Khamis, 6 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Anugerah K-Pop di Malaysia

Posted:

Anugerah K-Pop di Malaysia

Anugerah K-Pop di Malaysia

06/12/2012 7:08pm

PUTRAJAYA — Peminat tempatan K-Pop berpeluang menyaksikan acara anugerah muzik terbesar dan terbaik Korea Selatan, "Golden Disk Awards" yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 dan 16 Jan ini.

Lebih 20 artis terkemuka Korea Selatan yang telah dicalonkan menerima anugerah akan mengadakan persembahan mereka di acara tersebut.

Mereka termasuklah PSY, Big Bang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, Girls Generation dan Beast.

Dianjurkan oleh Mediartncomm Co Ltd, acara ditaja oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, dan disokong oleh Biro Malaysia Convention and Exhibition (MyCEB).

Siaran pra rakaman penyampaian anugerah akan ditayangkan ke Korea Selatan.

Bercakap pada satu sidang akhbar mengenai acara anugerah tersebut, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon berkata, Samsung teruja kerana dapat membawa artis-artis terkemuka Korea Selatan ke Malaysia.

"Kami gembira dapat menganjurkan acara paling berprestij ini. Ini adalah lanjutan kepada falsafah Samsung yang dibawa secara langsung, ketika kami terus berusaha memberi inspirasi dan memperkaya kehidupan pengguna kami," katanya.

Acara tahunan Golden Disk Awards yang dianggap sebagai Anugerah Grammy Korea paling berprestij adalah anugerah muzik K-POP begitu berprestij bagi pencapaian terkemuka dalam industri muzik.

Anugerah dikategorikan berdasarkan pada muzik K-POP paling popular tahun sebelumnya daripada muat turun digital.

Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 untuk kedua-dua hari acara tersebut boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my, info@ticketpro.com.my, atau menelefon 03-78807999 mulai 9 Disember ini. — BERNAMA

7 ditahan kes samun gelung keluli

Posted:

7 ditahan kes samun gelung keluli

7 ditahan kes samun gelung keluli

06/12/2012 6:06pm

SHAH ALAM — Polis menahan enam lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kes samun sembilan gelung keluli tahan karat bernilai RM500,000 di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kesemua suspek berumur 20 sehingga 38 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di Petaling Jaya, Bukit Raja dan Bandar Baru Klang.

Dalam tangkapan pertama pada pukul 1.40 pagi 22 November lepas di sebuah bengkel kenderaan di Petaling Jaya, polis memberkas empat suspek warga tempatan, seorang daripada mereka merupakan pemilik bengkel itu manakala tiga yang lain adalah pemandu lori.

Polis juga menemui semula sembilan gelung keluli tahan karat di bengkel itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pada pukul 5 petang hari yang sama, seorang lelaki warga Indonesia ditahan di Kawasan Perindustrian Bukit Raja bagi membantu siasatan, manakala pada pukul 5 petang 30 November lalu, polis menahan dua lagi suspek di hadapan Maybank di Bandar Baru Klang.

Beliau berkata, dalam kejadian pada pukul 11 malam 20 November lepas, tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang mengikat kaki dan tangan dua pengawal keselamatan di kilang itu sebelum melarikan gelung keluli seberat 191,217 metrik tan itu.

Dua suspek dihadapkan di mahkamah pada 4 Disember lalu manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan polis sementara polis masih memburu saki baki suspek dalam kes ini, kata Adnan. — BERNAMA

Polis tembak kereta rempuh sekatan jalan

Posted:

Polis tembak kereta rempuh sekatan jalan

Polis tembak kereta rempuh sekatan jalan

06/12/2012 6:04pm

KUALA LUMPUR — Polis menahan lima penjenayah, termasuk seorang yang cedera akibat terkena tembakan, setelah kereta yang mereka naiki merempuh sekatan jalan raya polis di Water Front City Ampang, Bukit Belacan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, lima lelaki berumur antara 20 dan 40 tahun serta mempunyai rekod jenayah lampau cuba melarikan diri daripada sekumpulan polis dengan menaiki sebuah kereta jenis Mercedes-Benz.

Menurut sumber, polis mengejar kereta itu sejauh empat kilometer di Taman Seraya, Ampang, sebelum pihak polis melepaskan beberapa das tembakan.

"Pemandu kereta itu cedera di bahagian badan menyebabkan kenderaan itu terhenti. Suspek segera dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan," katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kes itu dan sidang akhbar mengenai kejadian itu dijangka diadakan esok. —BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved