Isnin, 31 Disember 2012

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Dua ujian penting

Posted:

Dua ujian penting

Dua ujian penting

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Muda bakal menghadapi beberapa kejohanan penting sebelum temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar pada penghujung tahun ini.


KEJAYAAN mempertahankan 'ibu emas' temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia sudah menjadi sejarah indah buat skuad Harimau Muda.

Sebelum itu, skuad negara kendalian Datuk K. Rajagobal melakar gemilang lebih awal apabila meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Kini, persoalan sama ada anak-anak buah Ong Kim Swee mampu melakar sejarah baharu mencipta hatrik bakal terjawab pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan.

Berdasarkan rekod, sejak temasya itu diperkenalkan pada 1959 di Bangkok (dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP), skuad negara masih belum berjaya memenangi emas bola sepak buat kali ketiga berturut-turut.

Justeru, Kim Swee enggan terlalu selesa dengan reputasi selaku juara bertahan pada temasya kali ini, sekali gus memburu emas ketujuh dalam acara bola sepak buat kontinjen negara.

Menurut beliau, dua ujian terakhir iaitu Pestabola Merdeka dan Newspaper Cup kira-kira tiga bulan sebelum temasya Sukan SEA 2013 bermula dilihat menjadi detik penentu sama ada anak-anak buahnya berjaya melakar hatrik kali ini.

"Saya dalam perancangan membawa Harimau Muda menyertai Pestabola Merdeka (Ogos) dan juga kejohanan jemputan Newspaper Cup di Vietnam pada Oktober depan. Ia sebahagian daripada persiapan pasukan mempertahankan emas Sukan SEA nanti.

"Selepas kedua-dua kejohanan itu berakhir nanti, saya optimis sudah mengenal pasti sistem atau kelemahan pasukan dan tiada lagi eksperimen pada tiga bulan terakhir sebelum temasya Sukan SEA di Myanmar bermula," kata Kim Swee kepada Kosmo! baru-baru ini.

Selepas mempertahankan emas Sukan SEA 2011, Harimau Muda juga cemerlang muncul juara Piala SCTV dan Newspaper Cup biarpun gagal mara lebih jauh dalam kempen kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun selain turut kecewa apabila ditunjukkan jalan keluar ketika kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia.

Kim Swee memberitahu, persiapan Harimau Muda juga tidak terhenti setakat itu apabila bakal berguru di Australia bermula 23 Januari ini sebaik tidak lagi menyertai saingan Liga Singapura (Liga S) bagi musim 2013.

Selain itu, Kim Swee berkata, beliau juga merancang untuk menimba ilmu di Slovakia atau benua Eropah untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan pada pertengahan Mac depan, dan hanya kembali ke tanah air sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Cuma pada masa sama, kami perlu kekal realistik. Tiada gunanya muncul juara mana-mana kejohanan jemputan jika emas Sukan SEA terlepas daripada genggaman.

"Saya harap skuad Harimau Muda kali ini dapat memberikan yang terbaik di Myanmar nanti bagi memastikan kita mempertahankan kejuaraan," katanya optimis.

Menjelang temasya Sukan SEA kali ini, beberapa muka baharu seperti dua tonggak muda Perak, D. Kenny Pallraj dan Muhammmad Nurridzuan Abu Hassan, Saiful Ridzuwan Selamat (UiTM), Mohd Firdaus Muhammad (Harimau Muda B) dan Rozaimi Abdul Rahman dari Sabah merupakan antara pelatih terkini yang dipanggil memperkuatkan skuad Harimau Muda.

Ia bagi menampung ketiadaan beberapa pemain asal skuad 2011 seperti Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli, Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar dan Yong Kuong Yong yang telah melebihi usia 23 tahun.

Percikan gemilang skuad terjun

Posted:

Percikan gemilang skuad terjun

Percikan gemilang skuad terjun

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Pandelela (kanan) bergambar bersama pemenang pingat emas acara 10m platform wanita Sukan Olimpik 2012, Chen Ruolin dari China (tengah) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben di London, Ogos lalu.


SKUAD akuatik negara yang selama ini sunyi daripada sebarang perhatian tiba-tiba saja meriah dengan percikan warna gemilang.

Kemuncak kegemilangan sukan akuatik negara hadir tatkala ratu terjun, Pandelela Rinong mencipta sejarah tersendiri dengan meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Pastinya, tanggal 10 Ogos 2012 sukar dilupakan oleh rakyat Malaysia apabila gadis Bidayuh itu meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) platform wanita.

Semangat penerjun berusia 19 tahun itu tetap ampuh walaupun gagal memberi impak yang diharapnya dalam dua acara seirama sebelum itu.

Berkat doa dan kesungguhan, aksi akhir yang berkesudahan penuh dramatik itu berjaya menjulang Pandelela sebagai atlet wanita pertama Malaysia meraih pingat di pentas Olimpik.

Lebih manis, Pandelela juga muncul sebagai atlet pertama selain daripada acara badminton yang berjaya menyumbang pingat Olimpik.

Kalendar 2012 juga menyaksikan ratu renang negara, Khoo Cai Lin tidak ketinggalan memberi impak.

Hampir kecewa apabila harapannya untuk membuat penampilan kedua di pentas Olimpik berkubur, detik ceria Cai Lin muncul apabila menerima jemputan daripada Persekutuan Akuatik Antarabangsa (FINA) pada saat-saat akhir.

Jemputan tersebut sekali gus menaikkan semangatnya untuk tampil cemerlang dalam acara kegemarannya iaitu 800 meter (m) gaya bebas selepas melepasi Had Masa Kelayakan Jemputan atau kategori B dalam acara tersebut.

Meskipun gagal menyerlah di bumi London, perenang berusia 24 tahun itu berjaya menebusnya pada temasya Sukan Universiti Asia (AUG) di Laos bulan lalu.

Cai Lin membuktikan statusnya selaku perenang Olimpik apabila mengulangi pencapaiannya pada AUG 2010 di Chiangmai, Thailand dengan meraih tujuh pingat emas.

Menjadi kunci utama kepada skuad negara yang muncul sebagai juara keseluruhan, Cai Lin mempamerkan keunggulannya dalam acara 200m gaya bebas wanita dengan catatan terpantas 2 minit 05:76 saat.

Bukan itu saja, Cai Lin turut membantu kuartet 400m rampaian wanita negara memenangi pingat emas dalam acara tersebut dengan catatan masa 4:24.12s.

Lima lagi pingat emas hadir dalam acara 200m kuak kupu-kupu, 1,500m gaya, 400m dan 800m gaya bebas serta 400m gaya bebas berganti-ganti.

Lembaran 2012 juga menyaksikan penerjun berpengalaman negara, Yeoh Ken Nee dan Leong Mun Yee layak beraksi buat kali terakhir di pentas Olimpik selepas sedekad menabur bakti bersama Malaysia.

Patah tumbuh hilang berganti, pengunduran dua penerjun berpengalaman itu bakal menyaksikan kehadiran pelapis muda yang tidak kurang hebatnya memberi impak sepanjang tahun 2012 lalu.

Sudah pasti, barisan penerjun muda seperti Traisy Vivien, Cheong Jun Hoong dan Wendy Ng yang mengecapi penampilan sulung Olimpik lalu akan terus mendapat perhatian dari jurulatih negara, Yang Zhuliang.

Dalam pada itu, skrip skuad akuatik lelaki negara bagi musim ini tidak kurang hebatnya.

Paling diingati, eksperimen jurulatih negara, Yang Zhuliang dengan menggandingkan Bryan Nickson Lomas dan Huang Qiang pada Piala Dunia di London, Februari lalu membuahkan hasil menakjubkan.

Gandingan itu membuktikan keserasian mereka apabila meraih pingat gangsa.

Mereka sekali lagi menggegarkan dunia akuatik apabila meraih pingat emas pada Grand Prix Montreal menerusi acara 3m papan anjal seirama.

Malangnya, impak yang dilakar pada Kejohanan Siri Dunia itu tidak mampu memenuhi impian gandingan Bryan-Qiang untuk meraih pingat pada temasya Olimpik di London apabila mereka sekadar menghuni kedudukan tercorot dalam acara 3m papan anjal seirama.

Secara keseluruhannya, skuad akuatik negara yang diterajui Pandelela boleh dikatakan menikmati musim penuh gemilang sepanjang tahun 2012.

Benitez merendah diri

Posted:

Benitez merendah diri

Benitez merendah diri


BENITEZ (tengah) lebih fokus pada perlawanan berbanding kedudukan Chelsea dalam kempen Liga Perdana England musim ini.


LIVERPOOOL - Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez masih belum memikirkan mengenai gelaran juara Liga Perdana England musim ini.

Benitez tetap merendah diri meskipun kedudukan skuad The Blues semakin hampir dengan pendahulu, Manchester United dan Manchester City selepas melakar empat kemenangan berturut-turut.

Chelsea menewaskan Everton 2-1, Ahad lalu untuk merapatkan jurang kepada empat mata dengan pasukan di tangga kedua, City dan kurang satu perlawanan berbanding pencabarnya itu.

Namun, mereka masih ketinggalan 11 mata di belakang United dan Benitez mengakui masih terlalu awal untuk meletakkan Chelsea sebagai pencabar yang berpotensi.

"Kami kurang satu perlawanan dan kami boleh memenanginya.

"Idea kami adalah untuk terus merapatkan jurang mata dan perlu menghadapi satu demi satu perlawanan. Buat masa ini, kami tidak memandang kepada kedudukan.

"Kami hanya berfikir tentang perlawanan seterusnya dan cuba mendapatkan tiga mata. Kami akan melihat kedudukan kami selepas beberapa perlawanan," jelas Benitez.

Pelantikan Benitez tidak disukai oleh para penyokong skuad The Blues selepas pemecatan Roberto Di Matteo yang membantu Chelsea menjuarai trofi Liga Juara-Juara musim lalu.

Begitupun, pengurus kelahiran Sepanyol itu yakin kekalahan pada Piala Kelab Dunia di Jepun telah membantu para pemain untuk menyesuaikan diri dengan formasinya.

Kekalahan itu merupakan satu-satu perlawanan yang gagal dimenangi Chelsea sepanjang tujuh pertemuan dalam semua pertandingan.

Benitez yakin, jadual latihan yang padat menjadi faktor utama kebangkitan pasukan itu.

Sementara itu, Benitez enggan mengulas lanjut laporan yang mengaitkan perpindahan penyerang Newcastle United, Demba Ba ke kelab itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved