Isnin, 31 Disember 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fenomena seni 2012

Posted:

Fenomena seni 2012

Fenomena seni 2012

MAJLIS Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO kali kedua mendapat respons positif daripada karyawan.


365hari kalendar 2012, ia bercampur baur dengan pelbagai polemik yang tidak kurang menarik dalam dunia hiburan tempatan. Masih berada dalam lingkaran yang sama, karyawan seni tempatan telah mencetus pelbagai fenomena yang mendapat respons positif-negatif daripada banyak pihak.


SHILA AMZAH melakar fenomena luar biasa dalam karier seninya selepas 12 tahun menjadi penyanyi.


Gelombang Shila Amzah

SUDAH berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak 12 tahun lalu, kini penyanyi Shila Amzah pastinya boleh tersenyum bangga dengan pencapaian yang diraihnya sepanjang 2012.

Bermula dengan kejayaannya pada peringkat antarabangsa selaku juara Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada September lalu, kegemilangan penyanyi tersebut berterusan.

Ia apabila lagu nyanyian dan hasil ciptaannya iaitu Patah Seribu dinobatkan Lagu Terbaik pada acara Anugerah Industri Muzik 19 pada bulan lalu.

Lebih manis, Shila terpilih mewakili Malaysia ke acara World Music Awards 2012 serta tercalon untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia dengan bersaing bersama beberapa penyanyi popular lain seperti Psy, Adele, Justin Bieber, Selena Gomez dan Katy Perry.

Seiring dengan pencapaian cemerlang dalam karier, percintaan Shila dan kekasihnya, pelakon Shaarnaz Ahmad juga menjadi buah mulut paling hangat sepanjang tahun ini.

Semuanya gara-gara kemesraan secara terbuka yang ditunjukkan pasangan muda tersebut selain sikap panas baran Shaarnaz yang menimbulkan cerita kurang enak.

Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO kedua

SETELAH kali pertama dianjurkan pada tahun 2011, akhbar Kosmo! dan MyIPO sekali lagi bekerjasama menganjurkan Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 pada 25 Jun lalu. Pada perhimpunan tersebut, antara perkara yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan peranan kerajaan yang telah mengotakan janji dengan mewujudkan platform melalui Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 untuk melindungi kepentingan dan kebajikan para penggiat seni tanah air. Akta yang telah diluluskan Parlimen pada 22 Disember 2011 dan diwartakan 9 Februari lalu, antaranya memperuntukkan undang-undang yang lebih menguntungkan golongan artis merangkumi aspek kutipan royalti yang lebih telus, penguatkuasaan semula Tribunal Hak Cipta, larangan muat turun bahan seni secara tidak sah serta jumlah bayaran minimum yang sepatutnya diterima oleh penggiat seni.

Ledakan kontroversi 2012

Posted:

Ledakan kontroversi 2012

Ledakan kontroversi 2012

KONTROVERSI dan dunia hiburan umpama ombak dengan pantai. Ia tidak dapat dipisahkan. Seperti satu ulangan untuk setiap tahun, kontroversi seni yang tercipta pada tahun ini tidak kurang hebatnya. Mari kita lihat senarai 'pemenang' kontroversi 2012.


NEELOFA


Percakaran Neelofa-Anzalna

SUHU industri hiburan panas seketika apabila Anzalna telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Neelofa menerusi sebuah akhbar mingguan. Anzalna menuduh Neelofa menghina keluarganya menerusi laman Facebook 'Kami Benci Anzalna' dan menyifatkan Neelofa seorang yang busuk hati serta pernah mengugutnya sewaktu sama-sama bertanding dalam pertandingan Dewi Remaja beberapa tahun lepas. Susulan itu, Neelofa melalui peguamnya mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna dan diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas. Gagal mengemukakan bukti, Anzalna membuat permohonan maaf secara terbuka dan kedua-dua artis muda itu dikatakan telah berdamai secara rasmi.


TASHA SHILLA


Limpahan mewah Tasha Shilla

TUDUHAN membeli akhbar untuk mengundi diri sendiri, mendapat tajaan untuk membawa penyokong naik ke Genting Highlands, Pahang dan mengusung trofi kemenangan sebuah majlis anugerah ke pusat beli-belah untuk menunjuk-nunjuk melariskan nama Tasha Shilla sekitar bulan April lalu. Belum reda dengan kontroversi, pelakon drama Gemilang itu didakwa mendapat tajaan kereta mewah jenama BMW dan Audi daripada seorang duda kaya bernama Datuk J. Tidak pernah lekang, namanya kembali dikaitkan dengan usahawan itu apabila mereka dilihat berparti bersama di sebuah disko sekitar bulan Oktober lalu.


NABILA


Nabila Huda berani mati

TIDAK cukup isu bercium dengan seorang lelaki pada hujung tahun lalu, nama Nabila Huda kembali mencuri perhatian tahun ini. Bermula dengan isu memakai busana hitam seksi rekaan Alia Bastamam pada malam Anugerah Blokbuster 2011, puteri kepada rocker terkenal Amy Search itu mengejutkan ramai setelah memuat naik gambar berparti Halloween dan mencium payudara lelaki ketika sambutan hari jadi teman rapatnya sekitar bulan Oktober lalu menerusi laman sosial Instagram miliknya. Tidak dinafikan, tahun 2012 juga tahun yang cemerlang karier seninya!

‘Ribut’ seni dunia 2012

Posted:

'Ribut' seni dunia 2012

'Ribut' seni dunia 2012

TIDAKpernah padam, kontroversi dan fenomena merupakan rencah utama dunia hiburan antarabangsa. Bagai mengejar antara satu sama lain, isu kontroversi dan fenomena yang dibikin oleh warga seni antarabangsa sentiasa menarik perhatian khalayak.


KLIP video lagu Oppa Gangnam Style telah mencipta sejarah dunia seni antarabangsa apabila menjadi klip video pertama ditonton sebanyak satu bilion kali.


Fenomena tarian kuda

PENYANYI Korea Selatan, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang mendahului carta impak fenomena tarian kuda Gangnam Style menerusi lagu Oppa Gangnam Style. Klip video lagu itu telah ditonton oleh satu bilion penonton di laman perkongsian video, YouTube sekali gus menjadikannya popular di seluruh dunia. Hanya menerusi satu lagu, Psy kini telah bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama dengan Justin Bieber, Mariah Carey dan Jennifer Lopez iaitu Island Records.


KATIE HOLMES dan Tom Cruise bercerai pada Jun lalu.


Penceraian Tom Cruise, Katie Holmes

BERITA perceraian aktor terkenal Tom Cruise dengan aktres Katie Holmes telah mengejutkan ramai pihak. Perkahwinan mereka nampak bahagia dengan kehadiran anak perempuan comel bernama Suri, 6. Namun, Holmes telah memfailkan perceraian pada Jun 2012 selepas enam tahun berkahwin dan menurut khabar angin kepercayaan Scientology yang dianuti Cruise menjadi punca utama penceraian itu. Perceraian ini merupakan yang ketiga buat Cruise dan yang pertama buat Holmes.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved