkan orang Melayu supaya hidup bersatu padu.

"Berselisih pendapat itu perkara biasa, tetapi jangan menyuarakan rasa hati hingga menimbulkan kebencian antara satu sama lain lalu terbawa-bawa perasaan marah hingga bermusuhan.

"Ramai anak muda cuba memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara tetapi jangan lupa bahawa kehidupan kita ada had. Apalah erti kebebasan bersuara jika digunakan untuk mengata orang dan menghancurkan negara?" titah baginda.

Baginda menyatakan secara terang-terangan mahu orang Melayu dan Islam sedar tentang bahaya yang dibawa oleh penyokong-penyokong idea pluralisme dan liberalisme yang cuba disebarkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.

Menurut Sultan Sharafuddin, harmoni dan tolak ansur merupakan ciri yang menjadikan Selangor sebuah negeri yang berjaya. Baginda sendiri dididik oleh Almarhum Sultan Salahuddin supaya menggalakkan dasar terbuka yang memberi peluang kepada penduduk dari negeri lain untuk menikmati kehidupan berkualiti di Selangor iaitu negeri yang termaju di Malaysia.


WASIAT Almarhum ayahanda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, menjadi penyuluh perjalanan Sultan Sharafuddin dalam menjalankan peranan sebagai Sultan Selangor.


"Almarhum ayahanda saya tidak suka hidup berpuak-puak. Jika kita bepuak-puak, kita tidak akan berkembang. Sebab itulah Almarhum mahukan kita hidup bersatu padu dan hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dalam sebuah negara.

"Kalaulah Almarhum fikir negeri Selangor hanya untuk orang Selangor, saya percaya ayahanda saya tidak akan serahkan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan," jelas baginda yang bangga dan kagum dengan pembangunan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada hari ini.

Selangor menyerahkan Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1974 dan kawasan estet Prang Besar di Sepang menjadi Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 2001. Kedua-dua wilayah itu kini menjadi kota ikonik bertaraf dunia.

Sultan Sharafuddin menaruh harapan Selangor akan terus maju meskipun dibelenggu pelbagai isu.

"Saya mahu rakyat berbilang kaum yang tinggal di Selangor hidup selesa dan harmoni," titah baginda yang tidak akan campur tangan dalam pentadbiran negeri tetapi berjanji bertegas dalam hal-hal yang menyentuh perlembagaan dan kuasa baginda sebagai Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam.

Dalam memastikan keselesaan dan keharmornian di Selangor itu terus diterapkan menjadi satu budaya dalam pemerintahan, baginda merintis idea dan memberi sokongan kepada beberapa projek pembangunan awam di Selangor, yang terbaharu mendirikan sebuah masjid di kawasan perumahan di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Sebahagian daripada kos pembinaan masjid itu disumbangkan oleh Kerabat Diraja Selangor melalui wakaf Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berjumlah RM5 juta.

Syarikat pemaju Bukit Jelutong, Sime Darby pula memberikan RM5 juta manakala RM11 juta lagi perbelanjaan untuk membina masjid yang cantik itu disumbangkan oleh kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Selangor.

Mengikut perancangan masjid itu bakal dirasmikan pada bulan Mac 2013.

Sultan Sharafuddin mempunyai alasan mengapa baginda begitu mengambil berat kebajikan orang Melayu dan Islam di Selangor serta terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu-isu membabitkan orang Melayu dan Islam.

Menurut baginda, tugas itu bukan sekadar tanggungjawab tetapi merupakan wasiat Almarhum ayahanda baginda.

Ketika Almarhum Sultan Salahuddin sedang gering sebelum mangkat pada 21 November 2001, Sultan Sharafuddin berada di sisi Almarhum.

Dalam interviu panjang lebar selama dua jam 50 minit di Istana Kayangan Shah Alam pada 3 Disember lalu, Sultan Sharafuddin memberitahu Kosmo! Ahad bahawa diri baginda amat terkesan dengan wasiat itu dan mengaitkannya dengan sikap baginda yang berani menyatakan pandangan mengenai orang Melayu dan Islam walaupun sering ditohmah oleh pihak-pihak tertentu.

Baginda bertitah: "Sebelum Almarhum ayahanda saya mangkat, baginda berpesan supaya saya menjaga agama Islam, perpaduan orang Melayu dan tidak mengetepikan hak orang Melayu.

"Almarhum juga berpesan supaya saya tidak leka ketika menjalankan tugas sebagai Sultan dan tidak bergaduh dengan rakyat."

Walaupun telah lebih satu dekad berlalu, saat-saat mendengar sendiri wasiat Almarhum ayahanda masih segar dalam ingatan dan menjadi api yang membakar semangat Sultan Sharafuddin dalam melaksanakan amanah yang dipegang sebagai Sultan Selangor untuk melindungi agama Islam dan membela orang Melayu.

Sumpah Sultan


SULTAN SHARAFUDDIN menasihatkan rakyat supaya hidup bersatu padu dan jangan biarkan perselisihan membawa kepada kebencian.


Baginda telah menanam tekad di dalam hati. "Saya tidak akan berhenti, menyerah kalah atau berasa tertekan. Saya ambil hal ini secara serius kerana saya sudah mengangkat sumpah sebagai Sultan."

Apabila baginda baru-baru ini terjebak dalam kontroversi apabila menegur perbuatan sesetengah ahli politik Melayu yang sanggup menyokong idea pluralisme agama dan liberalisme politik yang berbahaya kepada akidah umat Islam, baginda bertindak atas kesedaran yang bertunjangkan wasiat Almarhum ayahanda baginda.

Sultan Sharafuddin secara filosofikal menjelaskan mengenai pandangan baginda: "Saya percaya setiap masalah ada penyelesaiannya dengan syarat orang Melayu mesti tahu sejarah dan berfikir mengenai sesuatu secara mendalam. Kita mesti sedar kesilapan yang dilakukan dan betulkan kesilapan tersebut.

"Kepada pihak yang arif tentang hal-hal ini, terutama ulama, mereka mesti sentiasa bersuara dan buat teguran meskipun ada pihak yang lebih suka mendiamkan diri."

Baginda seterusnya mengingatkan: "Orang Melayu adalah yang berpegang pada agama Islam, cara hidup orang Melayu dan bertutur bahasa Melayu. Saya akan menyedarkan orang Melayu melalui ucapan saya. Jika saya tidak setuju dengan sesuatu, saya akan jelaskan sebab-sebabnya."

Berbekalkan pendirian itulah yang menjadi azam, penyuluh perjalanan dan cita-cita, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan penuh keinsafan menjalankan peranan-peranan perlembagaan baginda sebagai Sultan Selangor.

Ubat botak ubah lelaki jadi wanita

Posted:

Ubat botak ubah lelaki jadi wanita

Ubat botak ubah lelaki jadi wanita

Oleh MUHAMMAD IZWAN MOHD. ISA

MASALAH keguguran rambut bukan sahaja merunsingkan wanita malah kaum lelaki. Antara rawatan yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia bagi mengawal masalah itu ialah pengambilan pil Propecia oleh lelaki.

Keberkesanan pil itu sememangnya tidak diragui. Ia berfungsi dengan menukarkan hormon testosteron kepada dihidrotestosteron sekali gus menggalakkan pertumbuhan rambut normal.

Bagaimanapun, pengambilan pil itu secara berterusan dikatakan memberikan kesan sampingan yang mengejutkan.

Baru-baru ini, seorang jurutera perisian komputer dari Tampa, Florida, Amerika Syarikat (AS), William McKee, 38, mendakwa dia mengalami perubahan fizikal yang mendadak selepas sembilan bulan mengambil pil itu.

Menurut McKee, antara perubahan fizikal itu termasuklah penambahan ukur lilit pinggul serta dada.

"Saya dapat merasakan perubahan yang berlaku pada diri saya sejak mengambil preskripsi itu. Walaupun saya telah berhenti mengambilnya, kesan pil itu masih ada sehingga ke hari ini.

"Menurut doktor, pil Propecia mampu merendahkan kadar hormon testosteron sekali gus menyebabkan ciri kelakian saya hilang sedikit demi sedikit," kata McKee dalam satu temu bual.

McKee yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya menjelaskan, dia berazam untuk meneruskan proses transisi itu dan seterus berubah menjadi wanita sepenuhnya.

Lain pula kisahnya dengan seorang lagi lelaki AS, Kevin Malley, 31. Atas nasihat doktor, dia mengambil pil tersebut selama lebih kurang lima bulan. Akibatnya keinginan seksnya semakin menurun dan dalam masa yang sama, saiz alat kelaminnya terus mengecut.

Hormon

"Saya hanya mahu pengeluar ubat itu sedar bahawa ubat itu mampu merosakkan hidup pengguna di seluruh dunia. Saya ialah salah seorang daripada mereka," katanya.

Menurut Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Eeson Sinthamoney, pengguna di negara ini seharusnya tidak mengambil Propecia dalam dos yang berlebihan. Ini kerana wujud elemen antiandrogen dalam ubat itu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesuburan kaum lelaki.

"Ciri kelelakian setiap individu bergantung pada jumlah hormon androgen yang ada padanya. Jenis hormon androgen utama bagi kaum lelaki dikenali sebagai hormon testosteron.

"Masalah keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki pula sangat berkait rapat dengan penghasilan hormon androgen yang terlalu tinggi di dalam tubuh.

"Jadi, apabila hormon androgen meningkat, kadar pertumbuhan rambut pula akan semakin berkurangan," jelas Eeson mengenai sebab berlakunya masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

Mengulas lanjut mengenai kesan positif Propecia, Eeson berkata, apabila pesakit mengambil pil itu, kandungan antiandrogen yang ada di dalamnya mampu menyeimbangkan hormon androgen sekali gus memulihkan masalah keguguran rambut.

"Kerana itu pesakit disarankan supaya mengambil pil Propecia dengan dos dan mengikut kadar masa yang telah ditetapkan," katanya.

Eeson menambah, apabila seseorang pesakit itu mengamalkan pengambilan pil ini secara berterusan ataupun mengambilnya secara berlebihan, tahap kesuburannya pasti akan terjejas, penghasilan sperma berkurangan manakala ciri kewanitaan mula kelihatan.

"Secara logiknya, apabila hormon yang membawa ciri kelelakian berkurangan di dalam tubuh, maka kecenderungan seksual dan keadaan fizikal turut berubah.

"Justeru, sebelum bercadang untuk mencuba sebarang jenis ubat-ubatan, individu yang mengalami masalah rambut gugur perlu mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu," jelas Eeson.

Dari blog ke butik

Posted:

Dari blog ke butik

Dari blog ke butik


TAMPIL dengan busana muslimah rekaannya sendiri, butik RSC mendapat sambutan sangat menggalakkan terutamanya daripada peminat blognya.


RINGKAS sahaja orangnya. Berblaus labuh rona kuning mustard, berskirt hitam dan berselendang gelap, Norazrina Mohd. Salleh, 27, banyak tersenyum ketika diajak berbicara.

Orangnya masih muda namun namanya cukup dikenali terutamanya oleh peminat pembeli-belah dalam talian. Tulang belakang di sebalik jenama Rina Salleh Clothing atau RSC ini popular sebagai butik maya yang menyediakan pelbagai rekaan busana muslimah.

Walaupun sebelum ini hanya beroperasi secara dalam talian, ia tidak menjadi halangan untuk koleksi rekaan anak kelahiran Subang Jaya, Selangor ini mendapat sambutan hangat.

Lebih membanggakan, RSC juga mempunyai kelompok peminat di luar negara seperti Singapura dan Ireland.

Kalau disusur semula cerita pembabitannya dalam perniagaan busana dalam talian, wanita yang mesra dengan pangilan Rina ini memberitahu, dia mula menjual tudung ketika menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor, beberapa tahun lalu.

"Mulanya rakan-rakan meminta saya membelikan tudung di Kuala Lumpur setiap kali pulang bercuti. Semakin lama semakin ramai pula yang menempah hinggakan ada masanya saya pulang bersama berpuluh-puluh helai tudung ke kampus.

"Dari situ, timbul keinginan untuk berniaga secara lebih serius. Selain menjual tudung, saya juga membantu rakan menjual kain di kampus. Alhamdulillah, sambutannya cukup mengalakkan.

"Saya juga semakin aktif membuka gerai dan berniaga di bazar-bazar untuk mencari duit poket," ujarnya yang suka mengisi masa lapang dengan membaca dan melayari internet.

Selepas tamat pengajiannya, pemegang Ijazah Sarjana Muda Juruukur Bahan ini mula memasarkan tudung dan busana rekaannya melalui blog.

"Ketika saya bekerja sebagai juruukur bahan di sebuah firma swasta, saya suarakan hasrat kepada ayah untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan internet memandangkan sambutan baik daripada pelanggan.

"Namun, ayah tidak mahu saya buat keputusan terburu-buru. Sebaliknya, dia mahu saya terus bekerja dalam masa lebih kurang setahun sebelum memutuskan perjalanan karier saya.

Risau tak laku

"Selepas satu tahun setengah menjadi juruukur bahan, saya mula tuntut pada ayah untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan blog. Masa itu, hati saya memang sudah melekat pada perniagaan blog.

"Namun, tumpuan terhadap perniagaan RSC sedikit terganggu kerana pada masa itu saya terpilih sebagai finalis pencarian Gadis Melayu musim ketiga anjuran TV9 dan perlu menjalani kuarantin selama 10 minggu.

"Hati saya pada masa itu berbelah bagi. Kalau ikutkan hati, saya ingin tarik diri daripada pertandingan tersebut dan fokus pada perniagaan blog. Malah pada beberapa minggu pertama juga saya sering ditegur kerana kurang fokus kepada aktiviti yang dijalankan.

"Namun, selepas mengenangkan sokongan yang diberikan oleh keluarga, terutamanya ibu yang tidak mahu melihat saya buat kerja separuh jalan, saya tinggalkan sekejap soal perniagaan dan fokus kepada pertandingan Gadis Melayu," kata isteri kepada Afiq Iskandar, 26.


BIARPUN optimis dengan perniagaan butiknya, Rina masih lagi menawarkan jualan busana melalui internet bagi menyeimbangkan momentum perniagaannya.


Percaturan itu akhirnya berpihak kepada Rina. Selepas melalui pelbagai proses pembelajaran dan cabaran fizikal serta kerohanian dalam membentuk nilai-nilai kemelayuan, Rina dinobatkan sebagai juara Gadis Melayu pada Oktober 2010.

Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang ganjaran berjumlah RM160,000 iaitu wang tunai RM30,000, set mutiara bernilai RM120,000, barangan elektrik bernilai RM10,000 serta trofi.

"Saya tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk menang, lagipun saya tidak pernah menang dalam setiap cabaran yang diberikan. Mungkin kepetahan saya menjawab soalan berjaya menambat hati para juri," kata Rina.

Mengakui dirinya kini lebih berkeyakinan, pertandingan pencarian Gadis Melayu menjadikan Rina lebih menyedari potensi dirinya.

Selain kembali fokus kepada perniagaan, Rina juga sering mendapat jemputan daripada universiti-universiti tempatan untuk sesi perkongsian pengalaman dan tip berhias diri.

Sambutan

"Itu aktiviti sampingan sahaja. Fokus saya sekarang hanyalah pada RSC lebih-lebih lagi selepas saya membuka butik awal bulan lalu.

"Mulanya risau juga bila memikirkan sambutan yang bakal diterima memandangkan banyak butik muslimah telah dibuka di sini. Macam mana kalau baju saya tak laku sedangkan modal yang dilaburkan bukan sedikit?

"Syukur kerana butik ini mendapat sambutan. Malah ramai pelanggan blog sanggup datang dari jauh untuk membeli-belah di RSC.

"Malah, dengan adanya butik ini, pelanggan berpeluang mencuba busana yang ditawarkan selain kami dapat mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Maklumlah, sebelum ini kami berhubung dalam blog sahaja," ujarnya ketika ditemui di butiknya di Seksyen 7, Shah Alam.

Mengimpikan untuk mengeluarkan sendiri busana muslimah yang ditempah khas untuk setiap pelanggannya, RSC menyediakan koleksi busana muslimah hasil rekaannya sendiri daripada tudung, blaus, jubah moden hingga ke aksesori wanita. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu dari RM20 hingga RM200.

Dalam merealisasikan impiannya untuk memiliki butik perniagannya sendiri, Rina sering mengingatkan dirinya supaya tidak lupa kepada golongan yang memerlukan.

Lantaran itu, dia yang kini hamil empat bulan sering membawa koleksi busananya ke pertunjukan fesyen yang biasanya dianjurkan oleh komuniti usahawan blog di negara ini.

"Ini sumbangan kecil saya kepada golongan yang memerlukan. Hari ini hari mereka, harapnya andai tiba hari saya nanti, Allah akan permudahkan segalanya untuk saya," ujarnya yang menyerahkan seratus peratus kutipan yang diraih kepada badan amal antaranya Red Bubble iaitu pertubuhan kanak-kanak kanser dan sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim di Gombak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pengganas ditembak depan isteri

Posted:

Pengganas ditembak depan isteri

Pengganas ditembak depan isteri

Oleh NUR AISHAH AMIN dan NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my

DUA anggota polis Filipina memeriksa peralatan untuk membuat bom yang digunakan oleh Mohd. Noor (gambar kecil) di Davao, Filipina.


KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia yang disyaki anggota kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) mati ditembak di hadapan isterinya oleh pasukan keselamatan Filipina di sebuah hotel di Davao malam kelmarin selepas dipercayai cuba melakukan serangan bom di bandar tersebut.

Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar, 26, yang berasal dari Kedah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Dia dipercayai memasuki Filipina dari Sandakan, Sabah pada April lalu untuk bertemu dengan isterinya, Anabelle Nieva Lee, seorang rakyat negara itu.

Memetik laporan agensi berita, Ketua Polis Davao, Superintendan Kanan Ronaldo Dela Rosa memberitahu, kehadiran suami isteri itu di Hotel Sampaguita, Davao berjaya dijejaki oleh polis Filipina yang menugaskan sepasukan anggota pasukan gerak khas dan taktikal (SWAT) mengepung hotel itu pada pukul 7 malam.

Mohd. Noor dan Anabelle yang membawa beg sandang, dilihat keluar dari bilik hotel mereka pada pukul 10.30 malam dan menuju ke lobi hotel.

Pada waktu itu, Dela Rosa bersama anggotanya telah meminta mereka untuk menyerah diri namun Mohd. Noor bertindak mengeluarkan telefon bimbit dan mengugut untuk meletupkan bom menggunakan peralatan itu jika dia ditembak.

Tindakannya itu menyebabkan keadaan di lobi hotel itu menjadi kelam-kabut sehingga mendorong polis membiarkan pasangan tersebut lari keluar dari bangunan demi keselamatan orang awam.

Mohd. Noor yang membawa beg sandang berisi bom cuba melarikan diri ke arah sebuah taman awam sebelum dia ditembak oleh penembak tepat yang sedia menunggu di kawasan tersebut.

Dela Rosa berkata, polis turut menemui bahan letupan yang diperbuat daripada kepala mortar bersaiz 60 milimeter, telefon bimbit dan peralatan lain untuk membuat bom.

Mohd. Noor dipercayai merancang untuk meletupkan sebuah hotel di Davao tetapi setakat ini belum dapat dipastikan sama ada bangunan itu ialah Hotel Sampaguita.

Kejadian itu turut disahkan oleh Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Cegah Keganasan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Sementara itu, satu sumber memberitahu Kosmo! Ahad bahawa gerak-geri Mohd. Noor sebagai anggota militan telah dipantau sejak dia berada di Malaysia lagi.

"Dia masuk ke Filipina pada April lalu untuk belajar buat bom. Apabila berada di sana dia berkahwin dengan seorang wanita tempatan (Anabelle)," kata sumber itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa tembak di AS

Posted:

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa tembak di AS

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa tembak di AS

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) semalam menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah rendah di Connecticut, Amerika Syarikat pada Jumaat lepas.

"Ia kemalangan yang cukup tragis dan Malaysia berada di samping anda," kata beliau dalam mesej Twitternya.

Pada pukul 9.30 pagi hari berkenaan, Adam Lanza, 20, melepaskan tembakan di dalam dua buah kelas di Sekolah Rendah Sandy Hook yang membunuh 26 orang termasuk 20 kanak-kanak.

Akhbar Los Angeles Times menyebut satu sumber polis bahawa lelaki itu telah menembak mati ibunya di rumah mereka sebelum memandu kereta Honda wanita itu ke sekolah berkenaan.

Lanza kemudian mati setelah menembak dirinya sendiri selepas kejadian amuk itu.

Datuk K jalani pembedahan esok

Posted:

Datuk K jalani pembedahan esok

Datuk K jalani pembedahan esok

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K yang terlibat dalam kemalangan motosikal pada Khamis lalu dijadual menjalani pembedahan ekoran kecederaan serius pada bahagian belakang badan di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand esok.

Anak ketiganya, Muhammad Asyraf, 20, berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh bapanya dalam perbualan telefon kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Muhammad Asyraf menyifatkan kecederaan bapanya agak serius tetapi beliau dalam keadaan stabil.

"Ayah beritahu bahawa dia akan dibedah pada hari Isnin (esok), pembedahan itu mungkin melibatkan bahagian belakang badannya.

"Ayah minta kami supaya tidak terlalu risau keadaannya, malah cadangkan agar kami adik-adik tidak perlu ke New Zealand. Bagaimanapun, saya maklumkan bahawa tiket penerbangan sudah dibeli dan kami akan ke sana pada pukul 2 petang hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Datuk K yang merupakan suami penyanyi popular Siti Nurhaliza kini dirawat di hospital itu yang terletak kira-kira 190 kilometer dari bandar Queenstown. Di bandar itulah Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal ketika bersiar-siar bersama rakan pada Khamis lalu.

Beliau mengalami kemalangan setelah motosikal Harley Davidson yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar di tepi jalan dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari Khamis waktu Malaysia (pukul 4 petang waktu New Zealand).

Muhammad Asyraf memberitahu, dia dan adik-beradiknya, Muhammad Adib, 22, dan Muhammad Aazief, 14, dijangka tiba di negara tersebut malam ini dan berharap dapat bertemu dengan bapa mereka sebelum pembedahan dilakukan.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza, 33, pula selamat tiba di hospital itu kira-kira pukul 10 pagi waktu Malaysia semalam (pukul 2 petang waktu New Zealand) setelah menempuh perjalanan udara dan darat selama 27 jam dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal masih kekal jurulatih Harimau Malaya

Posted:

Rajagobal masih kekal jurulatih Harimau Malaya

Rajagobal masih kekal jurulatih Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kanan) masih mendapat kepercayaan FAM untuk kekal membimbing skuad Harimau Malaya.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menaruh kepercayaan kepada Datuk K. Rajagobal untuk membimbing skuad Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan, badan induk tersebut tetap yakin dengan kredibiliti jurulatih berusia 56 tahun itu dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Terdahulu, masa depan Rajagobal mula mencetuskan tanda tanya selepas skuad kendaliannya gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 selepas disingkirkan Thailand pada aksi separuh akhir Khamis lalu.

Bagaimanapun, Azzuddin berkata, para pengkritik khsusunya tidak harus menyalahkan Rajagobal di atas kegagalan tersebut.

Menurut Azzuddin, Rajagobal yang masih terikat kontrak dengan FAM sehingga Disember 2013, harus diberikan sokongan selain mahu pencapaian bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu sebelum ini diambil kira oleh semua pihak.

"Takkan hanya satu kegagalan kita hendak buang Rajagobal yang banyak memberikan sumbangan kepada skuad negara?

"Sebenarnya, kita perlu terus memberikan sokongan kepada jurulatih itu sebagaimana beliau telah membantu skuad negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010.

"Sudah adat menang kalah dalam sesuatu pertandingan dan kita harus menyedari bahawa Harimau Malaya tidak boleh sentiasa berada di atas.

"Rajagobal masih kekal sebagai jurulatih skuad kebangsaan sebagaimana kontraknya akan berakhir pada Disember 2013 ini," kata Azzuddin kepada Kosmo! Ahad semalam.

Azzuddin turut melahirkan keyakinan terhadap Rajagobal yang kini mengalih tumpuan memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

"Rajagobal masih memiliki tugas bersama skuad negara yang mana mereka akan beraksi pada pusingan kelayakan Piala Asia tahun depan.

"Saya yakin dengan pengalaman ketika beraksi pada Piala Suzuki AFF kali ini, beliau akan melakukan 'kerja rumah' sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap Rajagobal.

"Kita tidak harus lupa Rajagobal yang bertanggungjawab mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pasukan negara dan menaikkan imej pemain sehingga dikenali ramai... tidak seperti sebelum ini.

"Bagaimanapun, beliau harus mencari jalan dalam meningkatkan lagi prestasi skuad negara," kata Ahmad Shabery di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

'Jadikan pengajaran'

Posted:

'Jadikan pengajaran'

'Jadikan pengajaran'

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


PENG SOON (kanan) dan Liu Ying perlu lebih banyak belajar menghadapi tekanan apabila beraksi di peringkat yang lebih tinggi.


KETUA jurulatih beregu, Tan Kim Her sekadar meletakkan tahap memuaskan ketika mengulas prestasi tiga pasangan negara pada Kejohanan Badminton Siri Super Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2012 di Shenzhen, China.

Ia berikutan kegagalan dua beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong serta beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tidak mencapai sasaran untuk mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.

"Bagi saya, semuanya memuaskan tetapi mereka harus pandang kejohanan itu dari segi positif dan jadikannya sebagai satu pengajaran.

"Jadi sekarang mereka perlu tahulah apa yang yang harus mereka lakukan nanti," kata Kim Her ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Dalam saingan beregu lelaki kelmarin, misi Kien Keat-Boon Heong berakhir apabila pasangan tuan rumah, Cai Yun-Fu Haifeng dilihat bermain dengan taktik kotor untuk sengaja tewas kepada beregu Denmark, Mathias Boe-Mogensen Carsten dalam Kumpulan A.

Tindakan Cai Yun-Fu Haifeng itu berikutan perancangan mereka yang tidak mahu bertembung dengan beregu senegara, Hong Wei-Shen Ye yang turut mara daripada Kumpulan B.

Jelas Kim Her, prestasi yang dipamerkan Kien Keat-Boon Heong sudah mencapai standard yang lebih baik dan ia dapat dilihat ketika mereka menundukkan beregu No. 1 dunia dari Denmark itu pada aksi kedua.

"Kedua-duanya bermain dengan bagus, malah mereka bangkit mengalahkan Boe-Carsten tetapi kekalahan pertama kepada Cai Yun-Fu Haifeng telah merugikan mereka.

"Kien Keat-Boon Heong telah mempamerkan kemajuan tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana kiraan mata lebih memihak kepada beregu Denmark dan China," ujarnya.

Ketika diminta mengulas mengenai prestasi Thien How-Wee Kiong dan Peng Soon-Liu Ying, Kim Her menjelaskan bahawa kedua-dua beregu itu masih belum mampu menguasai tekanan yang dihadapi ketika beraksi di pentas yang lebih tinggi.

"Kemahiran dan teknik permainan mereka sangat baik tetapi cara mereka mengatasi tekanan membuatkan mereka sukar untuk memberikan tentangan kepada pencabar.

"Saya lihat Thien How-Wee Kiong seperti tidak yakin ketika beraksi dan sikap ini langsung tidak mendatangkan gerun kepada pihak lawan.

"Peng Soon-Liu Ying pula terlalu yakin untuk menang. Sikap ini memang bagus tetapi mereka juga harus pandai mengawalnya agar tidak memakan diri," katanya.

Dalam perkembangan lain, saingan separuh akhir acara perseorangan lelaki juga tidak menyaksikan seorang pun wakil negara yang melepasi peringkat kumpulan.

Datuk Lee Chong Wei terlebih dulu membuat kejutan apabila menarik diri beberapa jam selepas tewas kepada pemain China, Du Pengyu ekoran kecederaan kekejangan otot kaki kanan.

Bagi Liew Daren pula, walaupun dia berjaya menang pada perlawanan terakhir Kumpulan B kelmarin, namun kekalahan pada aksi pertama dan kedua telah menutup peluangnya untuk ke slot separuh akhir.

Daren tewas kepada pemain Jepun, Kenichi Tago dan jaguh tuan rumah, Chen Long sebelum bangkit menundukkan Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark.

Sapu bersih empat emas

Posted:

Sapu bersih empat emas

Sapu bersih empat emas


DARI kiri, Bryan, Mun Yee, Yan Yee dan Jun Hoong bergambar kenangan selepas masing-masing meraih emas pada temasya AUG 2012 di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional, Laos.


VIENTIANE, Laos - Seperti diramal, skuad terjun negara menyapu bersih empat pingat emas yang ditawarkan dalam acara itu pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2012.

Pada hari terakhir semalam, skuad terjun negara berjaya menyumbang satu lagi pingat emas buat kontinjen Malaysia menerusi Cheong Jun Hoong yang mengungguli saingan pada aksi final 3 meter (m) papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional.

Jun Hoong mengetepikan cabaran rakan senegaranya, Ng Yan Yee apabila mengutip mata tertinggi dengan catatan 340.05 mata.

Yan Yee pula sekadar berpuas hati dengan pingat perak apabila mengumpul 312.40 mata manakala penerjun Indonesia, Sari Ambarwati Suprihatin gangsa (253.85 mata).

"Saya puas hati dengan prestasi saya hari ini (semalam). Saya bersaing dengan Yan Yee dan dia pun telah menunjukkan peningkatan prestasi yang banyak.

"Bagi saya, AUG kali ini memberi pengalaman berguna buat saya untuk lebih cemerlang pada masa depan. Yang pasti, saya gembira kerana berjaya melengkapkan sasaran empat pingat emas buat skuad terjun negara," kata Jun Hoong semalam.

Kejayaan Jun Hoong itu sekali gus melengkapkan sasaran empat pingat emas yang diletakkan terhadap skuad terjun negara pada AUG edisi ke-16 kali ini.

Selain empat pingat emas, skuad terjun negara turut membawa pulang dua perak.

Pengurus skuad terjun negara, Ariffin Mohamed Yusof nyata gembira dengan pencapaian barisa penerjun negara pada AUG kali ini.

"Saya gembira kerana sasaran empat pingat emas sudah tercapai. Dua pingat perak yang diperoleh kali ini dianggap sebagai bonus buat acara terjun.

"Namun, kita perlu lebih serius dan bekerja keras untuk mempersiapkan penerjun-penerjun negara beraksi pada UNIVERSIADE (Sukan Universiti Dunia) di Rusia tahun depan," kata Ariffin.

Skuad terjun negara sepatutnya boleh menuai lebih daripada empat pingat emas jika tidak disebabkan dua acara bagi kategori lelaki iaitu 3m papan anjal individu dan 10m platform individu terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Ia disebabkan tidak cukup penyertaan daripada negara-negara lain yang turut mengambil bahagian pada AUG kali ini.

Bagaimanapun, apa yang paling penting skuad terjun negara telah melaksanakan misi mereka dengan cemerlang apabila menggondol keempat-empat pingat emas yang ditawarkan.

Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama acara terjun dipertandingkan pada AUG.

Pada hari pertama acara terjun dipertandingkan Khamis lalu, Leong Mun Yee menyumbangkan pingat emas pertama skuad terjun negara apabila mendominasi saingan 1m papan anjal individu wanita manakala Jun Hoong meraih perak.

Mun Yee terus cemerlang pada hari kedua apabila memenangi pingat emas dalam acara 10 platform individu wanita diikuti Bryan Nickson Lomas yang meraih emas 1m papan anjal individu lelaki.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kopi dan teh sedia diminum

Posted:

Kopi dan teh sedia diminum

Kopi dan teh sedia diminum

Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR
norsyariza.tahir@kosmo.com.my


MOHD. FEROZ (kiri) dan Pengurus Besar The Coffee Bean & Tea Leaf, Nadiah Ong Abdullah menunjukkan produk kopi dan teh terbaharu keluaran syarikat itu.


BAGI seseorang penggemar teh ataupun kopi, pastinya anda mahu menikmati detik-detik menghirup secawan minuman kegemaran itu setiap pagi sebelum memulakan hari anda.

Lebih menggembirakan jika anda dapat menikmati kopi dan teh asli yang bukan sahaja menyelerakan, malah bermutu tinggi dan memenuhi cita rasa.

Namun, kehidupan seharian yang sentiasa sibuk adakalanya membataskan keinginan anda untuk pergi ke mana-mana restoran yang menghidangkan kopi dan teh yang segar seperti yang anda inginkan.

Kini anda tidak perlu tercari-cari lagi restoran yang menghidangkan kopi dan teh bermutu tinggi kerana anda boleh menikmatinya di mana-mana sahaja.

Atas sebab itu, pakar membuat kopi dan teh antarabangsa, The Coffee Bean & Tea Leaf tampil memperkenalkan kopi dan teh sedia diminum. Ia membantu para penggemar minuman itu menjalani rentak kehidupan yang pantas tanpa perlu pergi ke cawangan restorannya.

Dengan menawarkan empat jenis produk kopi dan teh yang telah siap tersedia, para penggemarnya kini boleh mendapatkan kopi dan teh yang berkualiti tinggi di pasar raya-pasar raya terkemuka di seluruh negara pada harga yang berpatutan.

Empat produk yang ditampilkan itu ialah produk kopi segera dipanggil Ready Coffee, Ready-To-Drink Teh Ais, Ready-To-Drink Teh Ais Berkarbonat dan barisan Fresh Leaf Uncang Teh yang dihasilkan dalam pelbagai perisa dengan kualiti yang tinggi.

Bahan terpilih

Menurut Pengarah Operasi Francais Asia Pasifik The Coffe Bean & Tea Leaf, Mohd. Feroz Abd. Karim, keempat-empat produk itu mempunyai keistimewaan masing-masing yang tidak terdapat dalam mana-mana produk kopi dan teh berjenama lain.

"Antaranya, untuk produk kopi segera Ready Coffee, kami menawarkan dua jenis pek, iaitu pek 3-dalam-1 dan 4-dalam-1.

"Perbezaan antara kedua-dua pek ini ialah, pek 3-dalam-1 dihasilkan daripada biji kopi Arabika dari Columbia berserta dengan krimer dan gula, sementara pek 4-dalam-1 pula adalah gabungan daripada biji kopi Arabika dari Columbia, krimer, gula dan ginseng Korea," katanya pada majlis pelancaran produk terbaharu itu di Tropicana City Mall, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


JENAMA The Coffee Bean & Tea Leaf terkenal dengan kepakaran dalam pembuatan kopi dan teh yang bermutu tinggi.


Menurutnya, bagi menjamin kualiti kopi dan teh tersebut, pihaknya memilih sendiri biji kopi dan daun teh terbaik di ladang. Selain itu, mereka mementingkan ketelitian dalam kaedah memanggang dan mencampur kopi serta teh.

Selain itu, keistimewaan lain yang ditampilkan dalam koleksi Ready-To-Drink ini ialah teh yang sedia dibancuh yang dijual untuk saiz botol minuman, iaitu Ready-To-Drink Teh Ais dan Ready-To-Drink Teh Ais Berkarbonat.

"Bagi penggemar teh ais, anda boleh menikmati minuman ini yang dibotolkan dalam tiga perisa, iaitu Teh Lemon Ais, Teh Buah Pic Ais dan Teh Oolong Jasmine Ais," katanya.

Keistimewaan Teh Lemon Ais adalah adunan daun teh hitam segar yang digabungkan dengan hirisan lemon yang segar dan manis, serta ditambahkan dengan rasa sitrus untuk mewujudkan tekstur yang lembut.

Rasa menyegarkan

"Sementara itu, bagi Teh Oolong Jasmine pula dibuat dengan bahan premium yang diimport iaitu Teh Oolong Taiwan yang halus serta wangi dengan bunga melati, bagi mewujudkan rasa teh yang harmoni dan menyegarkan.

"Teh Buah Pic pula adalah adunan teh hitam yang digabungkan dengan hirisan buah pic masak yang mampu memberikan rasa buah yang lazat dan menyegarkan," jelasnya.

Bagi penggemar yang inginkan kelainan dalam minuman teh pula, mereka boleh memilih minuman teh hitam premium Ready-To-Drink Teh Ais Berkarbonat, yang dikeluarkan dalam tiga perisa, iaitu epal, beri dan lemon yang pasti memberikan kelainan dalam memenuhi deria tekak anda.

Selain itu, kepada yang ingin menyediakan sendiri teh di rumah, bolehlah memilih barisan Fresh Leaf Uncang Teh yang dikeluarkan dalam empat perisa, iaitu English Breakfast, Earl Grey, Chamomile dan Mint (pudina) Tea yang dijual dalam kotak yang mengandungi 18 paket.

"Keempat-empat perisa teh ini pastinya akan mencergaskan deria rasa anda dengan perisa yang cukup kaya dengan sedikit manis serta perisa buah-buahan yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda," kata Mohd. Feroz mengakhiri demonstrasi produk minuman tersebut.

Kesemua produk Ready-To-Drink itu telah pun mula dipasarkan di beberapa buah pasar raya sekitar Lembah Klang, dan bakal berada di kesemua pasar raya besar seluruh negara menjelang hujung Disember ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Deejay radio terima ancaman bunuh

Posted:

Deejay radio terima ancaman bunuh

Deejay radio terima ancaman bunuh

GAMBAR fail menunjukkan Christian (kiri) dan Greig meninggalkan sebuah studio televisyen di Sydney pada Isnin lalu.- REUTERS


SYDNEY, Australia – Dua penyampai stesen radio 2Day FM, Mel Greig dan Michael Christian menerima ancaman bunuh selepas mereka menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles, kata polis semalam.

Sebagai reaksi segera, pihak pengurusan stesen itu dilaporkan telah memindahkan beberapa orang kakitangan ke tempat yang lebih selamat.

Ugutan itu diterima selepas inkues bagi menyiasat kematian jururawat yang menyambung panggilan kedua-dua penyampai radio itu, Jacintha Saldanha, 46, diberitahu kelmarin bahawa dia ditemui menggantung diri di kediaman Hospital King Edward VII di London.

Inkues yang berlangsung di Mahkamah Koroner London itu tidak dihadiri oleh suami Saldanha dan dua anaknya tetapi perbicaraan kes berkenaan disambung pada tahun depan.

Saldanha ditemui mati pada 7 Disember lalu, tiga hari selepas menyambung panggilan kepada rakan setugasnya yang mendedahkan berita mengenai tahap kesihatan isteri Putera William, Kate Middleton.

Kate sebelum ini dilaporkan loya ekoran kehamilannya dan di dirawat di hospital tersebut selama empat hari.

William ialah cucunda ratu tersebut.

Saldanha yang berketurunan India turut mempunyai kecederaan di pergelangan tangan dan meninggalkan tiga keping nota.

Polis Australia telah melancarkan siasatan ke atas ugutan bunuh itu selepas kandungan sepucuk surat menyatakan terdapat sebutir peluru ditujukan kepada Christian diperoleh.

Surat ugutan itu diperolehi akhbar Daily Telegraph.

Perbadanan Penyiaran Australia menyatakan kakitangan syarikat induk stesen radio 2Day FM, Southern Cross Austereo telah menerima pelbagai ugutan sepanjang minggu ini.

"Polis sedang melakukan siasatan berhubung ugutan yang dibuat terhadap kedua-dua penyampai radio itu," kata jurucakap polis New South Wales.

"Para detektif polis merampas beberapa pucuk surat ugutan. Mereka sedang menjalankan siasatan dan sedang cuba mengenal pasti dari mana datangnya surat-surat itu," tambahnya.

Akhbar tersebut melaporkan, berpuluh-puluh kakitangan di syarikat penyiaran itu telah dipindahkan ke sebuah hotel disebabkan faktor keselamatan dan kira-kira 10 eksekutif dikawal seorang pengawal peribadi.

Kedua-dua penyampai radio itu kini menjalani sesi kaunseling selepas kejadian tragis itu.

Stesen radio itu sebelum ini turut berjanji untuk menyumbang wang sebanyak AS$523,600 (RM1.6 juta) bagi membantu keluarga jururawat tersebut.

Bagaimanapun, seorang ahli parlimen Britain, Keith Vaz menyatakan bahawa pihak radio tersebut masih belum memberi bantuan yang secukupnya untuk membantu keluarga jururawat berkenaan. – Agensi

Ikan paus terdampar di beting pasir

Posted:

Ikan paus terdampar di beting pasir

Ikan paus terdampar di beting pasir


BAHAGIAN depan ikan paus itu.- AFP


THE HAGUE, Belanda - Beberapa anggota penyelamat haiwan akhirnya menyerah kalah untuk menyelamatkan seekor ikan paus humpback sepanjang 12 meter yang terdampar di utara negara ini, kata seorang jurucakap kumpulan Ecomare.

"Kami memutuskan pada malam kelmarin (untuk tidak menyelamatkan ikan itu) selepas mengadakan perbincangan," kata jurucakap kumpulan itu, Henriette de Waal.

Ikan tersebut ditemui terdampar di beting pasir pada Rabu lalu dekat Pulau Texel.

Pada kebiasaannya, air pasang akan membolehkan ikan tersebut keluar dari kawasan berpasir itu.

Bagaimanapun, menurut Ecomare yang merupakan kumpulan pemuliharaan alam semula jadi, ikan tersebut yang diberi nama Johannes terdampar buat kali kedua.

Beberapa anggota penyelamat cuba untuk menolak ikan tersebut ke kawasan air dalam dengan percubaan terakhir dibuat pada petang kelmarin yang menemui kegagalan setelah jaring di sekitar haiwan berkenaan koyak manakala sebuah helikopter penyelamat mengalami masalah teknikal.

"Ikan itu terdampar di sebuah kawasan berbahaya dengan angin dan arus kuat," kata Waal. - AFP

Bangkai gajah mati diracun kerana gading ditemui

Posted:

Bangkai gajah mati diracun kerana gading ditemui

Bangkai gajah mati diracun kerana gading ditemui


BEBERAPA penduduk kampung menyaksikan bangkai seekor gajah yang diracun di Indra Makmur, Aceh semalam.


BANDA ACEH - Bangkai seekor gajah jantan yang mati diracun oleh pemburu haram ditemui di Indra Makmur, wilayah Aceh semalam.

Gajah jantan berusia antara empat hingga lima tahun itu ditemui dengan gadingnya dilarikan oleh sekumpulan pemburu haram.

Setakat ini terdapat kurang daripada 3,000 ekor gajah Sumatera yang dipercayai masih hidup dalam hutan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga Malaysia dipercayai pengganas ditembak mati

Posted:

Warga Malaysia dipercayai pengganas ditembak mati

Warga Malaysia dipercayai pengganas ditembak mati

15/12/2012 9:50pm

KUALA LUMPUR — Seorang rakyat Malaysia, dipercayai pengganas, ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao pada Jumaat.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, Mohd. Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikatakan bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya sebelum ditembak.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam (waktu Filipina) (8.40 malam waktu Malaysia) tadi, suspek bersama isterinya, Annabel Nieva Lee warga Filipina sedang mendaftar keluar dari hotel penginapannya sebelum didatangi anggota polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, isteri suspek turut ditahan pihak berkuasa Filipina untuk diambil keterangan.

"Pihak Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan polis Filipina untuk mengesan identiti sebenar suspek," katanya.

Difahamkan Mohd. Noor Fikrie, yang berasal dari Kedah, berada di Filipina sejak beberapa bulan lepas dan menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Suspek dipercayai ke bandar itu bagi meletupkan bom yang diperbuat daripada mortar 60mm.— BERNAMA

IPTS perlu bayar yuran perlindungan penuntut

Posted:

IPTS perlu bayar yuran perlindungan penuntut

IPTS perlu bayar yuran perlindungan penuntut

15/12/2012 5:46pm

KUALA LUMPUR — Bermula tahun depan, universiti swasta, kolej universiti dan kampus cawangan universiti luar negara perlu membayar RM100,000 manakala kolej swasta RM10,000 sebagai yuran perlindungan penuntut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, yuran itu adalah jaminan perlindungan penuntut sekiranya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berhadapan risiko ditutup dan menjejaskan penuntut menamatkan pengajian mereka.

"Oleh itu, penuntut-penuntut ini memerlukan satu bentuk perlindungan terhadap keadaan itu. Kami memutuskan untuk mengumpul sejumlah wang sebagai yuran perlindungan dari IPTS dalam bentuk bon jaminan, insurans dan deposit," katanya ketika melancarkan Pameran Pendidikan Star 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata, IPTS diharap dapat membayar jumlah yang ditetapkan untuk memastikan penuntut terlibat akan mendapat bayaran balik jika institusi berkenaan ditutup secara tiba-tiba bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di tempat lain sekaligus melindungi penuntut daripada isntitusi yang tidak bertanggungjawab.

"Semua institusi pengajian tinggi swasta perlu membayar yuran perlindungan setiap lima tahun, setiap kali mereka mahu memperbaharui lesen. Maklumat terperinci mengenai pelaksanaan itu akan diumum kemudian," katanya.

Mohamed Khaled berkata, tahun ini, sebanyak 33 IPTS dalam pertimbangan untuk ditutup atas pelbagai sebab. — BERNAMA

MBSA diselar naikkan cukai pintu

Posted:


Ruang

Infiniti

Kanak-kanak lebih selamat berinternet

KECANGGIHAN teknologi masa kini menyebabkan anak-anak kecil juga terkena tempiasnya. Buktinya mereka semakin celik teknologi maklumat (IT) dan pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang ada. Lagi...

Kesihatan

Kandungan ibu tanpa rahim

HUJUNG minggu lalu menjadi hari paling bermakna kepada dua wanita berusia 30-an di Stockholm, Sweden apabila berjaya memiliki rahim selepas menjalani pembedahan pemindahan uterus yang dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar di Hospital Sahlgrenska yang terletak di barat negara itu. Lagi...

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rock bertukar ketuhanan

Posted:

Rock bertukar ketuhanan

Rock bertukar ketuhanan

OPICK atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus mungkin tidak memiliki nama yang gah seumpama penyanyi Once mahupun Ahmad Dhani di Malaysia kerana dia merupakan seorang penyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan.

Begitupun, lagu-lagu berunsur sebegitu hasil nukilan penyanyi yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu sangat popular dan ada di antaranya menjadi siulan di Malaysia sehingga kini.

Salah satu lagu yang paling popular ciptaannya sudah tentu yang berjudul, Dealova yang pernah dialunkan Once bersama kumpulan Dewa, malah penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dalam album Tahajjud Cinta juga menyanyikan lagu Opick iaitu Ketika Cinta dengan susunan muzik baharu.

Lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia yang berjudul, Perempuan Berkalung Sorban.

Bertemu dengan Opick ketika kedatangannya ke Malaysia di Restoran Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini, Opick mendedahkan, Dealova sudah lama diciptanya tetapi tiada seorang pun penyanyi di Indonesia mahu menyanyikannya.

"Tiada seorang penyanyi mahu menyanyikan lagu itu (Dealova). Kata mereka sulit (sukar) untuk mendendangkannya. Hinggalah pada suatu hari ada syarikat muzik datang kepada saya berbincang mengenai lagu itu dan Once menjadi satu-satunya penyanyi yang sanggup mendendangkannya.

"Jadi, saya berikan lagu itu kepadanya untuk dinyanyikan," ulasnya mengenai lagu Dealova yang menggambarkan rasa cintanya terhadap Allah SWT.

Biarpun lagu yang dipopularkan Once itu dianggap peminat sebagai ditujukan buat seorang kekasih yang dicintai, ia tidak menjadi masalah buat Opick.

Ujarnya: "Ketika saya menghasilkan Dealova, ia menggambarkan betapa besarnya perasaan rindu saya kepada Allah juga kepada Rasulullah.

"Bagaimanapun, apabila Once menyanyikannya dan lagu ini dianggap buat kekasih hati, ia tidak apa-apa bagi saya kerana terpulang kepada penilaian pendengar. Apa yang mereka fikir, saya tidak boleh mengatakan ia salah kerana itu hak masing-masing."

OPICK mengumpamakan mencipta lagu sama seperti memeluk anak tersayang.


Justeru, kenapa dia sendiri tidak menyanyikan Dealova sebelum ini? Jujur akui Opick, ketika itu dia belum dikenali ramai seperti hari ini.

Begitupun, sebagai seorang pencipta lagu itu dia tidak menyangka lagu tersebut sangat disukai ramai kerana baginya, ia sudah cukup menggembirakan apabila sesebuah lagu itu siap dihasilkan.

"Apabila Dealova berjaya dipopularkan oleh Once, saya bersyukur dan anggap kejayaan itu sebagai bonus," ungkapnya yang pada awal kariernya merupakan seorang penyanyi rock.

Penyanyi rock

Mengenali Opick, dia sebenarnya seorang penyanyi rock yang memiliki vokal yang hebat tetapi lagu-lagu ciptaannya bagaimanapun tidak diterima peminat kerana semuanya berunsur protes.

Kehidupan akan datang memang tidak mampu ditebak. Opick yang dulunya tidak pernah menyebut nama Tuhan dalam lagu-lagunya kini dikenali sebagai penyanyi yang mencipta lagu-lagu berunsurkan ketuhanan.

Bukan sahaja lagu-lagunya berunsurkan ketuhanan malah dirinya juga berubah yang mana ia selalu dibaluti oleh jubah dan juga serban.

"Dulu hidup saya gelap. Saya suka protes dan seorang pemarah. Malah karya-karya saya juga penuh dengan rasa kebencian terhadap kerajaan mahupun apa jua perkara yang saya tidak suka.

"Tiba-tiba Allah bagi saya hidayah untuk mendekatinya dan sentiasa tulis tentang Dia," akuinya yang kini sudah menghasilkan lapan album berunsurkan ketuhanan.

Sangat jarang, lagu-lagu yang bercerita tentang ketuhanan mampu sukses secara komersial di pasaran namun Opick membuktikannya sebaliknya.

Album pertamanya berjudul Istiqhfar pada tahun 2005 begitu sukses. Sebulan di pasaran, Istighfar berjaya dijual lebih 300,000 unit dan mencapai status 'double platinum'.

Kejayaan Opick bukan sampai di situ sahaja malah selepas album keduanya berjudul Semesta Bertasbih keluar pada tahun 2006, ia turut mencapai kejayaan.

Tahun demi tahun, album-albumnya yang lain turut keluar iaitu Ya Rahman (2007), Cahaya Hati (2008), Di Bawah Langit (2009), Shollu Ala Muhammad (2010), The Best Of Opick (2011) dan kini hadir ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaharunya berjudul Salam Ya Rosulullah terbitan syarikatnya, Tombo Ati Production yang diedarkan secara eksklusif oleh Inteam Records Sdn. Bhd.

Memuatkan 10 buah lagu termasuk Anta Allah, Ya Hannan Ya Mannan, Bila Waktu T'lah Berakhir, Salam Ya Rosulullah, Syukur Atas Karunia, dan Dealova yang dinyanyikan dengan gubahan muzik baharu sesuai dengan jiwanya.

Melly Goeslow

Selain menjadi penyanyi solo, Opick juga tidak mengehadkan dirinya untuk berkolaborasi bersama artis-artis terkenal seperti Melly Goeslow melalui lagu Takdir serta penyanyi remaja, Amanda menerusi lagu Alhamdulillah.


LAGU Dealova menjadi pencetus kepada peminat muzik untuk mengenali dengan lebih dekat karyawan muzik berbakat besar ini.


Bicaranya, dia tidak pernah keberatan menghasilkan lagu untuk didendangkan penyanyi lain, tetapi akuinya, lagu ciptaannya akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

"Terus terang, saya bukan seorang pengkarya lagu yang terburu-buru. Saya lebih selesa memastikan setiap patah perkataan digunakan sesuai dan tepat malah cukup berhati-hati ketika menulis. Biar ada makna dan jujur tanpa pembohongan," tegasnya.

Menganggap lagu yang dihasilkannya itu ibarat seperti sebuah cermin, ungkapnya, sebagai cermin, sudah tentu lagu itu menjadi cermin untuk dirinya dan juga mereka yang mendengarnya.

Harapannya, agar setiap lagu yang diperdengarkan itu benar-benar memuatkan mesej kebaikan.

"Dalam keadaan dunia moden hari ini saya dapati ramai di antara kita yang semakin lalai dan lupa kepada agama. Jadi, dengan mendengarkan lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah dan Rasul-Nya, maka secara tidak langsung ia akan membawa kita untuk kembali semula ke jalan-Nya," tutur Opick.

Menurut bapa kepada empat orang cahaya mata perempuan ini lagi, setiap lagu yang dihasilkan diumpamakan seperti memeluk anaknya. Dia cuba merasakan pelukan itu mungkin yang terakhir dilakukannya. Begitu juga dengan lagu-lagu yang dihasilkannya.

Ujarnya, dia sentiasa beranggapan setiap karya dihasilkan itu mungkin yang terakhir dan ia perlu disiapkan dengan teliti dan sempurna.

Zakiah temui jodoh selepas 21 tahun

Posted:

Zakiah temui jodoh selepas 21 tahun

Zakiah temui jodoh selepas 21 tahun

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL dan FATEN SAPHILLA ISA
hiburan@kosmo.com.my


ZAKIAH mengakui bersetuju menerima lamaran Azmi kerana hatinya terbuka buat lelaki itu.


DUA hari lepas, personaliti terkenal TV3, Zakiah Anas telah selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42, hanya dengan sekali lafaz.

Tarikh 12 Disember 2012 (12.12.12) telah dipilih bagi pasangan ini untuk melangsungkan majlis akad nikah yang bertempat di Masjid Kota Damansara, Selangor yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan baiknya.

Zakiah yang merupakan ibu tunggal dua orang anak ini telah memilih rakan lama yang dikenalinya sejak 21 tahun lalu yang mana mereka telah dinikahkan oleh kadi Mohd. Arip Johdi pada pukul 11.35 pagi dengan berwalikan abangnya, Mohd. Adnan Anas.

Namun begitu, difahamkan Zakiah tidak menjemput pihak media untuk ke majlis pernikahannya. Ini kerana, majlis tersebut merupakan perkara peribadi buat diri Zakiah.

Zakiah ketika dihubungi ternyata gembira dan bersyukur kerana majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, terima kasih diucapkan kepada rakan baik Zakiah, juga personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidik yang memberi kebenaran buat Kosmo! untuk mengambil foto dari blognya, mazidulakmal.com. Ikuti temu ramah Kosmo! bersama pengantin baharu ini.

Kosmo!: Tahniah atas perkahwinan Zakiah dengan Raja Shahrul Azmi. Boleh ceritakan bagaimana anda dan suami mula berkenalan?

ZAKIAH: Saya kenal Azmi di TV3 yang mana ketika itu saya baru memulakan karier di TV3 pada tahun 1991. Azmi ketika itu hadir bersama bapa saudaranya di sana iaitu Mahathir Lokman. Namun ketika itu kami hanya kenal-kenal begitu sahaja, tidak terlalu rapat. Keluar pun ramai-ramai bersama teman-teman yang lain. Sampailah dia melanjutkan pelajaran ke luar negara kami terus tidak berhubung.

Jadi selepas 21 tahun lamanya, baru Zakiah dan Azmi berjumpa semula?

Ya, selepas 21 tahun yang mana sebenarnya dua tahun lepas kami berjumpa semula. Namun, kami mula serius dalam perhubungan sejak tahun lepas. Kami berdua masing-masing sudah solo dan dia juga merupakan seorang duda yang mempunyai empat anak.


SELEPAS 21 tahun mula berkenalan, jodoh Zakiah dan Azmi akhirnya bertaut.


Justeru, bilakah Zakiah ambil keputusan untuk berkahwin dengan Azmi?

Sepanjang perkenalan saya dan dia, banyak kali juga saya berjumpa ibu bapa Azmi. Melihat keakraban kami, ibunya mula bertanya soalan tentang menamatkan zaman solo kami. Bulan puasa tahun lalu, dia melamar saya untuk menjadi isterinya.

Bagaimana pula penerimaan Zakiah ketika dilamar Azmi. Terus setuju atau ambil masa untuk berfikir?

Saya terima lamaran tersebut kerana hati memang sudah terbuka untuknya. Kami mempunyai banyak persamaan. Sebagai contoh, jika keluar makan, kami berdua tidak kisah mahu makan di mana pun dan kami memang gemarkan masakan Perak. Saya juga terima dia kerana dia boleh bergaul mesra bersama anak-anak saya.

Bagaimanakah pula dengan anak-anak Zakiah. Adakah mereka juga setuju atau sebaliknya?

Perkara ini sememangnya sangat sensitif. Anak mana yang bersetuju jika ibu bapa mereka bercerai dan ingin berkahwin semula. Apabila saya beritahu mereka ingin berkahwin, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Memang saya akui sangat sedih dan berat hati ingin membuat keputusan untuk berkahwin semula bila fikirkan tentang anak-anak.

Sebelum ini, tidak terdetikkah rasa serik ingin berkahwin lagi setelah pernah gagal dalam perkahwinan pertama?

Sejujurnya memang saya tidak pernah merancang untuk berkahwin semula selepas gagal kali pertama. Memang rasa serik namun bila difikirkan umur saya yang sudah meningkat dan ada pula yang suka. Jadi, saya teruskan niat ini.

Afdlin tak peduli kritikan

Posted:

Afdlin tak peduli kritikan

Afdlin tak peduli kritikan

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


DARI kiri, Bront, Afdlin dan Zain memperoleh pengalaman yang amat berharga hasil kunjungan mereka ke Gaza baru-baru ini.


PELAKON, pelawak dan pengarah terkenal Afdlin Shauki bersama rombongan pertubuhan sukarela, Aqsa Sharif pulang ke tanah air 10 Disember lalu, selepas berada selama tujuh hari di Gaza, Palestin.

Walaupun telah membawa bekalan makanan, pakaian musim sejuk, tilam dan wang derma RM1.9 juta kepada mangsa pengeboman rejim Zionis di negara bergolak itu, rombongan Afdlin yang turut disertai oleh pelakon Bront Palarae dan Zain Saidin telah dikritik.

Kritikan yang diberikan di sebuah laman sosial itu telah mempertikaikan pemergian sesetengah pihak ke Palestin dengan melawat tempat yang diserang yang dikatakan cuma untuk mengibar bendera dan menunjukkan gambar hotel penginapan.

Sungguhpun, kritikan itu tidak ditujukan secara langsung dan tidak menyebut nama Afdlin bersama rombongan Aqsa Sharif itu, namun dia tetap merasai tempias kritikan berkenaan.

Ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Afdlin berkata, dia tidak peduli dengan kritikan sebegitu.

"Saya rasa jangan kita berprasangka buruk termasuk kepada dia pun (pengkritik). Mungkin dia tidak tahu (perkara sebenar), ada isu lagi besar sekarang, fokus kita kepada Palestin," ujarnya yang disambut oleh keluarganya di KLIA.

Anggota kumpulan lawak, Boboi ini juga berharap semua pihak tidak membawa isu lain kerana perkara itu tidak akan membantu penduduk di Palestin.

"Komen negatif kita terima, masing-masing nak berperanan, kita ajak semua termasuk pengkritik sama-sama bantu penduduk Palestin, sekarang tiada masa layan perkara remeh begini," jelasnya.

Selain isteri dan anak Afdlin, turut hadir menyambut kepulangan rombongan itu ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Sharif, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor.


SELAMAT tiba. Kepulangan Afdlin ke Malaysia dari Gaza disambut dengan penuh kesyukuran oleh anak dan isteri.


Bercerita mengenai pengalaman di Palestin, Afdlin memberitahu, walaupun pada mulanya berasa cuak apabila tiba di bumi Gaza dengan melihat banyak tin-tin di jalanan seperti berada di medan perang, perasaan itu hilang apabila bertemu penduduk di situ.

"Bila sudah masuk ke Gaza, rasa tenang dan saya seperti berada di tempat paling selamat di dunia, rasa berat hendak pulang ke tanah air pula, perasaan itu seperti saya hendak ke sana tinggalkan keluarga," jelasnya.

Dia turut memuji ketabahan penduduk di sana walaupun kediaman mereka sering dihujani dengan bom rejim Zionis hampir setiap minit.

Ujarnya, penduduk Gaza tidak pernah meminta simpati atau sedekah daripada sesiapa pun tetapi mereka bersyukur apabila ada pihak yang ingin membantu mereka mendapatkan tanah air sendiri.

Kata pelakon filem Papadom itu, pemergiannya ke sana selain menghulurkan bantuan selaku duta Aqsa Syarif, dia telah merakamkan beberapa kejadian di sana untuk dibuat dokumentari.

"Saya mahu tunjuk tempat perang supaya penduduk sini lebih insaf dan membantu," ujarnya yang tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan pengkarya filem muda di Gaza suatu hari nanti.

Dia yang bakal dilantik sebagai duta kehormat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga berkata, berada di Gaza membuatkannya mahu ke negara itu lagi tahun depan selepas dia menunaikan umrah nanti.

Sementara itu, kata Zain Saidin pula, dia kagum dengan melihat ketabahan penduduk di sana kerana mereka begitu tabah mengharungi kekejaman Zionis.

"Saya sukar untuk gambarkan perasan saya, hanya orang yang pernah pergi sana sahaja tahu, kita di sini (Malaysia) geram dengan kekejaman Zionis tetapi mereka di sana rileks sahaja," ujarnya yang tidak menolak kemungkinan ke Gaza bersama Aqsa Syarif lagi.

Bagi Bront pula menganggap pemergian dia ke Gaza bukan sebagai seorang artis tetapi hanya sukarela sahaja.

"Setiap hari ada peristiwa yang menyentuh hati, jiwa kita tidak sebesar mereka di Gaza, saya mahu ke sana lagi jika diizinkan," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved