Kosmo Online - Negara |
Posted: Jimmy salahkan bapa mertuaOleh WAZIHA WAHID
SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa dia diharamkan oleh bekas bapa mertua, Datuk Suhaimy Othman untuk menjejakkan kakinya ke rumah mereka di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini sejak Januari 2011. Disebabkan masalah tersebut, Jimmy mengaku dia tidak pernah berjumpa dengan anak tunggalnya, Zahra Rania Shanley, kini berusia setahun tujuh bulan yang tinggal di rumah tersebut sehingga kini. "Kali terakhir saya bertemu anak saya ialah pada April lalu, itu pun apabila bekas ibu mertua (usahawan kosmetik, Datin Muniroh Kassim) membawa anak saya ke rumah saya sendiri," kata Jimmy yang diwakili peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus. Jimmy menetap di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Bos agensi pekerja asing direman Posted: Bos agensi pekerja asing direman![]() suspek kes pemerdagangan orang direman di Klang, Selangor semalam. KLANG - Jabatan Imigresen Selangor menahan reman seorang pengurus besar sebuah agensi pekerja asing selama dua hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes pemerdagangan orang yang dibongkar pihak berkuasa itu di Bandar Baru Klang di sini Sabtu lalu. Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaimah Mohd. Nor di Mahkamah Majistret di sini pukul 2 petang. Lelaki terbabit merupakan suspek ke-13 ditahan berhubung kes pemerdagangan 105 wanita warga asing melibatkan 95 rakyat Indonesia, enam warga Filipina dan empat warga Kemboja. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Pembunuh ustaz terima balasanOleh AHMAD SYAKIR SAZILI
IPOH - Kekejaman dua lelaki yang menetak kepala seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini sehingga mati pada 11 November 2008 berbalas apabila mereka dihukum gantung mandatori oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam. Dalam penghakiman ringkas yang dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman tersebut ke atas K. Nanda Kumar, 26, dan N. Yugaraja, 34, dari Kampung Baru, Jelapang di sini. "Pihak pembelaan gagal membuktikan sebarang keraguan munasabah terhadap kes ini dan kedua-dua kamu disabitkan kesalahan. Kamu berdua diperintahkan menjalani hukuman gantung sampai mati," katanya. Kedua-dua mereka disabitkan membunuh Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, yang juga seorang Penolong Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Perak dalam kejadian samun di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pukul 6.58 pagi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan