Kosmo Online |
- Warga Malaysia dipercayai pengganas ditembak mati
- IPTS perlu bayar yuran perlindungan penuntut
- MBSA diselar naikkan cukai pintu
Warga Malaysia dipercayai pengganas ditembak mati Posted: Warga Malaysia dipercayai pengganas ditembak mati15/12/2012 9:50pm KUALA LUMPUR — Seorang rakyat Malaysia, dipercayai pengganas, ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao pada Jumaat. Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, Mohd. Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikatakan bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya sebelum ditembak. "Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam (waktu Filipina) (8.40 malam waktu Malaysia) tadi, suspek bersama isterinya, Annabel Nieva Lee warga Filipina sedang mendaftar keluar dari hotel penginapannya sebelum didatangi anggota polis," katanya ketika dihubungi hari ini. Mohamad Fuzi berkata, isteri suspek turut ditahan pihak berkuasa Filipina untuk diambil keterangan. "Pihak Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan polis Filipina untuk mengesan identiti sebenar suspek," katanya. Difahamkan Mohd. Noor Fikrie, yang berasal dari Kedah, berada di Filipina sejak beberapa bulan lepas dan menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI). Suspek dipercayai ke bandar itu bagi meletupkan bom yang diperbuat daripada mortar 60mm.— BERNAMA |
IPTS perlu bayar yuran perlindungan penuntut Posted: IPTS perlu bayar yuran perlindungan penuntut15/12/2012 5:46pm KUALA LUMPUR — Bermula tahun depan, universiti swasta, kolej universiti dan kampus cawangan universiti luar negara perlu membayar RM100,000 manakala kolej swasta RM10,000 sebagai yuran perlindungan penuntut. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, yuran itu adalah jaminan perlindungan penuntut sekiranya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berhadapan risiko ditutup dan menjejaskan penuntut menamatkan pengajian mereka. "Oleh itu, penuntut-penuntut ini memerlukan satu bentuk perlindungan terhadap keadaan itu. Kami memutuskan untuk mengumpul sejumlah wang sebagai yuran perlindungan dari IPTS dalam bentuk bon jaminan, insurans dan deposit," katanya ketika melancarkan Pameran Pendidikan Star 2012 di sini hari ini. Beliau berkata, IPTS diharap dapat membayar jumlah yang ditetapkan untuk memastikan penuntut terlibat akan mendapat bayaran balik jika institusi berkenaan ditutup secara tiba-tiba bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di tempat lain sekaligus melindungi penuntut daripada isntitusi yang tidak bertanggungjawab. "Semua institusi pengajian tinggi swasta perlu membayar yuran perlindungan setiap lima tahun, setiap kali mereka mahu memperbaharui lesen. Maklumat terperinci mengenai pelaksanaan itu akan diumum kemudian," katanya. Mohamed Khaled berkata, tahun ini, sebanyak 33 IPTS dalam pertimbangan untuk ditutup atas pelbagai sebab. — BERNAMA |
MBSA diselar naikkan cukai pintu Posted: RuangInfiniti
|
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan